Share

Medallion Mark Hughes dah sampai

Selamat pagi di Putrajaya!

Fuh, hari ni merupakan hari kecut perut sedunia untuk pengedar Herbalife. Kenapa? Sebab hari EOM! End Of Month - maknanya segala pembelian untuk bulan ini adalah akan berakhir pada hari ini. Kenapa ramai yang kecut perut? sebab bulan April ni merupakan last untuk qualify pergi Tokyo! Yang dah qualify tu mesti tengah happy, yang belum macam aku ni, memang tengah fight sampai penghabisan!

Doakan ya! 


5 Billion Mark Hughes Medallion

Walaupun benda ni dah lama, tapi sebab aku baru amek Medallion tu, nak cite jugak. Haha. Tahun lepas sempena meraikan sale Herbalife cecah 5 Billion, Herbalife International perkenalkan Mark Hughes Medallion. Caranya yang distributor Herbalife ni kena buat sale lebih kurang 3000vp (RM 11 ribu camtu) untuk 3 bulan berturut-turut. so 3000 vp x 3. Aku antara yang layak. wahaa!


erk, actually aku buat sale lebih dari 3k vp kot tiap2 bulan :p


Volume points = How many people we help

Benda ni agak lama baru aku paham. Dah pergi extravaganza baru paham. Jualan yang kita buat tu sebenarnya bukan tandanya kita kuat menjual, TAK. Tapi sebenarnya tanda BANYAK MANA ORANG YANG KITA SUDAH TOLONG. Tolong dari segi dapatkan kesihatan, dapatkan berat ideal dieorang balik. Sebab tu kalau yang dah buat Herbalife Full Time macam aku ni 3000 vp tu tak dapat buat, memang aku tak buat kerjalah tu, tak tolong orang dengan banyaklah tu!

Nantilah aku cerita lebih pasal Volume points ni. Takleh nak tulis panjang-panjang, harinikan EOM :) 


pss : esok dah balik ke Kelantan. yuhuu!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Siaran Astro percuma 10 hari - 27 April hingga 6 Mei

Sekarang ni, bermula hari ini (27 April 2012) hinggalah 10 hari akan datang (6 Mei 2012) astro bagi lebih 130 channel yang ditawarkan dalam pakejnya secara PERCUMA. Wah, memang best habislah. Lagi best kalau astro first pun bagi free :p


Ini adalah sebagai tanda penghargaan Astro kepada semua pelanggannya kerana memenangi anugerah baru-baru ini. So, korang yang ada Astro kat rumah tu, bolehlah pulun habis-habisan. Yang subscribe untuk pakej PVR, bleh record sampai pengsan :)


Selamat menonton!


pss : eh, apsal post pendek je ni? jeng jeng jeng 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ramalan : 26 May bubar parliman, 9 Jun pilihanraya?

Tadi masa bukak booth, duduk berbual-bual dengan pak cik-pak cik yang begitu obses nak berpilihanraya ni. Aku nak cakap pasal kesihatan, dia duk berbual pasal politik. Layan je lah. Korang tahu apa katanya? Pilihanraya tahun depan! wahaha. pak cik ohh pak cikk



Prediction

Sekarang ni orang duk ramal pilihanraya akan diadakan pada hujung bulan 5 atau awal bulan 6. Banyaklah faktor kenapa dipilih tarikh tu. Betul atau tidak, sama-sama kita tunggu. Sekarang ni yang paling banyak teka 26 May bubar parliman, 9 Jun pilihanraya! Tapi yang peliknya, tak pilihanraya pun dah banyak bendera-bendera dipasang! Dah macam suasana berpilihanraya dah. Nampak sangat nak dekat dah tu kan?

Korang dah bersedia ke belum? Nak pangkah siapa?

Walau siapa pun yang memerintah, kita sama-samalah doakan Malaysia bertambah maju dan yang paling penting negara kita selalu dilindungi-Nya. Bagi yang layak mengundi, sama-sama jalankan tanggungjawab kita. 

pss : PM kita datang Kelantan 5hb May, nanti aku tanya dia eh. wahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW