Share

lelaki bermata bogel atau berkaca mata?

entry ketujuh : mama zharfan

touching sangat sangat! entry yang panjang ni ku baca tanpa jemu. biasanya yang panjang-panjang kita buat summary je baca, tapi yang ni, walaupun panjang, semua isi bermakna. true meaning pf love tema yang dipilih mengisahkan cinta ayahnya kepada ibunya. waah. 52 tahun! lama tu. kisah ni buat teringat kat arwah ayah, garang. cuma beza skit dengan arwah ayah mama zharfan, ayahku romantik. hehe. sebab tu romantik dia turun ke anak bongsu. errk??? hurmm, terima kasih sebab masuk. satu entry yang ku rasa berbaloi di baca. tak baca lagi, boleh baca. semoga arwah bersama dengan yang soleh



entry kelapan : kak elly

ahaa, seniorku join juga!. time kasih kak elly sebab join. hargainya. kak elly ni senior kat sini yang dah pulang ke malaysia. memang senior yg baik gitu. bertambah baik setelah join contest ni. errk? hehe. ok, cerita kak elly.... tak tahu pakai tema ape. haha, rasanya dua dua aspek disentuh. true meaning of love dengan unity of sportsmanship. lebih kepada entry promosi. apa apa pun, time kasih kak elly join. kalau ada masa, lawat lawat lah kami kat sini ;-)


~~~~~


ni untuk contest spek. terbaca kat blog cik milo, join je lah sebabkalau menang boleh diskaun buat spek. memang dah plan lama dah ni nak tukar. balik nanti tukar la kot. nak join? klik sini



1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?

masa darjah 2. tarikh tak ingat, tapi kalau umur..... 8 tahun la kot



2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?

ni kes best. ok, masa darjah 2, ada kelas fardhu ain. ala, kelas waktu petang tu. mesti ingatkan? masa tu ustaz suruh baca doa qunut yang ditulis di papan hitam. (rindu gegile kat kapur dan papan hitam ni!) walaupun dah kat depan, tapi masih tak dapat baca. so ustaz call ayah, suruh buat spek. haha. start la pakai spek. malam tu jugak ayah suruh pergi buat



3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?

plus minus 150, agak tinggi kan?




4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?

mestilah bulat sebulat bulatnya. ketika tu dirasakan, semakin bulat spek, semakin hensemlah diri. kekeke!



5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?

mestilah gaya anak muda. erkk, gaya anak muda camna ya?

OOH RAMBUT.....


6. Berapa power terkini anda (anggaran)?


674 kiri, 650 kanan. memang banyak, sapa soh duk update blog je kijenye




7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?


sejak dari umur 8 tahun, sampailah ke 20 tahun. setahun sekali. jadi dah 13 pasang spek dah. cuma sekarang ni dah lama tak tukar yang baru. sebab tu plan macam nak tukar ni



8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.


suka gile pakai spek. walaupun ada yang suggest laser la, contact lens la, ku lebih suka pakai spek



9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?


spek, nampak lebih kacak. hahaha




10. Optometrist pilihan anda?

mana mana boleh. ada promotio, layan je yang mana pun



11. Pasangan anda berkaca mata ?

erkk??? im single. hehe. tapi nak yang tak pakai spek. senang skit nanti masa nak tidur. takdelah tertukar spek bila bangun nanti sama sama



12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?

alahai. umur 8 tahun masa mula mula pakai spek ni, kire kanak kanak la kan. pandangan, jagalah mata dengan elok. jangan sampai dah jadi teruk camni, baru nak jaga mata. dah terlambat



~~~~~

aku dah spek (kaca mata)


sejak berumur 8 tahun dah memakai kaca mata. memang usia muda ketika itu. keluarga aku, ketujuh tujuh. erkkk... termasuk ibu bapa aku skali pakai spek. hehe. jadi memang keluarga spek la ni.


setahun sekali


sememangnya setahun sekali, pasti akan bertukar spek. bukan apa, sebab powe sudah bertambah. pelik jugak dulu kenapa power bertambah sedangkan tengok tv ku jarang, main komputer pun jarang, tapi power spek asyik bertambah. kalau macam skrg ni nak bandingkan, memang kuat main komputer, tapi spek dah lama tak tukar.


kali terakhir tukar


2 ke tiga tahun yang lepas. memang dah lama sebenarnya tak tukar ni. balik hari tu memang nak tukar, sebab kat sini harganya sangat sangat mahal. harga 200 ke 300 pound. darab 6, haa, dah boleh dapat yang berjenama dah kat malaysia. jadi memang akan buat spek di malaysia je nanti. tunggu lah balik, baru buat


isteri tidak berkaca mata


susah kalau dua dua pakai spek ni. genetik dah cenderung anak anak pakai spek. lagi satu, takut kejadian ni berlaku. aku kalau tido, pasti pakai spek. sebab nak lihat mimpi iotu dengan lebih terang, jadi bila dah bangun, pasti spek entah kemana. sebab power tinggi, memang meraba rabalah mencari spek.



kalau 2 2 aku dan bini pakai spek, siapa yang nak cari spek kami nanti bila bangun setelah penat melayari malam bersama?



nota kaki : sayang bola last kena tangan. hampagas ref tak nampak!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

39 ulasan:

Azuan berkata...

aku fes time pakai power dah 250 wakaka...

Jard The Great berkata...

uish.. tak nak bini pakai spek? melepas la aku.. ahahaha...

ehh... ku pon start pakai spek mase darjah dua. tapi power ku kini taklah tinggi cam kamu. gler wei.. 600++

aku nyer baru 350 kiri dan 500++ kanan. Dalam famili ku tiga org jer pakai spek. Tp org kata... mmg keturunan genetik bab2 rabun neh..

kalau kamu rabun.. anak2 kamu pon boleh rabun gak tak kira mak tak rabun atau tk. =p

Dj Epoi berkata...

Joe,...

Lu lebih Hancummmmmmmm...kalau berkaca mata.....

Nampak Hebat siut!!!

Klau Lu tak pakai....Gua rasa nampak cam SKEMA heheheheh...Hahahahah

joegrimjow berkata...

azuan, byak gile, kalah oohh

jard, hehe, xp, kamo terkecuali. ahaksss

dj epoi, hancum tu macam bersin ke?

chah~ berkata...

waaahh.. aku xpenah pkai spek dan ade spek.. spek itam ade laa.. hoho.. dari djah 2 pkai spek..? x rimas ke..? tak rase cam penglihatan terbatas ke.. heheheh

joegrimjow berkata...

mestilah semua tak
bahagia sentiasa pakai spek

Nadia berkata...

hehehe...entri kelakar...camne lak ko nak taw kalo awek 2 pakai contact lense???heheXD

Hazzy Ishak berkata...

jwpn no 11 tu..hehee

ku tak pakai spek...mata masih terang benderang lagi.Alhamdulillah berkat mak bagi makan carrot bebanyak...hahaha

joegrimjow berkata...

alamak. betol jugak tu
xpe, selidik betol2 dlu
hehe

Tirana berkata...

Betul...joe nampak handsome pakai spek..hehehe..lagi satu nampak intellect...alamak dah memang intellect pun kan..

joegrimjow berkata...

intellect blom lagi
so
aminnnnn

i'm shin... i'm inesen berkata...

x bole blah alasan pakai spek yak no 9 tu...

kata org.. mata cpt rosak sbb tengok tv dekat sgt ngan skrin.. hmm mesti kekecik antu katon ni.. tengok eyeshield.. hiruma! huhu

p/s : dan mata cpt rosak kalo suka tengo porno.. tul ker ek?? hehehe

joegrimjow berkata...

tgok dekat
mesti rosak
porno?
hoho

eqbalzack berkata...

awalnya pakai spec...mesti seawal 2 tahun dah study giler2 ni...hehe

Tanpa Nama berkata...

adakah ini tag?

ika yunos berkata...

berbanding lelaki bermata bogel, saya lebih suka yang berkaca mata sebab lebih menutup aurat! hahaha

joegrimjow berkata...

ini tagg kontest
hehe


bogel mata pon tutup aurat
heee

qishie berkata...

gile kau sampai 600++??

ko proffesor ke hape weh?
hahaha

Unknown berkata...

tinggi tu power tue...

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

kena letak pic the whole fam nie...
confirm menang contest spek tue...
=)
8 tahun pun dah tinggi power...
now 600 ++ ...
tinggi tue..

shandye. berkata...

the first time i needed to use specs is when i am in form 3.

i've changed my specs a couple of times since then. the reasons?

misplaced.

sat on it.

left behind in trains during my regular commute from penang to kl (during those days in uitm).

haha.

✿ Cik Nadyaa ✿ berkata...

Tingginya power..Rajin baca buku ke rajin tengok tv tu..Takpun malas makan sayur..hehehe

devoted lily♥ berkata...

hahaha..
ta ske pkai spek nnt tudung kembang..
muka jd bentuk kon..
pakai lenses dikira bermata bogel
ke??haha

Nurul Huda Rahim berkata...

penyakit keturunan. ah. benci jugak. tp nak buat mcm mana. harus redha. haha.

Unknown berkata...

ayat last tu busuk sangat la.haha.dush.

NAZ berkata...

yang dah kabur mata leh join tak? hahaha kabur jer nak menang rasa nya haha

Milimilo berkata...

wow..tingginye power..muke ko mmg sesuai pakai spec la joe..xnampak nerd pon..hikhik..sape yg xrabun,cpt ngorat joe niiii.. =P

eNaSaN berkata...

jOe,



giler bYk poweR speK tue... huhuhu ku xprnah berkaca mata.....kira aku pndai jaga mata..ahakssss


tp abg aku satu family pakai spek...dr isteri sampai 5 anaknyer...huhuhu

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Ku tau entry ni khas tuju untukku kan? Kan kan kan? Sebab ku tak pakai spek.. Tau2 jek.. Wawawawa.. Please consider yaa.. Haha.. ;p

Tapi hang pny power tinggi laa joe.. Dasat.. Tu laa.. Blog jek kije.. Huhu.. Ku lebih prefer lelaki pkai spek. Nampak hensem banget macam hang.. Heehee..

Ayu Zan berkata...

pendapat ku..
awak lebih smart dgn spek..
kalau buang spek..
xpastila mcm mnaa...hehe..

tapi laki pakai spek mmg hensem..wawawa

Bukan Bidadari berkata...

kesian tgk budak2budak sekolah rendah pakai spek tebal2....

'AQILAH berkata...

dua2 cari spek sama2, comel la...dua2 tak nampak..

Ivy Metaga berkata...

ayat yg last tu best..dua2 meraba cari spek..best lah macam tu hahahaahaha...:p

ciK LyndaWawa berkata...

waaa....mo join jugak....bolehka?hehehe..nampak best

joegrimjow berkata...

qishi, ndak ekh, ada je lebih tinggi powernya

shandye, haha, pity u

lily, haah, bogel la tu. hehe

enasan, agak2nye tu genetik kot

farhana, ahakkksss

joegrimjow berkata...

ayu, kelihatan ayu gitu,. hehe

aqilah, comel mmg comel, tapi kurang efisyen, hehe

cik lynda, sila2, tp bagi la referrer. hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

weee!!


aku ada 2 pasang je!!


aku suka lelaki pakai cermin mata!
sangat kacak aku rasa~

joegrimjow berkata...

ku temasok jugak ke?
hehehe

iman berkata...

u should eat lutein:http://en.wikipedia.org/wiki/Lutein.

Shop:http://www.puritan.com/lutein-158?searchterm=lutein&rdcnt=1&page=1&sortOrder=2

or berry.or carrot.

u r what u eat

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW