Share

Pengalaman jadi suami : Waktu subur

Mesti korang klik laju-laju kan bila terbaca tajuk macam ni? Haa, cepat mengaku cepat! haha. Kalau korang expect aku nak buat entry lusyah-lusyah, eh-tak-sesuailah ok. Tapi memandangkan macam best je tajuk tu, aku pun letaklah. Jadi entry ni memang aku akan tulis borak-borak je lah, kalau dah takde kerja, bolehlah teruskan bacaan. heheheheeeee. betul ke ni takde ape2? heheheheheeee (gelak jahat)

Suami jarak jauh

Suami jarak jauh, suami hujung minggu entah apalah lagi gelaran yang aku terima sejak berkahwin tapi tak tinggal bersama dengan isteri melainkan hujung minggu. Memang sekarang ni plannya nak ajak cik bini ke kelantan je tinggal bersama, tapi memandangkan majlis kenduri kat Kelantan ni tak buat lagi, jadi mak aku tak bagi. Dia kata nanti apa pulak orang kampung kata. Haish, macam buat kerja tak betul je kan?

Jadi bila kita travel selalu ni - memang setakat ni tak pernah miss lagi setiap hujung minggu akan ke KL - persoalan yang paling penting adalah dari segi kewangan. Aku pun perasan jugaklah memang agak laju duit habis bila travel jauh-jauh ni. Sebab tu kena bijak. Bijak merancang. Bila perbelanjaan kita semakin meningkat, kita ada dua cara untuk atasinya
  1. cut kita punya perbelanjaan
  2. tambah kita punya income
Nampak solution dia? Nasib baiklah aku buat Herbalife, bukannya makan gaji. Kalau makan gaji korang rajin macam mana pun, banyak tu je lah dibayarnya. Kalau buat bisnes sendiri ni, haaaa, memang rajinlah dia jadi secara automatik. Flyers pun bagi lebih, cakap dengan orang pun lebih, semua lebih lah. 


Naik bas atau naik flight?

Berulang alik dari KL-KB ni aku rasa yang paling banyak dan sesuai adalah sama ada dengan bas ataupun dengan flight. Kalau drive tu memang tak masuk dalam senarailah, 7 jam kot! Dah la jalan tak best, highway oklah jugak. Naik keretapi ni entahlah aku jenis tak suka sangat naik kereta api. Jadi pilihan yang ada, bas ataupun flight.

Memang nak diikutkan hati, naik flight je lah kan mudah, tapi dari segi perbelanjaan dia, fuh banyak jugak beza dia. Sebulan sekali oklah, ni seminggu sekali. erk! Jadi kebanyakannya aku berulang alik dengan bas. Ni siap aku buat SWOT Analysis lagi sama ada bas atau flight. Sia-sia belajar kat UK pasal SWOT Analysis ni kalau tak praktik kan? haha
  • BAS 
    • Strength : Murah, orang nak ambik/hantar senang
    • Weakness : Lambat sampai, masa dengan cik bini jadi kurang
    • Opportunity : Jimat duit
    • Threats : bas excident?? nauzubillah!
  • Flight
    • Strength : Cepat sampai
    • Weakness : Mahal, susah orang nak hantar dan ambik (jauh)
    • Opportunity : Masa bersama cik bini lebih
    • Threats : Digoda pramugari?? kah kah kah

Actually kalau aku tak buat SWOT Analysis ni, memang aku tak perasan yang ada satu masalah lain selain dari duit kalau naik flight ni. Masalah nak ke airport! Benda ni memang terkena kat batang hidung aku, masa nak balik dari KL hari tu, flight ke KB sampai pukul 9 pagi. Pukul 12 baru ada orang datang ambik aku kat airport. Letih menunggu pulak! Kalau naik bas, senang je sebab bas mahligai tu berhenti dekat dengan rumah aku, jalan kaki pun bleh sampai ke rumah. Haaa, berguna jugak kan SWOT Analysis ni


Minggu ni ke KL lagi ke?

Jadi minggu lepas aku dah slow talk dengan cik bini yang mungkin minggu ni aku tak ke KL. Urusan kat KB ni agak banyak, dan urusan kat KL pun boleh ditangguhkan. Dah 5 minggu kot ulang alik, kena belajar rindu-rinduan gitu

Tapi kan, ni hanya orang dah kawin saja yang tau, korang budak-budak memang takkan paham, kena kawin baru tau, rindu bini punya pasal minggu ni ke KL jugak. hahaha!

Dan...

Dan..

Dan...

Dan...

Dan...

Dan...

Cik bini whatsapps aku tadi, katanya 'ikut kiraan... esok i hari ke 14'

Tang tang tu jugak aku.....


Maka terus beli tiket flight esok terus! Mahal pun mahal lah! SWOT Analysis kita letak tepi!! Ada kerja penting esok untuk dilakukan. wahahaha

pss : heheheeeeeeeee

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 comments:

HafRizah@Dátiles.Dulces said...

muahahaha... cenggitula erk PJJ=perkahwinan jarak jauh. kalau rindu tak kire rintangan ape pun~

selamat mencuba tyme subur. :)

CekbOlat-bOlat said...

tetiba terjerat kesini . haha
hanya mampu gelak je . takpaham yg last =..=

k buat2 takpaham sbnarnye . hohohh

Syazuwani Ramlan said...

haha. selamat mencuba ye.

ahsfantasy24 said...

all the best lah ye :)

ahsfantasy24 said...

all the best lah ye :)

ishy77 said...

Umpan cik bini nak suruh u blik la tu.wakaka

Belalang hijau Perisik said...

hahaha serius gelak baca dekat2 nak abis tu... lagi rindu lagi best baru leh lunas dendam kaw2 punya :P

Anonymous said...

memang ler perkhawinan jarak jauh menguji segalanya tetapi adakalanya seronok sebab macam bercinta semula ...rindu rinduan....teringat kisah yang sama....akhirnya dua putera seorang puteri eeee

udez said...

entri ni kena buh label bacaan orang dewasa ataupun PG13..hehehe

Anonymous said...

serius pandai karang cerita... terbaik joe!!! semoga usaha berhasil!! ameen... akak suke baca tulisan joe.. sebab dalam lawak ada ilmu =)

-JSJ-

Anonymous said...

kalau aku mcm tu...dah tentunya satu malam 5-6 round...rindu bini beb...

Aujinz said...

kah kah kah.. good luck bro.. XD

Anonymous said...

pengalaman lalu dulu2.....tiap kali nak solat kena mandi wajib...ni pengalaman aku masa baru nikah. antara waktu solat tu...2-3 round..Almaklum..la katakan.
skrg ni dah 17 tahun kawin, pun seminggu 3-4 kali..

abah khalisha said...

hahahaha..Terbaik!

Peluang Memenangi Android

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW