Isnin, 31 Oktober 2011

Malaysia negara tergemuk?

BMI adalah satu tools yang direka untuk ketahui tahap kesihatan seseorang sama ada berat badan mereka sesuai dengan ketinggian mereka. Seseorang dikatakan berat badan berlebihan (Overweight/pre obese) )kalau BMI antara 25 hingga 30 dan kalau dah lebih dari 30 - mereka sudah obese!

Contoh tinggi aku sekarang 176cm, kalau berat aku 94kg, aku dah dikira obese! (berat dalam kg /tinggi dalam meter x tinggi dalam meter)

Malaysia boleh!!



Dalam paper The Star bertarikh 29hb, Timbalan Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan yang Malaysia mempunyai jumlah rakyat yang paling ramai OBESE di Asia Tenggara! WOW. Tambahan lagi, di Asia, kita berada di no 6. WOW sekali lagi!






Kenapa rakyat kita GEMUK?

Takde sebab lain selain dari masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Makan makanan tidak berkhasiat, exercise pun 3 kali setahun je dan air 1 liter minum pun dikatakan banyak dah. Takleh minum air banyak, nanti gemuk air!

Sepanjang aku kerja menguruskan orang ni, apa yang aku perasan yang kurang adalah 'ilmu' tentang rakyat kita tentang pengurusan berat badan ni. Ada sesetengah tu punyalah bersenam bukan main lama lagi tapi lepas je bersenam, pulun nasi lemak 3 bungkus, 2 biji roti canai dan 2 gelas teh tarik. Memang takkan kurus la jawapannya. 


Lengkapkan ilmu pengurusan berat badan

Bagi korang yang tahu ambil kesempatan, sekarang ni memang sangat banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada golongan yang cintakan kesihatan ini untuk 'menyuap' rakyat kita perihal pentingnya menjaga kesihatan. Macam aku sendiri, banyak jugak dana yang aku dapat untuk promote kesihatan untuk masyarakat. Alhamdulillah kerajaan kita tidak lokek bab memberi dana ni. Cuma masalahnya, nak cari yang sama spesis macam aku ni susah!

Maksud sama spesis tu adalah yang begitu 'obses' mengenai kesihatan. Semangat nak tolong orang melebihi dari duit yang dapat. Boleh dikatakan tanpa duit pun sanggup nak tolong sihatkan masyarakat kita. Terutama kat Kelantan. Sangat susah nak cari orang macam ni. Yang terbaru ni aku ada dapat dana yang agak banyak dari kerajaan untuk promosikan kesihatan. Sekarang ni aku sangat-sangat memerlukan golongan muda ni untuk bantu aku sama-sama sihatkan masyarakat kita yang semakin hari semakin gemuk ni.

Orang yang aku cari bukan tengok duit, tapi lebih kepada semangat mahu sihatkan orang!

Kepada korang yang baca entry ni, carilah ilmu pasal badan tu sikit sebanyak. kat internet ni berlambak. Dah jumpa, jangan segan untuk berkongsi dengan orang. Penting ok untuk promosikan kesihatan ni, korang nak ke orang yang korang kenal dari hari ke hari semakin membesar dan bukan saje menjadi bebanan kepada keluarga dia, malahan kepada negara jugak. wah, patriotik disitu

Ok lah, MALAYSIA NEGARA GEMUK ni bukannnya sesuatu yang patut kita banggakan, sama-sama kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang cintakan kesihatan!


pss : Tadi pergi UiTM, wow, ramainya perempuan kat DC tu, kemana perginya lelaki??

Ahad, 30 Oktober 2011

Apa yang best semasa #AstroIPTV semalam?

Semalam hadiri event Nuffnang dan juga Astro - Celebrity Night with Astro. Memang agak lama tak menjebakkan diri dengan event Nuffnang ni, jadi semalam dah dapat jemputan, apa lagi mesti aku hadirlah. Kebetulan dah ada di KL, mesti kena hadir!

Entry ringan-ringan dulu sebelum aku review lengkap mengenai produk terbaru dari Astro ni yang aku rasa memang korang kena dapatkan (tak masuk lagi kat Kelantan, kalau Kelantan masuk, aku orang pertama akan subscribe!)

Apa yang best?



Menang Voucher RM 500!!


Yang bestnya, ahli dalam group tu semua aku tak kenal. Tapi bila dah berkenalan, seorang rakan di twitter dan pernah bertwit2 pun dan seorang lagi kenalan laaaaammmmmaaaa sangat kat blog selalu gak komen-komen dulu. Haaa, macam imbau kenangan lama lah. Yang best, group kiteorang menang group terbaik untuk pertandingan 'siapa curi mak limah' heh, dapat voucher ok!

Macam biasa, entry yang panjang akan menyusul tak lama lagi :p


pss : kenikmatan berblog adalah apabila kita berjumpa dengan blogger tu face-to-face

Rabu, 26 Oktober 2011

Cara terbaik menjawab 'Happy Deepavali' daripada kawan beragama Hindu




Aku baru tahu yang Deepavali esok sebab dengar radio tadi. Sungguh tidak peka kan? Kalau nak dihitung kawan dan kenalan aku, memang tak ramai yang beragama hindu - yang sambut Deepavali esok. Mungkin sebab tu macam tak perasan yang esok dah Deepavali. 

Sebut saja perayaan ni, memang banyak timbul masalah yang berkaitan dengan agama. Sebagai penganut agama Islam, memang ada batasan-batasan yang perlu kita jaga agar kita tidak melebihi sempadan yang boleh menjatuhkan syirik kepada sang pencipta. 

Berbalik kepada tajuk - bagaimana agak-agaknya kita mahu menjawab apabila ada kawan kita yang mengucapkan 'Happy Deepavali' kepada kita? Perlu diingat, jawapan yang diberi mestilah tidak berunsur kita meraikan mereka ibarat kita merestui kesyirikan mereka dan jawapan itu juga mestilah tidak membuatkan si pengucap (beragama hindu) itu tersinggung. Complicated? takdenye complicated mana pun, yang boleh kita balas?





pss : Jangan lupa doakan dalam hati kawan kita tu supaya ketemu hidayah Allah. 

Ahad, 23 Oktober 2011

Kawan Herbalife aku masuk Islam!

Sangat teruja nak update blog! Jefferson Liew - pertama kali aku jumpa dia adalah semasa di Bali, Herbalife Supervisor Workshop. Walaupun jarang jumpa, tapi bila dah jumpa rasa dah lama kenal. Seorang yang sangat matured, kadang-kadang boleh jadi sangat lucu. Apa yang best mengenai dia - dia baru memeluk agama Islam! 

Alhamdulillah!



Semalam dia datang ke Kelantan untuk join Kelantan STS, memang sangat berterima kasih pada dia kerana tak pernah miss turun Kelantan untuk support team Herbalife kat sini. Tiap-tiap bulan pulak tu. Bulan ni specel sikit datang ke Kelantan kerana officially memeluk agama Islam.

Dia ada bagitau yang hari ni dia mahu jumpa dengan Tok Guru. Tadi tengok kat facebook, dah diupload gambar dia bersama dengan tok guru. Jeles sikit ok sebab tak pernah aku duduk bercakap dengan tok guru tapi dia dapat pulak peluang tu. Semoga dia dapat input berguna dengan jumpa Ulama besar dunia ni




Aku teruja bukan apa, jeff ni sangat baik orangnya. sangat helpful. Dia peluk Islam ni memang sesuatu yang aku tunggu-tunggu. Harapnya segala urusan dia dipermudahkan dalam memahami erti Islam yang sebenar. Korang yang baca entry ni, mintak doa supaya dia diberi kemudahan dalam menempuh harinya sebagai mualaf - saudara baru kita


*****



jeff : joe, i satu je tak suka datang kelantan ni tau
joe : eh, apa dia?

jeff : berat i mesti akan naik kalau datang sini!
joe : haa, tau takpe!


pss : gud luck in your life jeff!

Khamis, 20 Oktober 2011

Perkara yang aku benci atas jalanraya

Sebut pasal jalan raya ni, memang sungguh mengerikan. Tempat paling banyak kematian kat dunia ni atas jalan raya Malaysia adalah heronya. Walaupun dah pelbagai ops dijalankan - Ops Sikap sampai berpuluh-puluh version tapi jumlah kematian tetap jugak meningkat. Risiko untuk mengalami kemalangan jalan raya kat Malaysia ni memang sungguh tinggi berdasarkan beberapa faktor yang kadang-kadang lawak je kita dengar.

Ok, kali ni aku nak share dan korang boleh kongsi kat ruangan komen bawah ni tentang perkara yang dibenci semasa jalan raya. Ok senaraikan sikit dulu!


1) Pak cik ke masjid guna kopiah sebagai lampu



Waktu malam kalau drive, memang kena berhati-hati. Tambah lagi kalau drive kat kawasan kampung. Bahaya sangat sebab kebanyakan motor tidak berlampu. Apa mahal sangat lampu yang tukar dalam RM 10 ke RM 20 tu pun aku tak tahu. Yang sedih lagi, ada golongan tua yang ke masjid (sebab pakai baju melayu + kain pelikat) takde lampu dan assume orang boleh nampak dia yang bawak motor tu

Kepada korang yang mempunyai ayah + pak cik yang selalu ke masjid, balik raya haji ni kena tukar lampu tu. okeh?


2) U-Turn di traffic light yang lambat macam siput



Kalau di kawasan traffic light, memang ada sesetengah simpang dibolehlah untuk U-Turn. Tapi tak semua, ada jugak yang tak boleh U-Turn pun still U-Turn jugak. Dah la haram untuk buat U-Turn, dia pulak boleh lambat-lambat untuk pusing kereta dia tu. Arghhh, sangat benci dan bertambah benci lagi kalau lampu merah bertukar betul-betul sebelum kita sempat lintas. Memang habis pahala puasa hari tu duk sumpah seranah!



3) Lane paling kanan highway tapi dialah yang paling slow



Kat highway memang ada 2-3 lane depends pada besar atau tak lah. Tahu kenapa dibuat lane yang banyak tu? sebab ada yang laju, ada yang tak laju. Memang aku tak pahamlah, bawak kereta slow tapi duk kat lane paling kanan. Yang tak tahan lagi, bagi lampu pun masih buat slumber dia je maintain duk lane tu. Takde perasaan bersalah langsung nak ketepi. ahhhh, sangat benci!




4) Slumber buang sampah ke luar dari kereta



Yang ni pun tak tahan, tengah drive elok-elok, tiba-tiba ada sampah yang dibuang dari luar kereta. Pergh, slumber badak dia je. Bukannya tak boleh nak simpan sampah tu dulu then dah sampai rumah buanglah kan, ni tak, memang dicampak je sampah tu. adoyai, dimanakah ketamadunan kita? Kalau jumpa dengan kereta macam ni, aku memang bagi lampu terus. bagi besar-besar biar dia tahu ada yang prihatin dengan tindakan dia yang tak prihatin tu

Yang tak tahan, aku pernah nampak - ada buang pampers anak ke luar!!! 


pss : korang nye?

Selasa, 18 Oktober 2011

Apakah keistimewaan solat di masjid kepada golongan lelaki?

Tadi aku sempat solat di Masjid UIA Gombak. Sambil nak jumpa orang, tunggu tu bolehlah solat berjemaah kan. Lagipun tak pernah lagi solat kat masjid sana yang super besar dan cukup kompleks nak masuk tu pada waktu maghrib, dulu pernah pun solat jumaat je, so dah alang-alang nak jumpa tu, kita solat je lah kat sana

Masuk je kat sana, memang penuh dengan pak pak arab dan orang berkulit hitam. Melayu adalah beberapa kerat, dah macam sembahyang kat masjid Sheffield plak rasanya - bangsa kita jadi minoriti. Warga asing jadi majoriti. Pelik sebab situasai ni berlaku kat negara kita, tapi oklah lagi dari takde orang langsung yang imarahkan masjid, baik ada orang!

Oklah, memendekkan bebelan, aku nak senaraikan keistimewaan khas kepada lelaki untuk solat kat masjid


1) Lebih Lega



Bila solat kat masjid, maknannya kita automatiknya akan solat awal. Bila dah solat awal, sangat rasa lega sebab macam dah tunaikan kewajipan. korang ada rasa macam tu tak? compare kalau solat kat rumah lewat waktu, macam tak lengkap je n rasa ada sesuatu nak dibuat. nak buat apa? apa lagi, solatlah! Jadi, perasaan lega teramat tu akan datang bila kita solat kat masjid. wuhuuu




2) Lebih positif



Dulu ada orang pernah bagitau aku, cas cas ion tu akan bertukar bila solat berjemaah ni. Heh, bunyi ion ni, aku memang cukup sensitif ok, ye lah, belajar electrical engineering dulu tak pernah pulak jumpa ion boleh bertukar antara manusia ni. Tak belajar atau memang tak diajar, aku pun tak tahu. Tapi aku cuma nak share pengalaman sendiri sejak kerja sendiri ni, bila kita tidur (5-10 minit hanya untuk lelapkan mata kejap) then kita solat berjemaah, gila rasa fresh!! Kerja pun lagi bermutu pada waktu petang tu, takdelah duk monyok je. Entahlah sebab apa, tapi tu keistimewaan untuk yang bersolat di masjid - berjemaah!




3) Lebih fokus



Compare dengan sembahyang sendiri di rumah atau mana-mana je, solat di masjid ni akan lebih khusyuk. Lebih fokus. Mungkin kekuatan berjemaah tu membuatkan kita terkhusyuk sama pada waktu solat. Kang solat sorang-sorang ni, macam-macam boleh datang dalam fikiran, nak makan apa lah, nak pergi manalah lepas ni, macam-macam lah boleh datang, compare dengan berjemaah kat masjid - mungkin setan nak goda tu kena tendang dengah roh berjemaah kot!



4) Jumpa ayah mertua

Gambar hiasan


Setelah selesai solat, joegrimjow bersiap-siap untuk jumpa dengan orang yang ingin ditemuinya. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu sungguh susah mahu dicari parking. Kereta terpaksa di parking di tempat yang agak jauh. Dari tadi lagi ada seorang pakcik yang separuh abad asyik memerhatikannya. Kebetulan kereta pak cik tadi ditepi keretanya! Kebetulan lagi model kereta pakcik itu sama dengan kereta milik joegrimjow! Sampai di tempat parking, pakcik itu menegurnya


pakcik itu : Assalamualaikum, belajar kat uitm ke?
joegrimjow : Wasalam wbt. eh, taklah, jumpa kawan


pakcik itu : dah kerja eh? pakai kereta besar nampak
joegrimjow : bisnes, kerja lebih dapatlah lebih. hehe


pakcik itu : pakcik kerja separuh abad baru boleh pakai kereta ni, kamu muda-muda lagi boleh pakai dah?
joegrimjow : hehe


pakcik itu : biasa solat sini ke?
joegrimjow : takdelah, ni pon nak jumpa kawan sebab dah masuk maghrib, solat la sini


pakcik itu : ooh, bagus-bagus. susah nak jumpa anak muda macam kamu ni jaga solat dia
joegrimjow : ada ramai je, pakcik je tak jumpe


pakcik itu : pakcik ni selalu solat kat sini, baya pakcik je yang ramai. entah kemana orang muda kat shah alam ni pakcik pon tak tau
joegrimjow : dieorang sibuk la tu


pakcik itu : kamu dah kahwin?
joegrimjow : erk, belum


pakcik itu : bagus, pakcik ada anak yang belajar dalam bidang perubatan kat indonesia, single lagi. kamu ni macam ok je dibuat menantu, boleh contact pak cik ok, ni bisnes card pakcik
joegrimjow : (sambil ambik) eh, sesenang macam tu je?


pakcik itu : tengah cari calon menantu, dan antara syaratnya kaki masjid!
joegrimjow : ok, nanti saya update kat blog saya kisah ni ok!


pakcik itu : eh?


pss : solatlah di masjid, kot2 boleh berkenalan dengan ayah mertua anda :p

Khamis, 13 Oktober 2011

Jadi agen Set Payudara Ombak Besar

Semalam, sedang mencari parking kereta, tiba-tiba handphone berbunyi. Cuba cari tempat yang sesuai sikit  dan tak mengganggu orang, masukkan gear N dan angkat handphone yang berbunyi tadi


Pemanggil : Assalamualaikum
Joegrimjow : Wasalam


Pemanggil : Boleh saya tahu siapa saya bercakap ni?
Joegrimjow : (Eh, dia yang call dia pulak yang tanya, pelik!) ni faridzul


Pemanggil : ooh en faridzul, saya nak tanya sesuatulah
Joegrimjow : (adakah ini dari dealmates dan aku dah menang RM 100 000??) ok sila


Pemanggil : Nak sahkan no acc en faridzul ni, betul atau tidak
Joegrimjow : Oh, ok


Pemanggil : Maybank dan no dia 16250
Joegrimjow :Haah, ye lah tu


Pemanggil : ok, nak tanya, lepas transfer duit ke acc en, agak-agak berapa hari produk boleh sampai?
Joegrimjow : (ooh, custemer rupenye) cik nak ambil program mana ya?


Pemanggil : ada program ke? saya nak 1 set payudara ombak besar
Joegrimjow : haa?


Pemanggil : Set payudara ombak besar, saya nak 1 set. Berapa hari boleh sampai?
Joegrimjow : erk, saya tak jual set tu, saya jual Herbalife je


Pemanggil : Aik, tapi saya tengok ni, no acc encik dah ni
Joegrimjow : eh? no acc tu dah betul dah, cuma saya memang tak jual set payudara ombak besar tu


Pemanggil : oo ye ke..... jadi saya nak beli dengan siapa ya?
Joegrimjow : yang tu memang cik kena cari dengan orang lain, saya tak tahu tu...


Pemanggil : mmm. mintak maaf la ye
Joegrimjow : ok, no problem

*******

Letak je handphone, gila tergelak besar aku dalam kereta! berair air mata sebab ketawa terlalu kuat. Aku jual set payudara ombak besar? amaigaddddd! Seingat aku, dulu aku pernah buat entry pasal set payudara ombak besar ni kat sini, tapi takde pulak aku bagi no acc bagai dan kata aku jadi agen jual. oohh, sangat lucu ok!

Tapi google ni kejam ok. Cuba korang cari 'Set Payudara Ombak Besar' dan klik bahagian images


ahhh, apsal keluar gambar aku???



pss : google ni kadang-kadang jadi cam ......

Rabu, 12 Oktober 2011

Berita Twitter : Pak imam ajak makmum dengan twitter

Kota Bharu, 12 Oktober : Menyahut seruan Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 untuk meningkatkan tahap inovasi dikalangan rakyat Malaysia, seorang pak imam disini telah mengambil langkah inovasi dengan memperkenalkan bot yang dipanggil ASoM Twit - Ajak Solat Melalui Twitter

Bot yang direkanya itu menggabungkan platform twitter, foursquare dan enjin carian Google. Secara ringkas, setiap kali waktu solat, sesiapa yang berada di kawasan 5km persegi dari masjidnya akan mendapat 'jemputan' khas melalui twitter. Sebagai contoh, jika anda berada di Cyber Cafe bersebelahan masjid ataupun sedang membeli pampers untuk anak di kedai runcit berdekatan dengan masjid, secara automatik anda akan mention khas dari acc twitter pihak masjid menjemput anda menunaikan waktu solat



Ditanya pemberita mengenai ideanya, pak imam itu menjawab 'Manfaatkan teknologi, bukan menjauhinya'

'Anak-anak muda yang ada twitter sekarang kalau bab twtup-twtup ni no 1, tapi bila nak ajak ke masjid bukan main liat lagi. Jadi dengan menggunakan pendekatan ajak melalui twitter ni, kita akan dapat menarik lebih ramai lagi ke masjid'

Bot yang baru diperkenalkan ini sudah menampakkan kesan yang begitu positif. Kebiasaannya jumlah yang solat di Masjid hanyalah sekitar 1-2 sof yang mana 90% darinya warga emas, tetapi sejak dilancarkan, bilangan sof bertambah menjadi 4-5 dan lebih separuh dari jumlah makmum adalah anak-anak mudah.

Pak imam yang menginovasikan rekaan ini mengharapkan agak ciptaannya untuk diperluaskan ke seluruh Malaysia malahan ke seluruh dunia. Dia berharap agar PM dapat memberikannya dana untuk dia dan rakannya membangungkan bot ini dengan tanpa cacat cela. PM boleh hubunginya di talian 0169640972 atau email kepada joegrimjow@gmail.com secepat mungkin

Ditanya mengenai kesan negatif bot ini, dia tersenyum sambil menjawab 'Sebab sesiapa sahaja berada di lingkungan 5km dapat pesanan twitter ini, sekarang masjid kami bukan sahaja Muslim yang ada, yang non-muslim pun datang sama bila waktu solat!'




pss : Esok ke KL lagi, doakan perjalanan selamat!

Selasa, 11 Oktober 2011

Apa yang beza kurus dengan Herbalife dengan guna cara lain?

Bulan Oktober ni genap 3 tahun 4 bulan aku bersama dengan Herbalife. Ambil memang untuk menurunkan berat badan je, memang tak pandang langsung pada soal bisnes, ye lah, jiwa muda mana reti nak kumpul/buat duit ni, perhabiskan duit skoler dengan duit mak bapak reti lah. Dah 3 tahun lebih ni, tak sangka pulak aku boleh ceburi bidang ini secara serius. Dan berjumpa dengan Herbalife, adalah antara perkara paling bermakna dalam hidup aku :)

Perkara utama korang kena tahu pasal Herbalife ialah ia produk nutrisi. Bila sebut nutrisi, dengan produk yang sama korang boleh turunkan berat badan, naikkan berat badan ataupun maintainkan berat badan. 3 tahun dulu aku minum 3 bulan untuk turunkan berat badan. 12 kg dalam masa 3 bulan. Lepas tu kalau nak berhenti pun boleh je, tapi sebab dah sedap + mudah sebagai hidangan breakfast, aku teruskan minum sampailah sekarang. Breakfast memang wajib, dan kadang-kadang lunch atau dinner aku shake je. Tak payah nak cari makanan lain kat luar sana tu



Apa beza Herbalife dengan produk-produk lain?

Yang soalan macam ni memang aku takleh nak jawab. Memang terlampau banyak kat pasaran sekarang ni yang menawarkan perkhidmatan menurunkan berat badan. Kenapa banyak? Sebab demand tinggi. Orang berbadan besar untuk pengetahuan korang TAKKAN BERKURANGAN jumlahnya dan dari tahun ke tahun akan meningkat. Buatlah macam mana pun, memang tu akan terjadi. Bukan aku cakap tapi WHO yang cakap. Statistik mereka 1.6 Billion overweight 2005 dan angka ni jadi 2.3 Billion menjelang 2015. Haa, termasuk dalam statistik ni sangat takut ok

Jadi, kalau korang tanya aku kenapa Herbalife, aku hanya boleh cakap produk ni dah berjaya menurunkan berat badan aku 12 kg dalam masa 3 bulan, bukan aku saje, dah ada lebih 68 juta testimoni bertulis, yang hantar surat kat Herbalife bagitau yang depa dah turun berat badan dan produk ni dah berada di pasaran selama 31 tahun. piew, tu je aku mampu cakap. ok?


Berbalik kepada tajuk

Aku akan share dengan korang, apa beza korang kurus dengan Herbalife (sorry yang nak naik berat badan, boleh klik sini untuk baca versi nak naik berat badan ok) dengan cara lain. Bila aku sebut cara lain tu, termasuklah penggunaan produk, korang puasa tak makan nasi berbulan-bulan, senaman yang hardcore ataupun apa-apa juga caralah. Kat bawah ni aku senaraikan KEISTIMEWAAN HERBALIFE yang korang kena tahu


1) Ada coach yang sangat prihatin

Korang beli je Herbalife, memang korang akan dapat seorang coach. Siapa coach? orang yang korang beli lah. Sebab tu bagi yang beli melalui internet. sorrylah ya, tak dapat den nak nolong. Coach ni sangat penting, sebab ye lah mereka pun pernah alami masalah yang sama dengan korang - NAK TURUNKAN BERAT BADAN. Jadi mereka memang pahamlah kalau korang nak give up lah, macam susah lah, coach ni akan memastikan korang berada di landasan yang betul - landasan nak turun berat badanlah!

Malam akhir Kelantan Weight Loss Challenge

Aku memang ramai dapat custemer melalui internet, melalui blog nilah. So, apa yang aku buat adalah pada hari pertama, ke3 dan ke7 memang aku akan call. Oversea pun boleh je skype kan? Eh, aku ada je custemer yang kat New Zealand, UK, US, memang mereka pun aku control dengan internet. Dunia dah canggih katakan. Bagi yang dekat Malaysia, katakan ada yang kat johor beli dengan aku, memang aku akan plan sehabis baik untuk jumpa personal. Tak dapat tu nak buat macam mana


Kenapa coach beriya?

win-win situation lah, coach ni beriya supaya korang turun nanti bila dah turun, orang akan tanya macam mana korang kurus, then dari situ dia dapat orang baru melalui korang. so simple kan? sebab tu coach ni beriya nak korang kurus dan kalau macam aku, setiap custemer aku memang aku doa supaya berjaya turunkan berat badan. Haaa, prihatin tak prihatin sampai masuk dalam doa!



2) Shape up - shape up - shape up

Yang best pasal produk Herbalife ni adalah dia akan membuatkan korang shape up. Masuk shape up tu bentukkan badan koranglah. Aku ada SAAAAAANGAT ramai custemer yang berat turun 2-3kg je, tapi dia punya pinggang mengecil 3-4 inchi, peha semakin kecik dan ada yang tukar saiz baju dulu M pun tak muat sebab selalu pakai L je, sekarang siap pakai S!

DULU - belon

Sekarang - bujur sireh!


Shape up ni terjadi sebab protein. Herbalife memang kaya dengan protein. satu shake tanpa F3 ada 8gram lebih. campo F3 lagi-lagilah banyak. So bila korang dah sumbat dengan protein dalam badan, memang shape up lah badan korang tu. 



3) Team yang sentiasa support

Manusia adalah elemen yang membina masyarakat. Masyarakat yang positif lahir dari kumpulan yang memiliki emosi yang positif. Yang aku suka dalam Herbalife ni, semua distributornya/pengedarnya adalah begitu teruja untuk tolong satu sama lain.

Aku amek contoh team kat Kelantan ni je la



Walaupun aku dan orang kat atas ni boleh dikatakan bukannya satu group (Dalam bisnes tak dapat sebarang faedah pun) tapi kiteorang sama-sama mahu bangunkan orang untuk turunkan berat badan. Brother kat atas tu dari seluar saiz 58 kepada 46 sekarang.  Kalau korang ada kat Kelantan dan mahu turun berat badan, boleh lah join team kiteorang, sama-sama turunkan berat badan dan sama-sama usik mengusik :p

Ada sesetengah coach tu ajak korang pergi event. Event ni ada banyak. Yang paling terdekat ni akan diadakan di Port Dickson pada 15-16 ni. Walaupun kat sana lebih menjurus untuk buat bisnes, tapi kat sana korang boleh jumpa dengan orang yang dah turun dengan Herbalife ni sehingga turun 62kg! Bila jumpa dengan orang positif untuk mengamalkan kesihatan dengan cara elok ni, maka korang pun akan terpositif sama untuk menurunkan berat badan. Setakat 2-3kg tu, ciput sangatlah :p

Nak ikut aku pergi PD, bleh roger-roger ya. 



4) Turun berat badan dengan sihat

Sebab produk yang luar biasa ni, turun berat badan dengan Herbalife sama dengan kaedah neutral. Kenapa aku kata neutral? Sebab Herbalife adalah makanan. Turun berat badan dengan makanan tu kan namanya neutral. Korang makan tapi korang turun berat jugak. Lain kalau korang force badan buat senaman berlebihan, in the end korang stop maka badan pun naik. Dengan Herbalife ni, dengan cara control hunger dengan betul (sebab kenyang) korang pasti akan turun dengan berjayanya


Satu shake Herbalife tu lengkap, Vitamin A, C, D, E, B1, B2 bla bla bla, calcium, sodium even kolesterol pun ada! Benda ni semua terkandung dalam makanan/buahan-buahan yang kita selalu makan. Nak compare nutrisi shake Herbalife dengan makanan biasa kita makan?
  • 1 shake Herbalife ada 303 mikrogram Vitamin A, korang kena amek 3 biji Apple untuk jumlah yang sama, 
  • 1 shake Herbalife ada 5.2miligram Niacin (Bahasa lain Vitamin B3, elok untuk sistem penghadaman dan juga conversion food kepada energy), korang kena amek 8 biji pisang untuk dapat jumlah yang sama, 
  • 1shake Herbalife ada 4.8miligram Vitamin E (Pompuan patut suka sebab ia boleh mengurangkan kedut di muka!), korang kena amek 5 biji kiwi untuk dapat jumlah yang sama 



Fast food for smart people

Sebab tu Herbalife boleh berada kat pasaran lama, sebab produknya betul-betul hebat! Kurang dari 1 minit saje korang boleh sediakan minuman ni. Sebab tu Shake Herbalife terkenal dengan nama - Fast Food for Smart People. Takdelah nak kunyah 8 biji pisang, nak makan 3 biji Apple dan 5 biji kiwi hari-hari. Mahal ok. tu baru 3 jenis nutrition, shake Herbalife ada 19 jenis nutrition semuanya! Dan untuk harga 1 shake tu, just RM 4-5 je, sangat jimat berbanding nak beli makanan lain. See, thats the beauty of Herbalife

Yang merumuskan formula Herbalife ni bukan calang-calang orang, semua hebat-hebat belaka. Ada doktor yang menang Nobel prize lagi! Fasiliti untuk penyelidikan pulak bukan ribu-ribu, tapi juta-juta! Tahun mendatang, akan diperkenalkan 'Seed to Feed' lagilah yakin dengan produk ni. 

Aku tak tahu cara lain boleh ke tak korang nak turunkan berat badan, tapi kalau dengan Herbalife, produk dah GILA HEBAT, dengan izin tuhan akan dapat berat ideal korang inginkan


*********

Ok, itu saje dulu keistimewaan cara Herbalife berbanding dengan cara lain. Macam biasa, of korang berminat nak tahu lebih, baca saje tak jadi, kenalah jumpa aku sentiasa ready untuk jumpa. Buat appointment dulu eh. 016 9640972. 


pss : asyik mak-mak orang je call, takde ke gadis-gadis nak call? apa gadis2 malu dengan abang joe ke? eh, abang?? wahaa! GiveaAway RM 100 000 tinggal sehari lagi!

Isnin, 10 Oktober 2011

Bolehkah perempuan berkepala bogel berdakwah?

Semalam aku ada tanya soalan agama meminta pendapat kawan-kawan di laman sosial facebook dan twitter. Soalannya 'Apakah pandangan anda apabila orang belum sempurna imannya berdakwah kepada orang lain supaya mengingati Allah?'

 Dan ini antara jawapan yang diterima dari facebook joegrimjow






Dari twitter @joegrimjow pulak, ada 2 jawapan di terima


ANS : tiada masalah


ANS : maaf mencelah. Baginda rasul SAW berkata, tak perlu sealim ulama unt berdakwah menyampai kebaikan. Insha allah


*******

Wanita berkepala bogel berdakwah?

Kepala bogel ataupun tidak bertudung ataupun free hair (apa-apa je lah istilah yang nak digunakan) cuba mengajak korang melakukan kebaikan dan menuju ke jalan yang di redhaiNya, apa reaksi kita?


Situasi 1

Sedang elok kita tengok review perlawanan Liverpool vs Manchester kat kedai mamak pukul 7.30 dan masa tu kita belum solat lagi, datang seorang kakak yang berkepala bogel ni 'Dik, dah solat belum? kalau belum solat, solat cepat-cepat, tak elok melewatkan waktu solat, tuhan marah'

apa reaksi kita? 
geram? marah? pasrah?



Situasi 2

Sedang elok kita duk komen-komen gambar kawan kat facebook, maklumlah dah konvo ramai yang upload gambar konvo, dan sibuk juga duk twit lusyah-lusyah dengan member2 twitter, ada seorang awek ni yang kita tahu juga berkepala bogel update di statusnya 'Ketahuilah berkata dan bercakap perkara yang lagha tidak disukai oleh tuhan yang maha kuasa'

apa reaksi kita? 
geram? marah? pasrah?


pss : jom join GIVEAWAY RM 100 000 ni. Sempat lagi ni!

Ahad, 9 Oktober 2011

4 sebab kenapa korang kena join Giveaway RM 100 000 CASH dealmates

Dealmates adalah satu website yang menyediakan perkhidmatan kupon diskaun yang pertama di Malaysia. Sebagai ahli yang mendaftar, korang boleh dapatkan kupon diskaun yang sangat-sangat-sangat murah dan berbaloi. Bayangkan perkhidmatan spa 300 lebih boleh dapat dengan harga bawah 100! Itu antara perkhidmatan yang berpuluh-puluh lagi ditawarkan disana



Salah satu yang menarik di dealmates adalah inisiatif yang disediakan untuk menarik pengguna berdaftar baru. Sekarang tengah diadakan 'cabutan bertuah' untuk sesiapa sahaja (terma dan syarat) untuk memenangi hadiah utama RM 100 000! Cukup mudah, klik sini dan ikutilah arahan yang diberikan


Adakah ia scam?

Bila website baru muncul, memang kita akan berasa takut sama ada ini scam atau tidak. Kat sini aku akan berikan 4 sebab kenapa dealmates ini tidak scam dan kenapa korang kena join giveaway RM 100 000 ni!



1) Dah ada bukti pemenang yang lepas-lepas


pemenang samsung galaxy tab

pemenang macbook air

pemenang ipad 2


RM 100 000 CASH ini bukanlah GIVEAWAY yang pertama diadakan. Sebelum ini memang sudah banyak cabutan seumpama ini dibuat, hadiah je berlainan. Macbook, ipad, handphone Samsung dan banyak lagi. Kat atas tu adalah antara pemenang yang sudah berjaya memenangi hadiah dari mereka. Ternyata bukan scam. Kali ni RM 100 000, memang kena join!



2) Penaja adalah syarikat Intel


Kira-kira sebulan lepas, Intel Corp telah menyumbang sejumlah wang kepada dealmates. Jumlah yang disumbang tidak diberitahu dan sebagai syarikat besar (sumbangan 30 billion sejak 1991), aku jangkakan duit yang diberi itu adalah dalam jumlah yang banyak. Sebab tu duit RM 100 000 yang ditawarkan tu boleh dikatakan 'ciput' sangat yang dealmates tawarkan. Apa lagi, dah orang nak bagi free, kita ambik saje! (berita asal)




3) Bukan judi, tidak haram disisi agama




Untuk join contest RM 100 000 CASH ini, tiada pembelian perlu dibuat. Maka ia bukanlah perjudian kerana kita sebagai pengguna tidak rugi apa-apa untuk join contest ini. Jika kita tidak rugi, pihak dealmates dapat keuntungan dari mana? Jawapannya adalah ini sebagai inisiatif pihak mereka untuk menambah bilangan ahli yang berdaftar, maka contest ni diwujudkan.



4) Masih ada banyak masa, hadiah lain juga ditawarkan




Setakat entry ini ditulis, masih ada 2 hari lebih lagi untuk join Giveaway RM 100 000 CASH ni, jadi, sempat lagi bagi yang belum join. Selain RM 100 000, no dua akan dapat rm 10 000 dan top referrer akan memperoleh RM 5 000. Katakan korang selalu tak bernasib baik, boleh kejar hadiah top referral tu macam aku. Oh, semalam aku berada di Top 50, tadi check dah berada di Top 10. Haha, sebab tu bersemangat tu!

Kalau aku menang hadiah utama/top referral tu, kita buat kenduri besar-besaran. wohoo!


******


Apa yang perlu korang lakukan adalah sangat senang
  • Klik link ini - Dealmates.com.my
  • Klik bahagian tepi sebelah kiri 'enter now'
  • Isi apa yang patut - perlu nama penuh, no ic dan no phone (elakkan SCAMMERS untuk join)
  • Share di facebook - wollaaa, tunggu untuk keputusan pemenang yang akan diumumkan

Jadi, apa korang tunggu lagi, joinlah sekarang. Jangan lupa untuk share dengan yang lain sebab setiap pendaftaran baru dibawah unique referral korang akan dapat 1 extra certificates. Yang pasti, kalau korang menang nanti, pastikan bagi aku sikit ok duit tu! kan nanti buat-buat tak kenal memang siaplah!



KLIK GAMBAR ATaS UNTUK jOIN


pss : sekarang ni hadiah contest ribu raban, segan nak buat contest sebab hadiah kita ciput je :(

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tips memenangi hati perempuan dari perempuan yang dibenci lelaki

Masa kat sekolah, ada tak classmate korang yang berlainan jentina yang korang betul-betul menyampah. Meaning, benci gila tengok muka perempuan tu (kalau korang lelaki) dan menyampah sangat tengok lelaki tu (kalau korang perempuan)? Mesti ada kan? Ala, cubalah flashback balik, mesti ingat-ingat

Masa zaman sekolah, memang ada jenis yang macam ni wujud. Mungkin dia terlalu menunjuk-nunjuk, ataupun bajet-dia-semua-tahu-segala-hal tak pun jenis yang hati kering pun ada. Sikap perwatakan zaman sekolah ni sungguh sweet kalau dikenangkan?

Ok, nak start cite

Beberapa hari lepas aku melalui sesi free 'Cara untuk memenangi hati perempuan' dari 2 orang kawan perempuan aku. Yang specel skit dengan 2 orang kawan perempuan ni, kata mereka, dieorang ni jenis yang dibenci lelaki. Aku pun tak tahu dan tak sempat nak korek dieorang berdua buat apa sampai dibenci lelaki, kalau tak tahulah kenapa lelaki benci sangat dieorang ni. Benci atau tidak, tanpa lokek mereka memberi tips berguna untuk aku. wah!!


Perempuan makhluk lemah, lelaki kena tunjolkan keimanan



aku : Dulu pernah pergi timbang kat rumah perempuan
kawan1 : Biasalah tu
kawan2 : Haah, macam tak biasa timbang bukan sejentina

aku : ni lain sikit. ni masuk rumah.
kawan1: berdua-duaan? giloss

aku : takdelah, die punye kawan ada la kat rumah tu. Tapi, masuk je dalam rumah dieorang, perghh, tergugat nafsu!
kawan1: kenape?

aku : sorang pakai spagheti je, sorang lagi macam siap-siap nak masuk toilet
kawan2: ishhh, tak malu. tak baik

aku : tu la pasal. melampau!
kawan1: bukan pompuan tu, ko la tak baik

aku : aiih, aku pulak? aku masuk je dalam rumah, dah dijemput, masuk je lah
kawan1: haa, tu yang salah tu. masuk tak salah, tapi bila dah masuk dan nampak pakaian tak senonoh, mintak la keluar. timbang kat luar ke
kawan2: betul tu. tak baik ko tau

aku : eh eh, cuba paham situasi, die yang jemput masuk, then masuklah, bukan nak buat perkara tak senonoh pun. dah dieorang pakaian tak elok, dieorang lah salah. pandai-pandailah cover
kawan1: ko tak paham tu. pompuan ni makhluk lemah, banyak tak tahu. so as laki, ko tau benda tu tak elok, ko keluarlah
kawan2: kalau ko mintak keluar cara elok, mesti pompuan kat dalam tu respek lebih dengan ko. saham naik 10%

aku : ye lah, lain kali aku follow....


*********

Benda kecik yang bagi impak besar



kawan1 : semalam kan, sweet sangat ada sorang laki ni
aku : apa aku dah tak cukup sweet nak cakap pasal laki lain ni?

kawan1: hehe, takdelah. semalam aku post kat facebook aku perlukan sesuatu. nak buat kerja akulah.
kawan2: then?

kawan1: then ada seorang mamat ni caring gila pergi post link kat wall aku. 
aku : pasal ape?

kawan1: ada lah, simple je. pasal interview. tapi pompuan bila laki macam amek berat gitu, terharu ok
aku : eleh, google je. 

kawan1: ye lah, memang nampak kecik, tapi perempuan sangat hargai ok. lagi-lagi kalau ikhlas macam tu
aku: mana tau ikhlas?

kawan1 dan kawan2 : kami pompuan tahulah! 

********

kamo perempuan? betul ke?


pss : esok akan hurai mana patut belanjawan2012 tadi

Khamis, 6 Oktober 2011

Pirates of Silicon Valley : Filem Steve Jobs

Pirates os Silicon Valley adalah filem yang terbitan pada tahun 1999. Berasaskan sebuah buku Fire in the Valley: The Making of The Personal Computer, cerita ni memaparkan bagaimana Steve dan Apple boleh berjaya dalam industri ni. Walaupun cerita ni dah lama, tapi baru tadi aku selesai tengok semua. Nasib baik ada kat youtube, jadi tak payah nak download bagai.



Memang satu cerita yang best, aku syorkan korang tengok kalau ada masa. Tiba-tiba termotivasi bila tengok cerita ni. Suka part 5, tapi nak paham bagaimana part5 bleh terjadi, kenalah tengok dari awal. Selamat menonton =)















pss : seorang lagi mati sebab cancer....

Rabu, 5 Oktober 2011

Teori konspirasi iPhone4S

Barangkali ramai yang frust dengan pengumuman pihak Apple semalam, mana tak nye, harapkan iPhone5 yang keluar, iPhone4s pulak yang keluar. Kalau korang frust, welcome to the club, aku jugak antara yang frust!

Aku dah bercadang nak beli iPhone baru, memang duit dah takde masalah sebab dah lama buat tabung yang dipanggil 'Tabung barangan Apple' kat dalam akaun, jadi dengan pengumuman iPhone4s ni, merencatkan sedikit kegembiraan nak memiliki barangan Apple ni. Hurmmm, 4s pon 4s lah, janji masuk kat Malaysia nanti aku akan jadi orang terawal beli. Kat Singapore dalam 27 Oktober ni jual, macam nak pergi je kat sana dan beli!


Konspirasi iPhone4s

Sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pihak Apple tetapi barangan tu tetap aku nak miliki (err errr) - kat sini aku akan paparkan konspirasi disebalik kehadiran iPhone4s, bukannya iPhone5


Keynote pada 4hb bukan 5hb



Walaupun macam takde kaitan dengan tarikh, aku tetap mahu katakan ini konspirasi! Mana taknye, memang sengaja buat pada 4hb, bukan 5hb. Jadi, memang 4hb memang kenalah dengan hanya nombor 4 sahaja yang akan keluar, bukannya nombor 5. heh, konspirasi tarikh namanya!




iPhone 5 lagi gempak dengan new features


Apple memang setahun sekali akan keluarkan generasi iPhone baru. Sebab tahun ni antara tahun kemuncak kejayaan pihak Apple - sampai jadi most valuable company sekarang (ikut share price walaupun sekejap) jadi memang ini taktik bisnes dieorang. Dah beli tahun ni iPhone4S, sebab tahun depan akan keluar nama iPhone5, maka orang macam aku akan beli pulak. huh, memang sengsara jadi peminat Apple ni. Tambah pulak iPhone5 perkenalkan konsep yang gila kaw kaw punya features, memang beratur la orang beli



Keuntungan untuk pelabur 'short term profit'


Kalau korang nak tahu, share price Apple memang gila-gila tinggi sekarang. Sejak setahun kebelakangan ni, tak pernah jatuh pun saham Apple ni (jatuh pun ciput sangat). Benda ni memang bagus bagi pihak Apple, tapi dari segi pelaburan, bagi yang suka mengamalkan 'short tem profit', saham yang sentiasa naik ni memang dieorang tak suka nak beli. Kalau ada naik turun, memang lagi ramai yang berminat untuk melabur. Jadi, dengan pengumuman iPhone4s, bukannya iPhone5, saham Apple memang jatuh semalam. Dah jatuh, ramai yang jual dan pelabur yang mengamalkan 'short term profit' ni akan tunggu masa untuk beli banyak-banyak terus dan dari situ dah boleh kaut keuntungan berlipat ganda dah. huh, konspirasi!




2 year contract rule


Kebanyakan plan sekarang berdasarkan 2 tahun punya plan. Bukan sahaja kat US, kat Malaysia yang mana telco seperti Maxis, DiGi dan Celcom pun menawarkan pakej 2 tahun. Jadi, yang beli iPhone3gs 2 tahun dulu, tahun ini adalah tahun contract mereka akan habis. Bila dah habis tu, terus beli yang iPhone4S pulak. heh, bijak gila kan? Bagi yang dah tamat contract ni (iphone3gs) memang iphone4s ke, iPhone5 ke, mereka akan tetap beli sebab macam dah takde pilihan lain. Sebab tu keluar yang 4S dulu, then tahun depan beli yang iPhone5 pulak. ini taktik keji, tapi inilah konspirasi dieorang yang mana kebanyakkannya akan follow!



itu sahaja 4 teori konspirasi aku. Walau apapun konspirasinya, betul ke tidak, iPhone4S tetap akan aku beli. ekekeke


pss : jumpa ramai yang bertudung labuh tadi. another big day tomorrow!

Keunikan lelaki Kelantan berbanding lelaki negeri lain

Semalam entry pasal keistimewaan perempuan kelantan memang agak tak adil memandangkan asyik perempuan je kena highlight, tetapi lelaki tidak pun! Kalau bukan aku nak menulis pasal lelaki, siapa lagikan? Cuma aku risau, tulis banyak sangat pasal lelaki, jadi macam dulu - diburu lelaki gay!

So kali ini aku nak tulis pasal lelaki kelantan pulak. Bila sebut unik, ada pros and cons la. Terima je lah dan lepas ni kita sama-sama perbaiki okeh


Panas baran




Aku tak nafi memang lelaki kat Kelantan ni kebanyakkannya panas baran. Aku sendiri pun! Tapi panas baran kiteorang ni bertempat la, takdelah main pakat sombrono je nak marah kat orang. Cuma bila orang dah 'bakar' kite, memang sekelip mata mood boleh berubah!

Sikap panas baran ni memang sangat ketara bila time bola. Haha, ada je provokasi, memang boleh jadi panas. Boleh bayangkan tak, dah la pasukan kalah, pasukan lawan boleh perli + sindir pulak, memang sengaja cari bala lah kan? Macam ni salahkah kami? Heh



Jiwa politik yang aneh dan pelik




Dunia politik di Kelantan ni pelik sikit. Pelik tapi unik. Tambah unik dengan diwarnai dengan lelaki-lelaki kat kelantan ni yang sememangnya agak 'patriotik' sikit bab-bab politik. Kalau masuk bulan mengundi, macam-macam ragam boleh dilihat. Yang menjadi uniknya, walaupun dengan pemahaman politik berbeza, lelaki2 kat sini masih boleh bertempuk bahu dengan sesama yang lain. Satu lagi yang unik mungkin takde kat tempat lain nak tahu ape?

Kalau DUN pangkah PAS, Parlimen pangkah Barisan. heh, unik kan?



Miliki pengetahuan agama yang lebih



Memiliki pengetahuan agama dengan mempraktikkannya 2 perkara berbeza ok. Kat sini aku hanya hightlight pengetahuan agama je. Benda ni memang betul, kalau korang ada kawan orang Kelantan, memang dieorang tu lebih tahu bab bab agama berbanding negeri lain. kebanyakkannya lah. Mungkin didorong kat sini banyak ceramah-ceramah agama kot. Setiap jumaat meriah je kat Kota Bharu tu dengan ceramah dari pelbagai ustaz. Kadang2 tok guru pon turun padang

Satu lagi kan, nak cari orang Kelantan yang tak tahu baca quran bila dah besar ni sangat jarang. Ni pengalaman sendirilah, kebanyakan kawan aku yang gagap/tak fluent/tak reti baca quran nak cari yang sama negeri ni boleh kata takde. Haa, memperkuatkan teori aku

Kan lagi bagus kalau pengetahuan agama lebih ni kita praktik betul-betul kat dunia realiti



Romantik lepas kawin




Yang ni sangat betul, kiteorang tak romantik masa kapel2 ni, lepas kawin baru romantik. wahaha


pss : Semalam dan hari ni kat UMK, esok dah lusa kat UM Nilam Puri. Jumpa jangan lupa tego ok!