Share

Ustaz-ustaz di dunia maya

Aku sangat support orang yang berpengatahuan tinggi ilmu agamanya mendekati audience menggunakan platform internet. Yang paling tepat - social network. Banyak sekarang ni platform yang boleh digunakan, asalkan niatnya untuk mengajak orang kearah kebaikan, kita yang tak berapa tinggi ilmu agama ni kenalah sebar-sebarkan ilmu yang diajarnya tu.

Jadi kat sini, aku nak perkenalkan beberapa ustaz dengan platform yang mereka gunakan




1) Ustaz twitter : Imam muda Asyraf (link)

Bagi korang yang selalu habiskan masa ditwitter, silalah follow Imam Muda Asyraf ni, banyak input yang korang akan dapat. Kadang-kadang nak tanya soalan pun boleh direct terus dengan dia. Hari tu pernah jugak twit tanya masalah agama, memang tak lokek memberi jawapan. 


2) Ustaz youtube : Ustaz Azhar Idrus (link)

Jarang sebenarnya ada golongan berilmu ni menggunakan youtube untuk mendekati audience. Tapi aku rasa, menggunakan youtube inilah yang paling dekat dengan kita sebab kita boleh tengok dia lebih dekat. UAI memang tak payah nak perkenalkan lagi, himpunan youtube dia memang banyak yang dapat kita dapat manfaatnya. 


3) Ustaz blog : MAZA(link), SAIFULISLAM(link), UZAR(link)

Bagi yang suka membaca, boleh gunakan blog-blog ini untuk membuat rujukan. Suka baca kesemua ketiga diatas ni dan pendekatan yang digunakan masing-masing berbeza. UZAR lebih kepada soal hukum hakam, MAZA lebih kepada kupas isu semasa dan SAIFULISLAM dengan cerita-cerita yang menyentuh jiwa. 


4) Ustaz facebook : semua kot

Facebook tak payah ceritalah, memang banyak golongan ilmuan kat sana yang menggunakan facebook untuk sebarkan ilmu agama. Daripada kita like fan page entah pape, baik like fanpage yang ustaz-ustaz ni ye tak? at least masa tengah leka online je, tiba-tiba kat news feed timbul bgtau ajak solat asar berjemaah kat masjid. huh, memang kalau tak buat tindakan apa-apa tergolong golongan rugilah kita


*****

Title mentitle

Actually, aku buat entry ni untuk respon yang ada pihak yang cuba nak laga-lagakan antara ustaz-ustaz ni. Haish, susah benar ada golongan macam ni kan. Kenapalah nak laga-lagakan orang, besar dosanya tu. Harapnya golongan macam ni kita humban kat gurun sahara ok tak? ok la kan. Kat atas ni, title apa semua tak penting, yang penting usaha mereka untuk dekatkan kita dan orang kat luar sana tu adalah satu usaha yang hanya Allah boleh membalasnya. Kita kena support ok!

Bagi korang yang nak berguru, berdepan (secara face to face) adalah yang terbaik. Masuk kelas, dengar dengan telinga sendiri, tengok riak muka tok guru kita tu lebih dekat adalah yang terbaik. Internet ni, jangan duk julang-julang sangat, sikit-sikit sudah. Dan walaupun seseorang tu mengajak kepada kebaikan, tanggungjawab kita untuk sebar-sebarkannya.

Ramai lagi kat luar sana yang masih jauh dengan Islam. kan?


pss : ustaz myspace takde ke? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 comments:

earthlings said...

setuju !

Mohd Faiz Mazlishah said...

Ustaz fb ni bnyk ckap xsrupa bikin

Fafa Adnan said...

sye suka imam muda asyraf n uai. :)

blog-tips-kurus said...

jgn campak kat gurun tapi hantar tlg org Palestin nuuuuuuuu....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bagus oh kan?

:)

ahsfantasy24 said...

orang buat benda baik pun masih
nak dilaga-lagakan, memang tak ada kerja
kot pelaga tu >_<

widydib said...

betol tu...suke betol dorang jadi batu api...

qemaishak said...

Yang lagakan ustaz tu bukan calang-calang orangnya..bab kata UAI, 'tak mau ikut:DIAM sudah'

Lifesaver Hamzah said...

akak foloow tweet IM asyraf..jawapan dia sempooooooooooi~

gadisBunga said...

sape nak jadi ustaz myspace?

Anonymous said...

ustaz kat facebook..hmm..banyak..,yg peliknya..status memang mnyeru semua friends menuju ke arah kebaikan..tapi kdg2 ada juga status tergelincir..tiba2 kita terbaca dia tengah menyumpah2 org..(hehe..kata2 itu umpama pedangkan..)..aku hanya tersenyum..mcm2 gelagat zaman sekarang

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW