Isnin, 31 Mei 2010

Terbaru dalam Gaza Flotila : 16 Terbunuh! Qunut nazilah!!


video rampasan kapal oleh komando israel
(ada bendera Malaysia mula2, macam mana kita tak marah!!)








Entah korang aware atau tidak pasal cerita Gaza Flotila ni. Sebenarnya malas nak buat entry camni sebab dah tahu, pasti usaha ini akan mencapai hasilnya. tapi terkejut tadi bila kawan bgtau, ada 2 orang dah mati dalam usaha ini. MATI!! Dan sebelum entry ni di post, ku search kat Google pasal ni, dah 16 ORANG mati dan lebih 30 tercedera dalam misi ini. WHAT THE HECK??


gaza flotilla


kapal yang memuatkan 700 peserta dari 50 buah negara, tak kira bangsa atau agama!



Misi kemanusian ini di sertai 50 buah negara untuk membantu rakyat palastine yang 'tercedera minda dan fizikal' disana. Malaysia juga menghantar wakil seramai 8 orang untuk kesana. Misinya bukan untuk berperang, tapi menghantar makanan + ubat2an dan sebagainya sahaja. Walaupun begitu, israel yang bengong + keji + zalim + macam setan + terhina ini telah MENYERANG kapal ini dan telah merampas kapal dan kesemua penghuni kapal di bawa ke suatu tempat. Setakat sekarang, tiada lagi berita pasal keadaan semasa, entah macam mana keadaan dalam kapal itu tidak diketahui disebabkan sudah terputus hubungan






Qunut Nazilah


Ini memang sudah melangkaui batasan manusia. Tindakan israel ini bukan sahaja menghina 50 buah negara yang menhantar bantuan kemanusian, tetapi juga menunjukkan kepada kita, merekalah paling hebat sehingga sanggup membunuh tanpa belas kasihan. yang ada dalam atas kapal tu, bukan sahaja orang islam, tak islam pun ada! tengok, itulah kebanggaan mereka, mahu tunjukkan kekuatan mereka!


Sebab kita ni bukan mujahid, bukan pejuang, bukan pemimpin yang membuat keputusan, marilah sama2 kita baca qunut nazilah dalam solat. Jangan kata tak pandai, tak pandai boleh belajar. Qunut ni dibaca ketika umat islam di timpa bencana. sekarang ni ada rakyat Malaysia dalam kapal tu yang sudah nyawanya di hujung tanduk. Kita tidak tahu pun berita pasal mereka, kalau semua baca Qunut ni, sudah pasti pertolongan Allah akan sampai!


Cara-cara


Malas nak google, meh ku bgtau cara nak buat qunut nazilah ni. Boleh dilakukan di

  • tiap2 sembahyag fardhu ketika umat islam di timpa bala
  • dibaca selepas iqtidal selepas ruku' rakaat terakhir
  • lafaznya adalah


maksudnya


post la dalam blog + facebook + twitter + lain2 benda ni (kekejaman israel) supaya ramai yang ketahui. Tindakan terhina menyerang orang yang tak bersalah ini memang sesuatu di luar kemanusiaan. kalau sekarang mereka menyerang orang tak bersalah, lepas ni tak mustahil mereka menyerang negara2 pula! jangan kata dunia ni selamat sebab ada PBB bla bla bla. kalau selamat, dah lama isu palestine ni dah satel!


Update orang Sheffield

Untuk student kat sini, apa yang boleh kita buat, kita hantar kat surat kat MP sini. Ada 6 orang MP kat sini dah boleh hantar keenam2. Mereka. cakap kita student uni of sheffield, guna nama skit. yang ada jawatan, taruklah skali. surat pon, copy paste je, senang (kredit to senior sini)

  • dbconstituency@aol.com (Rt Hon Mr David Blunkett - hillsbrough)
  • nickclegg@sheffieldhallam.org.uk (Rt Hon Mr Nick Clegg - hallam)
  • munnm@parliament.uk (Ms Meg Munn - heeley)
  • bettsc@parliament.uk (Mr Clive Betts - south east)
  • smithac@parliament.uk (Angela Smith - penistone)
  • untuk city center punya tak jumpa. haiyaa!

Dear (nama dieorang)

An international flotilla of ships is, at this moment, attempting to deliver essential humanitarian aid to Gaza. The aid includes construction materials which would enable the people of Gaza to rebuild the homes destroyed by Israel in Operation Cast Lead last year.

There are nearly 700 people on board the boats, all of whom are ordinary civilians from around the world, including 40 British citizens. They have undertaken this mission out of concern for the people of Gaza, who are now entering their fourth year under siege, without access to basic necessities. They pose no threat to Israel, and are completely unarmed.

Despite this, the Israeli navy is attempting to block the flotilla from reaching Gaza. Israeli warships surrounded the boats on Sunday (30th May) night, while drones and a helicopter have been flying overhead. This hostile action has taken place in international waters.

I urge you to act swiftly to protect the flotilla, which is breaking no international laws, and, in particular, the British citizens on board, and to ensure that Israel allows this vital aid to reach its destination.

Israel’s occupation of Gaza is illegal under international law, and it has been accused in a UN report of committing war crimes in Gaza.

Your obligation must be towards a group of citizens peacefully attempting to deliver humanitarian aid, than to a country which repeatedly violates international treaties and resolutions. Those on board the boats face a serious threat - I call on you to end the UK government’s silence over Israel’s aggressive actions against the flotilla, and intervene now to demand its safe passage to Gaza.

Yours sincerely

nama kita



Nah, ini usaha kecik, at least 2 ni kita buat. Baca qunut nazilah ni (SMSA pun boleh anjur benda ni, mr press bila mau umum?) dan juga hantar email. Jangan kata usaha ni tidak datangkan hasil, pertolongan Allah tu datang tanpa masa, kita yang perlu sentiasa doa!

Program Imam Muda - hanyalah sebuah realiti tv biasa?

Salam 1blogger,


Kali ini mahu share dengan pembaca dengan satu lagi usaha murni oleh astro oasis iaitu realiti tv program Imam Muda. Rancangan yang satu2nya di dunia ini adalah satu menifestasi dari kebanjiran bakat2 kepimpinan oleh golongan remaja kita. Selain mahu memartabatkan lagi nama Imam di kalangan masyarakat, usaha ini dilihat mampu mencapai objektifnya


awat skima sangat ni??


kekeke, ok, ku baru saja melihat episod satu imam muda ni. komen? terbaik! memang perlu program seumpama ini ada di negara kita, barulah rakyat akan lebih memahami ajaran islam. sekarang ni dakwah tidak relevan untuk dibuat kat masjid semata2, perlu lebih luas untuk mencapai lebih banyak target, perlulah pelbagai cara. dan bersyukur sebab ada stesen tv yang ambil inisiatif untuk jalankannya


jom berkenalan dengan para peserta






Cabaran minggu pertama


Seperti rancangan realiti tv yg lain, setiap minggu para peserta akan diberi tugasan dan di akhir minggu akan aka yang dihantar 'pulang' atau tersingkir. Cuma yang berbeza rasanya, cara penyinkiran bukan dengan undian SMS, tetapi oleh mudir yang bertanggungjawab. jom tonton Program Imam Muda ini. (nasib di perantauan, tengok kat youtube je la ;-) )




















Tiada penyingkiran


Untuk cabaran minggu ini, temanya adalah kematian. agak mencabar bila mahu kendalikan jenazah yang 'berisiko' tetapi semua berajaya jalankannya. minggu pertama ini juga tiada penyingkiran yang dibuat. terlalu awal lagi kot untu dibuat kan? so, semua akan pergi ke peringkat seterusnya


Komen aku

Aku sangat menyokong dengan program seumpama ini. Cuma tak nampak sangat promosinya. Tak nampak lagi blogger2 yang buat entry untuk rancangan seumpama ini. Jadi ku ambil inisiatif untuk mempromosikan rancangan 'baikkkk' ini agar kita sama2 manfaatkannya. Bagi blogger2 di luar sana, ayuh kita BOMMM rancangan ini dengan promosikan di blog anda!



Peserta yang terkandas awal?


Mahu saja aku masuk untuk rancangan ini tapi melihat kepada gambar bawah, betapa tak layaknya aku bergelar imam. hehehe. jadi imam untuk diri sendiri dulu kot ;)


saya sangat suka belonn


pss : pernah buat entry angan2 seorang budak untuk jadi pak imam dalam entry pak imam liverpool ni

Ahad, 30 Mei 2010

WORLD CUP : Subkhidin di mata hati flatmateku

Salam,

Ini entry request dari flatmate aku kat atas. Pasal Subkhidin. Dia cakap yang Subkhiddin ni akan jadi referee di world cup. sebab malas nak research, ku suruh dia cari bukti. ha, semalam dia dah bagi bukti, terpaksalah aku tulis entry pasal satu lagi kebanggaan Malaysia ni.


8 February 2010


Tarikh ini mungkin menjadi tarikh keramat kepada dia (Subkhiddin) sebab dipilih oleh FIFA untuk menjadi pengadil bagi world cup nanti. Senarai penuh 30 referee ini menyenaraikan 4 pengadil dari asia dan dia adalah satu2nya pengadil dari Malaysia! tahniah Subkhiddin







Sedikit fakta menarik pasal referee


  • pre - world cup fitness test -2 referee yang disenarai pendek oleh fifa gagal lulus ujian fitness yang telah ditetapkan. Subkhiddin berjaya!
  • Pengadil piala malaysia dibayar rm 500 untuk setiap perlawanan, manakala untuk world cup senior referee dibayat cecah pound 20 000 (source). English Premier League (EPL) dbayar pound 3500 untuk setiap perlawanan (source)
  • Jorge José Emiliano dos Santos adalah referee dari Brazil yang terkenal dengan gelaran 'gay referee' boleh tengok video di bawah. Daisy adalah nama jolokannya dan pink adalah warna kegemarannya






pss : jangan lupa baca komik World Cup Blogger pula ;) tak pun layan lagu world cup. 11 hb 6 ni, ada projek gila dengan housemate. hehe. nantikan!

Video Stop Motion hebat!

Sebenarnya perancangan awal untuk menulis entry ni, aku mahu siapkan satu contoh stop motion video versi aku punya. Tapi disebabkan tiba-tiba semangat mahu study (walhal malam ni plan nak rehat) jadi aku sertakan sedikit penerangan awal mengenai stop motion video ni. Bagus mood study ni datang, nanti die pergi, susah nak ambik


Stop Motion Video


Di negara kita rasanya video jenis ini agak tidak dikenali. kalau ku tanya sekarang, tau apa itu stop motion video? mesti ramai yang tak tahu sangat. Tapi kalau di negara yang 'terlebih' maju dengan video video ni, stop motion video ni adalah benda yang sudah lama. Apa yang membuatkan stop motion video ini power adalah disebabkan 'amatur' pun boleh buat jenis video yang tersangat mantap. Apakah keperluan paling utama untuk buat video ni?


1 - Idea

Stop motion video yang hebat hasil dari idea yang hebat. Idea yang belum lagi di buat orang, pasti akan menarik minat ramai untuk melihatnya jika sesuatu baru diperkanalkan. sebab itulah hasil seni stop motion video ini dilihat dari segi idea. Idea mantap, pasti akan hasilkan video yang mantap



2 - Usaha

Sememangnya untuk membuat stop motion video ini perlukan usaha yang 'luar biasa' kenapa luar biasa, sebab banyak gambar yang perlu ditangkap. untuk hasilkan video yang baik, 10 keping gambar dalam masa satu saat adalah di cadangkan. bayangkan kalau 10 saat? seminit? ada beribu keping kena ambil! Sebab itu usaha ni sangat penting dalam penghasilan stop motion video



3 - Digital camera + software movie yang sesuai


Untuk buat stop motion video ini, sudah pasti tidak perlukan camera canggih2. cukup digital camera yang biasa memadai. Kualiti gambar juga boleh setkan yang paling rendah. Video seminit, perlukan 600 keping gambar, kalau setiap keping gambar cecah 1 MB saiznya, hang lah komputer tu. Software pula banyak di internet untuk di download. software dicadangkan adalah iMovie atau iStopMotion untuk Apple, JPGVideo untuk Window. Banyak lagi, jadi boleh cari sendiri, yang penting ada applikasi untuk ubah frame work



Top Stop Motion Video


Sini aku akan senaraikan 5 Stop Motion Video yang sangat best. Kagum dengan pembuatnya sebab masa yang sudah pasti lama di ambil. Idea yang mantap ditonjolkan juga sungguh buat kita akan terpaku mahu menontonnya sampai habis. Mashable juga ada senaraikan top 10, aku ada versi aku sendiri. Enjooy watching


5 - Deadline
(yang mahu exam + hantar assignment, sesuai tengok ni)





4 - coldplay strawbery swing
(klik sebab tak boleh nak embedded kat sini)



3 - Muto at wall painted
(penggemar grafiti, mesti kagum dengan hasil video ni





2 - T-Shirt WAR
(banyak gila baju yg digunakan, top notch!)




Dan yang pertama
dengan hasil kerja terbaik + kemas + romantic + lagu best



1 - Hey morning Elegance
(sweet gila video ni!)




Camne?
enjoy?

Aku punya?
nanti kalau dah buat
ku post kat joegrimjowtube
sebelum tu, layan dulu video dalam tu
terutama tips khusyuk dalam solat. hehe


selamat berhujung minggu


pss : entry Weight Lose Challenge dah baca?

Top world blog alexa blogspot

Salam!


Baru update page top malaysian blogger, kali ni hanya update 300 k dan kebawah. Tak banyak perubahan sebenarnya, memang alexa ni kalau semakin kecik semakin susah nak turun. Syabas kepada kakjie, ariff, ben, dahlia dan daus sebab alexa dieorang antara paling banyak trun. Kena belajar banyak lagi dengan dieorang ni!


Kenapa rajin sangat ni?


Sebenarnya baru habis 1st paper. Otak nak 'switch' ke subjek seterusnya, blogla suisnya. Sibuk2kan otak dengan benda leceh2 macam ni, tido, bangun dan start study subjek lain pula. bagi otak rest kejap. Jadi, boleh tengok top malaysian blogger kat page disediakan. Alang2 dah update pasal alexa, nak senaraikan top world alexa ranking. benda ni kalau korang seacrh kat google pun takkan jumpa. macam mana aku dapat tahu? hoho. rahsieee ;-)





1 - http://troktiko.blogspot.com/
Alexa - 1024
PageRank (4)




Memang serius aku terkejut dengan ranking alexa blog ni. Kalau tengokkan blogspot ni, memang jenis seolah berita, cuma bukan bahasa english. bahasa apa aku pun tak tahu. yang peliknya, kenapalah dieorang tak pergi beli domain dan hosting sendiri. dah sampai alexa 1000, bukan senang woo. Ini menunjukkan kepada kita, .blogspot pun boleh capai alexa rendah ;-)






2 - http://googleblog.blogspot.com/
Alexa2125k
PageRank (8)



Blog ini hak punya blogspot. Memang patut tinggi kan dia punya ranking. 594 ribu orang subscribe, memang satu blog yang menjadi tumpuan orang. Informasi dari blog, boleh tengok kat sini. Cuma satu je keburukan blog ni, jarang update. haha. walaupun jarang update, dengan subscribe cecah lebih 500 ribu, alexa mantap, mantap. PageRank sama dengan PR google iaitu 8. Aku rasa blog inilah satu satunya PR 8. kata milik google.






3 - http://adwords-de.blogspot.com/
Alexa 50 k
PageRank (6)



Satu lagi blog yang memaparkan banyak tutorial dan informasi berguna dari google dan blogspot sendiri. yang bezanya, cuma bahasa. bahasa venezuala ke apa yang digunakan ku pun tak tahu. memang hebat dapat capai ranking alexa macam ni. Walaupun template serius tak menarik, tapi mampu tarik perhatian orang untuk baca!




Itu dulu 3 blog .blogspot yang rendah rankingnya. Kat Malaysia, ada juga, meh ku senaraikan beberapa .blogspot yang alexanya agak mantap


1) http://idhamlim.blogspot.com/ - 131 k

2) http://dahliajournal.blogspot.com/ - 155 k

3) http://penarikbeca.blogspot.com/ - 198 k

4) http://joegrimjow.blogspot.com/ - 228 k

5) http://inibelogsaya.blogspot.com/ - 237 k



Yang ni ku punya senarai jelah, kalau ada sesiapa yang tahu, boleh email di joegrimjow@gmail.com. bagi yang nak masuk dalam senarai top blogger bawah sejuta, pun boleh email di email yg sama.



pss : kalau bosan dan pening pasal ranking, jom baca bangga jadi orang kelantan part 1 - kebanggaan orang kelantan dan part 2 - jodoh orang kelantan

Sabtu, 29 Mei 2010

Isu kasut crocs tak pernah selesai

Salam

Mahu kongsi sikit email yang diterima mengenai kasut crocs. Memang isu ni sampai sekarang ku dapat email yg bertalu-talu. ada sokong, ada bantah, ada kata aku tak sensitif ada berterima kasih. Apa-apa pun, entry kasut crocs haram dipakai? kene boikot ke ni? ini betul-betul buat blog ni dikenali ramai. Rami yang post entry aku dalam facebook. kat blog. tengok referrer dari facebook, 1000 lebih! terima kasih yang gunakan entry post aku sebagai hujah untuk membangkang agar 'jangan jadi terlalu sensitif'


Mengikut histats, entry itu mencatat lebih 5000 view! Mengalahkan entry scene yang dipotong dalam adamaya (3000++ view). Aku terpanggil untuk menulis sedikit review berdasarkan banyak yang membaca, aku takut ada yang salah faham. Entry itu hanyalah pendapat aku semata-mata. Pendapat yang dikuatkan dengan hujah seorang ustaz yang memang terkenal di dunia blog. Maklumlah, kalau itu merupakan pendapat, berhak menerima, berhak menolak. Hanya memberi sedikit 'guideline', yang selebihnya, gunalah akal yang masing2


Mahu share satu email yang aku dapat beberapa hari yang lepas


From: Gray
To: mohd faridzul asyraf mat arifin
Sent: Wed, May 26, 2010 12:34:52 AM
Subject: crocs

hello "Joe" =P
i noticed your blog a while ago, so i read it sometimes.
yes i know i may not be wholly qualified to talk about Islam and all that. but...
i think i can spot photoshoppery where i see it!
take a look again at that "crocs" logo with the pen written Allah on it.
i notice that it is the inverse of the normal logo.
as if: someone took the original crocs logo (which is convex), and pressed it into a mould (creating the concave version).
as the mould hardened, it expands, so the lines become less defined. (therefore you see a "corrupt" version of the logo)
i have attached my photoed version, i overlaid the REAL logo over the one in question.
as you can see, the inscription of Allah still fits within the original logo itself, but is VERY hard to discern.
just thought i wanted to point this out. i don't mean to influence your thoughts in any way, but perhaps you might appreciate an expert graphics analysis ;D

--
- Gray. [http://twitter.com/grayle]


Gambar yang dia attached sama dengan gambar dalam entry sebelum ni. twitterku @joegrimjow


sebab sibuk + nak exam, aku bagi msg ni kepada secretary aku. HAAA, berblog pon kena ada su ok, barulah maju. siapa secretary? siapa lagi kalau bukan cik tanah. hehe



hi gray,
thx for reading my blog (eventhough sometimes, lol), hope this email find u well

I dont have any idea if you are muslim or not, but i just guess u r muslim as u concerned about this

Base on Hadith where Rasulullah and sahabat were walking and there was a dropped of water dropped on the Rasulullah's shirt from a roof , the sahabat asked Rasulullah should he checked either its a najis. But Rasulullah said it is not necessary., If we see it as a water drop then that what it is.

moral of the hadith is: dont make islam difficult

In the case of this croc logo, take it as what its appear to our eyes. Not to said crocs is HARAM, crocs is HALAL, im afraid we will be like Jewish, make most of halal thing becomes haram. This group is more hated by Him!

But scientifically, human eyes have their own weaknesses which is Illution Optic and it is proven that a single image can be seen as different types of images. So there are always a probabilty that things impringe as Allah name or say other thing too. Like I'm watching clouds and suddenly it looks like horses but someone else could say it is not. may be u will say turtle? ;)

ok then,

hope this answer will make u happy, i do write my concern to the crocs ask them confirmation this matter, when they reply, i will post at my blog ;)

thxs

regards,
joe


Apakah moral daripada sepasang kasut ini?


Semuanya pendapat. Kalau nak kata aku menang, kau kalah, mesti kau pun nak menang aku akan kalah. haa, sampai ke sudah takkan habis. jadi, raikan saja pendapat-pendapat ini. Dalam blog aku, mestilah aku menulis pendapat aku. Takkan nak ambik pendapat orang kan? Apa2 pun, sempena 1st paper aku sejam lagi dari entry ini di publish, sangat mahu minta maaf kalau ada yang terasa +terguris hati kalau entry aku itu sakitkan hati. Manusia bro, silap itu sentiasa ada.



keep it cool. jom layan lagu 'boyo darat' ni


gambar : google



Aku dah tulis email kepada pihak crocs minta penjelasan. Kalau dieorang terima email aku dan jawabnya, aku akan post supaya kita dapat perhati isu ni dari pelbagai sudut. Oklah kawan2, semoga dikekalkan iman dan taqwa dalam hati, menjadi insan yang terbilang sentiasa. Jangan lupa doakan makhluk Allah ni nak exam esok.

;-)

WORLD CUP : Blogger version

Salam 1blogger,


World Cup sekarang ni kian terasa. Dengan entry pertamaku pasal World Cup dulu yang mengimpunkan lagu-lagu tema World Cup mendapat sambutan, kini aku tampil lagi dengan entry kedua untuk menghangatkan lagi World Cup. Kali ini versi BLOGGER!! apakah kelainannya? Kena baca ok! Semua ni adalah yang rapat2 denganku, Bagi yang tiada, jangan risau, banyak lagi episod komik yang bakal menceriakan hari anda... hehe, enjoy reading




klik untuk lebih penghayatan

















hidup berblog + cari kawan



mahu ucap terima kasih kat kak jard sebab bagi banyak nasihat dalam blog


mahu ucap terima kasih kat farhana sebab cukup memahami blog ini dari dulu sampai sekarang


mahu ucap terima kasih kat adziim sebab setia dengan blog ni dah lama da


mahu ucap terima kasih kat lyn sebab dari dulu tak putus2 baca dan komen kat blog ni


mahu ucap terima kasih kat ariff sebab banyak share tutorial berguna dalam blog


mahu ucap terima kasih kat ben sebab banyak ilmu pasal innity + nuffnang dari dia


mahu ucap terima kasih kat zara sebab sudi berkongsi ayat2 manis dalam blog dia


mahu ucap terima kasih kat munsyi sebab selalu komen dalam blog ni wlpon ku jarang komen di blognya (bro, alexa dah bawah sejuta, perasan tak?)


mahu ucap terima kasih kat long sebab share kisah dia kat london yg jauh berbeza dengan sheffield


mahu ucap terima kasih kat milo sebab selalu support ku punya contest

mahu ucap terima kasih kat liez sebab kalau tag, mesti dia terus jawab punya!


thank u for everybody make my blogging life more meaningful ;-)



nantikan episod kedua... di pawagam berhampiran anda! kalau anda suka entry ni, anda juga mungkin suka entry ini atau entry ini


tahniah pada bro GTO sebab dah masuk ranking bawah 400 k alexa! ku dah masukkan dalam top malaysian blogger


pss : kurang dari 24 jam lagi untuk 1st paper. boleh tak next entry di post lepas 1st paper nanti?

Jumaat, 28 Mei 2010

Kasut crocs haram dipakai? Kena boikot ke ni?

Sebelum pergi ke cerita yang agak serius, cuma nak war-warkan yang joegrimjow skrang sudah masuk ranking bawah 1000 malaysia. hohoho. tambah best, terus potong redmummy. kekeke. si ariff dan ben hari tu sibuk buat entry pasal depa potong redmummy, ku pun potong jugak ok. cuma income redmummy 10 k sebulan tu tak leh potong lagi, tapi ku pernah dapat 10 k dalam masa 3 bulan (klik untuk baca), ok lah tu kan? hehe




joegrimjow 982 di malaysia. 8 pon dah kira potong. kekeke




kasut crocs haram?


ni satu lagi kisah yang hangat sekarang ni. kat facebook sampai siap tukar lagi profail picture pasal kasut ni konon2nya mahu sedarkan masyarakat setempat berkenaan dengan haram pakai kasut crocs sebab ada kalimah Allah. Ok, sempat ku tampal kat sini satu gambar yang dakwanya HARAMMM dipakai



sumber : facebook


selaku pencinta Crocs, memang ku memang terkejut jugak. sampai tak khusyuk untuk study tadi (ok alasan) sebab hari2 pakai crocs. bukan apa, crocs ni ringan dan selesa. jadi, ku pergi amek kasut crocs kat rak kasut, tengok punya tengok. MANA ADEEEE!!! cet cet cet



beriya tangkap gambar! kualiti rendah skit



perbezaan gambar


kalau perhati betol2, gambar yg dakwa ada kalimah Allah tu dengan gambar yg ku tangkap ni, ada 3 perbezaan yang nyata. kalau anda ada kasut crocs ni, boleh tengok sendiri dan compare, yang takde, masa nak beli boleh tengok.

  1. mulut buaya atas ternganga dan mulut yg bawah (ori) ni tak terbuka sangat.
  2. anak mata buaya atas tengok tengah padahal yang ori tengok ke bawah
  3. walaupun lucu nak cakap, kat atas ada lubang hidung dan yang kat bawah (ori) takde lubang hidung


haaa!


ku yakin yg atas tu tak ori. takpun dah diedit oleh individu. kalau beli ori, takdenye macam tu. ku tengok, takde pon bentuk kalimah Allah ni. lagipun ku dah usha laman web crocs. sepanjang usha2 tadi memang takde kaitan dengan israel, yahudi apa. nama bapak pengkhianat islam memang takde dalam orgaisasi crocs ni. haiish, entah macam mana berita ni tersebar dengan luas. oh tidak pun dah tampal kat website dieorang....


nasihat

status facebook ustaz hasrizal, lucu tapi mendalam maksudnya


  1. Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada
  2. Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace peace)
  3. Beli yang ori, jangan beli yg cetak rompak


Satu lagi point tambahan, kalau nak tengok harga crocs ni memang mahal, aku beli kat sini pon 42 pound (rm200 lebih kurang) kenapa mahal? sebab BERKUALITI. mahal pun orang pakai sebab BERKUALITI. benda tu kita kena ambik contoh dari crocs ni, kajian dieorang macam mana nak hasilkan crocs, memang rumit sebab tu BERKUALITI. kita pon kena hasilkan benda yang BERKUALITI barulah boleh tahan lama. haa, dah banyak dah ayat BERKUALITI yang keluar tu. hehe



Tak bermakna ku tak sensitif isu2 camni, cuma kadang2 tu jangan terlalu ekstrim sampai nak boikot tapi tak siasat betol2. main makan je apa yang dapat. jadilah masyarakat yang celik it, internet kan ada, google aje ;-) peace peace no war



update : ini ada kedai yg jual crocs original. Murah dan Original. pemiliknya orang melayu. ku ada baca artikel yang menarik kat sini pasal tiruan dan original. apa lagi, belilah yang original!


pss : jom baca entry berkomik pasal besday seorang blogger lagi. tak pun baca komik lisa surihani ni. bagi yang minat meniaga, link 10 k dalam masa 3 bulan jangan lupa baca! banyak sangat link, klik semua je la, hehe

Menggapai cita-cita

Salam Jumaat,

Entry yang di perbaharui dari entry semalam (komik pasal irine dah baca?) sebab cuma ada sedikit saja penambahan perkongsian idea dan sesi luahan perasaan. pasal apa? apa lagi kalau bukan blog. bini kedua aku!


Kadang2 aku terfikir, terlalu taksub aku dengan blog. Dulu aku jugak yang bagi nasihat kat junior2 kat skolah, nak buat apa2 perkara, jangan terlalu taksub. biar berpada-pada. walhal dalam solat pun kalau kita terlalu taksub contohnya sentiasa sembahyang 24 jam, dunia ditinggalkan, itupun tidak dituntut olehNya. Inikan pula perkara bukan wajib - berblog, kalau terlalu taksub, makin teruklah jadinya


Cita-cita


Dulu dalam wish besday aku, pernah aku buat entry projek 1000 unique visitor sehari. Memang untuk cecah 1000 uv ni cukup susah, apatah lagi mahu maintainkannya! setiap hari aku berusaha dan memang aku tak berjaya pun laksanakannya pada bulan april tu. tak cecah pun 1000 uv... sampailah bulan may ni, pernah cecah 990 UV pada pukul 11.30 malam. dalam hati aku berkata, ahh, malam ini pasti dapat cecah 1000 UV! apakan daya, jam 11.59 malam, hanya 999 UV sahaja, SATUUUUU je lagi tak cukup


pedih + kecewa


Pernah terdetik dihati aku kenapa begitu susah nak pecahkan barrier 1000 UV ni. memang terasa mahu give up dengan cita-cita aku ni. kalau korang nak tahu, pernah aku doa dalam solat supaya UV ni cecah 1000. haha, taksub tak? rasa segan pula dengan Dia mintak doa yang bukan bukan. Tapi aku tahu, ada masa dia akan bagi, cuma bila saja tak diketahui. itu kekuatan doa ;-)


ranking semakin naik


hari itu aku potong redmummy. sebelum tu potong DR MAZA. potong kak red aku tak kisah sangat, ni potong DR MAZA buat aku terfikir balik. Apa kekuatan blog ini mahu potong blog seorang mufti? banyak sangat ke ilmu aku ada sampai blog seorang mufti pun boleh kalah? haishh, mula berfikir, adakah aku berbaloi kejar ranking, tapi kualiti entry merapu meraban? terbaru baru potong hanis zalikha!


ranking dr maza pada 27 may


ranking aku pada tarikh yg sama



kaji punya kaji, dalam dunia blog ni bukan saja ilmu orang cari, orang mencari 'keseronokan' orang mencari 'informasi' orang mencari 'santapan minda' dan pelbagai lagi. memang aku akui aku bukan mahu jadi blogger murahan dengan hasilkan entry merapu meraban, tapi bila kejar sangat ranking, kejar sangat traffic, entry merapu meraban jadi keluar secara automatik. haiishh


tersenyum seorang


berbalik kepada topik kita menggapai cita-cita, apa yang aku mahu share adalah jangan berputus asa. ada sesuatu misi yang ingin kita capai, jangan berhenti kalau kita tidak berjaya. dalam kes aku yang mahu kejar 1000 UV ni, memang sangat pedih dalam satu hari tu hanya ssatuuu je lagi untuk cukup. kalau aku berputus asa, boleh aku dapat traffic seperti sekarang ni?


11.36 malam, 27 may 2010



aku takkan halang bagi sesiapa yang mahu kejar traffic dalam berblog, sebab itu lumrah mahukan traffic yang mantap. cuma, dalam satu masa, pada suatu peringkat, kita akan dapati, tangggungjawab akan bertambah besar kalau semakin ramai yg membaca. aku mahu slow2 dulu fikir pasal traffic ni, mahu fokuskan kepada mutu entry.


aku bukan ustaz
aku bukan artis


tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk sajikan reader aku dengan bahan bacaan yang bila baca, ada input yang korang dapat. semoga dengan berblog ini, bertambah ramai yang akan mula berfikir akan tanggungjawab, bukan sekadar traffic semata2.


selamat berblog kawan kawan ;-)


pss : esok satu lagi komik. erkk, banyak blogger terlibat, harap korang tak kisah aku cilok dalam facebook gambar2 tu. peace peace (mintak maaf awal2)



********


Salam 1blogger!


Hari ni besday salah seorang coursemate aka bisnes partner dalam herbalife. YANA!! sory sebab tak sempat nak wish live, sibuk, exam lusa dah ni. nanti nak masuk exam wish ek. hehe. opss, sebelum tu, ada video dibuat khas. haha, enjoyyy. yang minat dengan joana, bolehla dengar suara dia.






amacam?

sedap suara joana?
;)



Happy besday ya Yana
ni je mampu aku buat
nanti balik Malaysia nak kerja kuat lagi
naik GET team dulu!!



Thank u kenalkan herbalife kat aku
Thank u ajar aku cara nak meniaga
Thank u selalu layan pertanyaan aku selalu
Thank u sebab jadi classmate dan rakan niaga yang TERBABOOOWW



Happy besdayy




pss :
sebab teruja tengok traffic, ku tukar hidden tracker jadi boleh visible. hoho. thx ya semua yg melawat. esok rasanya ada entry world cup versi blogger. ermmm. siapa la agak2nya yg kena ek ;-)

Khamis, 27 Mei 2010

Oooh Irine Nadia Marcello

Irine Nadia Marcelo (link blog), nama pena bagi seorang blogger yang aku kenal agak lama dah. Sebab kali ini juga versi karton, memang agak pelik skit sebab... tak banyak gambar blogger yang mahu diceritakan, yang banyak... MAK BLOGGER. ampun makcik guna gambar ye. hehe


layannn ;-)















Nasihat ikhlas pada Irine


Kagum sebab dari dulu lagi ikut blog irine sampailah dah masuk majalah dah skrg ni, dah jadi model betol2 dah tapi tudung kat atas kepala tu tak tanggal2. bagus2. Cuma nanti bila dah banyak tawaran model sana model sini, pastikan tuntutan agama jangan tinggal. jadi ikon pada anak muda, yang bertudung pun boleh pergi jauh. jangan bergantung pada muka sangat, yang penting dunia modeling pon perlukan bakat yang perlu dipelajari. Semoga berjaya dalam apa jua bidang diceburi.




Perempuan vs tudung


hehe, jangan risau, ni topik kejap je nak bincang dengan korang. Topik lapuk orang katakan. Cuma terpanggil sebab hari tu di GengBlogger ada buat forum tajuk ni yang mana tajuknya...



Kalau baca sekali imbas, agak2nya ada rasa pelik tak? ku tengok yang komen dalam forum ini, kebanyakan tidak perasan yang tajuk sendiri pun dah salah. menutup aurat itu maksudnya semua termasuk tidak pakai ketat2, tidak jarang2. ku bukan nak komen brother yang buat tajuk ni tak peka. memang sekarang ni punca berlaku pendedahan aurat ni adalah tak cukup ilmu tentang aurat itu sendiri. tak cukup penghayatan tentang isu ni. sebab tu berleluasa sangat pendedahan aurat ni


tudung = panas


pakai tudung pun boleh jadi tak tutup aurat ok. perkara ni kalau nak bincang, kena buat satu entry. takpun type kat google je senang. lain kali, ku tulis dengan panjang lebar masa naik flight balik nanti. 13 jam, banyak masa tu nak menulis (yahuuu, nak balik dah!!)



cuma ku telah buat eksperimen, pakai tudung ni takdelah panas sangat. Lagipun ku pelik, orang kata pakai tudung ni jadi tak lawa. lawa apa ok!




tak caye?





cube tengok 'gadis hot' bertudung kat bawah ni




hehe





hi, saya joana, hihik ;-)



pss :kalau rasa berguna, boleh share. ilmu kalau tanpa amal, ibarat blog tanpa entry. ada rumah tapi tidak berguna

Cinta NESLO (2)

salam 1blogger!

Tadi terkejut tengok histats, begitu banyak traffic! tengok referrer, dari FACEBOOK. ku bukak facebook. ada satu inbox yang tak dibaca. buka2, ada msg dari ustaz hasrizal! Baca msg dari ustaz, haha, tergelak beso aku. sebab status dia yg ku letak kat entry ini, ada ke pergi tuduh ustaz ni orang yahudi, sokong yahudi dan macam2 lagi. mentang2 nama ustaz takde USTAZ kat depan, sedap mulut je fire2. Nampak sangat orang kita ni cepat melatah. Tengok la dulu kelulusan ustaz nak fire2 pun, kalau fire aku, takpe la, ni nak fire ustaz? haha. serius cute! Bagi benda ni sejuk skit, ku pun dah rasa bersalah sebab sebarkan status ustaz tu, tak pasal2 ustaz jadi mangsa. blog ustaz sini


buaya ni senyum je tengok 'orang kita' melatah + melenting



psss : dah beli tiket balik Malaysia dah. hohoho. sangat happy !



*******

Sambungan dari Cinta NESLO (1)


Cinta NESLO (2)



johari : can i take your picture dear?
jeane : naahh, u always take mine. just for u my love, i will smile


Johari mengukir senyuman. ternyata dia telah angau sekarang dengan perempuan yang jelas bukan dari bangsanya dan juga sudah nyata bukan dari agamanya. ini tidak menghalang hubungan mereka yang sudah berlarutan ke beberapa bulan. 'kawan' yang saling memerlukan antara satu sama lain


Elak maksiat


Untuk mengelakkan maksiat dari terus berlaku, johari mengambil keputusan untuk mengorak langkah menjadikan hubungan mereka sebagai kawan menjadi lebih rapat lagi, menjadi teman, teman yang boleh di kongsi suka duka, berbicara soal hati dengan lebih terperinci, iaitu KAHWIN. Adakah ibu bapanya akan menghalang? dia cuba menalefon bapanya dan berbual soal perkahwinan


johari : Papa, jo nak kawin
papa : WAALAIKUMUSSALAM


johari : Erkk, assalamualaikum papa
papa : Tak nyempat nyempat. apa kamu kata, papa hanya stuju. kamu dah matang dan boleh berfikir dengan waras, yang baik kamu, baiklah bagi papa


Dengan gembiranya lampu hijau telah diberi. persetujuan dari bapanya sudah di luluskan. tunggu giliran dia mahu berterus terang dengan jeane sahaja. mengumpul kekuatan, dia mula berbicara dengan jeane


johari : jeane, what do u think about me?
jeane : handsome and very smart (senyum)


johari : thanks dear. i mean, about my attitude
jeane : ooh, you are very good guy. i still can remember your salty neslo. i very admired by that story!


Johari menjadi serba salah. baru diketahuinya yang jeane menjadi rapat dengannya disebabkan cerita rekaan yang dia buat sebelum ini. adakah dia mahu berterus terang ataupun terus menipu jeane akan ceritanya. sayang? sudah pasti dia sayangkan jeane dan tidak mahu kehilangannya


terus menipu


Sebab sayangkan jeane dan tidak mahu meninggalkannya, johari meneruskan pembohongannya. dia bertanyakan kepada jeane adakah jeane mahu menjadi isterinya. jeane tanpa berfikiran panjang, terus mengangguk menyetujui. ketika ini hanya bintang bintang yang berkilauan di mata johari, dia hanyut dengan asmara cintanya kepada jeane sudah terbalas. mereka kahwin di MWHS (apakah????)


neslo masin


Setelah 10 tahun berkahwin, menjadi suami isteri, sudah menjadi tanggungjawab kepada jeane untuk menyediakan sarapan pagi sebelum johari kerja. air minuman? sudah pasti adalah neslo masin. selama 10 tahun ini jugalah johari 'memaksa' perutnya untuk menerima neslo masin air tangan isterinya. sebab sayang, dia sanggup menipu dirinya diri sendiri


Kesan sampingan


Akibat terlalu banyak minum minuman masin, johari dikesan satu penyakit misteri. dia merahsiakan berita penyakit ini kepada jeane kerana dia tidak mahu jeane rasa bersalah dengan tindakannya menyediakan sarapan neslo masin. menurut doktor, penyakit dia ini akan menyerangnya bila bila masa dan kemungkinan besar sekali serang, membuatkan jantungnya gagal berfungsi dan dia akan mati begitu saja


Johari berasa kaget dengan berita itu, sebelum terjadi apa apa, dia terus menulis surat wasiat. takut nanti dia mati, tak sempat dia minta maaf dengan jeane, perempuan yang begitu disayanginya. tak lama setelah dia menulis wasiat itu, ajal menjemputnya dan ketika itu jeane yang paling bersedih dengan kematian suaminya. dia membaca surat wasiat yang johari tulis


my dearest wife jeane,

Please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you---the salty neslo. Remember the first time we met? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar to put into my neslo, but I put salt. It was hard for me to change so I just went ahead.

I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything..

if u read this its mean i already die. I afraid of nothing so I tell you the truth: I don't like the salty neslo, what a strange bad taste.. But I have had the salty neslo for my whole life! Since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest happiness for my whole life. If I can live for the second time, still want to know you and have you for my whole life, even though I have to drink the salty neslo again".


air mata jeane mengalir dengan lebih laju....


diubah sesuka hati dari artikel ni



moral :
  1. Berlaku matanglah selalu supaya nak mintak kawin dengan mak bapak pun menjadi senang
  2. Berterus terang dalam percintaan adalah cara yang mampu menjadikan kehangatan cinta menjadi lebih hangat!

Adamaya : Scene yang dipotong dalam episod akhir!



amaran awal : scene ini terpaksa dipotong semasa episod terakhir adamaya disebabkan beberapa faktor. scene ini adalah part last yang mana maya datang berjumpa dengan adam untuk meminta maaf. apakan daya, maaf itu tidak diterima dengan mudah oleh adam.


hati lelaki yang terluka..


jom baca apa sebenarnya yang membuat adam memaafkan maya kembali. enjoy reading. dedicated khas untuk my reader n also adamaya fan ;-)













psss : saya gembira ;-) awak?

mahu tahu siapa top blogger di malaysia?