Share

Dah new year dah ya?

Dah tahun baru dah ......

1:17 pagi, 1hb januari 2010

Tak sangka dah 2010. Cepat kot masa berlalu sampai tak sedar yang tahun 2009 dah habis dan kini dah masuk ke tahun baru. Entah ok atau tidak tahun ni, aku pun tak tahu

Ilmu

Muhasabah pada diri sendiri, rasa ilmu akademi dah banyak ku timba tapi kalau bab ilmu agama, ya Allah, sedikitnya ilmu untuk dibuat amalan. Rasanya tak banyak hadith baru yg di hafal, tak habis 2 kali pun khatam quran. Ilmu agama memang tersangat sedikit dan tahun ni nak pertingkatkan ilmu agama ini. IA...

Bisnes

Tahun lepas alhamdulillah dah banyak kemajuan dalam bisnesku. Dah mampu kecapi angka 5 angka untuk 3 bulan dah. Tahun ni nak fokus lebih supaya kekayaan masa muda ni berganda ganda. Doa doakan la ye :-)

Kawan

Banyak kawan baru yang hebat ku dah kenal. Wahh, baru tahu yg diri ini begitu kerdil dari segi amalan dan ilmu berbanding dengan kawan kawan baru ni. Kawan lama pula dah semakin jauh dan iA mahu perbaiki hubungan dengan kawan lama lepas ni

Blog

Dah ada domain dan hosting sendiri. Satu peningkatan untuk diri dalam dunia blog. Cuma kebetulan server buat problem, xdapat lah nak sambut new year ni dengan menulis di blog baruku. Ooh, itulah dugaan terbesar. Projek blog baru tahun ni??? Nantikannn

Cinta

Masih mencari. Ada sesape berminat? Plan nak kawen taun ni, calon xde mcm mana? Makk, tolong cari satuuu!!

Nota kaki : 3hb baru balik dari bercuti, 3hb ni lah baru boleh start berblog smule. Appy new year my blogger frennns

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Teka teki katak : perigi buta



Ada seekor katak
Jatuh dalam perigi
Kedalaman perigi 30 meter

Ooh kesiannya

Dalam satu hari
Katak itu akan melompat sejauh 3 meter
Tapi jatuh balik 2 meter kebawah

Ooh kesiannya

Soalannya
Pada hari ke berapa katak itu berjaya keluar dari perigi dengan jayanya?




Kalau bagi Jawapan ini

1-takkan keluar
Ini tak menjawab soklan!!
Owh kesiannya

2-hari ke 30
Poyo pandai math tanpa berfikir panjang
Owh kesiannya

3-hari ke 27
Dah nampak tapi tak nampak keseluruhan
Owh kesiannya

Anda tergolong di golongan yg mana?
1, 2 atau 3
?????
Owh kesiannya


Nota kaki : jawapan dia 28 :-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ucapan : kenang daku dalam doamu

Kenangdakudalamdoamu

Agak agaknyalahkan, dari mana datangnya ungkapan ini? Kalau ku cakap datang masa zaman dulu 1400 tahun lagi agaknya caye x?

Research sendiri

Sebenarnya ungkapan indah ini boleh kita cari sendri dalam internet dari mana usulnya. Untung ku tahu ungkapan ini datangnya zaman khalifah dahulu lg dri seorang penceramah, xpayah la cari dalam internet kan :-)

Menjana cinta

Ungkapan indah ini lahir dan bukan direka oleh pemimpin dahulu. Macam mana ungkapan ini boleh trtSEBUT atau terPACUL dari mulut mereka tidak perlu untuk difikirkan kenapa cuma ambil sahaja ibrah kenapa ungkapan ini terhasil

Menghayati cinta

Hubungan manusia dengan manusia cukup rumit. Perlukan masa dan tenaga untuk dihayati enjin kerumitan hubungan ini. Cuma kalau mahu dimudahkan, kemanisan penghayatan hubungan ini sudah pasti hebat untuk diceritakan

Bebel membebel sampai tak paham

Ada banyak cara untuk memanifestasi perasaan cinta kepada manusia. Semat percintaan ini dalam diri manusia, sudah pasti kesannya seantero makhluk merasainya. Contoh cara yang paling mudah memberi salam

Bagi salam

Salam atau dalam bmnya selamat, mendoakan keselamatan kepada org lain adalah antara cara termudah untuk melahirkan perasaan cinta sesama manusia.

Aku doa kamu
Kamu doa aku

Mudahkan?

Tapi yg mudah inilah sebenarnya susah untuk dijalankan. Susah untuk di luahkan doa keselamatan kepada sesama manusia. Kenapa kena tanya diri sendiri, xguna cari konklusi di blog ini tapi cukup kalau lepas membaca, introspeksi diri untuk menjadikan budaya ucapkan selamat ini satu rutin mulut untuk diluahkan

Nota kaki : tak perlu hipokrit, hanya berlatih untuk menjadi terbaik

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW