Share

Kenapa kita perlu OK jika PRU diadakan

Kontroversi betul tajuk ye tak. 

2 hari lepas kerajaan umumkan PKP 2.0. Sehari selepas tu kerajaan umumkan darurat. Actually aku boleh nak ulas benda ni dari sudut kesihatan dan juga dari segi sudut politik. Tapi post ni aku akan ulas dari segi politik sebab aku rasa politik lebih berat kenapa kerajaan umumkan 2 benda yang membebankan ini dalam tempoh terdekat

Korang maybe tak suka, yes u can but to be fair korang kena baca argument aku tulis dululah then baru boleh disagree

Politik Malaysia yang tak stabil


Paling utama korang kena tahu bahawa wujudnya kerajaan sekarang ni perbezaannya adalah 1 kerusi sahaja. Anytime sahaja kalau ada lompat situ lompat sini, kerajaan boleh bertukar pemerintah. Macam kes PH dulu, langkah hotel sikit je terus kita ada PM baru dan kerajaan baru dah wujud. 

Dan benda ni tak mustahil boleh berlaku lagi dan memang akan berlaku pun jika kerajaan tak ishtihar darurat. So, dah darurat ni, no PRU so safelah kerajaan sekarang

Komen aku dengan kerajaan sekarang

Bagi aku kerajaan sekarang dah terbaik dah. Dengan bantuan yang kita terima semasa PKP dulu, memang cukup luar biasa untuk kita harungi zaman mencabar dengan jayanya. Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, ramai yang nampak tak setuju dengan kerajaan sekarang dengan ada few Menteri yang buat hal dan antara aku boleh highlight adalah

+ Isu KWSP

+ Menteri yang nampak tak perform

+ Pelaburan luar yang tak masuk

+ Banyak projek besar cancel


Dan ada beberapa lagilah kalau nak list down yang menunjukkan kelompongan kerajaan sekarang. Tapi as rakyat, kita kena sokonglah dengan usaha yang dibuat sekarang ni terutama dalam usaha nak perangi Covid. Cuma kalau kerajaan boleh tackle isu2 kat atas tu, insyaAllah lagi menang besar di PRU akan datang

Kenapa perlu OK jika PRU diadakan?

Back to the question. Ok dia macam ni lah, sebab utama kenapa perlu diadakan PRU ni bagi aku adalah nak mewujudkan KERAJAAN YANG STABIL. Banyak faktor kalau kerajaan tak stabil ni memerintah terutama bagaimana pelabur luar nak melabur jika situasi politik di negara kita tak stabil ni. So, sebab kerajaan sekarang ni, walaupun dah dapat perkenan YDPA tetap kerajaan yang tanpa PRU. So bila dah macam tu, lepas ni pun tanpa PRU boleh kita dapat kerajaan yang baru pulak dah

Sebab tu, hanya dengan PRU sahaja, boleh tahu bagaimana situasi parti politik mana yang rakyat mahukan

Kenapa ramai tak OK?

Bagi akulah kenapa yang cukup ANTI PRU ni sebab kes Covid19 gelombang 3 yang sehingga sekarang angkanya mencanak naik tak nak turun turun disebabkan PRN Sabah. Sebab PRN tu lah, berleluasanya angka naik semakin naik

Ya aku tak nafikan sebab PRN berlakunya gelombang ketiga ni. 

Tapi itu berlaku disebabkan 'kelonggaran' SOP yang diperkenalkan. Ingat tak dulu yang orang balik dari Sabah tu xperlu kuarantin, lepas kes dah banyak, eh tiba2 kena kuarantin pulak dan apabila dah merebak sehingga tak boleh control barulah nak tutup sempadan semua

So, bukan sebab PRU, tapi sebab SOP yang longgar kalau korang tanya akulah

60 BUAH NEGARA SEPATUTNYA PRU



Tahun 2020 sepatutnya berlaku PRU di 60 buah negara tapi kebanyakannya cancel. Tapi ada jugak negara yang teruskannya. Kalau tengok statistik, ada negara yang mencanak naik, ada negara yang mendatar dan ada negara siap kes semakin turun selepas PRU

Untuk kes mencanak naik tu, tak dipastikan kenapa naik sebab banyak faktor lain seperti di Belarus dan Croatia, selepas PRU kes mencanak naik tapi jangan lupa mereka ada kes protest demonstrasi so kalau tak protest maybe tak mencanak naik

Ada negara seperti di Korea Selatan, selepas PRU kes semakin turun dan turun. 

Di US pun, untuk pemilihan president pun kes positive remain same

So, tak boleh kita nak cakap PRU berlaku, maka kes meningkat. Tapi apa yang sememangnya berlaku, PRU berlaku tanpa SOP yang dikawal selia dengan ketat, kes memang akan meningkat. Even kalau takde PRU kita longgarkan SOP pun kes masih akan meningkat seperti apa yang berlaku kepada kita


AHLI POLITIK GILA KUASA

Ada juga yang mengatakan kita nak PRU ni disebabkan oleh ahli politik yang gilakan kuasa. ermmm, i rest my case lah yang tu. Tapi kalau korang tanya aku yang ada terlibat dengan pelabur luar ni, memang aku sangat suka kalau PRU dilakukan

Tak bermaksud aku pentingkan diri sendiri, tapi sememangnya Malaysia sekarang ni ditinggalkan jauh oleh Indonesia, Singapore dan juga Thailand malahan Vietnam pun dari segi FDI. Memang akan impak kepada ekonomi cukup which is kalau korang tanya aku jauh lagi besar kesannya berbanding Covid ni 

Banyak tak setuju kan?

Ok, rasanya banyak yang dah setuju tu, haha. Apa apa pun, ni sekadar pendapat. Just lontaran idea aku di blog aku sendiri. Peduli apa aku orang tak setuju. haha. eh tak tak, peduli jugak sebab aku perlukan reader baru semangat nak menulis panjang2 macam entry ni

Hehe, apa2 pun kita chill

Kerajaan pun dah umum darurat, so no PRU hinggalah OGOS ni, so kita sama samalah hadap apa yang ada di depan ni. Sama sama suburkan ekonomi, beli barangan tempatan, beli barangan peniaga2 kecil dan sebagainya. Ada duit lebih, jangan simpan tapi berbelanjalah. hehe

Byeeee jumpa lagi entry seterusnya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hari Pertama PKP 2.0 : Routines yang berubah

 WHATT, KEMBALI BERBLOG???

Haha, akhirnya ku gagahi jugak menulis blog setelah sekian lama. Layout blogger ni pun mak aih dah berubah benar ni take time jugak nak cari butang create post ni. Nampak tak lama sangat tak menulis blog jadi macam ni lah

So, day one PKP 2.0 today

PKP 2.0

Semalam aku tidur awal, rasa badan tak sihat. Balik rumah around 7 malam, dinner semua then terus tidur. Tidur awal ni, of course terjaga jam 2 pagi. Bangun bangun dah PKP dah. (ok lawak hambar)

Check HP

Tengok team update sale, alhamdulillah 99 pax. 

Nantilah aku cerita sesi lain pasal bisnes baru aku ni di entry lain. Memang jangan risau akan berblog dengan jayanya lepas ni. Banyak waktu terluang ye tak

Sad news, baca kat group peniaga MPKJ tak benarkan kiteorang beroperasi. Sedih jugaklah tempat lubuk buat duit dah takde dan selepas PKP balik ni entah berapa lama nak pulih kan

BERSEDIH ATAU BANGKIT PLAN

Actually masa PKP ni akan banyak ubah routine kita. Macam aku pun memang ubah terus. Biasanya hari hari biasa

+ 9 pagi pergi office

+ 5 petang pergi stall

+ 11 malam balik rumah

Haaa, itu routines biasa. Dah PKP hari ni, memang office pun tak masuk, stall pun tak bukak. Boleh nampak tak betapa terjejasnya routine harian. Bukan aku sorang je, aku rasa korang pun macam tu kan. Yang aku risaukan adalah crew aku ajelah, nak kekalkan nak cari duit kat mana kan, nak unpaid kesian pulak kat dioerang tempat stall kiteorang je dieorang cari rezeki

So, dah terbangun jam 2 pagi tu, terus planlah apa yang patut dibuat. 

Hinggalah sekarang dah almost Subuh dah pun, ada masa sikit kita berblog kembalilah :)

HIKMAH PKP

So nak kongsi sikit routine baru aku. Korang pun plan lah supaya lebih produktif.

+ 4 pagi, start 5 pagi routines (Solat, Writing, Exercise, Affirmation and reading

+ 6 pagi, exercise extra sebab nak kurus. haha

+ 8 pagi, breakfast, buat kerja office

+ 12 tengahari, pergi stall

+ 4 petang, balik rumah n aktiviti random

+ 8 malam, pitching zoom

+ 10 malam, tidur!

Kelab 5 Pagi


Harap masa PKP ni boleh tidur awal dan start routines positive balik. Korang yang nak join jadikan masa PKP ni lebih produktif, boleh join Kelab 5 Pagi, satu group yang encourage each other untuk bangun awal dan buat routines SWEAR

Alright guys, till we meet again tomorrow

Keep positve okeyy!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW