Share

Setelah 10 bulan bergelar ayah

Hari ni hari ambil keputusan SPM, good luck kepada adik-adik harap dapatlah keputusan yang cemerlang gitu. Dulu 10 tahun lepas (2005), aku pun ambil SPM dan 10 tahun seterusnya dah ada anak yang berusia 10 bulan dah. wah, semua 10 ya!

Untuk meraikan angka 10 (aku pun tak tahu kenapa main angka je sekarang ni) nak cerita 10 pengalaman best menjadi bapa ni. Harap yang baru kawin tengah 'plan' nak ada anak 'lambat sikit' terus tak jadi sebab jadi ayah ni merupakan perkara paling best dalam hidup korang :)

1) Gambar Maya Zaara kat facebook



Masa aku post gambar 1st Zaara kat facebook (gambar atas), aku dah dapat agak lepas ni memang semua twitter, facebook, instgrm aku akan penuh dengan gambar anak je. hehe. Dulu masa kawin, berdua, sekarang dah ada anak dia mesti ada kat mana2 gambar. hehe


2) Tidur nak atas perut je



Nasib baiklah perut aku ni fat percentage 21% maka seronoklah Zaara lenjan perut ayah dia jadikan tilam. Hehe. sorry mummy perut ini milik anak dah


3) Raya lebih best



Haa, kalau korang nak ada anak, kena plan supaya anak lahir sebelum raya. Kenapa? Duit rayalah! haha. Rezeki baby ni, memang duit raya dapat banyak! Mmmm, sebelum raya pun siap ajar main mercun cara betul macam mana. Nanti dah besar takdelah main mercun cara tak betul

Macam mana main mercun dengan betul? Tangkap gambar bersama mercun then tengok je orang main kita jangan main. haaa


4) Nak makan kena bergilir



Apabila dah ada anak ni, memang kalau keluar makan kena bergilir-gilir, time korang makan, wife kena jaga, time wife makan korang kena jaga. Tapi nasib baik bini aku ni hebat orangnya, sambil makan pun dia slumber pegang anak. hehe


5) Apabila anak demam



Benda ni memang paling scary untuk ibu bapa. Ya lah, budak besar ni demam kita ok je kan, tapi kalau baby huh dia punya runsing memang tak boleh nak buat kerja jadinya. 10 bulan ni 2 kali jugaklah Zaara demam, cuaca yang tak berapa elok ni lagilah penyumbang terbesar banyak anak tak sihat

Tapi Zaara kalau demam stay cute kan? haha

6) Jumpa kawan blog, ada benda nak sembang



Hari tu jumpa ben kat alamanda, bila dia sembang pasal anak masa bujang dulu tak reti la nak balas balik ye lah takde pengalaman kan? tapi bila dah ada pengalaman ni kalah pompuan bila laki sembang pasal anak. haha


7) Gambar dengan isteri dah jadi kurang



Maaflah para isteri semua ya, setahun pertama ni memang macam tu excited lebih nak ambil gambar dengan anak. Maka automatik gambar dengan isteri pun akan jadi kurang. 


8) Hari bapa jadi lebih bermakna



Apabila hari bapa disambut, masa bujang dulu tengok ajelah kan, perati je kat bapa-bapa yang sambut tu. Apabila dah ada anak ni, bila orang sambut hari bapa kita jadi lainlah, excited! Tak pandai cakap lagi pun dapat gambar kat atas tu pun dah buat kita senyum sepagi semalam


9) Balance ayah dan suami



Bagi akulah kan, walaupun jiwa lelaki kental macam batu ni, isteri dan anak adalah paling bernilai yang kita ada. Apabila 2-2 ni takde (contoh macam sekarang, balik kampung!) memang boleh meracau jugaklah asyik duk teringat kat depa berdua. Penting untuk kita balance kasih sayang tu kepada anak dan juga kepada isteri. Nasib baik dapat bini yang memahami, jadi benda tu jadi mudah. Tersayang anak lebih pun - no problem. hehe


10) Buat anda semangat untuk ke depan



Apabila ada anak ni, tambah-tambah bila korang buat bisnes yang ada up and down ni, dah tak boleh nak turning back dah. Tanggungjawab tu ada. 10 bulan ni apa yang aku kesal tak boleh bagi lagi 'kemewahan' yang aku plan nak bagi kat anak aku tu. Mungkin ada hikmah kerja tak cukup kuat lagi. InsyaAllah mintak doa daripada korang semoga hidup aku dengan keluarga bertambah meriah, bertambah bahagia...


Alright. itu saja dulu. Nanti kita story mory lagi. 


pss : jarang nampak komen kat entry aku lately ni, ada orang baca ke, tengok kat stat ada 1k-2k lebih view ke semuanya spam ni? hehe. 


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

8 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
selamat hari bapa -----> bagi ucapan awal supaya lebih teruja utk kija kuat huhuhuhu

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

bila hari bape eh? hehe

izman said...

wah.... kenal dulu joe masih menuntut kat obersee, kina dah ada baby.

tahniah.

Syafik Kamaluddin said...

tahniah.. mcm syok jaa ad anak sendiri.. gua ad anak tekak jee

life is amazing said...

tahniah...dah ada anak ya..alhamdulilah.semoga hidup terus dilimpahi rahmat Allah..in sya Allah..aminn..
p/s ..comel baby..

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@izman

cpt masa berlalu :)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Syafik Kamaluddin

pasni2 adalah tuu

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@life is amazing

tqtqtq

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW