Share

Apabila Brunei laksanakan Hudud

Jadi, Brunei menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang laksanakan Hudud! Tahniah!



"By the grace of Allah, with the coming into effect of this legislation, our duty to Allah is therefore being fulfilled,"


Malaysia?

Actually bila kita cakap pasal Hudud kat Malaysia, ia bukan menjurus kepada kepentingan agama, tetapi lebih kepada political milage. Entah kenapa nak kaitkan Hudud dengan politik aku pun tak tahu. Musim PRU je, mesti ada bau bau Hudud dicanang sampaikan kita yang memerhati ni pun dah naik muak - walhal undang2 Allah ni wajib kita laksanakan. Eh, aku tak kata kerajaan or pembangkang ok, cuma agak 'tak sesuai' nak kaitkan Hudud dengan poltik

Pelaksanaan hudud di Malaysia

Aku pernah ikuti satu perbincangan mengenai pelaksanaan hudud di Malaysia ni, actually jika sesuatu tu nak dijalankan, bukan sewenang-wenangnya jalan macam tu je. Aku ambil contoh penzina yang dikenakan hukuman rejam (dengan batu) sampai mati, agak-agaknya kalau dilaksanakan di Malaysia sekarang ni, memang batu pun tak cukup nak balik (baca : banyaknya kes zina kat Malaysia)

Sebab tu ada peringkat-peringkat dia. Paling utama, PENDIDIKAN kenapa kita laksanakan hudud ni. Rakyat macam kita kena diberi pendedahan kenapa rasionalnya undang-undang Islam ini dijalankan dan apabila roh nak laksanakan undang-undang Islam ini dibuat, barulah pergi ke peringkat seterusnya yang membabitkan pelaksana. Ya lah, berapa kerat je orang kat Malaysia ni yang benar-benar arif mengenai Hudud ni ye tak. 

Seterusnya, banyak lagilah peringkatnya.......

Masalahnya

Fasa pertama pun kita belum lepas lagi. Nak lepas macam mana, macam aku cakap tadilah, sebut je Hudud - 'politik la tuuuuuu' haishhh. Entah, aku pun tak paham. Harap-harapnya, dengan Brunei dah jadi negara model ni, lepas ni tergeraklah hati pemimpin-pemimpin kita untuk tegakkan undang-undang Islam ni kat negara kita ni

ke guana?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Benda yang satukan mereka

Musim raya Haji, memang tak dapat dinafikan tiada yang boleh kalahkan Kelantan dari segi kemeriahan sambutannya. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang terjadi. 

Dan menjadi kebiasaan, seluruh keluarga aku akan berkumpul di Kelantan untuk sambut Raya Haji ni

Apabila berkumpul, memang gamat suasananya dengan pelbagai kerenah anak saudara. Ada 13 orang kesemuanya dan ketika aku tulis entry ni, 10 dah ada kat sini. Lagi 3 orang (semua hero) akan balik esok. Kalau hari ni pun dah meriah, esok lagi-lagilah meriah!

Walau pelbagai kerenah, ada satu benda yang akan satukan mereka. Apa dia?


iPad!

Walaupun orang kata teknologi ni akan menyebabkan 'connection' dengan dunia sebenar menjadi semakin kurang, aku rasa ramai ibu bapa di luar sana gunakan teknologi seperti iPad ni untuk 'tenteramkan' anak-anak mereka. Macam anak-anak saudara aku ni, bagi iPad memang duk mengadap benda tu je lah kerjanya!

Kalau korang, apa yang korang guna untuk 'tenteramkan' keadaan suasana meriah ni? boleh lah share kot-kot aku boleh pakai kaedah tu. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW