Share

4 jenis makanan raya

Jadi tahun ni beraya di Kedah, ada kelainan dari segi jenis makanan. Tahun ni apa yang aku tak biasa makan tapi makan dulu adalah

  • Laksa Vietnam : Mak mertua aku masak, superb sedap!
  • Nasi beriyani : Tempah kat kedai
  • Lemang + rendang : Lemak Pak Teh yg memang famous kat sungai petani. Rendang mak mertua aku buat, fuhh layan
  • Spagheti : rumah kazen cik bini

Serius nak jumpa makanan semua ni kat Kelantan masa raya cukup rare. Kecuali nasi beriyani tu, adalah kan kat mana-mana. Spagheti pun kalau malas sangat nak masak, buat spagheti je lah. Terutama yang baru kawin dan ada anak, susah nak masak, spagheti adalah masakan pilihan. 

Cuma, ada makanan yang aku biasa makan masa kat Kelantan tak jumpa lagi kat sini :(

Mungkin tak keluar rumah sangat kot. haha. Raya ketiga dah pergi tengok wayang dah, memang tak keluar ziarah sangat kat sini

Apa makanan tu?

1) Satay



Makanan ni memang setiap pagi raya mesti ada kat rumah. Dulu masa kecik-kecik dulu masa arwah ayah aku ada lagi, buat sendiri ok. Dari beli daging + ayam hinggalah ke bakar semua buat sendiri. Tapi bila dah dewasa semua ni, semua sibuk dengan anak masing-masing, beli je lah kat luar yang dah masak. Tinggal masuk dalam microwave panaskan je


2) Ketupat palas



Yang ni pun tak jumpa lagi ni. Biasanya sebelum hari raya, akan ke rumah nenek aku kat Pulai Chondong dulu, memang beli kat situ tempah kat situ. Dah la murah, sedap pulak tu. RM 30 ke RM 35 camtu untuk 100. Memang aku pun tak tahu dapat untung macam mana mak cik jual tu. 


3) Nasi dagang


Antara rumah yang dikunjungi hari raya pertama adalah kat rumah mak sepupu aku. Dia tinggal dengan mak aku, kira pengasuh dari kecik lagi kami 7 adik beradik. Sekarang duk mengasuh anak-anak pulak. Memang raya pertama pergi ke rumah dia n ada adik mak sepupu aku ni punya nasi dagang - perghh memang tak tambah tak sah. tahun ni.... still xjumpa pun nasi dagang lagi... uhuk uhuk


4) Roti Jala



Roti Jala dengan kuzi adalah makanan utama rumah terbuka kiteorang. Biasanya sama ada raya ke dua atau ke tiga. Tahun ni raya ketiga. Memang perancangan nak balik semalam, pagi-pagi lagi bertolak. Tapi sayang, kereta prius pun dah hancur, memang tiada transport nak balik, tak sempatlah aku dengan rumah terbukanya. Tak pe lah, balik esok ni iA jumpalah aku dengan roti jalanya :)


***********

Itu 4 makanan baru yang aku makan kat Kedah ni dengan 4 makanan yang TAK SENTUH lagi untuk raya kali ni. Walaupun berbeza, tapi perbezaan tulah yang menjadikan kita lebih lengkap. amboi, berfalsafah pulak. heee. alright, selamat hari raya semua!


pss : gambar semua google :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 comments:

Mama Zharfan said...

me dh mkn semua empat dlm list tu ;) common menu kat kelate

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Mama Zharfan

smlm baru jumpe satay :)

Ayu Zan said...

laksa vietnam?
belum pernah try la..

btw,
saya follow kembali.. dulu2 masa saya blogging pakai blog lama, ada follow joe..

bertahun gak dah..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW