Share

Review Toyota Prius dari seorang pengguna

Ok, sebagaimana telah dijanjikan, aku akan tulis review mengenai Prius. Walaupun agak lama sebenarnya dah janji, baru nak publish entry ni. Hehe, kita ni nak review pun, at least dah kena guna dalam tempoh yang agak lama baru kita boleh paham selok beloknya kan?



Jadi review ini, aku takkan sentuh sangat soal teknikal, korang boleh baca kat website dieorang, apa yang aku akan tulis, hanya pengalaman aku sahaja. Antara kelebihan dan keistimewaan kereta ni adalah




Minyak sangat jimat

Yang ni memang tak boleh nak dinafikan, prius memang sangat jimat minyak. Setakat ni, kereta prius tu dah gerak 4623km dan aku dah catat sejak mula-mula beli dulu isi minyak, hanya RM 450 dikeluarkan (RON 95) Maknanya, setiap isian RM 10, kereta ni boleh gerak sehingga lebih 100km. Sangat jimat bagi aku. Tapi aku perasan, hari tu drive ke JB bawak kat highway, pecut 160-180, memang tak jimat mana. Bagi yang orang suka ulang alik tempat jauh-jauh dan tengah consider untuk beli Prius sebab jimat minyak – kena fikirkan balik. Tapi bagi korang yang kerja selalu terperangkap dalam jam – prius adalah kereta paling sesuai untuk korang


Bawah 50km pakai bateri

Sistem bateri kereta ni kalau kita brek, waktu tu dia charge. Ataupun waktu kita bawak laju, lepas minyak, masa tu jugak dia charge.

Aku memang suka, kalau bawak jalan ke area sekitar rumah, bawak bawah lebih 50km/h memang dia tak pakai minyak pun. Totally guna bateri. Melainkan bateri tengah takde, korang bawak 50km/h memang dia pakai minyaklah


Sangat senyap

Masa test drive dulu, masuk dalam kereta, penjual tu kata kereta dah start. Aku pelik sebab memang takde bunyi enjin langsung. Ya, memang takde bunyi! Memang betul, enjin prius ni sangat senyap. Masa mula-mula korang akan rasa awkward je start kereta tak bunyi enjin, tapi dah lama-lama, akan dapat biasakan diri


Display board yang sungguh moden

Aku sangat suka tengok paparan meter kat prius ni, semuanya digital. Digital dia pun, lebih dari kereta lain sebab ada banyak benda yang boleh dilihat. Fuel Consumption, Eco Mode ape ntah dan banyak lagi lah.


Bermain dengan 3 mode

Kereta ni ada 3 mode berlainan. Aku rasa ni berkaitan dengan enjin kot. Eco Mode adalah untuk mode yang digunakan untuk jimatkan minyak. Enjin yang dikuasakan bateri dihidupkan, sebab tu memang tidak pick up. Yang kedua EV Mode, mode ni memang totally bateri digunakan dan ada beberapa benda yang akan buatkan EV Mode ni terpadan sendiri. Korang tekan minyak cepat sangat, bawak lebih 50km/h dan ketika bateri dah tinggal sikit. Mode ketiga yang aku paling suka – Power Mode. Pergh, setakat ni bila tekan power mode ni, nak potong kereta yang CC lebih besar, memang takde masalah. Dari 100 ke 150 tu within 1-2 second dah boleh cecah. Tapi minyak memang teruklah :p


Bonet yang besar

Bonet belakang kereta ni memang besar. Hari tu bawak produk Herbalife lebih RM 10 ribu pergi johor elok je muat. Memang besar lah. Sesuai untuk orang yang ramai anak =)


Anak kunci dalam poket

Yang ni aku paling suka. Entah genius mana yang buat kereta ni, anak kunci korang tak payah keluarkan dari poket nak bawak kereta pun takpe. Dia akan auto bukak bila anak kunci berada dekat dengan kereta. So, bila korang amek anak kunci kat rumah, masukkan dalam poket je, pergi dekat kereta terus bukak memang dia akan bukak. Masuk dalam kereta, tekan je switch start kereta terus start. Haha, memang suka!


Okeh, tu je kelebihan yang setakat ni aku suka. Banyak lagi tapi ni antara yang aku sukalah. Keburukan, ada jugak, meh aku senaraikan

  • Mahal, RM 139 ribu dah boleh beli MPV dah sebenarnya
  • Masa selekoh tajam, agak kurang stabil bila kereta laju, mungkin tinggi kot
  • Ada sesetengah orang kata bahagian belakang tak cun. Tapi bagi aku, sexy apa punggung besar :p

Alright?

Ada apa-apa soalan, korang boleh tinggal kat bahagian komen. ada masa aku balas. Korang nak angkut kereta ni, aku sangat sarankan korang beli! Memang berbaloi setakat ni dari segi harga tu. Yang suka jimat minyak, yang suka pick up - prius adalah untuk korang =)


pss : hujung minggu ni ke Putrajaya, yuhuuuu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 comments:

Puteri Biru said...

Huhu. kecik ati joana puji prius lbh2 ni

ahsfantasy24 said...

wah3, pasni nk tumpang boleh joe????

joegrimjow said...

@Puteri Biru

die xbaca blog
haha

joegrimjow said...

@ahsfantasy24

sangat boleh
:p

erleena said...

wahh part ank kunci tu mnarik ! haha

joegrimjow said...

@erleena

memang, yg tu memang teruja!

Faris Al-Muhandisu said...

Honda Insight pun ok juga =)

Just.wanie said...

orang blkg boleh nampak apa kita buat dlm kereta . x feel lah nk korek hidung wakakaka =p

joegrimjow said...

@Faris Al-Muhandisu

katanya mintak tak jimat sangat?

joegrimjow said...

@Just.wanie

haha
tutuplah bonet tu
:p

lionteen said...

anak kunci tu yg syok. kuikui

shera haifa said...

menarik.. :)

Anonymous said...

WOW...

downpayment berapa ni?
bulan2 berapa bayor ni?
setakat ni dh brapa hinggit isi minyak dah ni?
maintenance tinggi dak ni?

Kang Hoon Eyan said...
This comment has been removed by the author.
Noreezalina Md Akim said...

Dari segi ketahanan tu mcm mana? Maksudnya part dia senang rosak atau tahan ?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW