Share

Memori kad raya

Salam,

Dah berbuka dengan pelbagai juadah tadi, rasa macam sangat heaven! Dulu masa kat Sheffield, pengalaman berpuasa di negara orang memang sangat tidak best! tidak best dari segi makanan yang dimakan. Nak cari cendol, popia, murtabak, ayam percik, nasi kerabu, ikan keli goreng kat sana? Huh, memang takkan jumpa! Tahun ni nasib baik full aku puasa kat Malaysia, bolehlah menikmati pelbagai juadah makanan dengan hati yang girang, perut yang kenyang.


best kan berada di Malaysia ni =)


*****

Tahun lepas adalah raya pertama aku sebagai blogger. Huh, bunyi macam stylo habis kan? hehe, mestilah stylo, blogger ni pun sebagai kerjaya apa. Jadi sebab 1st time sebagai blogger tahun lepas, agak banyak menerima kad raya dari blogger. urmm, siapa ek yang pernah bagi aku kad raya tahun lepas? hehe. banyak-banyak, terima kasih yang bagi tu


Sejarah Kad Raya Joegrimjow


Memang aku ni sangat suka bila dapat kad raya. Bukannya apa, masa kecik-kecik dulu memang mengidam nak dapat kad raya yang begitu banyak macam ahli keluarga aku yang lain, tapi tak jugak dapat-dapat. Kakak aku yang sulung, huh, tiap tiap tahun mesti banyak kad raya yang dia dapat. Aku? alahai, memang nak dapat 5 pun sangat susah


Paling banyak dapat kad raya adalah masa kat matrik melaka dulu. Ya lah, dah jadi orang besar kat sana, paksa anak buah bagi kad raya. haha, mana tak banyak dapat kan. Bila sehari dua nak raya, mulalah baca kad kad raya tu dan mulalah sengih sorang-sorang macam kerang busuk. Macam baru dapat anak baru!


'Skill' dapat kad raya dengan banyakknya






Jangan timbul kontroversi pulak gambar atas tu. Ye lah sekarang ni, ramai yang suka aibkan orang kan. huh. kot-kot gambar perempuan kat atas ni ditukar gambar lisa surihani ke, memang naya aku! Ok, poyo kejap. Ok, atas tu gambar tahun lepas aku dengan akak aku. Tua setahun dari aku je dan kat rumah kat kampung ni, selalu bergaduh dengan dia je lah. gaduh adik beradik gitu. setakat mana boleh panjang-panjang ye dak?


Apsal letak gambar akak aku tu, ada story disebaliknya. Cerita ni berlaku pada umur budak-budak kecik gitu. Baru habis tahap pra minum susu. Spesifik timenya, masa aku darjah 5 kat SK Peringat. Masa tu akak aku darjah 6 dan dia ketua pengawas kat skolah. Heh, KP skolah rendah, paham-paham je lah macam mana kan


Memulakan memori kad raya


Ceritanya jadi macam ni. Bila nak dekat-dekat puasa, akak aku ni sibuk beli kad raya banyak-banyak. yeee serius aku tak tahu kenapa dia beli banyak-banyak. Nak bagi kat sape? nak bagi kat aku kot. Mungkin? Tapi memang tidaknya, hampagas punya kakak, dia memang tak bagi pun kat aku! Pada siapa yang dia bagi, kat kawan-kawan dia


Jadi, bila dah start puasa, dia mulalah ke pejabat pos untuk hantar surat. Aku yang hanya melihat duk doa dalam hati setem yang dia lekatkan tu tertanggal. Takdelah sampai surat dia tu. Bukan main jahat lagi manusia nama adik bongsu ni ye tak? Tapi, duduk lama-lama, posmen pun hantar surat ke rumah.


satu surat untuk dia
surat kedua untuk dia
surat ketiga untuk dia
hinggalah berpuluh-puluh surat atas nama Fazida


Nama Faridzul takde sorang satu pun! Dengan bangganya dia menunjuk kesemua kad raya yang dia dapat tu kat aku. Senyum kambing dia tu memang rasa diri ini terhina. ya lah, takde satupun nama aku! Huh, aku jadi spy. aku baca isi kandungan surat yang mereka bagi kat akak aku tu dn semua mesti ada kat bawah tu


Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas


Cet, inilah sebenarnya skill orang untuk dapat kad raya ya? baru aku tau. sebab dah masuk puasa ke 15 ke 20 camtu, kalau aku bagi kad raya kat kawan-kawan aku melalui pos pun, memang entah bila-bila dieorang balas kan? so, memang tak sempat ni! Untuk menyaingi kad raya yang begitu banyak akak aku dapat tu, aku timbul idea yang SUPER GENIUS!


Aku beli kad raya banyak-banyak
Aku tulis kat kad raya tu dengan ucapan 'selamat hari raya'
Hampir 20 kad raya aku buat perkara yang sama
Pada waktu pagi pagi buta lagi
Aku letak semua kad raya tu kat peti surat...
Peti surat depan rumah!


Ya, idea genius aku adalah bagi kad raya pada diri sendiri. Muahaha, memang idea ni terbaik punya. Bila dah petang, aku suruh la akak aku pergi check kat peti surat depan rumah. Dia cakap malas, bukan ada surat pun, aku cakap, mesti ada punya. dia cakap malas, aku cakap jangan jadi malas! Last-last dia pergi jugak.


Aku dengan riaknya menunggu di dalam rumah, mesti akak aku jeles!


Akak aku masuk dengan gelak ketawa yang sungguh kuat. Kalah orang kat stadium bola! Dengan slumber dia cakap kat aku


'hahahaha, hantar surat kat diri sendiri?'


Aku dengan gelisah tidak mengaku. Macam mana dia tahu ni. pelik pelik. dia ada intip aku ke? ooh no! Terus aku nafi bertalu talu


'Mana ada mana ada. nape cakap macam tu'

'1st, semua 20 surat ni pada kepada Faridzul, mustahil dapat sekaligus'


'Biasalah tu, ramai peminat!'

'2nd, semua 20 20 surat ni takde stam!'


'ala, posmen tu tanggal lah kot, posmen nak main kumpul-kumpul stam'

'3rd, semua surat ni tulisan tangan sama. hahaha, kesian kat ko, nak sangat kad raya ke? meh nak bagi satu meh'


Alasan ketiga memang aku tak boleh nak buat apa-apa. Hanya malu sampai muka merah macam cili sos! Sampai sekarang tobat aku dah tak buat hantar kad raya pada diri sendiri. Hampagas kantoi bodoh!


pss :
Joegrimjow
Lot 1915 Jalan Bachok
15670 Kota Bharu
Kelantan


eh eh, ni alamat sape ni? lalala

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

40 comments:

Ilidina.. said...

tggu kad raye dr saye ye..hehe

alinac lover said...

hahhaa..ingt bini joe..hahahha

Miss Izah Mohamed said...

hoohh.. bachok je ke?? xyah anta kat raya lah... nant pegi beraya terus je.. ahaksss

lepas tu jgn lupe dtg jerteh pulok.. hahahaha....

piNky LuCiA said...

ish3.. meh sini nak kasik 1 meh.. hahahahaha

aminatulmimi ismail said...

awak ni lawak la... kalau ada kad raya lebeh saya pos ek! kena utamakan cikgu-cikgu yang mengajar dulu. hehe. lawak lawak.

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

ada alamat tu~

=)

cimut munniey :) said...

HAHA.kelakar lah joe nie!

Ery Farieha said...

hahahaha
p/s itu ada makna :P

Ery Farieha said...

hahahaha
p/s itu ada makna :P

FarhanaDr said...

Kah kah kah.. Sampai part last tu dia jadi kabur plak laa.. Adehhhh..

joegrimjow said...

@Ilidina..

wahh, mahu2

joegrimjow said...

@Miss Izah Mohamed

jerteh?
bleh2

joegrimjow said...

@aminatulmimi ismail

alaa, nak nak. bagi la

joegrimjow said...

@Ery Farieha

masa gathering pon boleh bagi ok
hihi

Fiq said...

haha..yezzaa...da tau alamat..
jangan tunggu kad raya je..
rombongan satu bas dtg nk beraya nanti..

fahmi ibrahim said...

memang mengharap tu... haha.. kasi alamat siap

zumiela7 said...

walapon zaman dh smkn canggih, kad raye gak yg still mnjd plihn atie..pnuh ngan sentimental value..huhu

MX said...

ehem2...
ade alamat la...
hantar sendiri je la..
tak payah pakai stem...
hahaha

APi said...

skill da besar ni lagi genius kot..
haha~

joegrimjow said...

@fahmi ibrahim

xdapat dari org dekat ni mmg kena r
huhu

Ilidina.. said...

@joegrimjow

haha..kamu kene bg kad raye kt sy gak..lalalala

Ilidina.. said...

@joegrimjow

haha..kamu kene bg kad raye kt sy gak..lalalala

eelobor said...

orang kampung rupanya

makdara TERDIVA said...

hahaha..kelakar la joe..kreatif tp kantoi.. :P

joegrimjow said...

@Ilidina..

boleh2
hehe

Ilidina.. said...

@joegrimjow

haha..serious ke?

yasminsarian said...

hahaha,,,klaka,,,siap ade alamat tu,,,:D


p/s:raye t nak serbu rumah awk la,,,:P

yasminsarian said...

hahaha,,,klaka,,,siap ade alamat tu,,,:D


p/s:raye t nak serbu rumah awk la,,,:P

ciK LyndaWawa igUana said...

saya tunggu kad raya dr joe jugak!!!=)

khairul farhan said...

sedih gila kena tulis kad raya untuk diri sendiri..haha..kantoi lak tu..itu lagi sedih

AYW said...

ciannn.. desperate sgt dah tuh.. ehemm siap bagi hint address..aduyaii.. ok nak kad kartun karikatur lawak ke, kad gambar ketupat ke, masjid ke, bunga dgn lagu ke,hand made.. =P tgu lebaran tahun ke 15 rynna post

Encik Tikus said...

aku bawak rombongan meminang terus

joegrimjow said...

@AYW

ketupat pun ok
hehe

zool said...

ok .. akan ku hantar kad raya.. tunggu

noor afzan said...

ye la..
ye la..
den anto kad raya kat kamu k.

joegrimjow said...

@zool

menunggu dengan penuh debaran

Fatin a.k.a. Aten said...

hahahaaa..

alamat bawah tu mmg mintak kad raya..
tapi kalau dah dpt, jgn lupa balas kad raya la ok..

ingat pantun 2 kerat kakak awak.. =D

joegrimjow said...

@Fatin a.k.a. Aten

erk
ok ok
hehe

Asyraf Hamasaki said...

joe tak baik joe
kalau ko join contest edit skit skit
kebarangkalian pemenang top 5 akan jadi 4/5 jangan ragging orang lain hahaha
jadi tukang review minat tak? :-)

Shaunpjhz said...

walapon zaman dh smkn canggih, kad raye gak yg still mnjd plihn atie..pnuh ngan sentimental value..huhu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW