Share

Hampir tak dapat balik

Salam,


Tadi berlaku kekalutan. Mana taknya, pukul 12 suku tengahari tadi check tiket bas untuk ke birmingham airport, pukul 0240. baru perasan yang 0240 adalah pukul 2.40 pagi, bukan 2.40 petang. Hoh, memang sangat cuak

Tengok balik website megabus, nasib baik ada lagi yang pukul 3.30 petang. Fuhh, memang sangat lega. Walaupun melayang duit 10 pound, tapi dapat balik tu lagi penting. Peringatan pada diri sendiri supaya lain kali lebih berhati hati. Kalau tak check tadi, memang tak tahulah macam mana nak ke birmingham nanti!

Dubai airpotrt : Birmingham - Dubai - Kuala Lumpur


Dah sampai Dubai airport.

Yup, sekarang ni dah ada kat sini dah pun. Online kejap sebab ada wifi. walaupun lembap macam siput sedut, bolehlah nak update satu entry kan. Hehe, kata blogger sejati, mana bleh tinggal blog walaupun sekejap ;-)


******

Perempuan dan duit

Kalau korang add aku di facebook, 2 hari lepas aku ada post satu video yang di share dari satu page ni. Memang stylo die punya video. Ok, layan dulu video ni, erkk, perempuan jangan marah ya. Ni tak semua, kes kes terpencil je









Fikirkan duit ni, memang satu elemen yang sangat penting dalam hidup. Money is not everything, but something. Kan kan?


Video atas ni aku lebih melihat kepada lelaki, bukan perempuan. Ya, ada pengajaran yang boleh kita ambil sebagai lelaki. Ala, setiap benda kalau kita ambilk yang baik je, positif la jadinya. kan kan? Jadi, apakah 2 pengajaran yang boleh kita ambil?


1)Jangan kejar sangat seseorang perempuan


Ingat lagi masa di mtrx dulu, ada je perempuan cantik, mesti jadi rebutan, tang tang lagi perempuan yang muka bujur sirih + hidung mancung + free hair + suka senyum, peeerghhh, memang laki semua cair meleleh habislah. Aku dulu ada jugak suka seorang ni, nasib baik chinese, so usha usha gitu jelah (ohh, tidak menjaga pandangan betul ketika itu)


Entah apa yang duk kejar pun tak tahulah, mungkin ni kaitan dengan jiwa muda, jadi semua sukakan yang cantik cantik je lah. Kalau boleh nak berebut, memang akan berebut habis-habisan la. Yang perempuan pulak, bangga sebab jadi rebutan. Walhal, bila dah tua, semua cantik tu dah takde dah. Baik ambik yang cantik hati. Cantik hati ni tahan lebih lama. Best pun best. Heheh


2)Kumpul duit banyak-banyak


Bagi yang lelaki, entah sedar ke tak yang kita nanti akan jadi ketua keluarga. Sebut ketua keluarga ni, duit jadi benda paling penting. Lagi penting dari makan kari (apakah???) jadi, nak tak nak, kita kena kumpul harta. Mungkin rasa umur muda ni bukan masa yang sesuai lagi untuk kumpul harta, sebabnya komitmen lain. Belajar + sibuk + takde masa


Budaya kumpul harta bagi lelaki yang muda ni, golongan pelajar ni aku nampak sangat kurang. Dulu masa kat mtrx, ada seorang kawan yang aku lihat tahan lapar sebab duit yang mtrx bagi, guna untuk kawin nanti. Orang yang tahu hanya senyum sinis je la. Tak sedar yang apa kawan buat tu merupakan satu benda yang sangat kurang kita praktikkan.


Sebab benda ni dah jadi budaya, kerja baru kumpul harta, bukan masa belajar, sebab tu ramai lambat matang. Opsss. Ada orang marah. Hehe. Rilex bro, ni benda betul, bagi yang fikir kahwin ni, mesti dia nak kumpul duit, bila kumpul duit, takde lah beli benda merepek meraban, takdelah duk enjoy kuat sangat, xdelah duk buang masa sampai tak ingat dunia. Hehe, kena sedar sikit kita ni laki



Ok ok


Cukup la dulu, nanti banyak2 ada orang tak puas hati. Sama sama kita jadi manusia yang berguna, bukan sahaja untuk diri kita, tapi untuk masyarakat di luar sana tu, banyak lagi yang perlukan bantuan kita, tunggu kita datang je, jom gerak!



pss : tadi dah 7 jam, cram oto pungung duduk atas kerusi lama sangat, lepas ni 7 jam lagi, entah otot apa pulak yang nak cram. kekeke. 10 jam lagi nak sampai Malaysia!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

37 ulasan:

meowwmania berkata...

nak kata pompuan ni mata duitan.. lelaki pon sama

nak kata yg kuat kikis pompuan.. lelaki pon sama

so sama sama la..bek laki @ pompuan beringat sblm terkena dan bersedia sblm terleka

peace :D

joegrimjow berkata...

kes kes terpencil?
erkk
hehe

eNaSaN berkata...

duit pOn pntg gak...tp klu akHirnya mkn diri xbgus gak..heheheh



llaki or pompuan skRg dua2 ade jer mata duitan..kikis duit & sewkTu dgn nyer...allalalalla


slMt pulaNg ke M'sia Joe

noorafzan.blogspot.com berkata...

mmg blogger tegar la bro..
salute..

x dapat layan video tu tapi dapat baca komen je la.
basically gitulah.
cantik fizikal mmg tak kemanapun seban yang penting cantik hati.
tapi kalau dapat dua2 pun lagi best kan bro.

then, budaya fikir masa depan tu pun memang kurang di praktikkan.
bila tak praktik dari awal, mungkin bila dah kerjapun nak enjoy.
langsung tak beringat tuk masa depan.

Ayie berkata...

xmo bercerita pasal perempuan lagi.. hahahah.. nnt kena hentam lagi.. ahaks

p/s::: tengok email kamu ye

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Hohohohoho.. Tegar sungguh budak ni.. Huhu..

Ade nampak video ni di Facebook kamu.. Heehee.. Ku mau kawen datuk.. Lalalalala.. ;p

Bagiku duit something tapi love is everything.. Dokter chenta luar biase kan.. Hik hik..

Ku suke lelaki yang cube majukan diri dulu, then baru ingatkan perempuan.. Tak terkejar sangat laa maksudnya.. Majukan diri untuk hidup selesa untuk family dia kelak.. Ngeee..

Nur Suaidah Bachok berkata...

malaysia!!

Hizami Li berkata...

oh.
lelaki tak perlu kejar perempuan.
lelaki cuma perlu kumpul harta banyak2.
insyaAllah perempuan pulak yg kejar.
haish.
statement betul ni.
;)

rhapsody LiN berkata...

hmm... mmg duet is not everything. but money is something. yg penting ikot mcm abg joe pernah ckp dulu, "cari bini yang boleh bagi lagi kaya. bukan yang kuat belanja" ;)

ye ke? hm.. bunyi lebih kurang lah.. hehe..


welcome to malaysia!! :)

joegrimjow berkata...

enazan, thx ya ;)

joegrimjow berkata...

farhana, love pada DIA la everthing, jgn lupe ;)

joegrimjow berkata...

hizami, statement yg buat org suke camtu la. hehe

♥ shiMawar ♥ berkata...

erm..duit tu mmg le perlu..skang ni susah nk hidup klu dgn cinta jek..tp duit tu boleh dicari..yg penting, ade usaha..

lelaki ke, perempuan ke, kumpul duit tu penting..klu takde jodoh, duit tu boleh labur utk family..takde ape yg rugi pun..sbb bg sy, family adalah segalanye.. :)

p/s : mujur perasan ek..klu x, x dapat balik le Encik Joe kita ni.. :D

joegrimjow berkata...

mawar, klu xpasan, memang tak baik jawabnya
;)

nora berkata...

kebarangkalian perempuan n lelaki gila duit dan simpan duit sama je..

=)

tapi perempuan lebih banyak buat saving sebelum kawin berbanding lelaki kebiasaannya..

FifaMusz berkata...

study kat birm ker? nice place... teringin nak gi cadbury world lagi... best!

Setuju.. sebagai bakal ketua kelurga, kena pandai/rajin mencari rezeki/duit untuk menyara keluarga.. semua harga barang nak naik sekarang... so memang akan sakit skek..

Huda Luna berkata...

err tu lah lain kali tengok jam dulu isk

yay! tak lama lagi smpai la malaysia!

err. masa mtrx dulu mmg trend kot rebut perempuan then buat scandal padahal semua stok dh ade gf kat luar

yg kumpul duit sbb nk kawen tu xtau la plak

hehe otot pinggang lak cram

[z@ck] berkata...

selamat meneruskan perjalanan balik KL.. =)

naik emirates ek

Hazzy Ishak berkata...

buah hati ku gigih kerja sebab duit.tapi duit tak boleh menjamin kebahagiaan

Bukan Bidadari berkata...

cute video tu.....


mata duitan .. susah nak ckp....

Queen berkata...

ye betul..memang lah bukan nak materialistik..tapi memang duit tu satu benda yang penting....at least belajar bertanggung jawab..jgn berpoya2 je...

welcome home joe

shah mohamad berkata...

teringat dulu pernah tido kat airport 24 jam sebab tunggu flight...

sekarang sumepun duit..haisshhh

~fisha~ berkata...

skrang ni, laki or perempuan, lebih kurang je.. cume yg baik tu, alhamdulillah dapat didikan yg betul..

lau nak ckp bab kikis2 ni,,setaraf je kot. my view la...

~fisha~ berkata...

btw, samat kembali ke tanah air..ahha.

Amalina Peter berkata...

duit? hoho no no no...carik sendiri la prmpuan... =)

tp lelaki yang serius dgn perkahwinan mmg ada simpanan kahwin die...klu tak susah nak gelabah2 cari duit pastu jdkan alasan duit penghalang kahwin...

good luck dgn pencarian pasangan hidup! dah kahwin nnti harta dan paras rupa mmg tak bermakna...yang paling penting yr attitude to face life ahead.

so, penting jugak untuk lelaki mencari duit skang untuk menjadi lebih matang, bukan kaya. peace!

blog saya dan suami:
amalina-peter.blogspot.com

=)

Sha-na.Szied berkata...

oh joe balik uma hari nih???
semoga selamat sampai ke tanah air tercinta..

besh gile transit DUBAI!
my dream country :)

'Athifah Markzzaki berkata...

22 lelaki vs 1 perempuan? ahahaha.. lelaki ke-23 tu jgk yg bijak..

selamat tiba di Malaysia bro..

dku juga merindui Malaysia~

Tanpa Nama berkata...

rindu Dubai.This year tak leh singgah dah.Syurga shopping tuh..feuh!

laki mmg perlu kumpul harta sbb nti nak tanggung bukan isteri je, tapi anak2.nak bagi d best food, the supplement , the best education, but after all supplying them with love, time and educate them ourselves is essential too ;)

p/s: laki mmg suka mengejar2 perempuan. Suka plak kejar sorang beramai2.

Tanpa Nama berkata...

hai cik anon di atas..kah kah kah..

men p/s p/s plak dia..haipp..hahah *gurau2*

kuyam berkata...

hurm,video ttg realiti tu~

Pojiepooh Abdullah berkata...

Selamat pulang buddy.. HAve a safe journey.. Erm, sekarang ni tgh kumpul duit nak kawen.. Tp pikir nk sambung study gak.. Which 1 dulu ek?

Love,
PojiePooh Abdullah

Munsyi berkata...

semoga selamat dalam perjalanan pulang bro.

semua perlukn duit skang tp make sure duit tu tak jd matlamat utama kita.

joegrimjow berkata...

dah sampai malaysiaaaa
hehe

fiqOo berkata...

welcome home!
:)

Ieqa Swetluv berkata...

tak kisahlah samada perempuan mahupun lelaki kena bijk dalam mengurus perasaan supaya x berlebih2an.. cinta je lebih tapi poket kosong x ke mana gak kan..

Masturah Idrus berkata...

ganas loh video tuh...

joegrimjow berkata...

sebab tu kena beriringan cari duit skali
;)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW