Share

Cara atasi spam di Facebook

Erm, malam ni aku takleh nak update entry panjang-panjang. Baju semua tak kemas lagi walhal esok pagi dah nak bertolak ke Bangkok. Perjalanan pelik sikit sebab esok pukul 7 pagi dah gerak ke rantau panjang. Lebih kurang pukul 8 sampai di Golok, naik taxi ke Narathiwat dan akhirnya baru naik Kapal Terbang ke Bangkok. Fuhh, memang mencabar betul perjalanan. Harap semua okeh esok


Virus video Osama mati dibunuh



Walaupun benda ni lebih kepada 'spam' tapi aku gelar dia virus. Kenapa? baru orang takut skit nak klik-klik. Gatal sangat tangan tu nak klik kan? Heh. Sejak Asar tadi, banyak pulak yang send kat aku link yang menyatakan bagaimana Osama dibunuh. Memang aku nak klik je nak tengok, tapi bila tengok ni macam dah spam, tak jadi nak klik. Bukak tadi lepas Isya, cehh, bertimbun2 dah orang bagi link tu. SAHHH SPAM!


Cara nak atasi?

Facebook ni satu, cepat sangat berubah. Aku yakin kalau aku bagi tutorial camne nak atasi benda ni, bulan depan tutorial tu dah kena ubah sebab facebook dah perbaharui sistem. Jadi, apa yang aku boleh bagi adalah benda basic, kalau korang buat ni, memang spam takkan berleluasa dah. Sangat annoying okeh!

  1. Jangan klik link yang tak tahu kemana ia pergi : ayat sangat indah! entah, aku tak tahu nak guna ayat camne dah. Kiranya, kalau ada orang post kat wall korang yang link ntah pape tu, jangan klik. Macam pelik je, jangan klik. Macam best je, jangan klik. Macam spam je, jangan klik. Tapi kalau dah terklik, pergi next step
  2. Remove dari wall korang : Benda ni biasanya akan auto post kat wall kawan2 korang. Memang bodoh kan? tu lah, senang sangat nak ceroboh facebook punya privacy. Jadi, bila korang tengok ada link pelik2 kat wall korang, remove terus dengan tanda pangkah kat hujung belah kanan atas. Walaupun korang tak klik, mungkin kawan korang yg nampak dan teruja nak klik akan menerima nasib sama
  3. Kawal apps : ni benda last boleh buat. Facebook connect ni ada pelbagai fungsi, developer guna untuk memudahkan urusan dengan log in ni, tapi ada jugak spam yang masuk melalui facebook connect. Senang saje, klik kat sini (apps setting) dan klik pangkah yang mana korang rasa korang tak connect pun tapi dia slumber je die connect dengan korang punya akaun.

Okeh, tu je 3 cara mudah nak atasi spam-spam ni. Aku masih lagi sampai sekarang terima chat dari kawan2 yang view your profail tu. Ahhh, sangat annoying! Ada orang boleh share camne nak atasi benda tu, gtaulah ya.
Vote okeh, klik gambar

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 ulasan:

Cikgu Khairul & Kak DiL berkata...

terima kasih^^
pasal view your profile to saya dah malas nak layan...hampir separuh dari fren list saya hantar benda yang sama kat saya..=.=

joegrimjow berkata...

@Auji Izra Sygku Dyla

sangat annoying kan?
huhu

Cikgu Khairul & Kak DiL berkata...

yup..sbb tu saya jarang online fb sgt..layan twitter ..:P

Milimilo berkata...

penat gila nak remove satu2.haduuu.kesian jugak kat org yang terkena kan.harap2 pasni sume tak klik dah link2 pelik tu. =,=

Puteri Iqa Izyan berkata...

block terus application cmtuh. haha

Unknown berkata...

haish.. nk kene bunuh sape yg wat virus ni..

joegrimjow berkata...

@Auji Izra Sygku Dyla

twitter lg best ye tak

joegrimjow berkata...

@milimilo

penat tp tu cara terbaik kot
huhu

joegrimjow berkata...

@Puteri Iqa Izyan

haha, tu pasal kena remove

joegrimjow berkata...

@Heidi Shafiq

kena panggil hacker

zahidah dihaz berkata...

tak layan lagi dah fb....kalau dulu layan pun sebab nak main game je...hehehe



New Entry: Kenangan: Student id card

SHM berkata...

thanks for sharing joegrimjow...
ni tgh dok buang smua apps. kat fb..:D

Admin berkata...

uhuhuhu..
hrap2 xtrkena~

miera berkata...

benci spam ;(

Sozcyili berkata...

Whorr.. aku takde masalah neh.. pasal aku pun memang fobia nak kelik2 menda2 mcm neh.. bukan apa memandangkan aku takut dihack. Almaklumlah ramai musuh online.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW