BMI adalah satu tools yang direka untuk ketahui tahap kesihatan seseorang sama ada berat badan mereka sesuai dengan ketinggian mereka. Seseorang dikatakan berat badan berlebihan (Overweight/pre obese) )kalau BMI antara 25 hingga 30 dan kalau dah lebih dari 30 - mereka sudah obese!
Contoh tinggi aku sekarang 176cm, kalau berat aku 94kg, aku dah dikira obese! (berat dalam kg /tinggi dalam meter x tinggi dalam meter)
Malaysia boleh!!
Dalam paper The Star bertarikh 29hb, Timbalan Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan yang Malaysia mempunyai jumlah rakyat yang paling ramai OBESE di Asia Tenggara! WOW. Tambahan lagi, di Asia, kita berada di no 6. WOW sekali lagi!
Kenapa rakyat kita GEMUK?
Takde sebab lain selain dari masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Makan makanan tidak berkhasiat, exercise pun 3 kali setahun je dan air 1 liter minum pun dikatakan banyak dah. Takleh minum air banyak, nanti gemuk air!
Sepanjang aku kerja menguruskan orang ni, apa yang aku perasan yang kurang adalah 'ilmu' tentang rakyat kita tentang pengurusan berat badan ni. Ada sesetengah tu punyalah bersenam bukan main lama lagi tapi lepas je bersenam, pulun nasi lemak 3 bungkus, 2 biji roti canai dan 2 gelas teh tarik. Memang takkan kurus la jawapannya.
Lengkapkan ilmu pengurusan berat badan
Bagi korang yang tahu ambil kesempatan, sekarang ni memang sangat banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada golongan yang cintakan kesihatan ini untuk 'menyuap' rakyat kita perihal pentingnya menjaga kesihatan. Macam aku sendiri, banyak jugak dana yang aku dapat untuk promote kesihatan untuk masyarakat. Alhamdulillah kerajaan kita tidak lokek bab memberi dana ni. Cuma masalahnya, nak cari yang sama spesis macam aku ni susah!
Maksud sama spesis tu adalah yang begitu 'obses' mengenai kesihatan. Semangat nak tolong orang melebihi dari duit yang dapat. Boleh dikatakan tanpa duit pun sanggup nak tolong sihatkan masyarakat kita. Terutama kat Kelantan. Sangat susah nak cari orang macam ni. Yang terbaru ni aku ada dapat dana yang agak banyak dari kerajaan untuk promosikan kesihatan. Sekarang ni aku sangat-sangat memerlukan golongan muda ni untuk bantu aku sama-sama sihatkan masyarakat kita yang semakin hari semakin gemuk ni.
Orang yang aku cari bukan tengok duit, tapi lebih kepada semangat mahu sihatkan orang!
Kepada korang yang baca entry ni, carilah ilmu pasal badan tu sikit sebanyak. kat internet ni berlambak. Dah jumpa, jangan segan untuk berkongsi dengan orang. Penting ok untuk promosikan kesihatan ni, korang nak ke orang yang korang kenal dari hari ke hari semakin membesar dan bukan saje menjadi bebanan kepada keluarga dia, malahan kepada negara jugak. wah, patriotik disitu
Ok lah, MALAYSIA NEGARA GEMUK ni bukannnya sesuatu yang patut kita banggakan, sama-sama kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang cintakan kesihatan!
pss : Tadi pergi UiTM, wow, ramainya perempuan kat DC tu, kemana perginya lelaki??
berat mokcik slalu yoyo la...hehehe...tp under control lagi...
BalasPadam@sue-ab
BalasPadamjangn sampai yoyo putus tali ek
hehe
wahh aku takde sampai obese lagi tapi overweight..nak kurus la wey..huhu
BalasPadamwow. mcm dh masuk antara penyumbang peratusan tu ja. wow lagi sekali.
BalasPadamdtg uitm? tak perasaan pun. haha. haritu dah terlepas sekali.
BalasPadamerr okay. saya juga sedang berusaha kuruskan badan dan secara tak langsung membantu turunkan ranking malaysia :)
BalasPadamawat xhbaq dtg uitm..kalau x blh lari p DC jap td..hu2
BalasPadamsalam :)
BalasPadamlari topik skit, maybe patut ada tax on fatty foods like Denmark baru start buat. lagi tinggi fat content, lagi tinggi tax (hence lagi mahal harga)
if only ada cara lebih effective untuk kurangkan harga makanan yg organic :)
i meant untuk processed food ya (mcm frozen food etc)
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadammasih ada golongan yang anggap kurus tu "tak cukup makan", jadi kalau badan besar dianggap sihat. Penat tau nak basuh otak orang yang berfahaman begini hu hu hu
budak lelaki ramai kat seksyen 2. hahaha
BalasPadaminsaf.. insaf.. huhu!
BalasPadam*lelaki=pemalu. :-)
untuk orang asia..BMI normal adalah range 18~23..bukan 25.. 25 tu utk omputeh..sbb rangka diorg lebih besar..info dapat baru2 ni..
BalasPadamterima kasih
BalasPadamsaya nak jadi volunteer jugak kalau boleh! i'm the type who highly obses with health!
BalasPadamtp d sebab kn rmai dok aggap yg 100% rakyat malaysia nie obese, most produk tenusu kt msia nie either low fat @ 0 fat..dh yg kurus nie nk mkn/minum ape??
BalasPadamp/s:weight gain susu tuk bg tmbah selera makan je..jgn propose nie tuk org kurus yg kuat mkn..xde efek..
@syira_88
BalasPadamcall me at 0169640972
err okay. saya juga sedang berusaha kuruskan badan dan secara tak langsung membantu turunkan ranking malaysia :)
BalasPadam