Share

adik beradik wright

mesti ada yang ingat ku jakun sebab selalu cerita pasal flight. ni pun schedule entry jugak. jangan runsing, ku akan selalu update blog ku ni, walapun tuannya tiada di depan laptop!!


sebenarnya bukan jakun, tapi adalah sebab takut....
huhu, lawak kan? sekrang ni tengah buat-buat kalut supaya selamat sampai.


masa ku tulis ni pukul 4 petang malaysia. lagi sejam setengah nak sampai. huhu, excited gila!


------


sebab schedule je
tak mau panjang-panjang

cuma ingin mengajak kita semua berfikir


dulu adik beradik wright yang membuat kapal terbang
peringkat permulaan,
mereka di label gila!!!


mana mungkin mahu terbangkan manusia
itu adalah mustahil!!

mereka di label gila
bodoh
tak sayangkan masa dan duit


tapi semua itu diambil dari sudut positif saja
masuk telina kanan
keluar telinga kiri


gigih
tabah
sabar

dan

ilmu!

akhirnya kita dapat menikmati perasaan
perasaan si burung yang terbang dilangit

kalau mereka berdua kalah dengan ejekan orang
agak-agaknya mampukan kita terbang sekarang??


mereka boleh
kita pun boleh!

beyond the norm!!
(tema NEXT)




-----------

nota kaki :
1-satu teka teki bodoh, ada seekor burung, sedang terbang kat udara, tiba-tiba dia nak bertelur. jadi dia pun bertelur la. tapi telurnya tidak jatuh kebawah walaupun dia berada diudara ketika bertelur. soalannya, kenapa telur yang dia keluarkan itu tidak jatuh??

fikir lah
jawapan memang bodoh
tak semesti nya lucah
tapi memang bodoh


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

rebus telur

schedule post, sekarang di atas kapal terbang. MAS, 13 jam, memang berasap la punggung! ku balik sorang, tiada kawan. tapi ku tahu ada blogger yang naik kapal terbang ini bersama. harap dapat jumpa! adalah melayu untuk di ajak berbual. kan??


-------------


semalam jumaat terakhir disini
suasana yang amat tenteram untuk beribadah. ku sujud padanya semoga perjalananku akan dipermudahkan. tahu, ada saja masalah yang akan menimpa. itu lumrah. yang pasti, ku harap masalah itu tidak membuat perjalananku nanti akan tergendala. sembahyang jumaat tadi cukup sayu, bagai mahu meninggalkan bumi uk ini buat selamanya. tapi. dalam hati ku mekar gembira




semalam gym terakhir disini.
tak sempat melakukan rutin sebetulnya. memang lah agak letih kalau dah tinggal rutin gym untuk masa yang panjang, maklum lah, sibuk dengan exam. macam-macam terjadi. tadi hanya berenang stengah jam, sauna + yakuzi stengah jam. cukup lah kot sebagai pengakhiran gym. bubye gym, jumpa kamu di sem yang depan, tu pun kalau ku daftar la...




semalam berada ic terakhir disini.
12 hb merupakan hari rasminya habis exam di university. paper last ku 8 hb lepas, jadi sudah 4 hari berseronok. tadi ku pergi ke ic, haaa, agak2nya buat apa ya? sudah pasti bukan study!!! ku fotostat apa yang patut untuk check in nanti, dan juga waktu perjalanan ku nanti. ku rasakan hanya ku orang muda disana. yang lain ada, tapi semua dah agak tua. mungkin student phd yang masih lagi sibuk dengan research mereka. gud luk kepada kamu semua!!




semalam berada dirumah kali terakhir disini
flat 3, 76 brunswick. memang bnyak kenangan dirumah ini. bersama 3 lagi housemate, sudah pasti banyak kenangan yang dicoret bersama. yang pasti, kami semua akan berpisah, ku masuk rumah lain, 2 lagi di rumah lain dan sorang lagi dirumah lain. semoga terus ingat jasa rumah ini kepadaku. flush rosak, bilik air kotor, mesin basuh rosak, microwave rosak... erkkk?



------


tidak sempat belajar memasak membuat diri zuhairi gigih untuk belajar memasak sendiri. gurunya adalah pak cik google dan juga uncle yahoo. begitu banyak resipi yang dicubanya!


hari ini dia mahu memasak telur rebus. hidangan yang cukup cepat. dia masih lagi diet, jadi telur rebus menjadi pilihannya.


oleh kerana air panas lambat masak, timbul idea BOMBASTIK di fikirannya, rebus telur dalam microwave!



dia memasuk telur ayam sebiji dalam microwave
memasang suhu yang paling tinggi
dan dia menutup dan terus menunggu sehingga telur masak



dia biarkan telur itu di dalam microwave
ada gatal-gatal di **** nya
dia pun pergi ke toilet kejap



selepas menunaikan hajatnya
dia pun ke dapur untuk mengambil telur tadi



jarak dia hanya 5 meter dari microwave
tiba-tiba!!






keBOOmmmm





meletup....
microwave itu meletup


telur dalam microwave meletup
hancur musnah harapannya untuk makan telur rebus
yang paling sedih, duitnya akan melayang
kene ganti microwave yang baru


dia dapat pengajaran!
jangan rebus telur didalam microwave


------


sekurang-kurangnya, ku dapat menyaksikan sendiri letupan itu berlaku.
betul-betul depan mata!



untuk cover malu,
meh kita ambil pengajaran dari cerita ini


telur kecik
letak dalam microwave
microwave panas
sangat-sangat panas!


badan kita kecik
kalau selalu didedahkan dengan budaya 'panas'
akhirnya akan meletup jua!


jangan tekankan diri kita
jangan peningkan otak kita


cari masa untuk diri kita tenang
stress??
ada cara untuk tenangkannya


jangan pendam!
nanti jadi macam telur rebus!



-jangan rebus telur dalam microwave!!-


adakah ku berjaya cover malu??
buat-buat berjaya la ek..
.


.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

peti sejuk bermagnet???

Schedule post

ku sekarang tengah kat london
iphone ku hanya boleh approve comment kamu

baca pun boleh


tulis pun boleh


nak type entry je tak boleh,
kene pakai email
leceh,
jadi ku tak buat!


sekarang tengah membeli ole-ole khas untuk blogger yang memesan
banyak sungguh fridge magnet yang dipesan


harap takdelah lepas ni yang pesan-pesan dah...

enjoy ur dayyy






-gambar kat pak cik google-


nota kaki : bagasi ku 27 kg, agak-agaknya berapa la kene charge nanti

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW