Share

Zaman sekolah : Cerita Bola Keranjang (1)

Petang-petang hujung minggu camni habis semua memori silang teringat. Dari zaman percintaan kecik-kecik dulu, camne masa kecik dulu dapat upah pungut rambutan hinggalah kepada sukan-sukan yang pernah aku join masa 'kecik-kecik' dulu. Yang last ada sesungut tu sebab takdelah kecik sangat. Form 4 form 5 - kecik ke??



Kat atas tu video slam dunk dari blake griffin, salah seorang pemain NBA yang agak terkenal dalam satu contest yang dipanggil 'Slam Dunk Contest' Pergh, hebat gila kot boleh buat lompatan yang memang tinggi   - melangkaui kereta dan terus buat DUNK. memang respek kebabowww

Hikayat Slam Dunk

Macam mana aku boleh terjebak dalam bola keranjang ni tak lain tak bukan sebab cerita Slam Dunk. Pernah tengok cerita tu? Ala, yang hanamichi sakuragi dengan hitomi yang super cute tu. Tak ingat takpe sebab aku memang ingat sampailah sekarang! Tu lah power cerita anime ni kan, sampai boleh buat kita ingat sampai sekarang. Aku haraplah ada cartoon tempatan yang boleh pengaruhi budak-budak sekarang untuk jadi lebih baik. Upin Ipin ok la tu kot. Cesss, berceramah free pulak!



Form 4 dan Form 5 - ZAMAN SLAM DUNK JOEGRIMJOW

SBPI Kuantan tu aku masuk masa form 4. Sebab paling senior katakan, memang semua pulun dek kiteorang yang senior ni je lah. Termasuk jugaklah court-court utama. Tapi malangnya aku tak ramai yang minat dengan Bola Keranjang. Mungkin faktor court bola keranjang yang ada kat hujung sekolah dan tak ramai perempuan yang boleh tengok main, sebab tu lah ramai yang tak join bola keranjang. Ces, nak main tunjuk kat perempuan je kan?

Nak tak nak, masa Form 4 tu, terpaksa terima budak-budak form 2 untuk main sekali dengan kiteorang. Heh, jadi humble la sikit. Konon nak tunjuk senior baik, padahal memang dah takde orang nak main wakil sekolah! Jadi, bermulalah kiteorang berlatih main basketball. Tujuan utama - HKSBP




HKSBP Zon Timur - 2004

Kalau korang yang zaman budak skolah asrama penuh, mesti ingat lagikan HKSBP ni. Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh. Cemerlanglah sangat tuuuuu. Heh! Tapi terima kasih pada HKSBP ni, at least ada ruang untuk budak2 skolah sbp untuk main dengan skolah lain. Masa aku form 4 tu, untuk pasukan bola keranjang, sekolah aku hanya menghantar 2 orang sebagai pemerhati. Aku dengan kawan aku, Antah Baharum. Bukan Yam Tuan Antah ok, tapi Antah Baharum

Masa tu naik bas pun tumpang sekolah orang lain, maklumlah, sekolah baru katakan. Tumpang sekolah SBPI Pekan kot. Walaupun Pekan, tetapi kebanyakkannya adalah orang Kelantan jugak! Apa lagi, memang speaking kelantan habis la aku dengan dieorang. Walaupun aku wakil SBPI Kuantan, tapi aku rasa dalam bas tu semua orang Kelantan. Kekeke, nak tunjuk bahawa orang kelantan ni ada je kat mana-mana!

SBPI - Pasukan belasahan

Masa aku ikuti HKSBP 2004 tu, kat Machang rasanya, ada 2 team dari SBPI yang join. Pekan dan Temerloh. Tahun 2004 tu, seingat akulah SBPI ada 6 semuanya, Kuantan, Batu Rakit, Pekan, Temerloh dan 2 lagi aku tak ingat. kekeke. Sekolah SBPI ni sekolah baru, I tu maksudnya integrasi. Bukannya integrasi kaum tapi integrasi mata pelajaran. Sekolah jenis ni memang tersangat barulah dan berani gaban punya Pekan dan Temerloh untuk dah hantar wakil bermain. Kata coachnya dengan bangga

'Tahun ni persediaan, tahun depan kami akan lebih bersinar'

98-8

Hambek ko! Malam pertama pertandingan tu, Faris Petra lawan SBPI Pekan (bas yang kiteorang tumpang) Memang gaban punya budak-budak Faris Petra main, sungguh hebat. Memang tak terlawanlah budak2 SBPI Pekan ni nak kejar. Aku rasa kalau team sekolah aku main pun masa tu pun mesti kena belasah kaw kaw punyalah! Nasib baik Penolong Kanan KO kiteorang bijak, hanya hantar pemerhati, takdelah kena belasah


SBPI Temerloh pun alami nasib sama. Heh, dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, semua kalah. hehe, takpelah tu standard. Tapi, memang HKSBP ni membuka mata aku dan Antah tentang basketball budak2 SBP ni. Memang besar jurang antara skolah aku dengan skolah dieorang tu. Nak tak nak, balik nanti kena plan betul-betul macam mana nak training semua kawan-kawan yang lain

aku : nampak apa yang aku nampak?
antah : nampak! besar sangat jurang kita dengan dieorang!

aku : aku nampak kita kena susun training untuk kawan2 yg lain
antah : ya! sudah pasti

aku : perasan tak apa yang aku perasan?
antah : apa dia?

aku : takde sorang pon kat sini yang boleh buat slam dunk macam cerita slam dunk tu
antah : haah, ye lah. jadi?

aku : tahun depan aku akan pastikan aku jadi tinggi dan buat slam dunk, mesti ramai orang kagum
antah : aku yang lagi tinggi dari ko tak mimpi nak buat slam dunk, ko yang nak buat?

aku : mimpi besar takpe, jangan mimpi kecik
antah : yo lah. jadi balik ni nak training apa?

aku : kita buat training yang dipanggil 'teknik super beruang kutub'

bersambung......


pss : Cabaran terbesar untuk berjaya adalah diri sendiri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 comments:

APi said...

sekolah sbpi kuantan rupenye joe ni..
heh

joegrimjow said...

@APi

tau ke?

luvly mya said...

faris petra memang femes sebab tere basket oww.

btw,penah tido dekat sbpi kuantan, sekolah cantik!

joegrimjow said...

@luvly mya

waha, zaman bile tu?

Atiqahtuty said...

korang main ngan semsas pun kalah kan? ;p

suffer8zine said...

dah berapa tahun ni

Terkini : Ular Albino Berkepala Dua

firuzLazuardi said...

saya sbpi rawang 2005/2006

luvly mya said...

2008 and 2009. hehe. penempatan untuk orchestra

joegrimjow said...

@Atiqahtuty

kekeke,
pasti

joegrimjow said...

@suffer8zine

6 tahun lepas
huhu

joegrimjow said...

@firuzLazuardi

oho
junior la ni

joegrimjow said...

@luvly mya

mmg kawasan skolah jadi kawasan penempatan pon
huhu

Puan Capa said...

oh slum dunk!

hidayah yusof said...

hai joe...sy pun penah tdo jgk kt sane....adik saya skunk nie student kt c2...ermm,kmpm knal ngn ustaz naziran kn???kalo xclp nme la..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW