Share

Cara balak sengkek nak kekalkan hubungan dengan makwe high maintenance

Ahhaa, apa khabar semua? Harap korang semua ok. 7 hari lagi nak start puasa. Memang sangat cepat masa berlalu, rasa macam semalam je baru raya kan? acececeh. Harap umur kite dipanjangkan untuk menghadapi ramadhan mubarak tak lama lagi ni. 

Okeh, kali ni nak cerita sedikit pasal 2 darjat berlainan yang kononnya mahu memulakan hubungan yang kononya serius. Banyak betul penggunaan konon disitu. Okeh, 2 darjat yang terlibat adalah lelaki yang sengkek (takde duit) dan perempuan yang high maintenance (sukakan duit) Aha, aku pun dah tak tahu nak guna istilah mana, 2 tu paling tepat kot. Alah, korang tahu kan apa yang aku nak ceritakan ni

Prelude

Idea menulis ni datang tadi bila melihat sepasan kekasih yang bermadu kasih di sebuah kedai. Si lelaki pakai jeans + shirts biasa je dan pompuan tu pergh make up, kalah lisa surihani dalam rancangan mari menari tu. Sangat berfesyen gitu. So, boleh nampak lelaki tadi beriya nak layan si makwenya dan entah bagaimana tercetus ilham nak buat entry ni

so, ini adalah tips yang aku boleh bagi untuk lelaki-lelaki diluar sana untuk handle kes macam ni. wah, macam berpengalaman gitu ai ni!


1) Cari kerja sampingan untuk menyara cik awek



Nak pelihara awek high maintenance ni memang perlukan banyak duit. Kalau lelaki tu masih student, duit PTPTN banyak manalah sangat yang dapat. Nak lepas rumah sewa + makan minum boleh la kan. Nak beli itu ini kat cik awek, fuh, memang tak cukup. So caranya, dapatkan duit lebih dengan bekerja. Banyak sekarang ni instituisi yang menyediakan peluang pekerjaan sampingan. Setakat nak dapat 400-500 tu boleh je. Alah, nak awek high maintenance kenalah bekorban skit. kan?



2) Kurangkan pembelian barang sendiri untuk membeli baju baru kepada cik awek


Katakan breakfast RM 3.00, lunch RM 6.00 dan dinner RM 6.00. Darab 5 = RM 75. Hujung minggu nak keluar dengan cik awek yang high maintenance ni, memang banyak kena belanjakan. So, breakfast, lunch dan dinner makan maggie je, hanya RM 2.00 paling banyak. so dapat jimat banyak sangat dah tu. Hujung minggu, bolehla guna duit tu beli teddy bear ke, baju kegemaran die ke, accessory die ke, nak pikat hati kenalah keluarkan duit. Duit berjimat tadi boleh digunakan! aha, bijak?

Nanti makan maggie sakit pulak, so better minum air kosong je, lagi jimat!



3) Mintak duit dengan mak kata nak beli barang study tapi belanja cik awek makan di restoran mahal


Antara barang yang mahal untuk budak medic adalah buku. Bagi yang amek engineering barang mahal mestilah peralatan komponen. Walaupun semua tu boleh dipinjam, tapi bgtau kat mak yang kita ni pelajar cemerlang, so boleh beli sendiri semua tu. Dah dapat duit, jangan pulak beli barang2 tu, kan boleh pinjam semua tu. ahaa, duit yang dapat tu boleh la guna untuk mengekalkan hubungan dengan cik awek dengan makan di restoran yang mahal. high maintenance mana makan Mc D, Pizza semua ni, paling selekeh restoran yang ada tandas yang boleh dia make up make up lama-lama. 

Tapi kalau mak dapat detect, terus terang je lah 'ni untuk bakal menantu mak jugak' sambil buat muka manja



*******

Cam takleh pakai je cara-cara kat atas ni!

Ada cara yang paling efektif yang aku rasa sangat boleh pakai dan aku rasa cara terakhir yang aku syorkan ni memang konfem akan membuahkan hasilnya. Cuma korang lelaki kena berani je sikit. apa dia?


*******


4) Ajak kawin terus


Ahaa, macam mana? dah jadi isteri korang, high maintenance macam mana pun dah tahu husband dia tu takde duit, kena redha dan pasrah je lah. Cuma, nak tak nak je die kawen ngan korang. kalau taknak, nasib badannnnnnnn


pss : lelaki yang guna duit mak bapak pergi dating adalah lelaki yang...........?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

49 comments:

SofieyAzwa said...

Guna laa duit sendiri. Sian bf dia

aenmatderis said...

kejadah gf mcm nie.
xbrtimbang rsa lgsung.
cis!

blog-tips-kurus said...

mata razor tu..!
*buku budak akaun tak mahal sangat.. :-)

joegrimjow said...

@SofieyAzwa

xmacho plak

joegrimjow said...

@aenmatderis

cis dale

laskar pelangi said...

fuh! kecian bf~ =D

joegrimjow said...

@blog-tips-kurus

kadang2 lelaki tu menurut sangat, pompuan xnak mana sangat pon

joegrimjow said...

@laskar pelangi

bf kecundang

EG said...

hahaha.. entahla, pada aku la reject je awek cmtu.
mana la tau, satu hari nanti hidup kita susah, kena juga makan kedai mamak. ye dak?

Ummi Aini said...

biasa ler prmpuan....high maintance mmg sebati dgn prmpuuan...

hanna said...

kesimpulannya crilah wanita yg sederhana x materialistik, yg berilmu tinggi tp tetap menghormati lelaki, yg mendamaikan hati dan nilai agamanya yang tinggi.menepati ciri-ciri wanita idaman di hati.hewhew.

joegrimjow said...

@EG

kedai mamak dah mewah dah tu
hehe

joegrimjow said...

@Ummi Aini

wahh statement. hehe

joegrimjow said...

@hanna

like

Cikya said...

Joe,
tinggal jer kalau dapat awek macam tu..
nak melaram keluar duit sendiri lar derr...
*bajet jadi laki jap

azieazah said...

Buku budak Medic memang mahal.
Budak akaun pun mahal.

tapi sekali beli jer utk satu semester.

Tak boleh lawan budak yg buat ID.. design apa saja, tiap minggu beli barang projek.

Duit PT pun tak sempat panas. Mak Pak yang kena support lagik.

So, jangan mengada nak pegi dating mating segala!

Nissa Jalaluddin said...

so so so?
haha..seksa ad gf gini..

fatin syahirah :) said...

haha. awk kejam. pakwe bodoh. haha

kena give and take lah kalau couple ni kan. hehe

Anonymous said...

lelaki yang guna duit mak bapak pergi dating adalah lelaki yang... LOSER

-selagi belom nikah, mak mapak yg utama-

Siti Di Alam Fantasi said...

Suke ayat last tu :)
X adventure la g dating pki duit mak pak.. aiyaaa~

Nuyu said...

bf i kdekut.. mintak semua tk dapat.. haha..

aQi + GenGkey said...

kalo x mampu jgn cari awex yG high maintenance la..
nanti sendiri merana..
keh3..:D

joegrimjow said...

@Cikya

ingatkan nak back up pompuan tadi
hehe

joegrimjow said...

@azieazah

nak dating cari kerja
hehe

joegrimjow said...

@Nissa Jalaluddin

nanti kawen dapat anak nama ssosos

joegrimjow said...

@fatin syahirah :)

xkapel pon sangat ok

joegrimjow said...

@Anonymous

mak bapak diutamakan

joegrimjow said...

@Siti Di Alam Fantasi

tapi kebanyakan pakai duit mak bapak kan
hehe

joegrimjow said...

@Nuyu

jeng jeng jenggg
hehe

joegrimjow said...

@aQi GenGkey

yg low low pon banyak

Juan said...

Alhamdulillah, gf aku skrg boleh bertolak ansur. Kalau dating pun, sama2 kua duit. So, xdela terasa sgt duit kua cam air..:)

Aku penah dpt awek cm dlm cite ni. Tp famly dia best. Sbb kalau kua dating mak dia siap jemput aku depan umh lagi. Smpi shopping mall siap bg duit kt aku lg klu nk beli pape. Haha. (cite lama. da clash pn, tp mak dia dah jd mak angkat aku.)

Maria said...

baguslah idea tu... nasib baiklah sy ni bkn jenis high maintenance pny pompuan....

azreen said...

....hopeless n xleh harap!

ub3y said...

Cube kire bpe sume investment gune time kapel tu. Klu ad yg gle2 cecah ribu2 wo.

far_east said...

cari jer awex baru yg sepadan hikhik...

joegrimjow said...

@Juan

nak no mak die bleh?
ngorat mak die lah
haha

joegrimjow said...

@Maria

eherm2
noted!

joegrimjow said...

@azreen

sape?

joegrimjow said...

@ub3y

ada je
siap boleh buat loan beli kete lagi

joegrimjow said...

@far_east

nak yg sepadan tu susah tu

::ienafazlyna:: said...

jawapannya kalao xberapa nak ada, carik la awek yg tak berapa high maintainance....karang masuk jerat sendiri..xpepasal aje

Dawa said...

naseb korang la kalau dpt awek hi maintainance. kalau kena dpt awek yg mintak SKII tiap2 bulan utk cuci muka je, baik siap2 kain kapan awal2. tkt nnt modal nk beli kain kapan pon dh xde. huhu

puanbee said...

hehe mcm2 ade...

hidayahjamal said...

xpayah la bercinta, kawin dlu pastu baru cinta tp biarlah cukup belanja nak menampung hidup sendiri dengan bini lalalal

Khai said...

@blog-tips-kurus

budak akaun ker? mmg la murah dlm RM50-90 jer tp kalo sampai 5 bijik. apa kejadahnya.. nak belanja awek lg..hahaha

p/s: mujur eden single :P

EG said...

hahaha..xye jugak. ok2 kedai yg low class la. untuk saving cost pyer. haha. dah kira susah la kn.

~CiK TiNieY~ said...

saya tak pernah mintak pape dengan ex dulu...tak suka mintak,nanti orang suka ungkit2...hmmm

gr@wn said...

hish. Awek high maintenance ni, buang je. Jangan hormat golongan firaun.

sYafIk-wAy said...

ak suka cdgn yang last tuh , kawen terus . haha

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW