Share

Taktik terbaru budak menangis untuk merogol dan merompak

Pagi-pagi hujung minggu sudah pasti ramai yang bersiap sedia untuk keluar menghabiskan masa bersama dengan keluarga ataupun insan tersayang. Kebiasaannya yang tinggal di luar bandar, pengankutan utama adalah motosikal ataupun jalan kaki dan kemudian menaiki bas ke bandar. Bagi yang tinggal di bandar, kereta ataupun kenderaan awam seperti LRT, KTM dan bas menjadi medium utama

Tidak lupa juga yang berkereta!

Dapat message PEMBERITAHUAN dari pihak polis pagi tadi yang mengatakan ada sindiket terbaru yang sedang berleluasa di banda-bandar. Sindiket yang mana modus operandinya menggunakan budak dan aku gelarkannya SINDIKET BUDAK PURPLE (Suka hati je bagi nama)


Budak yang comel tapi dipergunakan - kejam!


Cara sindiket ni beroperasi adalah - semasa anda bawa kenderaan, tak kira berseorangan, berdua aataupun keluarga, akan jumpa budak yang menangis ditepi jalan. Sudah pasti sebagai masyarakat yang prihatin, kita akan berhenti untuk menolong. Budak ini memberi alamat kepada kita untuk membawa dia ke 'rumah'nya. Apabila kita sudah sampai ke rumah itu, akan ada 'geng-geng' yang lebih tua dan berbadan besar yang tunggu untuk merompak. Malang kalau berseorangan mungkin dirogol

Tak kira lelaki ataupun perempuan!

Ngeri kan?

Jadi, pagi-pagi ni sama-samalah kita beringat sebelum kena. Jangan biarkan diri kita kena dengan sindiket seperti ini. Cadangan dari pihak polis - bawa mana-mana budak yang kononna tersesat itu kepada pihak polis. Biar mereka yang selesaikan hal seterusnya!

sama-samalah beringat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

27 comments:

rockinsudu said...

kejam betol. klaw prempuan la bhaya. nk tlg org skang ni pun xsdap hati kan.

faiz said...

tak kira lelaki atau perempuan kena rogol? OMGee..

Mr PieRat said...

fuhhh~ bahayo2,keno sebar nih....

syarifah radiah ibrahim said...

menakutkan betul
kejam la tu gunakan budak-budak pulak
dahtu macam mana nak tau budak tu betul-betul dalam kesusahan ke tak?
ish ish

-ROCKprincess- said...

mcm2 org skang nie..
hurm...

►AdamXis◄ said...

Kena hati-hati...pernah dgr nasihat pakar...klo jumpe budak2 sesat cam nie...bawak pi balai polis jer, biar polis settle...

My recent post ►Filem - Lie To Me

Catherine- said...

ok.pasni jumpe budak comel nangis je i sepak dia laju2... yes!!

[z@ck] said...

klu jumpa budak nangis, hantar terus ke balai polis.senang.

Abhamz said...

salam, sanggup menggunakan kanak2 yg tak berdosa bagi memenuhi kehendak nafsu yg dipengaruhi syaitan....tq atas info yg berguna ni...

lilacfla said...

sms ni dah lama disebarkan.. x salah, baca lam ondscene, mesej ni palsu sebab polis yg konon kasi mesej tu x wujud..

tapi mesej tu elok, amik pakai je la. cumanya pihak polis x sebarkan pun sms tu. sapa dia, misteri..

Tuan Din said...

yup.. hantar balai lagi senang...

nisa said...

saya rasa cara paling betul...bawak ke balai terus..

p/s sian budak2 ni dpergunakan

Hasrol Nizam said...

macam pelik je kan tiba2 budak tu ada alamat rumah sendiri..

Cik Agogo said...

eh? dulu dah ade org foward2 email pasal citer sorang pompuan tolong budak kecik antar balik umah dier, lalu bile pompuan tu tekan doorbell, dier kene kejutan elektrik. bende last yang pompuan tu ingat adalah dier bangun pagi tu dalam keadaan bogel dan nampak kondom sepah2...

camtu la lebih kurang. tapi takde plak describe budak yang pompuan tu jumpe adalah lelaki atau pompuan...

tapi walau citer tu palsu sekalipun, apepun kene la berjage2 kan sebab bahaya tu ada di mana2... agak2 jumpe mana2 budak tu antar je pegi balai polis terus biar polis je setel... btol tak??

kene pentingkan diri sikit dalam hal ni... takleh nak prihatin tak bertempat sangat... huhuhu...

Ery Farieha said...

scarynya dunia skrg =.=

Fina Fento said...

Ye. hantar balai nak lagi selamat

Anip said...

ngeri la, huh, bahaya2..

BLOG GEMPAKZ SIOT

/Dayah/nurul/dayak said...

tp kalo dia betul2 sessat cemna, sy mmg cpt simpati ngn org ar

Ikhwan said...

macam2 cara dan taktik diorg guna skrg ni..

noorafzan said...

tactic ni dah lama kan..
huhu..
tu yang kalau de pape tak benti.
takut.

Puan Capa said...

nape kena merogol2??isssssshhhhhhhh!

mengenaldiri said...

salam.,.

semalam saya nampak sedara kat picc (herbalife spectacular)
segan nak tegur, awk worldteam..
huhu

fadhdeela said...

knp kanak2 jd mangsa??cian diaorg!

Meh singgah: Al-Fatihah Buat Arwah!

JunAina said...

zaman sekarang orang jahat semakin kreatif. Create scene, create dialogue, create text yang berakhir dgn sad ending....so berhati-hatilah semua...

Nenek Vogue said...

macam2 cara orang nak buat jahat sekarang ni..bila fikir balik risau pulak dengan anak2 gadis..

Khairi said...

Gila macam tu pun ada? Kesian kat budak tu. Atau budak tu sendiri bersubahat lalu gelak jahat apabila orang tulung dia kena sesah. urgkh, tak sanggup nak imajin,..

MuNsYi SaMa said...

nak tolong kena pikir dua kali. nak selamat, antar budak tu gi balai. bg polis yg kena rompak. eh.. :P

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW