Share

cinta eiffel tower (part2)

Part 1 sini



DSC_0509



'two for 1 euro' seorang warga asing cuba memujuk

'no, i said, 5 for 1 euro' hairul cuba merendahkan nilai yang ditawarkan



'no sir no sir... too cheap' ada nada sedih disitu

'fine, i will get from another person' ugutan bijak dari hairul


pemandangan warga asing yang berada di kaki eiffel tower sememangnya menjadi adat di sana. mereka menjual pelbagai barangan dan antara yang paling glamer adalah key chain kecil berbentuk eiffel tower. hairul dan zamani yang berada disana juga disapa oleh seorang pekedai bergerak ini untuk menjual barangannya


'ok, 5 for 1 euro....' akhirnya warga asing itu mengalah


hairul tersenyum


'perghh, pandai betul ko bargain ek' kagum zamani

'haha, no lah. ini pengalaman. dulu aku datang sini, ada jugak beli. 4 keychain ni, 1euro, balik aku tunjuk kat kawan aku, semua di gelakkan aku. sebab mahal. rupa rupanya ada yang beli 7 keychain ni hanya untuk 1 euro' terang hairul panjang lebar



'dah tu, apsal ko tak tawar 7 terus tadi' zamani kekeliruan

'kesian pulak aku tengok mamat tu, sedekah je la kat dia' hairul mengorat senyuman



kadang kadang zamani kagum dengan sikap kawannya ini. walaupun playboy yang tegar, main perempuan merata rata, tapi duit cukup senang untuk disedekahkannya. masih ingat lagi yang ada kawannya yang perlu balik mengejut ke malaysia disebabkan ayah meninggal, dia adalah yang pertama menghulurkan duit kepadarakannya itu


'so bro, kita nak pergi mana pulak ni?' teguran hairul memecah lamunan zamani

'ermm, aku nak jumpa seseorang r' kepala zamani ligat mencari seseorang



'sape sape? ko ni, sebelum datang sini dah buat hati aku rasa pelik, sape ko nak jumpa ni?

'hehe, mana boleh kasi tau kau' zamani jawab seolah mengejek



Gambar hiasan : eiffel tower 2008


~~~~~


'fleurs pour votre petite amie' tegur seorang gadis bertudung merah

'Non, merci' jawab pasangan lelaki perempuan yang kembali berpelukan di bawah kaki paris


Kerja menjual bunga di kaki eiffel tower sebenarnya jarang dilakukan oleh perempuan. jarang lagi dilakukan oleh perempuan yang bertudung dan tidak pernah dalam sejarah, pelajar Malaysia yang bekerja menjual bunga disana. Wani adalah pertama. Desakan hidup terpaksa membuatkan dia bekerja dengan keras.


kebetulan, hairul dan zamani lalu di depan perempuan itu.


Hairul terkesima. lidahnya kelu. wajah perempuan itu begitu elok. putih, hidungnya mancung sedikit ala-ala arab. bibirnya merah delima. pipinya yang setanding dengan ratu cantik. Cuma ada tudung yang dipakai atas kepala membezakan perempuan di depannya ini dengan kebanyakan ratu cantik yang berbogel mempamerkan kecantikan mereka. Pandangan matanya, perempuan bertudung merah ini jauh lebih cantik!


'dik, nak bunga satu' zamani mengorat senyuman


hairul jadi kaget. mata wani terbeliak besar. hairul kaget kerana tidak pernah kawannya itu yang terkenal dengan didikan agama yang mantap menegur perempuan sewenang-wenangnya bertegur sapa dengan seorang perempuan yang tidak dikenalinya. Hairul bertambah kaget apabila perempuan itu menarik tangan zamani dan mereka berdua pergi ke suatu tempat yang agak jauh darinya untuk meneruskan perbualan.


dia ditinggalkan bersendirian untuk satu ketika. hairul jadi bingung


~~~~~


'ini sewa untuk bulan lepas dan bulan ini ya' puan zamilah bersuara halus

'ok kak, terima kasih. tak sihat lagikah kak?' tanya seorang lelaki lingkungan umur 40an


'biasalah ni, dah tua-tua macam-macam penyakit datang' suara halus puan zamilah menerangkan

'oklah kak, saya pergi dulu. kirim salam kat anak akak tu ya' lelaki itu menamatkan perbualan


Puan zamilah kagum, walaupun anaknya jauh di negara orang sana, masih sempat untuk mengirimkan wang untuknya. Doa ibu sentiasa kepada anaknya, dia tiada wang untuk diberi, hanya doa ikhlas dari ibu yang dapat ditaburkan olehnya


~~~~~


'nape ko murung ni rul?' tegur zamani memecah kesunyian bilik hostel yang mereka berdua diami

'hek eleh ko, malas nak cakap' hairul merajuk


'haha. tak tahu pulak ko ni kuat merajuk' zamani menyindir

'dah dah. lapar tidak? tu maggie aku ada bawa. kalau nak, makan sendiri' hairul berbasi-basi


sejak balik dari kaki eiffel tower itu, puas hairul interview kawannya itu perihal perempuan bertudung merah yang berbual dengannya. Pelik kenapa perempuan itu tertarik dengan zamani tetapi tidak dirinya. pelik itulah yang mendorong hairul berhempas pulas untuk mengorek rahsia. tetapi sayang, zamani hanya menjawab dengan senyuman. dan juga kadang-kadang 'tak tahu'


'alaa, jom la makan dua rul, baru syok' zamani mengajak

'tak moooo' hairul terus merajuk


~~~~~



'lelaki memang macam tu!' dengus wani

'kenapa ni?' azian pelik, tidak pernah housematenya marah-marah begini


'ya la, selalu lupa tanggungjawab!' wani menarik nafas

'aik, siapa? bf ko ke? eh kejap, ko ada bf ke? setahu aku, takde pulak. ke sapa ni?' fikiran azian mula pusing


'ada lah hamba Allah ni. aahhh, benci aku. nak tido!' wani mematikan kata-katanya

'tidur la ya sayang. exam esok. tenangkan diri' azian hanya menasihati


Memang azian pelik, tidak pernah melihat housematenya itu marah. entah apa yang membuatkan wani marah dia pun tidak tahu. Esok exam yang agak penting untuk wani, dia doakan terbaik untuk sahabatnya itu


~~~~~


Hairul terus rasa tidak sedap hati. Dia rasa diperbodohkan oleh perasaanya. Perasaannya kuat ingin ketahui siapakan perempuan yang bercakap serta memegang tangan kawannya itu, zamani. Ego. ya dia ego. Kebanyakan perempuan yang bertentang mata dengannya pasti akan pandang buat kali kedua wajahnya yang elok rupa paras itu. Perempuan ini lain. dia lain. lain dari yang lain. Sebab itu ego terus mendesaknya untuk merungkai misteri ini


'rul, esok aku ada hal. ko call john ya teman ko pergi disneyland, aku ada hal nak satelkan sikit'

Kata-kata zamani seblum tidur tadi terus ligat bermain di fikirannya. Memasang strategi untuk mengetahui adakah 'hal' yang dikatakan zamani tadi ada kaitan dengan perempuan yang dia mula gilai itu!


Mungkin juga mula dirindui....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

19 ulasan:

faizalnizam berkata...

cinta.. bg sesetengah orang memang manis - terlalu manis hingga menyebabkan diabetes.

bg setengah yg lain - cinta itu bagai hendak dipijak pijak dan buang sahaja dalam tong sampah hijau di bagu jalan kepunyaan majlis perbandaran.

p/s: eiffel tower memang mengagumkan. :)

Fyzal's Latest Entry
Hari Ini Dalam Sejarah: 19 Ogos 1959

noorafzan.blogspot.com berkata...

assumption:

wani dengan zamani adik beradik.
wani dengan zamani somi isteri.
hahah~

pandai je la saya.
tapi tak sabar nak tunggu next part.

Ziana Zain Junior yang cute menyanyi lagu Cute

ENCIK TIKUS berkata...

wah ~ best-best ;DD

Hazzy Ishak berkata...

mr.kasonova merasakan dirinya tercabar

hehe
lagi lagi

Rina Lia (◕‿◕)✿ berkata...

novel ke ni

Nurul Lalala berkata...

terbaekkk..^^





-> http://luvknewrule.blogspot.com/

meowwmania berkata...

karangan sendiri yer??

menarik ;)

Unknown berkata...

Tergantung lagi~ -_-''
Update cecepat incik Joe~

eNaSaN berkata...

NexT...plzzz cepat haPdeT...

joegrimjow berkata...

@eNaSaN

taun depan la kot. bleh jadi versi paling lama pernah dihasilkan
hehe

joegrimjow berkata...

@noor afzan

tunggu next pat, penuh debaran
acecehhh

❀aRaBeLLa❀ berkata...

wah menarik,tak sabar tunggu next entry..
anyway ,aritu sy beli keychain 5=1euro,pastu bile nak balik ade mamat tu jual lagi murah 10 = 1euro..hehh

--{♥Mahirah Abd♥}-- berkata...

dah lama x terjah b;og nie....rs rindu dgn papa joe nie..ahaksssss.. dah balik msia rupe nye..hehehe sehat kah kamo..??

Adziim berkata...

Sedap bnar cerita ni!

Learn Touch Typing berkata...

teringat kisah silam bila baca cerita ni

Check This Out :
http://touchtyping-program.blogspot.com/

Nurulbadiah Lai berkata...

siapakah mereka berdua..apakah hubunagn mereka berdua..cepat post next past..saya xsabar nk baca wahai encik joe.....
cerita ni buat saya cek ur blog each time saya buka blog saya:))

joegrimjow berkata...

@--{♥Mahirah Abd♥}--

sangat2 sihat
=)

joegrimjow berkata...

@Nurulbadiah Lai

ahaa, baguslah, bleh check selalu
hehe

abc123 berkata...

cari ilham buat part 3?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW