Share

cat semua hijau!


'abah buat ape tu?'

'garu belakang ni... halimah tolong garu abah boleh'



'taknaklah. kotor tangan'

'ala, sikit sikit je. lagipun garu guna ni (sambil tunjuk alat berbentuk rotan)'



'tak cakap awal awal. meh halimah garukan'

'hehe. sayang anak abah'


'sambil garu garu ni, takde cite ke bah?'

'aik, mintak cite dengan abah plak?'



'ye la, bosan, lagipun da lama kan abah tak bercerita. cite la skit'

'halimah nak cite ape?'



'apa apa aje, yg pentg ada pengajaran'

'ishh, pernah ke cite abah takde pengajaran?'



'erkk. entah. hihik. abah cite la. halimah garu belakang abah'

'ok ok, abah cite pasal twitter'



'huiyooooo. twitter? yang kat internet tu?'

'haah, best main twitter ni. kali ni abah nak cite kalau twitter tu di printkan'



'camne kalau di printkan?

'tengok gambar ni'












'wohooo, banyaknya orang yang twit twit ni bah'

'memang banyak. sebab tu jadi macam tu'



'mana abah dapat ni?'

'email la, apa lagi. hehe'



'bah, taknak la cite twitter, nak cite pengajaran'

'haissh, pengajaran la tu, twitter baik untuk penulisan. FOLLOW lah joegrimjow di sini'



'waaah, siap iklan lagi. xmo la bah, nak cite....'

'olololooo, meh sini abah cite. garu best best tau, baru masyuk abah nak cite'



'yahuuuu'

'ok, cite bertajuk. jadikan semua hijau!'



'cite politik ke ni bah?'

'bukan bukan. dengar dulu. ok camni. dalam satu negeri, ada seorang yang tersangat kaya. kaya gegile, lebih kaya deari oprah'



'hiperbola betol...'

'ok, orang kaya ni terkena satu penyakit. nama penyakit tu adalah HBPM'



'HBPM, apa tu bah?'

'hampir buta padan muka. hehe. ok, dia dah mula cuak dengan keadaan mata dia ni. pelbagai dia tawarkan supaya ubati mata dia. semua orang tak dapat nak ubat'



'kesiannya. kaya tapi buta nak buat apa kan?'

'haah, btol. tapi ada seorang ustaz ni datang, dia kata dia ada cara nak ubat penyakit ni. caranya, selalu tengok warna hijau, sebab mata akan jadi aman damai'



'wooh. ada plak camtu bah?'

'ada la tu. ok, sebab dah terdesak sangat, si kaya ni pun buat keputusan, dia upah beberapa pengecat professional, dia mahu cat semua jadi hijau'



'wallaaa'

'kete ferrary dia jadi hijau, rumah 343 tingkat dia pu jadi semua hijau, lauk makanan pun semua warna hijau, semua sekali lah. tak cukup dengan tu, kalau dia mahu keluar rumah, dia akan pastikan kesemua tempat yang dia pergi, dia akan cat warne hijau'



'mesti banyak duit dia habiskan'

'takpe, kan dia kaya. sampailah satu ketika, ketika ustaz tu datang ziarah balik, ustaz tu pakai baju warna hitam, apa lagi, pekerja dia terus menyimbah cat ke seleruh badan ustaz tu'



'ustaz pun kena sama?'

'iye. lepas tu ustaz tu bengang la. dia nak melawat je, tapi kenapa di layan begitu rupa. dia tanya kat orang kaya, kenapa simbah dia dengan cat warna hijau. orang kaya tu cakap la, kan ustaz suruh dia tengok warna hijau. jadi semua yang dilihat kena lah warna hijau. ustaz tu tengok keadaan sekeliling. semua memang hijau, termasuk kcuing yang comey pun di cat warna hijau. ustaz tu gelak besar!'



'kenapa ustaz gelak?'

'orang kaya pun tanya soalan yang sama cam halimah, kenapa gelak? ustaz tu cakap, tak perlulah cat semua jadi hijau, kan kalau beli dan pakai spek yang warna hijau, semua yang dilihat akan jadi hijau'



'hahahah, ye tak ye jugak kan. tak payah bazir duit dengan mengecat semua benda'

'hehe, dapat pengajaran?



'belilah cat hijau di kedai yang murahhh!'

'ishhh, bukan bukan. dalam hidup kita ni, bila kita nak berubah, kita selalu nak ubah orang lain dulu, sebab kita rasa dengan ubah orang lain, baru benda yang kita nak ubah kita akan berjaya sedangkan, dengan ubah diri kita sendiri, memberi impak yang lebih besar terhadap perubahan yang kita nak bawa'



'erkk. btol3'

'hehe. ok, dah. dah berbekas badan abah ni halimah garu. tak sebest ibu kamu yang garukan'



'abah selalu banding dengan ibu. mestilah sebab ibu dah besar, halimah kecik lagi!'


pak belalang hanya senyum. ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

Lifesaver said...

joe.
dulu mr KE ada guna product herbalife. tp dia kat amahal sgt. terus dia stop :)

aduka said...

cite best..

joegrimjow said...

life, kualiti mesti harga pon ada, tapi ku sebagai student pon ley minum, xde la mahal sangat. hehe

aduka, thx u, ubah2 dari email

Hanis said...

siyes..
cter tu klaka tapi still de pengajarannya.
tanxx joe! =)

joegrimjow said...

;)
welcome

Nur -al- Ain said...

Haha.. Best2, lawak smbl memberi pengajaran.. Gudboy! Hehe

+akufobia+ said...

beli spek jom.

cikgu isza said...

mendalam sungguh critanya

enyheartsdiamond said...

eny penah minum utk sebulan je herbalife tu..

x mampu..

nk shopping lagi..

haha :D

Vee Violet said...

nanti vee follow joe dengan halimah...
=)
twit! twit!!

Huda said...

best lah abah~
hehe

joegrimjow said...

Erkk, halimh xde twitter cik vee.. Huhu

saypOOL rafhtello said...

halimah memang kecik lagi..

Mimpi said...

Promosi twitter namapak gayanya ni.

FarhanaDr said...

As usual.. My dear Pak Belalang tak penah menghampakan.. Heehee..

Ku pule lain, slal cube untuk ubah diri sndiri jadi perfect, perfect dan perfect sbb nak puaskan hati org lain sdgkan ku sndiri hilang arah tuju.. Hmmmm.. Dahsyat.. Tapi skang ku nak ubah.. Ngee..

joegrimjow said...

brubah kepada lebih baik dituntut ape

Anonymous said...

Hey joegrimjow.blogspot.com members!

Would you like to earning some more money? Wonga? Cold hard cash??

In these obdurate commercial times everyone could do with some auxiliary coins in their wallet so here's your opportunity!

You can take home as much as you lust after simply by referring 10 friends to our site:

[url=http://www.facejoker.com]www.facejoker.com[/url]

It's free for them to join and every 10 people you refer to facejoker.com earns you $10!

If you send 100, you get paid $100! It's that basic!

We will be the next important [url=http://www.facejoker.com]social network[/url]!

What are you waiting for?

[url=http://www.facejoker.com]Click Here NOW[/url]

joegrimjow said...

wahh
spammm

farhana ghafar said...

suka entry ni. penuh dengan pengajaran. betul tu kita kena ubah diri sendiri dulu.. :)

Nurul Farhana said...

entri best.. =]

joegrimjow said...

thx u 2 2 farhana ;-)

uchiha ct-k said...

waahhh....best la.....
sangat kreatif.....
karang sendiri ke copy dari emel?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW