Share

5 checklist untuk 10 Ramadhan terakhir

Tak sangka kan begitu cepat Ramadhan 1438H akan meninggalkan kita. Hari ni dah 19 Ramadhan, maknanya malam ni dah start 10 Ramadhan terakhir. Waktu yang terbaik selama 240 jam ini kita manfaatkannya mencari keredhaanNya. Kita kena kejar kerana dalam 240 jam itu, ada lebih kurang 8 jam (waktu malam) yang mana dah diceritakan ia lebih baik daripada seribu bulan

8 jam = 720 000 jam!

Kalau korang buat bisnes atau join pelaburan mana-mana, mesti sangat teruja dengan angka ni kan. Satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! Seolah kalau kita hidup 83 tahun, beribadah pada malam itu seperti beribadah sepanjang  hayat kita!

Besarkan Lailatul Qadr ni!


Sebab itu, kita perlu bersedia. Bersedia dalam erti kata mempunyai perancangan yang rapi seolah kita tak mahu lepaskannya. Untung bagi yang buat bisnes sendiri sebab masa sangat flexible dan bolehlah tambah aktiviti beribadah kepada Allah lebih daripada biasa. Bagi yang makan gaji, juga untung sebab masa yang tinggal tu boleh digunakan dengan seoptimum mungkin untuk kejar 10 hari terakhir ini!

Apa yang boleh kita lakukan?


1) Iktikaf di masjid


Aktiviti yang sentiasa orang kita buat adalah beriktikaf di masjid. Iktikaf di masjid ni antara benda yang paling mudah nak buat. Pergi ke masjid, niat iktikaf! DONE. Mudah tapi nak ke masjid tu yang susah bagi kebanyakan kita. Berbalik kepada NILAI tadi tu, aku rasa semua nak berlumba dan sanggup tinggalkan dunia untuk kejar malam Qadr tu


2)Perbanyakkan baca quran


Tak sempat nak ke masjid boleh perbanyakkan baca quran. Aktiviti ni dituntut oleh alim ulama dan mereka suggest bukan saja baca, cuba belek2 tafsir atau baca tadabur secara beramai-ramai.  Jika sepanjang Ramadhan ini kita baca 5 muka surat setiap hari, 10 Ramadhan nilah kita kena perbanyakkan sebanyak yang mungkin. Jangan lupa nanti akan diadakan quran hour, boleh sama-sama join!


3) Perbanyakkan solat sunat


Selain sembahyang di awal waktu, bagi lelaki solat berjemaah, kita juga boleh perbanyakkan solat sunat di sepanjang 10 Ramadhan ini. Dhuha 2 rakaat, buatlah lebih sikit. Qiyamullail pun perbanyakkan jumlah rakaat solat.


4)Perbanyakkan sedekah


Yang ni ramai salah faham, sedekah tu bukan sahaja duit, TENAGA juga boleh dikira sedekah. Asalkan kita ikhlas. Tapi yang ada duit tu, masa nilah untuk kita perbanyakkan sedekah. Belanja member2 pun niat sedekah juga dapat pahala. Jika ada tabung yang lalu depan mata, ringankan tangan untuk keluarkan duit dari kocek dan taruk duit tu. Pesta ibadah!



5) DOA



Doa terbaik sepanjang bulan Ramadhan ini adalah kita minta pengampunan daripada Allah. Spesifiknya doa kat bawah ni

Itu saja dulu benda yang boleh dicadangkan. Benda ni bukan benda asing, dah banyak kali dah kita dengarkan. Cuma ya lah, manusia ni selalu lupa jadi ingat mengingati tu tanggungjawab kita semua. Harap entry ni boleh dijadikan pahala jariah aku sendiri. Korang malas tulis tu bolehlah share. Semoga kita mendapat ganjaran pahala dariNya! M 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Blog buat aku takut nak berbini dua

Salam nuzul quran!

Ya Allah, setelah beberapa purnama, akhirnya blog joegrimjow update juga. Huh, entahlah tak diberi kekuatan untuk menulis kat blog tersayang ni walaupun keinginan tu membuak-buak. Memang betul kata orang tua-tua, buak sahaja tara guna, kena follow by action! Entah orang tua mana yang cakap aku pun tak tahu, layankan ajelah

Dan update blog terus update pasal bini dua???

Hehe, ada sebab kenapa tajuk macam tu. Ni nak story ni. Kisah dia macam ni, blog joegrimjow ni dah lebih 8 tahun dah kat dunia internet. Kalau korang follow blog aku ni masa zaman muda remaja majalah mangga mesti tahukan betapa rajinnya aku update blog setiap hari. Antara penyebab tak update di blog ni sebabnya aku buat blog lain. FaridzulAsyraf.Com 

Nama tu baru nampak matured gitu guna nama sendiri. Jadi, bila dah ada blog kedua ni, blog pertama semakin diabaikan

Mula-mula 2 hari sekali update

Pastu dalam masa seminggu adalah 3 kali update

Lama-lama seminggu sekali

Blog semakin terabai – sebulan sekali

Paling teruk sekarang ni this year ini merupakan entry ke pertama aku update. Haha, memang terabai sungguh!

Apa kaitan dengan berbini dua?

Haa, tak nampak lagi kaitannya? Lambat betul sel-sel otak korang berhubung kalau tak boleh nak relate lagi. Hehe. Analogi dia macam blog ni la, bila dah ada 2, yang pertama terabai, dan yang kedua pun turut terabai jugak. Last-last dah tak jadi blogger tegar dah. Haa, nampak? Sebab tu berblog ni buat aku takut nak berbini dua. Takut dua-dua terabai.

My small family


Gituuuu!

Alah joe, cakap jelah ko takut bini

Ye jugak sebenarnya. Kekeke!

Oklah, ada sebab kenapa aku menulis balik ni. Sebab utama anak aku yang pertama dengan bini pertama ni dah makin besar dah. Jadi, banyaklah masa sikit untuk aku menulis. Lagipun banyak benda jugak aku nak menulis ni harap-harapnya diberi limpah inayah untuk meneruskan perjuangan menjadi blogger. Hihi

Semoga jumpa lagi di waktu siaran yang lain

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Jadi orang Kedah

Alhamdulillah, berjaya juga post entry ke 4 untuk tahun ni. Hehe. Lama menghilang di arena blog ni bukannya bermakna terus akan melupakan blog ni, cuma masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk menulis. Kali ni nak cerita sikit pasal diri sendiri.... Ermm ada lagi ke orang berblog pasal diri sendiri sekarang ni? Haha. Ikut la labu yang penting ada entry untuk ditulis. hehe


Jadi orang Kedah bak hang 



Kalau korang tinggal di Sungai Petani Kedah, nampaknya kita ni berjiran! Awal bulan 4 hari tu aku start menyewa di Bandar Puteri Jaya, rumah fully furnished dengan harga yang sangat berpatutan. Terima kasih kepada pak mertua aku yang deal harga ni sebab masa tu aku di Mekah tempoh hari apabila lihat iklan di Mudah.my terus mintak pak mertua aku deal. Memang perancangannya cari rumah yang ada aircond, kelengkapan asas tersedia supaya takdelah berat sangat nak pindah rumah kena beli semua tu kan.


Dapat rumah ni memang dah rasa terbaik dah!


Actually aku dah lama ulang alik KB-SP ni, tahun lepas lagi rasanya nak menyewa sendiri tapi asyik ada hal je yang memaksa menumpang di rumah mertua. Alhamdulillahh, lepas balik tunaikan Umrah bulan 3 lepas, dapat menyewa rumah sendiri. Cik Bini ada buka butik jual tudung di Tesco Selatan SP, aku dengan komitmen futsal family di Kelantan kenalah selalu berulang-alik KB-SP berbulan jugaklah. Dalam sebulan tu 5-6 kali turun naik KB-SP. 

Akhirnya buat keputusan, lepaskan tanggungjawab futsal kepada abang ipar aku dan aku jadi ORANG KEDAH. Hehe. Walaupun agak kekok berada di negeri orang, tapi best jugak Kedah ni. Tambahan pula kat SP ni memang meriah dengan pelbagai ragam, pelbagai bangsa. Kejiranan aku duduk ni Cina India semua ada. Tepi rumah aku ni Cina, memang agak pelik la biasa dengar kokokan ayam tapi sekarang dengan ouk oukkan anjing. Hehe. Kata hidup kat Malaysia, kenalah saling bertolak ansur gituuuu

Oklah, cukup setakat tu dulu, esok menulis pulak. Panjang2 nantikan takde idea nak tulis esok. Hehe. Jumpa lagi, selamat malam

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW