Share

window SEVEN (7)

window 7


In only eight hours, pre-orders of Windows 7 at Amazon.co.uk surpassed the demand Windows Vista had in its first 17 weeks. It became the highest-grossing pre-order in Amazon's history, surpassing sales of the previous record holder, the seventh Harry Potter book.


Bill Gates, in an interview with Newsweek, suggested that this version of Windows would "be more user-centric". Gates later said that Windows 7 would also focus on performance improvements. Steven Sinofsky later expanded on this point, explaining in the Engineering Windows 7 blog that the company was using a variety of new tracing tools to measure the performance of many areas of the operating system on an ongoing basis, to help locate inefficient code paths and to help prevent performance regressions.





orang cakap jangan blog pasal kita tak tahu
nanti blog tak kan menarik!


memang pon kan?


kalau kita tak minat kereta bmw
jangan duk berblog pasal 3 series, 5 series, 7 series


kalau kita tak minat pasal DSLR
jangan duk berblog pasal d60, d300, eos 5D MaRK 2


kalau kita bukan artis
jangan duk berblog pasal diri kita tu macam artis
;-)


psss : cerita pasal diri sendiri bukan bermaksud kita mahu jadikan diri kita artis atau orang terkenal, itu untuk kepuasan peribadi blogger, harap jangan dengki dan pahamlah diri manusia tu pelbagai dan patut diraikan



aiyoyoyo


nak cerita pasa window 7 tapi termelalut kat benda lain. hehe. ok ok, ku bukan pro window atau bill gates telah upah untuk review pasal window 7 ni, cuma nak bagitau yang aku baru je guna window 7 ni semalam... setelah memformat desktop ni semalam (untuk tujuan kepuasan berblog) ku boleh cakap yang window 7 ni JAUH JAUH JAUH lebih baik dari window vista



kenapa?



selaku jahil it, tak reti nak buat review. cuma selaku pengguna, ku rasa senang dengan window 7 ni. pantas dan cepat dan cute. maksud cute hanya pengguna window 7 yang tahu. hehe. apa lagi? jom berpindah ke window 7!


dulu vista teramatla lembap. tak tahu kenapa. kawan aku yang otai komputer2 ni tak suke dengan vista, lebih suka guna xp. bagi aku yang takde la guna aplikasi lain kat desktop selain internet je ni, ok je la, cuma kadang-kadang bengang dengan kelambapan vista. jom jom window 7. kat mana nak ambik? link ni pun ada, (sini sini) takpun suruh kawan yang buatkan. hehe, tu la gunanya kawan yang ramai. takkan la ramai-ramai takde yg terer it. thank you jeghi!!!




nota kaki : bila nak ada zaman yang gunakan niat untuk gantikan mouse...terdetik nak bukak blog, terus ke laman blog, terdetik nak tukar statuskat facebook, terus tuka status kat facebook. haha. hebatkan syurga nanti ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

perempuan yang kuat MAKAN



baru je balik dari manchester. kali ni pergi bukan untuk jalan-jalan, tapi ada tugasan yang perlu dijalankan. baru tahu nikmat masa yang kita ada, betapa bestnya masa itu digunakan untuk jalan-jalan berbanding kalau ada masa untuk membuat tugasan...


kbs


tadi menteri dari kbs ada sekali. belia dan sukan. jumpa dengan menteri depan-depan ni baru boleh tahu macam mana karisma dia. karisma ke tak, kena la jumpa sendiri, tak mo bgtau.(lalala~) ada beberapa perkara menarik yang dia sampaikan.


di manchester, ada pertandingan dunia trek basikal yang mana ada pelumba basikal dari malaysia datang berlumba juga. tak ingat dah nama dia sapa, tapi memang pelumba basikal tu memang tengah femes sekarang dan memang ada orang sasarkan dia untuk memenangi pingat emas sukan olimpik di london. harap dapat la kan



pingat emas


tahun lepas olimpik di beijing kita dah kempunan pingat emas dari dato lee chong wei. kalah MUDAH dengan lin dan. ingat lagi? aku masih ingat yang permainan tu lee chong wei cukup mudah dikalahkan. aigoo. memang frust sebab rakyat malaysia memang mengharapkan ada kilauan emas dari lee chong wei. nak marah pun ada kat dia masa tu, kalau kalah dengan bagi fight, ok jugak!!


tapi kan


kalau kita letak diri kita di tempat dia, mana nak lalu makan nasi duk fikir seluruh rakyat malaysia mengharapkan pingat emas. mestilah gemuruh tahap gaban punya. mungkin itulah antara faktor kalah denga mudah. takpe, london 2012 ni masih ada, harap lee chong wei dapat menang kat sana nanati. yeeaahhh!!


bukan ni yang dikongsi tadi oleh menteri kbs tadi, pasal lain. hehe, melalut pulak. apa yang dikongsi oleh beliau, orang malaysia memang SUKA mengharapkan bantuan dari kerajaan. hurmm, memang kena dengan point dia tu, sebab kalau tengok acara-acara sukan terutama di luar negara, contoh uk sendiri, tak ramai yang bagi sokongan akan pasukan negara


contohnya yang berlaku pada pelumba basikal negara tu. nak ikutkan ramai pelajar malaysia di manchester tapi cukup sedikit, boleh dikatakan takde pon yang datang menyokong. walaupun cara menteri tu sampaikan dalam keadaan bergurau, tapi point dia cukup kena dengan situasi sekarang


memang betul


ramai yang suka libatkan diri dengan acara-acara yang boleh beri keuntungan terus pada diri sendiri. ye la, menyokong orang kita ni, apa yang kita dapat selain tekak kering? itulah sebenarnya yang berlaku dan patut kita ubah. taknak kita la, tak layak lagi, yang patut AKU ubah. apa-apa, mesti nak cari kepentingan diri sendiri dulu!


benda ni memang susah nak diubah dengan drastik, kena ambil masa yang cukup panjang untuk ubah. tapi kalau tak ubah sekarang, bila lagi kan? kat sini banyak bentuk JALANKAN SESUATU TANPA KEPENTINGAN PERIBADI, contohnya volunteering dan juga charity. 2 benda ni platform terbaik untuk ubah. ok, start esok. YAKIN BOLEH!!!



perempuan kuat makan



punya la panjang mukaddimah. hahaha, so pasal tajuk ni, kita buat cite pendek2 je la, ok? hehe. sensitif sangat kan. hari ni terjumpa dengan seorang perempuan yang kuat makan. tuhan sajalah yang tahu betapa kuatnya dia makan. ishh, timbul pulak rasa kesian, perempuan ni biar betul, tak pernah makan ke apa?


badan ok


badan dia takde lah gemuk sangat. ok je. tapi kan, jaga-jaga lah sikit makan tu. ni sampai tak ingat dunia makan. kiri kanan tak nampak dah. dah la perempuan tu lawa (sempat lagiu memuji) hilang habis kecantikan muka dek makan dengan banyak. haha, siyes, kalau korang tengok, mesti tak sangka perempuan cantik camtu makan banyak


hipotesis?
semakin lawa perempuan itu semakin kuat dia makan


lalala~


nota kaki : jagalah diri dengan diri sendiri mau ingat akan diri sendiri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

hi hi NOVEMBER

INI ENTRY DI rePUBLISH


ini satu lagi nukilan mengenai kehidupan penulis pada hari ini. nak cari yang bermotivasi, bukan kat entry ni. pheiwww... penat!


pejam celik


dah novermber dah sekarang kan? hurmm, semalam baru rasa 1 oktober, dah masuk novermber dah sekarang. cepat betul masa berlalu. harap bulan oktober akan terus jadi memori untuk dikenang... ???



Malaysian Game


sebenarnya di UK ini begitu banyak malaysian game. malaysian game ini adalah anjuran persatuan malaysia dia sesebuah universiti untuk rakyat malaysia sahaja. (bapak nasionalism..haha)



biasanya nottingham akan mulakan dulu dan diikuti dengan universiti-universiti lain. contohnya malaysian game 2 minggu lagi adalah di liverpool. ooh, boleh la tengok anfield nanti ;-)
(kalah lagi semalam... aiyoyoyo)



masuk bertanding



nott game ada chess, so bolehla ku masuk. nak main bola, memang tak dapat la sebab bukan kaki bola sangat. bab mainan otak ni, boleh la layan sikit-sikit. so tahun ni masuk lagi chess. tahun lepas masuk semi je, tahun ni masuk final!! ooo yeaaahh. dapatlah hadiah saguhati je sebab tak menang masa final. tak pe, tahun depan ada lagi !


brother ni la menang no 1, student phd, patut la kan? (alasan..haha)




sheffield game


sheffield biasanya akan buat sebagai penutup malaysian game. kali ni pada 28 february 2010. yeahh, jemput-jemput la datang sheffield ramai-rami. kita ber weekend di sheffield, istimewanya sheffield game, kiteorang buat weekend at sheffield. sabtu buat sheffield game, keesokkannya buat nasyeed. tahun ni in team datang sebagai artis jemputan. jom datang sini!!



minggu yang pack



minggu ni memang pack. ni baru je balik dari notts, esok mungkin ke manchester ada program dengan menteri. ishh, sebut menteri ni takut plak. ni nak tido la ni harap-harap bangun esok english dah fluent untuk present kat dia. lalala. petang esok ada main ping pong, harap-harap sempat la balik untuk main ping pong plak. wahhh, pack pack. ok la, nak tido dulu. harap bangun esok dengan semangat waja yang tingggi!!!

















nota kaki : setiap kali weekend, pengunjung ke blog ni mesti turun. blog anda macam mana?bagus la tu, ambil peluang hujung minggu ni bersama keluarga tersayang ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW