Share

bila romantik mengambil tempat



banyak karangan yang berusur lucah mampu menarik minat pembaca. begitu juga dengan ucapan atau ceramah. ku suka satu orang ustaz ni, dia mesti masukkan unsur "blue" dalam ceramah dia untuk menarik minat orang ramai untuk mendengar. bagi otakku dan mindaku yang belasan tahun ketika mendengar ceramah dia, bukan lah selucah mana, cuma jadi lucu bila mendengar. cukup pandai dia mengolah sampai isi yang mahu disampaikannya ku ingat sampai sekarang.


itu dinamakan kreativiti dalam percakapan. tapi hal ini ada orang yang tidak senang. susah mahu menarik perhatian orang mendengar isi yang mahu kita sampaikan. kadang-kadang tak kesampaian. dan akhirnya mendapat surat layang. nasib badan. cuma jangan prioritikan lucah sebagai benda induk sudah. tapi rasanya ramai yang buat macam tuu kot. kan?


hujung minggu ni memang tak best! sabtu ada exam, isnin exam lagi. hari ahad kene sibuk dengan nota-nota untuk persediaan. hurmmm. memang tak best hujung minggu ni. harap berlalu dengan cepat. secepat air mata perempuan yang mengalir dek menonton cerita hindustan


~~~~~


pak belalang melihat dengan khusuk cerita kabhi kushi kabhi gam. amita bachan merupakan pelakon yang digemarinya. teringat lagi masa mudanya dulu, amita bachan memang cukup popular. halimah datang lalu duduk bersebelahan bapanya. dia membaringkan kepalanya ke peha pak belalang. pak belalang mebiarkan sahaja perilaku halimah sambil mengurai lembut rambut anak kesayangannya


"napa manja-manja dengan abah ni?"

"nak manja sikit tak boleh ke?"


"bukan tak boleh, saja tanya. kot kot la nak mintak sesuatu"

"hehe, tak de lah bah, nak manja2 ngan abah ni"


"iye. boleh... rambut halimah ni dah panjang ya"

"haah. nak simpan rambut panjang la. sunnah!"


"betul sunnah, rambut belah tengah pun sunnah. tapi yang penting, kene jaga elok-elok. rambut panjang ni susah nak jaga"

"tahu tahu. boleh pakai syampu. abah boleh belikan kan?"


"iyeee. bolehh"

"abah dah lama tak cite pasal nabi. cite la, halimah nak dengar"


"abah sibuk layan cite ni. hindustan ni layann. amita bachan ni, tua-tua lagi bergetah!"

"ala, abah pun bergetah apa"


"wawah, pandai bodek yek"

"anak abah jugak kan? heeheee"


"nakal. hari ni abah nak cite pasal camna nabi handel isteri2nya "

"napa banyak isteri ek?"


"nabi kita kawin bukan dengan rupawan, semua ada kisah masing-masing. dan perkahwinan nabi tu merupakan jalan untuk meluaskan islam."

"agak2nya lah, isteri nabi kita tak cemburu ke ek? ye lah, di bagi-bagi kasih sayang...."


"kan dulu abah dah ajo. kasih sayang ni infiniti. infiniti bagi 100 dapat bape?"

"infiniti"


"haa, tau pun. tapi nabi kita ni bukan sahaja manusia yang hebat di arena agama, politik, ekonomi saja, romantik pun memang top class punya romantik"

"contoh?"


"pernah mandi sama2 ngan aisyah, isteri baginda"

"abah pernah ngan ibu"


"mesti lah pernah. bahagiaaa. hehe. dah dah, ni abah nak cite pasal camne nabi handel isteri baginda ni"

"ok ok, sambung cite"


"ada satu ketika, isteri-isteri nabi berkumpul. mereka bertanya kat baginda, siapa di kalangan mereka yang baginda paling sayang."

"wahh, susah tu soalan. kene jaga hati semua tu"


"haa, memang pun. baginda senyum. baginda akan menjawab kemudian hari. lepas tu, setiap isteri baginda diberi sebentuk cincin. macam cincin la katakan. baginda bagitau lagi, jangan bgtau kat sesiapapun pasal cincin ni. senyap sahaja"

"lepas tu?"


"selepas berkumpul balik, baginda menjawab yang isteri yang paling baginda sayang adalah isteri yang dapat cincin dari baginda. kesemua yang dapat cincin tu senyum sampai ke telinga la semuanya. satel masalah"

"wah, sweetnye!"


"memang sweet. romantik gitu. tu pasal nak kahwin lebih ni kene pandai. bukan saja ilmu kene cukup, teknik pun kene belajar lebih!"

"sebab tu abah tak kawin lebih kan?"


"ehhh, abah dah belajar dah teknik2 tu semua!"

"dah tu, napa tak kawen lagi satu?"


"ibu kamu tu, teknik dia lagi hebat! buat abah tak tengok kat pompuan lain dah, tengok ibu kamuuuu je. mana ada masa nak tengok pompuan lain abah ni, duk teringak kat ibu kamuu je"

"wahh, tak sangka ibu ni boleh tahan!"

mak belalang yang mendengar perbualan halimah dan pak belalang itu tersenyum. masuknya kedalam bilik mengambil hp. di tulis msg kepada pak belalang.


tekk tekk, tenettt
(bunyi msg masuk)


"ada msg la pulak"

"sapa bah?"


pak belalang tersenyum membaca msg dari mak belalang.


"abah nak masuk bilik jap, halimah tengok la cite ni sorang2 ek"

"aik, tak abis lagi ni. pelakon kegemaran abah belakon tuu"


"tak pe, cite boleh layan lain kali. ada benda tak boleh tunggu, nanti melepas"

"????"



nota kaki : tido awal malam ni!!




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

66 comments:

khaLifah feDi said...

ekk..........senyum dh nie..!!!

Precious said...

Senyum gak ler ... ekkkk

fararusdi said...

cara.. cara.. :D

ayin jemin a.k.a ain said...

xpelah..hujung minggu ni jer bz kan...xlama g blik mas.sabar la k.
:)

~d!b@~ said...

laki kalo nak kawen ramai kena pandai n rasional :>

bukan emosional :P

chipsmore said...

waaa...sweetnye pak belalang n mak belalang 2...agak2x nye pe ea mak blalang bgtaw dlm msg tu?? heeee ;)

amirul said...

Salam Joe,
Abahnye nak layan cite kamar daa... keh3x... amacam exam?

Lifesaver said...

nak tau tips makcik halimah..lalala

SASYA WILLIS said...

tido..tido.. ;)

miss emyliza said...

wakaka... lawaknyer....nice story...

KhairiL's said...

haha,
ending aku bt2 x paham

bEEdLE d' bARd said...

kerana mak belalang, citer industan sanggup dilepaskan..hehe..cayalah mak belalang..kene menuntut ilmu ni..hehe..

Eazy Izzuddin said...

hik3.....
smile...?
=P
xD

adibahrisha said...

speechless dan tersenyum. Teknik yg baik.

Kamsiah said...

boleh guna teknik ni...sms ajak abg masuk bilik kalau dia dok ghalit tgk tv..:)

sufy said...

hurm...sian halimah dok tgk tv sorang2..moga pak belalang trus setia dgn mak belalang yee..romantiknyeee!!beshh..hoho~

haruan tasek said...

abah halimah ada kerja tu... ha..ha..ha

rhapsody LiN said...

adik lin penah tnye abah lin mcm mne mama(bini 2nd) and mak(bini 1st) tak gado2 mcm org laen and kitorang ley idup bahagia je eh?

pastu abah jawap "poligami nie yg penting adil and berkemampuan.."

lagipun isteri yg membenarkan suaminya berkawin lagi nanti dapat payung emas kat syurga..
pikir2 kn lah..

lalala~
(^_^)

rhapsody LiN said...

yeye!!!
ku bangga jd one of the top commentr list!!
ahahaha~
(^_^)

Lun said...

romantik2

faNna said...

hak3~ lawak cerita neh. hamboy imaginasi dia bkn men tggi.. hehe

Monkey D Luffy said...

bertuah org yg romantik ni

isteri lg bertuah

huhu

Idalara said...

hmmm...menarik...bijak dan berkesan...

Anis Mohd said...

ha3x..
ending x leh blah.
tp, kisah nabi tu watkan anis tersenyum .
:)

CaPiQa said...

*pasti tersenyum*

suka part kasih sayang itu infiniti.. ^_^

tehais said...

ngeh ngeh ngeh :P

ije said...

mak belalang bagi msg apa? haha

Nur Farhana said...

Ayoyo.. Amma appa.. Hik hik.. Ku snyum juge dgr crita ini.. Haaaiii.. Indahnye alam prkahwinan.. Entah bilalah agaknye... =p

joegrimjow said...

sama2 senyum
hihik

shinawawa eyenie said...

..senyum juga ler..:)...
smga cpt2 dpt jodoh...untung ler wak seorng rmntik...

TuN TeJa said...

ekeke..tdo awal baik untuk kesihatan..

Chem said...

hihi..ritu ader dengar ceramah sorank Ust dr Terengganu..best gak bro. X der lucah tapi banyak yg kelakor..aku just layan jer la. Erm! lupe la name dier, tapi ritu aku tertengok dalam Youtube..sdp gok ceramah dier.

Bukan Feminist said...

Salam,I'm afraid when this so called 'ustaz' taught the society too much on 'sex' and 'humors'. I dun think, in order to attract people u shud use 'nudity' values.Matlamat x menghalalkan cara.I dunno as far as my experience, i'm sick to the way these so called 'ustaz' showing the values of islam using those lawak.Unless u wanna show the beauty of marriage of prophet s.a.w.(but still within the limit.

*may Allah forgive us as the ummah and lead us to be a better person each day.

hasni said...

huhu
sweet la
jum tkr link..kita link awk ya:-)

evilhoney said...

waa..pndi nye bercerite..sedap2..

qishie said...

aiyark!

joegrimjow said...

that "ustaz" want get popularity more than the value of speech he want delivered
maybe?

LYA said...

ahahaaaaaa ,
tau x pe
yg x menahan name USTAZ
tp haishhh ,
kenapa blue juge yg dorg na ckp !
mmg gile x selesa
USTAZ sekolah lya dulu cm gitu la
mentang2 FORM 5 de bab kahwin !

LYA said...

ahahaaaaaa ,
tau x pe
yg x menahan name USTAZ
tp haishhh ,
kenapa blue juge yg dorg na ckp !
mmg gile x selesa
USTAZ sekolah lya dulu cm gitu la
mentang2 FORM 5 de bab kahwin !

LYA said...

ahahaaaaaa ,
tau x pe
yg x menahan name USTAZ
tp haishhh ,
kenapa blue juge yg dorg na ckp !
mmg gile x selesa
USTAZ sekolah lya dulu cm gitu la
mentang2 FORM 5 de bab kahwin !

joegrimjow said...

bnyaknye hantorrr
3 kali
hehe

mmg adew pon ustaz camtu, xley p mana2 jugak, xdapat ec, dapat gelak

Bukan Feminist said...

erm that's why i think WE as new generation shud make a CHANGE, if we forever inherit the values from them,never be critise and evaluate each value we receive and convey, our society will NEVER change.Sudahlah cerita2 hollywood, malaywood,jepunwood,koreawood dah cukup byk promote 'nudity' or 'sex' or 'immature love' values,then ustaz2 as pembimbing ummah pun begitu.
wallahua'alam

joegrimjow said...

hehe
jzk

sha89 said...

wahhh...cite yg best...seronok baca :)

asis said...

kalu ustaz xbuat camtu..
mesti kita lena dah..

iKa said...

kih3x..
bahagie..bahagie..
snyum smpi ke tlnga..
=)

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

kah kah kah...
siap bg msg kt suami tue..
wa..
nnt aku pn nk wat cam tue la..
ahaksss...
huk huk huk

joegrimjow said...

saama2 la
heee

xuen adyla said...

:D
hint dalam tu
hahahahahha

hysMan.. said...

wawawwaaa..
gwe sukeeee..

ku tunggu masa je..
lalala..

milimilo said...

kau mmg kreatif.. :)
teruskan berblogging..aku suda malas..kalo link contest tu ko blom bace,sudi2kan la mintak kat aku ye.. :)

lionteen said...

romntik sei..

lionteen said...

romntik sei..

Nadzrah said...

hahah!
best cter ni
aku setuju ngan milo
ko mmng kreatif
teruskan beb!
theee~

nur-al-AIN said...

lelaki kalau romantik sgt,
mkne nye ade la nk pape tu.
huhuhh~

a.b geldofg said...

aku suka mlucah

~nEeYsA~ said...

mak cik halimah yg hebt!
hehe..

Nem0 o0h Nem0 said...

swit entry ni..

nape kamu teringin nak kawin lebih ker?? =p

joegrimjow said...

xmo xmo
satu lagi beshh

Tukang cerita said...

Salam..
nice blog..
:)

lea said...

bahagianya pasangan belalang tue..ngeh3

DilOt said...

bahagianye...

apela rahsia mak belalangkan...
bahagia selama2nye...

...nik... said...

emm..best =)

Nadhirah Zamrose said...

betul la ustaz tu...bende2 cmni yg boleh menarik perhatian pendengar klu x mesti kepala terhangguk2 mengantuk dgr ceramah...

School Of Tots said...

Ustaz ni ada kategori jugak:
1. Yg zuhud, hanya mengajar berdasar ilmu yg dia ada, tak ada tokok tambahnya. Selalu rujuk kitab.
2. Ustaz tahap 1 tapi nak mengajar macam tahap 6. Silap haribulan siap keluar fatwa ini haram itu haram ala-ala tok mufti pulak ye.
3. Satu lagi ni, suka bbenar buat lawak bodoh. Kadang tu menyanyi lagi nak tarik perhatian audiance. Ilmu yg disampaikan nye tak la seberapa. Hiburan je lebih. Pastu siap promo suruh jemput lagi.

Jadi pandai2lah menilai. Macam doktor jugak la - ada general practioner, dan ada specialist. Get second or third opinion. Jangan telan bulat2. Ilmu Allah ni luas.

Anonymous said...

[url=http://www.cheapbeatsbydrestudioproheadphones.com]beats by dre studio[/url] wepdvp
[url=http://www.cheapbeatsbydreheadphonesonsale.com]click here[/url] yyodtj
http://www.discountcoachoutletonlineusa.com oycpot
http://www.cheapbeatsbydreheadphonesonsale.com vejdal

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW