Share

Selamat Hari Buruh - Ikhlas dari Bos

Selamat hari buruh semua!

Wah, pukul 11 malam lebih baru nak wish ya? Better late than never. heh. Hari ni 7 jam digunakan untuk drive dari KL ke KB dan 3 jam lagi tido, memang malam macam ni baru boleh nak online dan menulis. Sebab tu lewat tu. alasan semata-mata


Hari ni hari buruh



Hari ni di Malaysia dan kebanyakan tempat di negara merupakan hari cuti  sempena Hari Buruh atau lebih dikenali sebagai Labour Day. Hari dimana buruh-buruh dan juga bukan buruh bercuti sakan. takdelah sakan sebab esok dah start kerja balik dah. hoho. Bagi bos pulak, hari buruh ni mesti ambil peluang untuk spend dengan family masing-masing

Gerakan 8 jam sehari. Sebenarnya labour day ni bermula sejak awal lagi dengan gerakan yang dipanggil 8 hour day movement. 8 jam sehari digunakan untuk bekerja, 8 jam sehari untuk berekreasi dan 8 jam lagi untuk rehat. Dulu2 banyak kerja dari rehat, sebab tu lahirnya gerakan ini untuk menyedarkan bos-bos diluar sana yang buruh atau pekerja ni bukannya robot boleh kerja 24 jam sehari. Sekarang ni, banyak negara dah sambut hari buruh ni. termasuklah Malaysia


Gaji minimum di Malaysia

Akhirnya, semalam PM dah umumkan gaji minimum untuk sektor swasta di Malaysia iaitu RM 900 sebulan atau RM 4.33 sejam. Dah lama dah NGO mendesak agar kerajaan tetapkan gaji minimum ni, tapi mungkin sebab banyak masalah yang timbul, semalam baru PM kita umumkan. Di sarawak dan labuan RM 800, murah skit. Ok lah tu dari tiada langsung

last sekali, selamat menyambut Hari Buruh 2012 dengan jayanya kepada korang yang menyambut. Esok jangan lupa pergi kerja ya. wuhu!

pss : lusa nak jumpa dengan PM :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 comments:

Denaihati said...

selamat hari buruh pd semua semalam dan semoga pengumuman gaji minimun dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

Yup, harap2 macam tu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW