Share

Baram dah tiada, jumpa tuhan

Malam-malam gini tiada kerja nak buat, lepas je solat terawikh terus lepak kat kedai mamak kembar. Pejabat rasmi aku untuk online. Baru lepas jumpa dengan seorang perempuan yang berkeinginan besar, harap-harapnya apa yang aku share tadi lekat kat dia punya otak dan perasaan. Sekarang ni duk sibuk perhatikan gelagat manusia


4 perempuan yang merokok


Mungkin sebab dieorang gian tak boleh merokok waktu pagi sebab bulan puasa, ada 4 orang perempuan di tepi jam 9 aku ni sesuka hati melepaskan asap rokok ke udara. fuhhh fuhhh hisap dan hembus asap. Haiyaa, tak ke dieorang tahu yang merokok ni bahaya? ish ish ish. nak tegur kan, tak mampu, jadi tanamkan dalam hati cakap benda ni tak elok, sesungguhnya itulah selemah iman. lemah lemah


lelaki cina dan lelaki india

Satu meja di belakang 4 perempuan tadi, sibuk seorang lelaki cina ni duduk terang sesuatu pada lelaki india di meja yang sama. dengar suara sayup sayup duk cerita pasal puluh puluh ribu. wahhh, ni mesti duk sibuk buat MLM, meniaga larut malam. ekeke. Tengok lelaki india tadi, khusyuk pulak tengah dengar tu. Untung lelaki cina tu kalau dapat close. duit ooh duit


Baram


Tengok lelaki india tu, teringat kat kawan india aku yang namanya Baram. Baram ni kawan baik aku dulu di sekolah dan memang rapat. dari bab agama hinggalah bagaimana lelaki india ni dapat tackle awet melayu yang hot hot, habis Baram cerita. Memang aku rasa kalau dia buat blog, banyak modal yang boleh dia cerita. tak kering gusi kita dengar


Baramkah?


Satu tabiat Baram yang memang takleh ubah adalah dia suka bawak kereta laju. haiish, kalau duduk tepi dia masa dia memandu, memang kalau nak buang air besar pun tak jadi sebab perut jadi kecut! Laju tak hingat dunia! dah bape kali pesan kat dia, jangan bawak laju laju baram, nanti eksiden siapa yang susah. dia cakap apa? 'takdir kita tuhan tentukan' lawa dia punya jawapan


Sebab tulah hayat Baram tak lama


Dia telah mati sebab eksiden. terlanggar tiang penghadang jalan raya masa hujan. ishh, teringat kisah dia memang sayu betul. Kalau dia ada sekarang ni, memang aku rasa bolehlah aku buat video 1Malaysia dengan dia, cari seoarang lelaki cina, dah siap video tu! Tapi sayang, dia dah takde, jumpa tuhan


Ada orang call

'esok jangan lupa balik kelantan, jangan duduk KL lama-lama. Baram semakin hangat!'


eh eh kakak aku sorang ni, tahulah dia meniaga sempena bulan Ramadhan ni, tahu-tahulah aku nak balik bila kan. jap jap, Baram? teringat kat Baram, tiba-tiba dia sebut Baram. Takkan Baram hidup lagi?


'Baram dah mati lah!' aku balas balik

'tu Baram kat jasin, kat Kota Bharu takde pun' balas akak aku


'woh woh. Baram ada satu je. the only Baram dah meninggal' sergah aku

'Baram - Bazar Ramadhan, ko ingat apa?' akak aku sinis


baru 2 hari tinggalkan Kelantan, sejak bila bazar ramadhan jadi Baram ni?




Takziah pada keluarga yang terlibat dengan puting beliung di jasin



pss : diolah dari email. macam-macam

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

25 comments:

tengkorakemas said...

baram tu bazar ke?

fahmi ibrahim said...

Ape baram baram baram.. Joe balik lah joe.. balik kelantan joe... balik...

zool said...

Baram duduk Jasin ek?? Ntah2 kenal ngan adik aku kot

zool said...

@zool tambah sikit lagi.. salah sorang yang meninggal, pakcik jual cendol yg agak famous kat Melaka.. memang org kenal kat dia.. dah lama tak beli cendol kat dia... teringat cendol dia yg memang meletup ngan santan gula melakanya

~Miss_eiyDa ~ said...

kisah dua Baram...
xpernah terpk lak Bazar Ramadhan leh jadik Baram ek,,,hehehhe
balik kelatey jange lupo make colek aye ahek =p

x-po said...

haha kawe first time dengan baram tu boh

Rasuah polis atau tak? RM300 atau RM50? Pilihan anda?

ishiko said...

hahaa.. baram yg kachak ~

FarhanaDr said...

erk.. kiranya betul ke baram tu kawan kamu dan dia dah meninggal? Tetibe musykil dan keliru.. Huhu..

oReNdeViL'89 said...

hahaha.ok..siyes blurr. akhirnya terungkap gak apa mksd sebaliknya.ish.
alfatihah kpd yg tiada.

joegrimjow said...

@zool

diolah dari email

joegrimjow said...

@~Miss_eiyDa ~

ku meniaga kot kat baram kb

Encik Tikus said...

hah ?































ape nie... ?








































tak paham-tak paham.. bhaaa....






























































;P

syafiqa-belle said...

Baram baram..Bazar Ramdham upenye..haha. Tp tu lah..betul ke nama rakan India Encik Joe tu BARAM?? huhu

jAuh hAti said...

lawak lawak ~

LORD ZARA 札拉 said...

Baram?

LOL!

ada orang suka panggil Param (Pasar Ramadhan)


=)

da[Y]un said...

haha..Baram
nnt balik klate bolehla p Baram beli putu bambu
teda di baram sabah ni..hehe

fQ said...

@LORD ZARA 札拉

baram...param..
logik gak tu.
salah dengor kot

Mohd Adziim said...

1st time dengar...xtahu plak kelate pnggil baram skarang.

Zinedine Zaiddin said...

Zaman sekarang semua pun nak cepat, sampaikan nama pun jadi singkat. Contoh klasik:

-Breakfast+Lunch = Branch

-Roti Canai = RotChai

Macam2...hahaha

thegossiplounge said...

semua excited gile nak gi beli makanan kot?

Ckin Kembaq said...

dah agak..mesti baram tu ada kaitan ngan something..kalu tak,tak jadi la cerita kan..hehe

Hazzy Ishak said...

haha.
baram ke param ke
hentam je lah

qishie said...

relax je akak ko buat shortform. lulz.

miss miss said...

tak pernah dgr plak org pgil bazar ramadhan jd baram. >_<

akuzle said...

saperlaa yg first 'coin' kependekan baram tuh aks? mcm....errr, x leh sebut... takziah utk kwn anda, Baram itu.....

tp, klako gaks kalo kiter ckp konteks yg berbeza... subjek sama...ehhehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW