Share

Oh babi-babi di depan rumah

Pukul 4 pagi semalam, berlaku kemalangan betul-betul kat depan rumah. Aku sedar kejadian memang dah pukul 7 camtu, memang tak sedar langsunglah walaupun mak aku kata dia terkejut dengan bunyi kuat kat depan rumah tu. Tengok-tengok, ada kereta terbalik terus!



Yang mengakibatkan kemalangan ni berlaku adalah disebabkan - BABI!



Ada 2 ekor yang seekor tu agak besar memang dah terburai jugaklah perut tengok. Katanya babi seekor yang besar tu dilanggar lori dulu sebelum babi kedua yang masih berkeadaan elok yang mana kereta terbabas tu cuba nak elak babi2 tu. Last-last, terbabas sampai terbalik terus keretanya

Tapi Alhamdulillah, pemandu kereta selamat!



Memang agak havoc jugak suasana pagi tadi, dah la kereta terbalik tu kat tengah jalan, ada 2 bangkai babi pulak, memang gamaklah suasananya

Tanya korang, kalau ada binatang melintas, korang mengelak ke korang langgar je? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Herbalife Spectacular 2013 for dummies


Alright, kali ni aku akan share mengenai Herbalife Malaysia Spectacular. Siapa yang excited nak pergi angkat tangan!!! Siapa yang first time nak pergi angkat tangan!!! Amboi, semua excited gitu. Bagus. Excitement tu la kita mahukan dalam bisnes ni. Selaku dah hadiri 3 Spectacular dah dan ini merupakan Spectacular aku yang ke4, nak share sikitlah serba sedikit pengalaman yang kalau boleh 1st timer pergi ni ambil sebanyak mungkin benda dalam entry ni. Barulah tak blur-blur gitu


SEBELUM SPECTACULAR

Tinggal beberapa hari je lagi ni, memang sekarang ni sangatlah kritikal. Bagi korang yang baru 1st time datang, KALAU BOLEH, at least ajak sorang kawan korang datang untuk ikut sama. Spectacular ni bukan saja macam event untuk Herbalife semata-mata, ia lebih kepada kehidupan. Sebab tu ramai yang datang ke Spectacular terutamanya muda-mudi ni, balik je terus kahwin. Rekod 2 minggu balik Spectacular terus kahwin. Allah tunjukkan jalan iA. Banyak lagi benda-benda yang diluar sana yang memang aku sendiri pun tak boleh nak describe, memang kena datang sendiri baru tahu. So, ada masa lagi ni, tiket pon rasanya ada lagi, jangan berhenti untuk ajak orang datang. 

Ni aku senaraikan list untuk persiapan lain sebelum ke Spectacular ni
  • Registration (kalau boleh register sebelum 25hb kat HQ)
  • Tempat penginapan
  • Transport untuk ke sana
  • Jadual acara untuk event
  • Qualification dan acara tambahan yang dapat disertai (freshman class, leader meeting)


Barang untuk bawa? Okeh, ni antara barangan yang boleh dikatakan wajib bawa
  • BUKU NOTA! (walaupun ada iPad, Tab atau phone yang canggih2, still buku nota terbaik!)
  • CAMERA!
  • FM Radio (kat sana bukan saja speaker cakap melayu, english ada, mandarin pon ada)
  • Bendera
  • Name card
  • Baju yang sesuai (jangan pakai baju sama pulak!)
  • Face quancher, protein bar, produk untuk makan


Apa lagi apa lagi? 

Cari masa sebelum Spectacular ni untuk jumpa dengan sponsor korang. Kalau sponsor sibuk cari upline dan bagitau apa yang korang mahukan dalam Herbalife ni. Apa tindakan yang korang mahu buat after balik event ni. IA sponsor korang tahu apa yang nak dibuat. Korang sendiri pun, kalau boleh solat hajat dulu sebelum ke Spectacular tu mintak dengan Allah tunjukkan jalan dan bukakan minda korang untuk belajar dan get inspired from others. 



SEMASA SPECTACULAR

FOKUS semasa event tu antara paling penting. ELAKKAN membeli barangan yang dijual semasa event. Percayalah, banyak distributor yang 'buka meja' jual macam-macam, bajulah, bannerlah, blenderlah, macam-macamlah, nak beli boleh, tapi cuba beli waktu selain daripada masa event tu. Rugilah bayar mahal2, tapi event tak masuk. SHAKE dulu sebelum nak masuk event, jangan makan nasi pulak mentang-mentang duduk kat hotel kan ada breakfast free, nanti mengantuk masa event.

INTERVIEW DISTRIBUTOR sangat penting bagi distributor baru. Bawak satu buku, dan carilah masa Spectacular tu para pengedar lain untuk diinterview. Antara soalan yang korang boleh tanya
  • Nama, tempat tinggal, umur
  • Testimoni produk dan testimoni income 
  • Dah berapa lama dalam Herbalife
  • DMO yang dibuat
  • Soalan-soalan lain yang rasa sesuai


Lepas tu tangkap gambar dengan dia. Kita ni kerjanya hanya bercerita. Kumpulkan seberapa ramai cerita – aku cadangkan 15 cerita – untuk bila kita pulang nanti ceritakan balik kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita yang tak pergi. Contohnya bob yang dah turun 62kg, jangan lupa ambil gambar dengan dia personally n buat album testimoni korang sendiri dengan dia. Beres?

Okeh, ni list semasa Spectacular boleh dibuat
  • Datang awal, kalau boleh seawal yang mungkin
  • Sediakan camera untuk tangkap gambar slide – kadang2 speaker nak cepat
  • Malam after event, tidur biar cukup nanti mengantuk masa event – RUGI!
  • Cari seat yang paling sesuai, yang dekat dengan screen kalau boleh, tapi ingat JANGAN BOOKING SEAT untuk orang lain


Selepas Spectacular

Paling penting masa Spectacular ni adalah selepas event ni habis. MAKE SURE korang ada action plan yang korang nak buat within 90 days. Antara action plannya
  • In 90 days, what level nak achieve
  • DMO apa yang nak pakai (paling kurang cari 3 yang paling sesuai dengan diri)
  • Extravaganza nak bawa berapa orang?

Benda ni lagi elok dalam masa 72 jam selepas Spectacular, cari masa untuk sit down dengan sponsor korang. Memang sponsor korang tu akan tunjuk step by step untuk achieve apa yang korang nak. Ingat – 72 jam! 

Itu saja, JUMPA ANDA DI SPECTACULAR!!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Soalan dan jawapan untuk #listen #listen #listen


Sekarang ni boleh dikatakan kat twitter, facebook, youtube dan banyak lagi ruangan social media yang lain duk mainkan isu listen. Mula-mula aku pun tak paham dan buat-buat tak nak paham, tapi sebab ia dah jadi viral, mulalah aku nak ambil peduli. Melalui listen, aku temui pelbagai keyword lain dan kalau korang masih mencari-cari sebab kenapa listen boleh jadi popular, haaa, ini soalan dan jawapannya!


1) Siapa tu Sharifah Zohra Jabeen, Bavani dan mana nak tengok video tu?

Sharifah Zohra Jabeen adalah MC yang mengacarakan forum 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' di UUM dan Bavani adalah pelajar disana yang mengajukan soalan ketika forum ini dijalankan. Boleh tengok video tu kat link ni


2) Dah tengok video tu, apsal orang marah sangat kat cik MC tu?

Korang tak marah ke? Rasa biasa? Ish, kalau rasa biasa-biasa tu, something wrong yang kena check. Ni antara kenapa orang marah/tak puas hati dengan tindakan MC tu
  • Tarik mic sebelum Miss Bavani habiskan soalannya
  • Soalan yang dilontarkan melalui fakta tak dijawab dengan fakta balik. 
  • Bagi contoh yang tak relevan seperti contoh kehidupan binatang???
  • Menggunakan title degree holder lawan o level yg Miss Bavani ada sekarang. Lepas tu nak suruh orang respect dia
  • 'Memperlekehkan' hak bersuara, diam dan suruh 'listen' sambil diulang lebih 10 kali


3) Kenapa video ni jadi viral?

Mungkin sebab perkataan 'listen' yang diulang-ulang tu punca utama. Selain tu yang berkongsi video ni (jadikan ia viral) sebab mahu luahkan pendapat hak bersuara masing-masing. Dapat perhatian daripada ahli kenamaan lain seperti tokoh politik, tokoh agamawan dan tokoh lain yang masing-masing bagi pendapat tersendiri. Tapi masih, sebab perkataan 'listen' diulang banyak kali jadi sebab utama ia menjadi viral. Cam bessstttt


4) Apa kaitan Sharifah Zohra Jabeen dengan UMNO, Najib?

Walaupun dia adalah president Suara Wanita 1Malaysia, tapi dia takde kaitan dengan kerajaan ataupun UMNO, BN, Najib atau sebagainya. SW1M adalah badan NGO sama yang lain, cuma yang salah paham sebab dia pakai badge 1Malaysia kat baju dan ada 1Malaysia kat nama pertubuhannya. Harap PM kita dapat make sure NGO yang nak guna 1Malaysia kena berhati-hati, buruk namanya jadi dan akan bahayakan slogan 1Malaysia sendiri


5) Student UUM yang kat dewan kenapa bertepuk tangan tanda sokongan?

Mereka mengantuk. Forum dah lewat malam. Orang tepuk mereka tepuk. Tapi rata-rata student kat Malaysia (harap-harapnyalah) tak bersetuju dengan tindakan cik MC kita tu. kan?


6) Masa kat U dulu takde pulak ikrar yang YDP UUM tu ikrar, silibus baru ke? 

Dia diberi teks kot. Tak sempat nak berfikir, dia baca je. Yang bantah demonstrasi jalanan ni tak baca sejarah. Bapa Kemerdekaan kita adakan demonstrasi jalanan (salah satu cara) untuk raih sokongan untuk kemerdekaan dulu. Menghina/memperlekehkan demonstrasi jalanan ni tak belajar sejarah. Tak setuju, tandanya kita tak setuju dengan cara kemerdekaan yang kita dah kecapi sekarang ni. Tak setuju jugak? ikut la labuuuu


7) Macam mana nak solvekan masalah ni?

Untuk menjernihkan masalah ni, cik MC ataupun Bavani harus minta maaf. Lagi elok dua-dua. Orang pertama yang minta maaf akan terima respect dari kita yang menonton drama listen ni. kan? Tapi cam mustahil je, ego katakan


8) Galaxy note tu apa cerita? siapa yang menang?

Ada panel nak menambah apa yang cik MC bagitau, tapi disekat oleh cik MC kita (kak pah nama manjanya) dengan mengumpan student dah mengantuk dan terus nak bagi hadiah galaxy note. Samsung secara tidak langsung terlibat dalam video ini. Beralihlah kepada Apple ya semua


9) Ada jugak isu lain dalam video, pendidikan percuma, perhimpuanan BERSIH, Ambiga, suara mahasiswa, apa semua tu?

Amboi, semua nak tanya! Kata nak jadi mahasiswa yang tak disuap, cari sendirilah jawapannya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW