Share

Nasi 'belauk' RM3 dan kisah jangan duduk diam

Kat Kelantan ni, sarapan pagi yang popular adalah Shake Herbalife. Ok nampak bebenar tipunya. Paling popular adalah nasi 'belauk'. Belauk datang daripada perkataan berlauk dan paling famous adalah gulai ayam dan gulai kuning ikan kering. Nasi Air Dingin antara jenama yang popular serata Kelantan malahan orang luar menyukainya.

Banyak dijual dengan harga RM3.50!


Kisah harga Nasi Belauk

Actually aku ni memang bukan penggemar nasi untuk dimakan pada waktu pagi, sebab tu lambat sikit update harga nasi-nasi ni. Masa aku sekolah rendah (15 tahun dulu) nasi belauk ni boleh dibeli dengan harga 80 sen atau RM1. Kira RM 1 ni mewah lah. Tapi mak aku cerita, nasi belauk zaman dia (40 tahun dulu) hanya 20 sen atau 30 sen. Beza tu!



Masa sekolah menengah (10 tahun dulu), kebanyakan nasi belauk ni dijual RM 1 untuk gulai ikan dan RM 1.20 ke RM 1.50 untuk gulai Ayam. Masa tu boleh dikatakan affordable lagilah sebab tu ramai menjadikan nasi belauk ni menu utama makanan pagi


Apabila nasi belauk RM 2

3 ke 5 tahun lepas aku perasan trend orang jual nasi makan pagi ni dah cecah RM 2. Ikan atau ayam sama je. Ni bukan kes kat bandar, ni kes kampung sekalipun ramai yang macam takde rasa effect dengan kenaikan sampai macam tu. Ada sesetengah tempat dijual RM2.50 tu standard dah. Pak sdara aku ada yang buka gerai nasi belauk ni dan aku rasa kedai dia antara yang paling lama bertahan dengan harga RM2. Tahun lepas pun walaupun orang lain dah mula jual lebih RM 2 dia still jual dengan harga RM 2

Semalam sebab dah lama tak pergi ke kedai dia, nasi belauk ayam RM3 :(

Aku macam keanakan tanya kat mak aku

'mi, mahal la keda pok mudo, 3 ya so nasi bukuh'


mak aku jawab

'muroh doh tu, tempat lain 4 ya ado'


Meningkat dengan mendadak

Actually ni antara kisah bagaimana cepatnya nilai duit kita susut. Aku cerita panjang lebar tu hal nasi belauk, belum cerita choki2, gula2 kopiko, air tin dan jutaan barang lagi - memang duit kita dah semakin susut nilainya.

Sadis dengan nilai wang kita susut di negara sendiri tak seteruk sadisnya nilai wang kita susut dinegara orang!

Jangan duduk diam

Ada 2 pilihan yang boleh kita buat dan amalkan. KURANGKAN BELANJAWAN atau TAMBAH PENDAPATAN. Sekarang ni aku rasa pilihan kurangkan belanjawan dan tak releven, sebabnya nak kurang macam mana sebab dah habis kurang dah. Pilihan yang ada adalah tambah pendapatan dan bila tambah pendapatan ni ramailah orang kita (baca bangsa melayu) yang cukup anti dan katanya nak ambil kesempatan la tuuuu

Tapi aku rasa golongan macam ni dah semakin kurang, sekarang baru semua nak intai-intai dan berjinak dalam bisnes. Jual kerepek la, jual tudung la, jual palazo la, jual itu jual ini semua nak jual dah asalkan dapat tambah pendapatan. 

Kalau dulu buat bisnes untuk suka-suka sekarang ni buat bisnes untuk tambah simpanan!


Aku bagi contoh seorang kenalan - doktor pakar gaji RM9k sebulan tapi buat bisnes jual tudung. Dalam hati mungkin kita kata 'buat suka-suka je tu' tapi kalau tanya dia, memang dengan gaji tu tak boleh nak ada simpanan, kena buat bisnes jugak. 

Aku rasa korang pun ada kenalan yang korang kenal dan itulah realitinya sekarang


Persoalannya : kita golongan yang dah buat bisnes @ masih memerhati mana yang patut diceburi?

Kalau korang termasuk golongan kedua aku suggest jangan perhati2 sangat. Buat je bisnes apa-apa. Tips paling mudah nak buat bisnes ni

  • Ceburi bidang modal kecil. 
  • Pinjaman bank : mulakan bisnes NO nak besarkan bisnes YES
  • Baca buku bisnes, tambah kawan yang dah berbisnes. hadiri seminar bisnes
  • Peringkat permulaan bisnes tak berkembang OK kalau pembangunan diri tak berkembang TAK OK
  • Anggap diri aset terpenting dalam bisnes

Kalau kat facebook korang boleh 'berkawan' dengan orang-orang ni untuk tambah ilmu FREE
Banyak lagi dan korang boleh cari kat facebook tu.

Dah sampai masanya untuk kita TIDAK DUDUK DiAM. sampai masanya untuk kita tambah sumber pendapatan. Rezeki Allah tu ada kat mana-mana, kita jangan perlekeh dah gunakan ruang otak kita untuk fikir keburukan orang, bisnes orang. Gunakan ruang tu untuk fikir bagaimana untuk cari rezeki lebih untuk hadapi hidup yang dah semakin 'parah' ni


pss : Nanti aku sambung bisnes yang aku sedang buat sekarang ni (selain Herbalife)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW