Share

Cerita GET Team Baru di Kelantan


Ada satu tahap dalam pelan pemasaran Herbalife dipanggil GET Team. Kiranya tahap ni dah boleh dikatakan 'selesa' dari segi kewangan bagi orang luar yang melihat tapi tahap yang paling kritikal untuk seseorang dalam Herbalife.

Kenapa orang luar lihat 'selesa'?

Mana tak selesanya, purata income yang diperoleh oleh GET Team melebihi RM 10 000. Tu kira paling sikit la dan GET Team boleh cecah RM 20k RM 30k. Memang gaji pegawai tinggi dalam kerajaan je lah – jusa? Dan kalau dalam bidang swasta ada lah kena kerja 15 tahun keatas untuk dapat income sebanyak tu

Kenapa orang Herbalife lihat kritikal?

Kritikal bermaksud untuk kekalkan bonus (salah satu pendapatan apabila dah jadi GET) seseorang tu perlu lakukan sale agak banyak. Berapa banyak tu actually takdelah banyak sangat, bersepah orang yang dah selalu lakukannya. Jadi bagi orang yang tak dapat bertahan (tak follow sistem terutamanya) maka ramai yang 'mengalah' dan 'meninggal'kan Herbalife walaupun dah jadi GET. 

Kisah GET Team baru di Kelantan

Untuk rekod, tahun lepas hanya ada sorang GET Team dari Kelantan. Bayangkan sepanjang 2012, hanya seorang sahaja. Tapi start tahun ni, bulan January lepas dah ada sorang, bulan lepas dah ada sorang lagi dan bulan ni ada 3 orang yang akan complete untuk jadi GET. Susah tak susah, senang tak senang, ianya tak mustahil. Tapi memandangkan aku ni kenal rapat dengan pasangan ni je, maka aku nak tulis pasal dieorang je lah. Harap2 boleh bagi inspirasi kepada korang yang membaca. 


NEW GET TEAM MEMBER DARI KELANTAN – JULIANDI MAT JUSOH DAN RAHAYU MOHD KASRI

abg edy n kak ayu

Cerita mereka

3 tahun lepas mereka bertemu dengan Herbalife. Masa tu suami sahaja yang start produk sebabnya isteri ni cukup skeptikal. Si Isteri ni siap google semua pasal Herbalife kat internet – end up jumpa blog aku. Haha. Selepas suami dapat produk result, turun 20kg dalam masa 3 bulan dan isteri dia pun dah tengok perubahan suami – dia pun start jugak turun 10kg dalam masa 3 bulan, maka terbuka hatilah untuk buat bisnes Herbalife

Oh, latar belakang suami adalah kontraktor elektrik. Memang tak nampaklah dia kata peluang nak buat bisnes Herbalife ni. Tak yakin pun ada. Tapi setelah menghadiri ZERO 2 HERO pertama dan dengar sendiri perkongsian dari uncle Allen Peter – kontraktor kelas A tutup company dan buat Herbalife fulltime sekarang, barulah terbuka hati untuk 'try-try' dalam bisnes ni

2 tahun lepas (selepas setahun makan produk) barulah dieorang start lakukan Herbalife part time part time. Apa yang membuka hati dieorang nak buat full swing dalam Herbalife selepas hadiri EXTRAVAGANZA. Balik je dari EXTRAVAGANZA, terus buat bisnes ni betul-betul

kenangan di Macau bersama dieorang

Mac 2012 – tahun lepas dieorang start buka nutrition club kat Rantau Panjang dan Mac 2013 dieorang dah jadi GET Team!

Kalau korang tengok timeline
  • 2010 – start makan produk
  • 2011 – start bisnes part time, lepas pergi Zero 2 Hero
  • 2012 – serius buat bisnes, lepas pergi EXTRAVAGANZA
  • 2013 – jadi GET Team!


Last month income lebih RM 15 000

*benda ni orang Herbalife je faham, final cut GET dia finish strong gile – 35 000 vp organisasi!


Herbalife skim cepat kaya???

Tak tak, Herbalife ni bukannya skim cepat kaya, tapi satu sistem yang kita boleh jadi kaya dengan cepat! Okeh, aku tak suka sangat cakap pasal duit ni, aku nak cakap apa yang aku belajar dari dia – memang kenal rapat jugak – apa yang aku tengok perubahan atau transformasi hidup dia

Changing people's live

Memang moto company cukup betul dan memang boleh saksi sendiri dengan perjalanan pergi ke next level ni. Aku ambik 2 contoh dalam group dia yang betul-betul berubah. Pertama adalah Nurul! Nurul ni dulu kerja dengan dia, dibayar RM 10 untuk sehari. Nurul ni jugak penjahit manik, kat Kelantan ni memang glamer baju kurung dijahit manik – nak nampak lawa dan dapatlah upah RM 35 untuk sepasang baju. Nurul cerita, kalau sebulan dia jahit sepasang je baju, maka RM 35 tu lah dapat upahnya. Memang sangat susah

Tapi dah buat Herbalife sekarang, baru qualify Active World Team, last month Herbalife bayar RM 7500! Siap company bayar 500USD lagi. Gile ke apa penjahit manik dapat income dalam USD lagi!

Yang kedua ada gambar! Hehe. Meet MOK SU!!


Mok Su ni salah seorang dalam organisasi abg edy n kak ayu ni. Dia dah berumur 60 tahun lebih dah. Terbuat Herbalife disebabkan teruja dengan produk result (turun 16kg!) dan hanya bercerita je dengan kawan-kawan dia, last month mok su qualify World Team dan buat 5 get 5! Bagi yang tak paham 5 get 5 tu – jualan runcit RM 30 000!

Mesti korang pelik kan, camne yang umur 60 tahun boleh buat jualan sebanyak tu. Jawapannya mok su bukannya 'menjual' tapi berkongsi dengan orang! Bila kita start berkongsi benda baik – ubah kesihatan dan jana pendapatan, even mok su yang umur 60 tahun pun boleh buat!

Tu antara 2 kisah, banyak lagi dan kalau dah jadi GET Team ni, at least dah ubah kehidupan 8 orang lain! Menarik bukan? Banyak lagi kisah menarik mereka ni, kena la datang sendiri ke Kelantan ni dengar perkongsian daripada dia :)


ZERO 2 HERO

Yeah, sebelum aku tamat entry ni, at least ada tindakan seterusnyalah kan. Abg edy n kak ayu ni start buat Herbalife part time setelah pergi ke Zero 2 Hero. Kenapa berani buat part time - sebab nampak BAGAIMANA nak buat Herbalife ni. Memang event terbaik untuk mengajar korang BAGAIMANA nak lakukan Herbalife adalah di Zero 2 Hero. Dia pergi blur-blur tapi selepas 2 tahun hadiri event ni sekarang dah jadi GET Team. 

Benda ni pun boleh berlaku kepada korang! Kalau korang
  • Diajak kawan untuk ke Zero 2 Hero ni - PERGILAH
  • Dah pernah pergi yang lepas - PERGILAH lagi
  • Tak tahu menahu pasal Herbalife tapi macam nak tambah extra income - SANGAT DIALU2KAN (contact aku kalau korang takde coach)

Okeh, itu sahaja entry di malam hari. Semoga bermanfaat :)


pss : nak tahu lebih mengenai Zero 2 Hero, boleh email kepada joegrimjow@gmail.com

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 comments:

Ikaa said...

lamanyaaa guwe enggak datang kesinii

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Ikaa

ni dah ada ni ok la ni
hehe

Farah Yunus said...

Send Total Money Magnetism Audiobook program. Steve has acknowledged another form of success therapy. He loves hypnosis and thus created Total Money Magnetism.

Steve

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW