Share

Tazkirah Ramadhan : 8 alasan kenapa Dakwah ditinggalkan

Salam,

Perkongsian yang ku ambil dari kebanyakan artikel di internet ini sebenarnya sesuai untuk Muslim yang berada di majoriti bukan Muslim. Contoh kalau kita (orang islam) belajar di negara bukan islamnya ramai, UK, Japan, Rusia dan lain lain (apsal 3 ni je? hehe) Tetapi disebabkan kebanyakan kita (aku sama) sendiri gagal dalam tuntutan dakwah ini, rasanya elok untuk kita ulang kaji balik untuk pergiatkan gerak kerja kita untuk hari mendatang


Dakwah - Mengajak bukan islam kepada islam
Islah - 'Repair' muslim sedia ada kepada muslim yang sebenarnya


Dalam soal kita sekarang, tidak perlu kita bahaskan mana yang perlu kita buat dulu berdasarkan keadaan kita sekarang, apa ada di depan mata, kita buat. Contoh kalau jumpa bukan islam, kita dakwah. Jumpa dengan muslim yang tak berapa nak betul, kita islah. ok? Entry ini khas menceritakan kenapa ramai kita menolak dakwah






1) i tak cukup ilmu la u. mana boleh nak dakwah

'sampaikan ajaranku walaupun satu ayat' hadith yang tersohor ini dah ceritakan kepada kita kepentingan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Tak perlu jadi pak imam besar untuk ceritakan kepada n0n-muslim kenapa nabi ajar kita buka puasa dengan kurma dan susu dulu kan?



2) i pon teruk, camne nak dakwah klu diri sendiri teruk?

bagus la kalau tahu. ekeke. ok, memanglah diri ini tidak sempurna, selalu lalai dan alpa dalam meninggalkan ajaranNYA, tetapi sebenarnya dakwahlah merupakan 'cikgu' terbaik untuk kita mengingatkan diri untuk menjadi lebih baik. Bila dah tegur orang ke arah islam, contoh jangan guna perkataan kesat, kita sendiri akan berubah perlahan-lahan




3) Hey u, orang islam pun banyak tunggang langgang, takkan kita nak ajak non-muslim dulu masuk islam?

Kita ambil contoh yang paling ideal, nabi kita semasa di madinah, sesibuk baginda mengajar dan membentuk akidah orang islam di sana, baginda tak terlupa untuk hantarkan surat kepada raja non-muslim untuk memeluk islam. Ini contoh terbaik untuk kita ikuti. Tak perlu nak ada fokus-fokus. ajaran islam itu menyeluruh, semua berhak untuk mengetahuinya



4) Dakwah i selalu tak menjadi la u.... sia-sia je

kerja kita adalah menyampaikan dan mengajak, bukannya bagi hidayah kat depa. Kerja bagi hidayah adalah Allah, tugas kita hanya sampaikan. Sini tiada dakwah yang sia-sia, selagi kita mengajak orang melakukan kebaikan, selagi itulah ganjaran yang akan kita prolehi kelak




5) 'li ikroha fiddean' - mana bleh orang paksa orang masuk islam u. tak elok la u, tak elok

Kerja dakwah adalah tidak memaksa. Skop dakwah yang begitu besar tiada satupun memaksa bukan islam untuk masuk islam. Dakwah adalah mengajak, contoh kita ajak kawan pergi bazar ramadhan, nak ke tak nak dia pergi, tu hal dia. yang penting, kita ajak




6) i kadang2 frust jugak diaorang cakap 'mind you own bisnes' bila nak berdakwah

Memang 'bisnes' kita, memang tanggungjawab kita untuk mengajak melakukan kebaikan. kalau dieorang cakap macam tu, apa lagi, balaslah balik, memang bisnes saya mengajak orang ke arah islam. sambil sengeh kerang busuk sikit, sejuk la hati dieorang tu =)




7) kawan baik i bukan islam, i takut hubungan ni akan jadi renggang je, i sayang hubungan ni

kalau betul-betul sayangkan dia, sepatutnya kita tidak sanggup untuk dia masuk ke neraka. ajaklah kepada islam, selalu cakap pasal islam, harapan terbuka hati dia untuk islam. Dalam soal ini, jadilah contoh terbaik pada mereka, barulah mereka akan tertarik dengan sendirinya dengan islam



8) semua jadi pendakwah, syape nak jadi doktor, engineer, peguam semua? hancuslah islam u!

Tugas dakwah ini adalah wajib untuk setiap muslim. Menjadi penjawat di bidang professional sepatutnya membolehkan usaha dakwah ini lebih senang kerana mendapat tempat di kalangan masyarakat. Doktor barangkali boleh ceritakan kehebatan islam dalam soal perubatan tatkala merawak pesakit non-muslim. Tak kira siapa kita, tuntutan dakwah itu adalah wajib!


pss : ada video baru di sidebar, kot-kot la tak perasan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 comments:

Hariz said...

Berdakwahlah Dengan Hikmah :)

joegrimjow said...

@Hariz

;)
yup

r3d lollip0p ♥ said...

thanks for sharing j0e. selamat berpuasa

joegrimjow said...

@r3d lollip0p ♥

slamat berpuasa jugak

MHps said...

Pendakwah harus sentiasa belajar dengan ulama @ individu/kumpulan yang betul2 faham al-Quran & sunnah. Jadi beliau sendiri tidak menyampaikan ilmu yang bathil & seterusnya mengelirukan orang ramai.

etomyam said...

yg nombor 8 tu suka, kalau jadi daketor, enjinear, loyar atau apa-apa pun, jadilah yg islamic punya daketor, enjinear, loyar etc

joegrimjow said...

@MHps

sebab tu jgn guna alasan xde ilmu sebab ilmu boleh dicari

joegrimjow said...

@etomyam

jadilah blogger yg islamic punya

Zinedine Zaiddin said...

Alasan yang sungguh LOL, cuma kadang2 tak tau macam mana nak encounter alasan2 LOL diorang ni..hahaha

Terima kasey la banyak2 kat encik Joe sudi memikirkan alasan bernas utk encounter alasan hampes-tapi-blurr-nak-jawab ni.. :D

joegrimjow said...

@Zinedine Zaiddin

erk, dah xmain bola ke skrg?
;)

sama2

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW