Share

Najib Razak dan Anwar Ibrahim berdebat - Kelebihan kepada rakyat!

Reformasi-reformasi-reformasi

Heh! Tiba-tiba semangat Anwar pulak kan. Ok, sebelum tulis panjang, aku sangat suka nak ulas pilihanraya di UK  yang sangat terbuka. Aku pernah cerita yang wakil rakyat city Sheffield boleh datang ke masjid (dia bukan islam) untuk membentangkan 'Apa yang mereka boleh lakukan' jika mereka pegang sesuatu kawasan itu. Memang best dan masing-masing dari parti politik melemparkan hujah dan ketika itu di masjid, walaupun minoriti kami orang islam, tapi rasa sangat diberi perhatian oleh mereka - taktik meraih undi? mungkin

Sebelum nak membuang undi pula, ada siaran perdana perdebatan antara ketua-ketua parti politik. Siaran ini disiarkan di arus perdana di waktu perdana. Ketika ini, ketua-ketua parti politik akan dilontarkan hujah oleh pengerusi dan ada juga soalan dari penonton yang terdiri dari pelbagai golongan, pekerja professional, pelajar mahupun surirumah. Memang KETERBUKAAN itu sangat realistik!

Boleh dibuat di Malaysia?

Persoalan ini memang aku tak boleh jawab sebab aku ni bukan penganalisis politik mahupun kawan baik Farid Kamil, eh silap, Farid Ridzwan. Tapi yang aku boleh jamin, jika benda ini diimplementasikan di Malaysia, sudah pasti kita akan mendapat satu kerajaan yang betul-betul terbaik! Semasa pilihanraya, parti-parti politik, tak kira kerajaan ataupun pembangkang, sudah pasti akan menyajikan rakyat dengan pelbagai 'kemudahan' dan kemudahan inilah yang kita cari - tak kira parti yang memerintah ataupun parti yang membangkang

Anwar cabar Najib

Sumber Malaysiakini

Tertarik juga dengan cabaran Anwar yang berani dengan mencabar PM kita untuk berdebat. Aku ikut juga benda ni di Twitter tapi sekadar ikut je lah. Katanya kalau parti pembangkang menang dalam pilihanraya 13 nanti TOL AKAN DIMANSUHKAN dan ELAUN GURU DINAIKKAN. Bunyi memang macam gila tapi aku pasti sebagai rakyat, kita mahukan benda seumpama ini. Boleh atau tidak dilaksanakan, sebab itu perdebatan ini aku rasa sangat wajar dibuat!

Najib seharusnya sedar, kuasa parti pembangkang bukan seperti dulu lagi, mereka memang sangat berpengaruh sekarang. Kalau menolak pada zaman Mahathir dulu oklah sebab boleh buat alasan yang nak berdebat dengan perti yang tak kuat, apa faedah? Tapi senario dah berbeza, jika perdebatan ini ditolak, orang akan nampak PM seperti melarikan diri

kalau aku, aku nampak macam tu lah!

Pendapat korang?

Aku tahu yang rata-rata pembaca blog aku ni masih student. Student biasalah, tak minat berpolitik. Ok, ini bukan soal politik ini soal mentadbir negara. Aku selalu dengar orang cakap, akan hancur musnah negara kalau bertukar kerajaan. heh, UK dah tukar kerajaan tak hancur-hancur pun. Banyak lagi negara lain yang bertukar kerajaan tak hancur-hancur pon. Ni mentaliti kebanyakan kita je. Aku nak jugak dengar, bagaimana modus operandi Anuar yang nak hapuskan tol seperti yang diperkatakan tu. Korang tak nak dengar ke?

jom mintak PM kita berdebat dengan dia nak? twit je dia - ada orang kata tu bukan dia jaga, takpelah, at least kita dah bagi idea pun dah ok dah. Jom twit beramai-ramai =)

Kami mahu @najibrazak berdebat dengan @anwaribrahim demi kepentingan rakyat!


pss : kalau kj ganti kan, jadi lain pulak ye tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

37 comments:

SayaAnonymous said...

Setuju! anon nak dengar perdebatan ni..perlu berdebat..betol cakap joe..parti pembangkang sekarang pun kuat..

tweet tweet!

The Sharkox said...

@SayaAnonymous kalau geng anwar menang PRU13 nanti, kerajaan tak bertukar pun... yang bertukar ialah parti yang memerintah kerajaan tu...

joegrimjow said...

@SayaAnonymous

tweet2

HafizRahman.com said...

nice bro....kalau kj amik, Malaysia jadi bosnia la jawabnya..abis semua duit dia kebas beli lamborghini lagi..

joegrimjow said...

@The Sharkox

ayat lainnya lah tu

joegrimjow said...

@HafizRahman.com

erk
sumber?

nerves said...

dan rakyat pasti lebih tertarik dgn pemimpin yang pandai berdebat..

tapi..
kalau yg mng debat tu pemimpin yg ''mungkar''
macammana?!

uhh-__-''

joegrimjow said...

@nerves

uih, nak kata najib xhebat berdebat ke? najib sangat hebat kot!

skrg 2 2 hebat, so yang menang adalah isi. point. ni yg kita nak tengok

Dyna Yvonne said...

klo pandai bdebat saje xguna jugak kan.hehe

joegrimjow said...

@Dyna Yvonne

sangat betol

AyuE SurihanyOt said...

ok tetiba rasa nak komen..sepatutnya student amik tahu sikit pasal politik..tak banyak sikit pon jadi la sebabnya nanti kita kena jugak mengundi..dan hak mengundi tu betol2 kat tangan kita..sesetengah org tahu nak komplen parti itu tak buat itu dan ini tapi mengundinya idak pon..

joegrimjow said...

@AyuE SurihanyOt

sangat stuju!

ms shiya said...

errk..tak dapat bayangkan kalau KJ pon join berdebat jugak..

haruslah hot kottttttttt....

sah, memang akan bertapa depan tv ni.. :)

joegrimjow said...

@ms shiya

jadi siaran terhebat gitu

Anip said...

aku setuju..

FARISZ@AZ.Com said...

Sebilangan student bila dengar politik kebanyakan mereka akan kata "e...xnak lah,kotorlah politikni"
tapi pegang awek or bf xkotor pula.
Yang kotor bukan politik tapi pemegang politik.Yang penting bijak mengkaji ke2 belah pihak dan tahu dasar dan matlamat ke2 belah pihak.

Elok acara debat antara pemipin dijadikan acara tahunan.Tapi debat dengan hujahlah dan faktalah.Di situ pemikiran masyarakat akan semakin terbuka.

liyanaziz said...

lagi setahun je baru boleh cukup umur nak undi.. muahahahah..
whatever it is, aku tak nak keturunan aku nanti diperkotak-katikkan di negara sendiri.. tu je..
nowadays, pemain2 politik menjadi kan politik malaysia jijik!
sekian..

ishiko said...

ouh.. isu politik mmg memfenimkan kepale..

joegrimjow said...

@Anip

gud!

De Mois said...

Betul2..sangat setuju. kenapa disini disekat akan kebebasan bersuara. Sangat sakit..memang tak ramai student minat, tapi ramai lagi yang disekat oleh AUKU. Susah3..
Cuba ini di SuaraSendiri :
Utama : Berhadapan situasi lawak tak menjadi-Part 2
Segmen Santai : Peribahasamu Peribahasaku-tidak terperi

kaizen shinobi said...

setuju2.... nak gak tengok apa jawapan Najib dengan soklan dari bekas menteri kewangan malaysia sendiri.

aku_azreen said...

buatlah apa yg patut untuk rakyat...

APi said...

rasenye dalam pembelajaran tak de isu sensitif tentang politik..
malah digalakkan untuk mencari yang mana satu yang lebih baik..

*prof aku cakap pagi tadi..

~ Muhamad Nor Haqim ~ said...

sokong debat antara najib dan anwar..bukan masalah sapa pandai berdebat, tapi ingin juga tahu cara kedua-dua menghujahkan rancangan masing-masing dan memberi peluang rakyat memilih rancangan terbaik :)

SayaAnonymous said...

@The Sharkox

owh, anon just nak dengar debat je..sebab anon tak layak mengundi ni..tak daftar lagi..huhu

Topek said...

saya selaku ex mckk sama seperti anwar menyokong debat ini. buktikan dengan fakta. jangan hanya menuduh negara akan bankrap kalau buat apa seperti yg pembangkang cadangkan tanpa fakta.

tenangsudey said...

moga perdebatan itu akan membuahkan hasil yang baik

joegrimjow said...

@kaizen shinobi

nak jugak dengar pasa jawapan anwar dari najib

joegrimjow said...

@APi

masa belajar mmg xde
keluar macam dikongkong

Puan Capa said...

teringin nak tgk diaorg berdebat

Tuan Tanah said...

sokong sangat debat ni diadakan. kedua belah pihak mengaku pelan masing2 sebagai terbaik jadi mengapa takut untuk tampil ke hadapan menjelaskan perinciannya?? setakat bising2 dalam media jek takde guna pon.. rakyat sekarang semakin celik la.. jangan la nak bodoh2kan kami lagi..

Tuan Din said...

Senario di UK or US lain bro.. Isu Cuti PM Or president pun kena bawa ker parliment Tiada apa yg Kerajaan nak sorok... Kat Malaysia pulak terlalu banyak keputusan kabinet secara Rahsia, sebab tu tak boleh debat.. nnt terbongkar...

Roxy zai said...

tweet2!..nak pegi UK juga..politik kat sini xbrapa tahu laa..agree with u,student2 xminat but somehow perlu tau juga..aku pun nk dorg debate..at least najib can think of some changes for the people^_^

MuhD NoR AzyM said...

Tak minat pun, kena amek tahu jugak. Klau taknak amek tahu, sape plak nak jadi pemimpin 10 tahun akan datang??

Teringat masa debat antara Anwar & Shabery Chik dulu ttg harga minyak..hehe..sampai berbuih2 mulut Shabery.. :p

nisa said...

Sokong debat ni adakan, najib perlu tampil bersama bukti/fakta...sampai bila asik nk cari kambing hitam saja sebagai ganti setiap keadaan..rakyat sekarang bukan bodoh!

p/s semalam baca twitter najib, kelakar gile soalan diajukan, siap tanya..apa ada dlm rambut rosmah..hahaha

da[Y]un said...

walaupun sy student sy suka politik
saya setuju 100% buat debat ni..

Wandy Infinity said...

Sebenarnya, dari dulu lagi dah Anwar ajak si Najib n pak lah debat. tapi diaorg tak nak. Nasib baik Si Shabery nak debat. Shabery debat sampai berbuih mulut pun tapi dia tak professional. Anwar debat isu minyak. Dia sentuh isu peribadi. Habis rakyat buka mata dan yakin dengan oposisi sekarang. Tapi bila Anwar ajak najib sekali lagi, muncul lah beberapa lagi insan yang mencabar Anwar. MEreka ialah Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan Ummi Hafilda. Standard diaorg tu debat dengan Ketua Pemuda Keadilan+PAS+DAP je lah. Ketua Pembangkang sepatutnya lawan dengan PM lah. Macam Nick Clegg berdebat dengan David Cameron dan Gordon Brown beberapa tahun Yang lalu..itu baru demokrasi tulin. Bukan masih macam guided Democracy.Ini democrazy. haha. Jangan Mare.

Entry Berkaitan Baiknya Kalau Pilihanraya Ala Britain

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW