Share

Jadi orang Kedah

Alhamdulillah, berjaya juga post entry ke 4 untuk tahun ni. Hehe. Lama menghilang di arena blog ni bukannya bermakna terus akan melupakan blog ni, cuma masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk menulis. Kali ni nak cerita sikit pasal diri sendiri.... Ermm ada lagi ke orang berblog pasal diri sendiri sekarang ni? Haha. Ikut la labu yang penting ada entry untuk ditulis. hehe


Jadi orang Kedah bak hang 



Kalau korang tinggal di Sungai Petani Kedah, nampaknya kita ni berjiran! Awal bulan 4 hari tu aku start menyewa di Bandar Puteri Jaya, rumah fully furnished dengan harga yang sangat berpatutan. Terima kasih kepada pak mertua aku yang deal harga ni sebab masa tu aku di Mekah tempoh hari apabila lihat iklan di Mudah.my terus mintak pak mertua aku deal. Memang perancangannya cari rumah yang ada aircond, kelengkapan asas tersedia supaya takdelah berat sangat nak pindah rumah kena beli semua tu kan.


Dapat rumah ni memang dah rasa terbaik dah!


Actually aku dah lama ulang alik KB-SP ni, tahun lepas lagi rasanya nak menyewa sendiri tapi asyik ada hal je yang memaksa menumpang di rumah mertua. Alhamdulillahh, lepas balik tunaikan Umrah bulan 3 lepas, dapat menyewa rumah sendiri. Cik Bini ada buka butik jual tudung di Tesco Selatan SP, aku dengan komitmen futsal family di Kelantan kenalah selalu berulang-alik KB-SP berbulan jugaklah. Dalam sebulan tu 5-6 kali turun naik KB-SP. 

Akhirnya buat keputusan, lepaskan tanggungjawab futsal kepada abang ipar aku dan aku jadi ORANG KEDAH. Hehe. Walaupun agak kekok berada di negeri orang, tapi best jugak Kedah ni. Tambahan pula kat SP ni memang meriah dengan pelbagai ragam, pelbagai bangsa. Kejiranan aku duduk ni Cina India semua ada. Tepi rumah aku ni Cina, memang agak pelik la biasa dengar kokokan ayam tapi sekarang dengan ouk oukkan anjing. Hehe. Kata hidup kat Malaysia, kenalah saling bertolak ansur gituuuu

Oklah, cukup setakat tu dulu, esok menulis pulak. Panjang2 nantikan takde idea nak tulis esok. Hehe. Jumpa lagi, selamat malam

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 comments:

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

untung la dapat sewa rumah yg fully furniture dgn harga yg murah,xla membebankan sangat.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Encik Suami

yess memang sangat beruntung :)

gadisBunga™ said...

selamat jadi orang Kedah! Kite selalu ke Bandar Puteri Jaya tu kalau balik kampung, sebab ada saudara tinggal di situ.

anis abdullah said...

SP tu Sungai Petani kan..kat situ memang bestla. Satu jelah nak tanya kalau kelengkapan yang disewakan sekali tu rosak kena ganti ke kena tolak deposit nanti?

Percutian Medan said...

Pakej Percutian Ke Medan Indonesia
- Makan Sedap .....
- Tidur Nyenyak .....
- Shopping Banyak .....
- Harga Murah .....
Nak Tengok Harga Budget dan Standard
sila clik : http://agentpelancong.blogspot.co.id/
Semua ada kat disini .....

Dapatkan penawaran khusus untuk paket grup / corporate
Call/WhatsApp : +62821 6201 7001
Email : tourinmedan@gmail.com

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@gadisBunga™

bleh la calling2 pasni

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@anis abdullah

rasanya ya kot. xpernah lg sbb baru 3 bulan menyewa hehe

Hami Asraff said...

Wah tahniah dah update blog. Aku pun berjinak-jinak update blog kembali.

Jadi orang Kedah noh. Singgah la rumah!

Nur Fannun said...

biasa la tu, bila ada komitmen lain, lagi-lagi dah kahwin memang payah sikit nak berblog ni..rzeki btol kmu, biasanya fully furnished ni mhal ckit.

Jom Affiliate 24/7 said...

helo mr.joe...

i love your blog. feel free to come and visit mine ok. thanks.
http://jomaffiliate247.blogspot.my/

Mohd Sharifuddin Omar said...

wahh orang kedah baru.. heheh...

jom jenguk sini ya.. hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW