Share

Nokia E7 Review (5): Applikasi Ovi Maps Terbaik #Maxis10

Ya tahu tahu, blog ni dah lama tak berupdate :( Maklumlah, penulis tengah 'sibuk' bercuti. Ke Penang - negeri yang meriah dengan pasemboq dan nasi kandaq! Malam ni nak cerita sedikit mengenai pengalaman drive ke sekitar Pulau Pinang ni. Sebelum tu korang kena tahu yang aku ni tak pernah lagi drive ke Penang dan juga nak round2 dalam bandar Penang ni, ampun tak pernah!

Naza Talyya Hotel ke Eastin Hotel


Hotel yang aku tinggal sekarang (Hotel Naza Talyya) ni terletak kat Tanjung Tokong, pagi tadi terpaksa ke Eastin Hotel di bahagian bawah sikit berdekatan dengan jambatan pulau pinang. Tengok kat google maps 19 km jugak jauhnya. Apa yang tak best jalan kat Penang ni hanya orang Penang saja yang tahu

  • Banyak one way
  • Tak tahu mana jalan kecik, mana jalan besar
  • Belakang rumah orang pun boleh jadi jalan utama :(
  • Line kanan kat traffic light biasanya untuk orang buat U-Turn, tersilap beratur line kanan, alamatnya kena tunggu lama la
  • tak banyak signboard :(
  • Banyak kedai pasemboq dan nasi kandaq - dugaan nak selalu berhenti



Setiap negeri memang ada identiti dia masing-masing. No offence la kan. Dah 2 hari berada di Penang ni, serius aku tak dapat ingat jalan bandar dia. Boleh tertukar ok. Cuma macam mana aku boleh survive untuk 2 hari ni disini - jalan bukan main lagi ke hulu ke hilir - tak sesat ke? - jawapan dia, dibantu oleh Nokia E7 =)

Gambar Webcam : Ovi Maps


Applikasi Maps untuk Nokia E7 ni boleh didownload di Ovi Store, yang best - FREE. Kalau iPhone, serius applikasi maps dia failed kalau nak lawan dengan Maps E7 ni, tapi kalau beli applikasi GPRS dia, boleh la lawan. Cuma bezanya, kena beli. Kat UK harga dia 29 Pound jugak, Malaysia punya tak pasti berapa. Jadi bab Maps ni, Nokia menang sebab free dan sangat efisyen dia punya Maps


Antara function lain Ovi Maps ini adalah
  • Boleh guna mode drive (sebijik macam GPS Garmin kakak aku) dan walk (jalan2 dah xsesat)
  • Boleh check-in kat destinasi dituju dan terus integrate dengan facebook dan twitter (macam foursquare pulak dah)
  • Ada maps 78 buah negara - nak pergi jelajah kat mana-mana tak payah nak download2 maps negara tu
  • Boleh tahu weather

Kalau nak compare Ovi Maps ni dengan GPS kat kedai biasa, yang best pasal Ovi Maps ni dia ada maps 78 buah negara. haha, stylo gila kan? Kalau Garmin kakak aku tu ada 7 buah negara, dah macam hebat dah tapi yang ni 78 buah negara, uhuuu, sangatlah menarik dan banyak gitu. Lepas ni nak berbisnes kat mana-mana, tak perlu risau lagi kalau sesat. Aceceeh, kononnya nak meniaga ye?


Paling stylo?

Aha, kan Nokia E7 ni dia ada fungsi multi tasking. Maksudnya nak buat banyak benda dalam satu masa boleh! Sama jugak dengan Ovi Maps ni. Tadi masa tengah drive, tiba-tiba ada org msg. Tekan butang tengah dia tu, baca msg dan reply dan tekan butang tengah lagi dan terus ke maps yang sedia ada. Sebab teruja, masa traffic light merah tadi, aku siap main fruit ninja lagi nak tunggu hijau. dah hijau, terus tukar ke Ovi Maps balik - cepat dan tak lagging =)

Multi task - Gambar Google (bagi terang sikit)


Keburukan dia?

Mungkin cepat habis bateri kot. Ala standard la tu. Tadi tanpa sambung ke bateri kereta, Ovi Maps ni boleh bertahan dalam 50 - 60 minit camtu. Ok lah tu, nak tahan lama, sambung la pada bateri kereta tu. Dapat la tahan lama. Cuma kalau nokia boleh buat apps Maps yang tak pakai banyak bateri, kalah la yang lain kat pasaran tu. hehe


Ok, tu je dulu review ringkas. Semoga bermanfaat

pss : ada blogger kata aku kaya, cuba komen sikit =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 comments:

Mr K said...

CIK? ITS MR. KHAIRUL. Tak pun, ABANG KHAIRUL. <3

joegrimjow said...

@Mr K

cik la baru ada krisis identiti gitu. hehe

cepat beno komen. haha, soalan mana soalan?

ijam ismail said...

=)

eton said...

hehehe.. kecian dia.. klu x mesti x dpt pi seminar td kan.. kekeke..

http://diamuslima.blogspot.com/2011/03/dapat-jumpa-bloger-kaya-hehehe.html

entry pasal perjumpaan td.. hehe..

SayaAnonymous said...
This comment has been removed by the author.
SayaAnonymous said...
This comment has been removed by the author.
SayaAnonymous said...

oleh kerana ramai blogger yang view kan..so apa yang penting ada pada sebuah handphone adalah browser..

so soalannya :
Media player dia support banyak codec tak? Sebeb last time on N900 banyak codec support..rmvb, avi pun boleh play. E7...boleh ke? haha..

Izat Tarmizi said...

Apa beza E7 dan N8?Aku dengar N8 dulu banyak problem,ramai yang return balik sebab masalah processor,so E7 punya processor setakat ni ok tak?ada hang mana-mana tak?restart?

Tq

Wan Jun Smile said...

i nampak u td kat seminar but segan nak tegur... wee~~~

slay said...

1) Sekuriti Nokia E7. Selain pin code and lock code (phone lock), ada tak apape sekuriti baru yg diperkenalkan dalam model ni? cth: Lock Folder/Program, atau Anti-Theft Lock.

2) Erk, kamera Nokia E7 boleh silent tak? sebab nokia yg aku guna tak boleh, susah nak curi2 ambik gambar gadis2 comel nanti. :P

srikandibi0L0gi said...

Ada dua soalan. ringkas.

1. masih 3G atau dah ada support 4G?

2. touch-screen kan? kalau on mode touch screen utk message, keyboard display as suma huruf keyboard secara maya terpapar dalam satu atau masih terpapar seperti keypad handphone biasa?
(sorry if quest.look 'idiota'. but i found it ridiculous if message touch screen tp masih kena tekan tiga kali untuk dptkan huruf C)

* nk komen ckit ttg blogger kaya. yup, kaya. ada duit sdri n boleh beli kehendak + keperluan sekaligus.. :)

suffer8zine said...

mcm awesome je hp ni

Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

antudegil said...

how about the browser? super duper kah?

Oasis said...

Jalan kat penang memang mengelirukan. Dalam simpang ada simpang lagi.

Clara Emily Cancer said...

penang xdela susah sgt jalan dia.
tp kebanyakkan org luar dtg penang mesti tak tau jalan.
ade gak mmbe yang boleh g area bt feringgi berpandukan signboard je tak guna gps or what.
penang ade byk signboard le berbanding ipoh.

;-)

Puan Capa said...

joe mmg kaya.kaya budi bahasa.hehe

~M-i-M~ said...

tp...rupa dia mmg mcm x lawa...huhu..

Izat Tarmizi said...

Aplikasi asal maps untuk iphone yang fail tu aplikasi apa?

Adam bin Ahmad said...

saya ada baca yang Nokia punye GPS superb giler. boleh encik joe clarify kan?

kita sume sedia maklum bahawa Nokia, telah meninggalkan symbian dan melompat ke Windows phone 7, jadi adakah encik joe rasa berbaloi membeli Nokia E7 nih?

joegrimjow said...

@srikandibi0L0gi

XDE BLOG EH?
huhu

KAMIHIDUP said...

byk manfaatnya. ske baca cmni, senang nak wt pilihan. :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW