Share

AMARAN : Bersediakan kita menghadapi 'Ribut Magnet'?

Ribut Magnet atau lebih dikenali sebagai Geomagnetic Storm bakal melanda bumi pada bila-bila masa (sejak entry ini dipublish) Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil

Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)


Macam mana terjadi?


Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!

Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita


Apakah kesannya?



Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat

Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan


Meminimumkan kesan

Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?


Kat Malaysia?

Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah sementara. Jangan duk komplen kat TNB pulak ye depa tak buat kerja

Berdoalah supaya kita terus selamat. Nak tengok live update, boleh klik sini


pss : induce current, magnetic field - oh rindunya belajar electrical dulu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 ulasan:

so Atirah berkata...

Tntg 4 november 2012 pun pasal ribut ni ke?

joegrimjow berkata...

@so Atirah

eh, ada eh? kena cari ni

Johorgreenaminog berkata...

Setiap yg berlaku ada hikmah nyer....berdoalah...moga xada apa2 yg buruk berlaku..main

Tanpa Nama berkata...

Wish xda apa ler..sbb kita nie makhluk akhir zaman..takuuuuttt pun ada :(

Muhammad Ilham berkata...

NASIB BAIK X DE PERKARA YG LEBIH TERUK

LUNA LANUN berkata...

halalkan artikel ni utk saya share kt blog sy ye...

http://lunalanun.blogspot.com/

Umar Kadir berkata...

info yg menarik. tak tahu menahu pulak benda ni sampoai baca kt sini.. harap semuanya selamat

Endut51 berkata...

TQ ini amat berguna, rasanya sdr perlu hantar terus kepada pihak berkuasa.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Baru jelas penerangan ni Joe.
Tadi aku tengok kat berita, aku tak faham sangat.

:)

Nomad Melayu berkata...

Assalamualaikum,

Menarik, but wonder why it's not something that can be announce on the mainstream (tv, news..or did this info had been informed?).

Terima kasih atas perkongsian.

Fyza Lovato berkata...

izinkan sy share. :)

Fyza Lovato berkata...

izinkan sy share. :)

sukesuki^sha berkata...

allow me to share this :). tq !

ima berkata...

moga semuanya okey. insyaAllah. tq share this info. :)

Cikrosecute berkata...

follow sini..

mrs him berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mrs him berkata...

haaa sekarang sy tgh belajar induced current and magnetic field :')

seronok tak terkata hoho

cewek.medusa berkata...

soalan bocor SPM.
dgn 100 perkataan sila kaitkan induce current-magnetic field- inductance. apa itu self-inductance? mutual-inductance? [1.5 markah]

Akulah Pak Lan berkata...

Masa ni la nak guna ilmu elektrik time kita belajar dulu.

Unknown berkata...

mohon share ek.. hehe tq 4 the great information... huhu

eyjalukman berkata...

nice info . dahsyat jgk rupanye .
1st time tahu nih .
harap2 tak beri ksan teruk pd ngara kita .

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW