Share

20 Things To Do Before I Get Married

Ingatkan nak kawin awal, before 23, tapi sebab ada masalah ini masalah itu, tunda ini tunda itu, tak jadi jugak nak kawin. Dah alang-alang lewat tu, baik lewat terus. hahaha. Tapi tengok gambar classmate aku yang duk post gambar dia dengan husband die tu bertempek-tempek, perasaan nak kawin tu datang macam peluru berpandu je. heh!!! memang bahaya betul facebook - boleh mempengaruhi

Tadi aku baru baca blog amoi comel ni, lepas tu baca entry hanis zalikha pulak, dah memang bagi idea aku nak tulis entry betullah. Kena pulak dengan musim kawin sekarang ni, maka lahirlah entry ni. Heh, tapi aku ni lelaki, perancangan tu tak banyak, main redah je, jadi 20 tu rasa gila banyak aku pendek jadi 7 je. haha. dah kata lelaki, memang dasar pemalas.

Here we go!



1. Six Pax kan badan. haha. barulah masa kawin nanti bini melekat lama-lama. haha. lucah-lucah, ok skip =)

2. Presiden Team, jadi jutawan. Masa kawin dari duit hantaran - mas kawin - kenduri kawin - semua aku nak guna duit sendiri. taknak mintak tolong mak!

3. Bawak mak pergi umrah sama-sama disponsor penuh oleh aku. Perancangan bulan 9 ni, doa-doalah dipermudahkan

4. Hafal 15 juzuk al-quran. Sekarang ni takleh cakapla berapa, nanti riak pulak kan (alamak dah riak dah!!) Memang sebelum hembus nafas nak sangat hafal al-quran, memang separuh kena hafal sebelum, nanti dah kahwin susah nak jaga anak bini lagi kan? alasan!

5. Nak jadikan blog ni alexa bawah 100 kat malaysia. haha. Yang ni paling susah kot!

6. Round 1 Malaysia dalam masa seminggu. Bunyi tak mencabar je kan? Tapi takpe, impian ni dah lama aku nak buat, nak sangat keliling 1 malaysia termasuk sabah dan serawak dalam masa seminggu. b4 kawin bolehlah buat, dah kawin, haiiishh, melekat kat rumah la jawabnya

7. Nak jumpa lisa surihani. ok, tak nak ulas banyak-banyak. bye


Okeh, tu je dulu 7 benda yang aku nak buat sebelum aku kawin. Hehe, korang pulak camne? Ce citer ce citer. Dah citer tinggallah link kat bawah ni, boleh aku baca. Tengah mood elok ni. woho!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

23 comments:

Amoi said...

susahhh

rasanya last last benda benda tu tak tercapai aku dah kawin terus.

love is blind. peduli apa pasal 10 perkara ke 7 perkara dah kan?

kihkihkih

Amoi said...

oh dem.

kenapa link blog entry aku dilink ke dashboard tu woi?

HAHAHAHAHAHA~

@namaakulynn said...

semoga tercapai semua hasrat!and haruslah yg paling ptg no.3 and 4.good good ;))

@namaakulynn said...

semoga tercapai semua hasrat!and haruslah yg paling ptg no.3 and 4.good good ;))

Pijahh' de-Arr said...

tak mau kawen lagi..~~

Dawa said...

awal2 kawin mmg rasa nak melekat ngan bini je. adat org berkahwin. kalau nak tau kena la cpt kahwin. hahah

joegrimjow said...

@Amoi

haha
dah ubah dah

joegrimjow said...

@@namaakulynn

sama2
hehe

joegrimjow said...

@Pijahh' de-Arr

erk/?

Sufy said...

hihii..boley jadi suami mithali la Joe...:p

chekgu BaniHassim said...

hmm...ambitious, tp inspiring...
no 1 tu tak pntg sgt kut...asal ade duet, insyaAllah bini akan lekat mcm ikan bandaraya kt dinding akuarium tuu...huhuhu

.:nazihah rastam:. said...

ni aku punye, btw, mr k pon nak lisa jugak, hahaha, tp bukan yusri dah cop ke?

http://ithinkiknowme.blogspot.com/2011/06/things-yang-aku-nak-buat-before-kawin.html

.:nazihah rastam:. said...

ni aku punye, btw, mr k pon nak lisa jugak, hahaha, tp bukan yusri dah cop ke?

http://ithinkiknowme.blogspot.com/2011/06/things-yang-aku-nak-buat-before-kawin.html

Ani Inherown said...

alrighty ada idea nak tulis. thnx joe 4 the inspiration ;)

Cik Farah said...

7 cabaran menanti sebelum kahwin ye.. Hihi.. Best of luck bro! :D

Gadis Pantai Timur said...

20 benda beloom kawen...apa ey???

joegrimjow said...

@.:nazihah rastam:.

xkira
nak jugak
hehe

joegrimjow said...

@chekgu BaniHassim

untyk waktu malam
wahaa

pauline said...

hahaha.. mcm best jer round 1 malaysia dalam seminggu.. =) nak buat gak la.. ^^

Afuan Shah said...

weeee~~semangat nak buat entry mcm ni..tapi perempuan cm malu plak hehehe..

tapi serius bagus la nak hafal 15 juzuk tu..
sy juzuk amma pon x lepas lagi wooo...

oPiE iSa said...

agak2 bila lah boleh tercapai semua tu?Klo lambek na, sian lah bakal Joe tu...hehe..


p/s:semoga 3& 4 tu tercapai..:)

miRa'e said...

suke yg num 3 & 4..
anyway harap semuanya tercapai ;)

SS said...

idea mantap! heheh

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW