Share

malam bersama pengarah MSD

11.02 malam
kejadian di havelock street



sedang berjalan menuju ke rumah dari masjid, perlu lalu havelock street. biasanya pukul 11 begini dah senyap. tapi malam ni pelik sikit. suasana bising! ooh, malam hujung minggu, mat saleh berparty. tetapi.... bukan kat bar, tapi berparti kat rumah!



seorang awek mat saleh keluar
berpakaian agak menjolok mata
aku hanya mampu 'meningintai' dengan sebelah mata



keluar lagi seorang awek mat saleh
kali ni LAGI sexy dan mengghairahkan
aku hanya mampu mengintai dengan sebelah setengah mata


'i need taxi!!'


apa ke hal nya bertempik sakan ni? ooh, mabuk


'heei bald guy, i wanna taxi'


ku mempercepatkan langkah... bald... botak... adakah aku?


'bald guy, cant u here me? i need taxi, bald but sexy, i like it'


ok, yang merah tu penambah sedap ayat. sekali lagi kenapa kepalaku dijadikan bahan untuk digelak ketawakan?? hatiku merintis malu....



~~~~~


8.00 malam (2 jam sebelum kejadian)
tempat MWHS


malam ini ada perjumpaan dengan pengarah baru MSD. tadi dia sudah merasmikan Sheffield Games, alhamdulillah semua dah satel. esok NEXT pulak, pasal 2 ni, ku tangguh dulu nak update sebab majlis malam ni bersama pengarah yang perlu di update dulu.


runsing


serius memang runsing dengan bilangan yang akan hadir. bagai berbelah bagi. satu sebab tadi masa SG dah bincang dengan pengarah apa yang dia nak sampaikan dan jelas apa yang dia mahu sampaikan nanti agak berbeza dengan pegawai MSD lain yang mahu sampaikan, iaitu 'study smart' pelik? memang pelik, macam nak bagi motivasi pulak. yang mana tugas pengarah MSD bukanla itu prioritinya. tapi dengar penjelasan dari dia tadi, ada logik sampaikan benda yang selalu dengar ini supaya 'kemesraan' lebih terpapar.



yang menjadi runsing adalah bilangan yang akan hadir. ya, tadi semua komiti dan kebanyakan pelajar sheffield balik dari SG pukul 6.30 malam. majlis akan start pukul 8 malam. call punya call, memang semua keletihan. alamak, kalau semua letih, siapa yang mahu hadir? sebab itu berbelah bagi, yang datang sedikit, tapi tajuk talk best. macam mana agak agaknya? proceed je la


alhamdulillah


ada juga yang datang. hampir 30 orang datang tadi. betul betul berbangga dengan yang datang ni, kepenatan letak ditepi, bersemangat nak jumpa dnegan pengarah yang tiada pertalian darah (macam pantun pulak) ni pergi jugak. terima kasih yang datang!



untuk yang tak datang



apa lagi, jom aku kongsi apa yang tuan pengarah bagitau tadi. fresh dalam ingatan lagi ni. cuma sebab esok nak NEXT plak, ku tulis apa yang patut je la ye. sikit sikit mana yang penting. nak semua, kenalah datang sendiri lain kali. hehe


1st part - tentang MSD


first degree
sepatutnya tidak kurang dari class 1. erkk, tidak lebih??? apakah??? maknanya kena dapat class 1 la ni. teringat semangat dahulu yang ingin dapat class 1 habis degree ni, tetapi semakin lama semakin susah. jadi terlihat slide ni, kenangan lampau teringat kembali. hoho. ok, caiyok for class 1


Ph.D
tak terlibat. hehe, cuma yang buat phd ni kena ingat yang student phd yang tidak dapat menyiapkan dan gagal dalam phd adalah di tahap yang membimbangkan sekarang. beringat beringat la ye



2nd part - study hard.... yes? no?


tajuk yang dibawa cukup mudah dah ringan. sesuai dengan kepala dan mata yang mahu tidur. jadi tajuk yang ringan ni menjadikan mata bersemangat untuk mendengar dan telinga bersemangat untuk melihat. hehe, terbalik sikit



why study
terfikir jugak kenapa untuk study ni? adakah untuk keluarga, ibu bapa, kerja, agama, atau untuk menjadi pandai. jawapan di tangan sendiri. bagi aku... untuk apa ya study degree ni? ermm, kerja kot. mungkin niat kena betulkan kenap perlu study ni. sudah pasti untuk 'pandai' ;-) sesungut tu, ada makna tu


achievement
apa akan berlaku pada diri 5 tahun akan datang. 10 tahun? atau 15 tahun akan datang? tuan pengarah ada share cerita tony farnandez yang memberi talk yang hanya 30 minit berkisar 'air asia' sampaikan dia sendiri mahu join air asia sebab talk itu. haa, hebatkan? sekurang kurangnya, anak cucu aku nanti bila naik air asia, akan kenal dengan nama tonu farnandez ni. akan menjadi sejarah. masalahnya, adakah kita mahu nama kita juga menjadi sejarah yang boleh dikenang? hurmmm. satu soalan yang akan ku ingat bila dah jadi glamer nanti ;-)



time management
erkk, yang ni nak cerita satu persatu memang bohsan la. jadi kita ambil yang mana penting dan dekat di hati je la. untung yang pergi tadi. mesti penat berbaloi dengan bayaran ilmu yang bermanfaat dapat tadi



1) controlling your study time
2) making schedule
3) to-do list
4) using calendar



5) study group
untuk part ni, tuan pengarah ada tanya siapa yang buat study group yang proper. maksud proper, adalah ada team kita sendiri dan selalu buat dengan kerap. erkk, takde sorang pun yang angkat. ahaa, inilah tandanya kita ni suka jual ikan (baca selfish) bila kita ada ilmu, kita tak mahu sampaikan. bila kita tak tahu, kita duduk diam je. berbanding dengan bangsa lain dari kita, sudah pasti mereka ni ada study group sendir. teringat aku kat long, kawan matrx dulu, chinese yang paling baik dengan aku masa di mtrx, walaupun perangai gila gila, tapi bila sampai masa study, die akan ada team dia sendiri untuk belajar. penting study group ni dan adakah masih releven untuk dipraktikkan diperingkat u?? mestilah masih releven! even yang bekerja tinggi pun perlukan 'group' untuk discuss sesuatu!


6) mind mapping


sebenarnya ada 12 yang tuan pengarah senaraikan untuk time management, sebab sibuk dengan call orang ni call orang tu, msg orang ni msg orang tu, yang ni je yang dapat. kata tuan pengarah, dapat satu praktikkan dah ok. so, ku dapat 6 praktik.... 1 atau 2, ok dah kot. hehe. semakin banyak semakin cemerlang. anda tentukan.



sedikit gambar dari iphone, sorry lah pasal kualiti



tuan pengarah MSD menyampaikan talk
terima kasih sebab walaupun kepenatan, tetapi masih sudi mahu berkongsi dengan kami



sesi makan makan lepas acara



terima kasih sebab hadir



kaum 'ibu' ;-) yang datang, thx ya




tido dulu


ok, sampai itu sahaja. esok bangu pagi untuk NEXT plak. kisah in team di uk, ku akan ceritakan di entry berikutnya. kekalutan?? keributan??? kepetiran??? sama sama kita nantikan di entry berikutnya. tidur dengan aman



bismikAllah wa ayya wa ammutu



nota kaki : terima kasih kepada semua yang menjayakan SHEFFIELD GAMES tadi. dah berkali kali dah cakap, nak cakap lagi. thank u very muchhhhhh all of u guys for doing splendid job today!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 comments:

Mknace said...

:) :) :) sharing is power

camner leh jadi bald guy nih.. hehehe..

green said...

tulisan biru tu ke?
yg penting kerjasama..

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

kaum ibu ya Joe?

hehehe~

=]

ah, budaya Malaysia jelas terserlah. makan beralaskan surat khabar. =]

joegrimjow said...

erkk
ok ok
da ubah da
huhu

cik zara
isnin baru sempat baca entrymu
huhu

lea said...

wah..makan bersila..

adat melayu!

Ilidina.. said...

sheffield games best..hehe..makanan tuh yg best..nyum2..puas hati sgt2..=)

Mimpi said...

Botak itu memang seksi, jadi habit aku berambut botak masa zaman sekolah.
Selesa.


Nampak gayanya Joe menikmati segala benda yang berlaku dalam lifenya sekarang.
Bagus.

FarhanaDr said...

Walaupun hang sibuk tetap juger sharing info2 yg best.. Thanx2.. Heehee.. Perkongsian yg bagus.. :)

Syima Boyd said...

=)

joegrimjow said...

stakat boleh kongsi kite kongsi
huhu

Lady Dyla said...

Gud job korunk handle that game!
pape pown I vangga my Uni dapat gak place in netball n badminton.. :)

Lifesaver said...

apa kaitan gadis taxi itu dgn entry ni

hanis said...

SalaAm..

Join la. Thanks komen..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW