Salam,
Sembang malam ahad. Akhirnya berjaya juga aku tak update blog semala 72 jam!!! ok, sebenarnya gagal. sigh.... Memang tangan dah gatal bila tak update blog ni. Macam ada kurap je kat tangan gatalnya. Last-last, update jugak. haha. Tapi takpe, kita update topik yang senang dan mesra gitu serta dekat dengan masyarakat kita
Soalan : Pernah jumpa dengan pasangan suami isteri yang terlalu memilih soal menantu?
Ini soalan rambang, kalau ada, maka entry ini lebih dekat dengan anda. Kalau takde, boleh baca sebagai persediaan untuk jumpa kelompok manusia seperti ini. ahaa, jom kita pergi dengan lebih perinci
Ibu bapa yang memilih
Ibu bapa merupakan orang pertama untuk dirujuk bila sudah ada peneman hati. Eh, aku tak cakap pasal gf bf ok, sebab apa kelas bf gf ni, takkan kekal lama punya! ceit, biarlah pernah jugak dulu kan? hehe. Ok, apa yang aku rujuk adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang berkasih sayang dan mahu menuju secepat mungkin ke alam rumah tangga. ahaa, itu dia! Apabila dah berkenan dengan pasangan masing-masing, bukan sahaja ibu bapa sendiri yang kena rujuk, tapi juga ibu bapa pasangan anda!
|
Ibu bapa mana tak sayangkan anak |
Taktik memahami ibu bapa mertua ni juga boleh di google dan macam-macam tips dan skill yang ada disenaraikan. erkk, dunia dah canggih sekarang ni, google saja =) Memang agak teruk kan bila kita dah berkenan gila dengan seseorang tu, dan setuju nak kahwin dalam masam terdekat, tiba-tiba ibu bapa pasangan kita tak suka. perghhh, hancur berkecai. nak nak pasangan kita tu jenis yang ikut kata ibu bapa dia, senang-senang saja clash!
Ok, kita kena faham yang ibu bapa kat dunia mana pun, walaupun planet pluto sekalipun, sudah pasti dia mahukan yang terbaik untuk anak dia. tak kira lah lelaki ataupun perempuan, mesti nakkan yang terbaik untuk anak dia. Alah, cuba kita duduk dalam situasi mereka, mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Cuba yang mintak nak kawen dengan anak kita tu pakai motor kapchai, datang mintak nak kawen dan bayar hantaran duit rm 2000 tu pun berhutang, mahu dibagi? aigo kata orang korea
Jadi macam ni, untuk kita masukkan diri kita dalam golongan disukai oleh bakal mertua, nak tak nak kena ada sekurang-kurangnya 1 dari di bawah ni. Ada semua, lagilahhh disayangi!
- Keturunan - Ahli keluarga kita dari yang 'baik-baik'
- Beriman - Boleh jadi imam pun dah cukup
- Berduit - Dah ada pekerjaan sendiri, pun dah cukup
- Umur - Ada yang taknak jurang banyak sangat... yang penting menantu xleh lebih tua dari dieorang!
- Rupa - tak hensem atau tak cantik? dah start kena beli pencuci muka dah. kekeke
Ok, list kat atas ni disusun tak ikut turutan. Maklumlah, hati manusia ni pelbagai, ada yang suka duit dari agama, ada yang tengok keturunan darah dari muka tak hensem pun takpe. macam-macam lah. Tapi tengok ni 4 tu, RUPA, haha, ada ke yang nak menantu hensem je? Hehe, kalau ada, ok lah sebab hensem atau cantik tu kan subjektif, kenalah kita jaga penampilan kita dah sekarang, banyak pencuci muka di pasaran ni. erkk, pencuci muka menambahkan hensem ke? tatau tatau =)
Kepada ibu bapa pula
Janganlah terlalu mengongkong anak kita untuk mencari pasangan. Dah 20 tahun lebih jaga anak, takkan tak yakin dengan pilihan anak sendiri. Lainlah kita jaga anak pun ala kadar, anak tak sembahyang kita tak pukul, anak tak kerja kita bagi duit, anak tak hensem kita buat pembedahan plastik (erkk???) tu memang agak cuak untuk anak buat keputusan sendiri kan. Yang penting, orang paling utama atau pelakon utama dalam teater ini adalah anak kita, bagilah can kat mereka untuk buat pilihan
|
Jangan tunggu lama-lama, kawen terus =) |
Pengaruh drama melayu tu nak cari menantu yang hebat-hebat tu, kita letak kat tepi je lah. Pendapat akulah kan, nak tengok pasangan anak kita tu serius atau tidak, dia akan usahakan aturkan perjumpaan antara famili masing-masing. keluarga dia jumpa dengan keluarga kita. Haa, bila dah awal-awal lagi dah buat tu, memang boleh nampak pasangan anak kita tu serius.
erkk, 'kita' macam aku pulak dah ada anak =)
Oklah, sampai itu sahaja perbincangan kita. Kalau nak tambah, pengalaman ke, pendapat ke, sila-sila jangan segan. Maklumlah, mesti ramai blogger yang macam aku ni, yang dah nak ke alam perkahwinan perlukan tips-tips dari blogger yang dah kahwin. kekeke.
pss : lepas entry ni nak buat tajuk susulan 'gempak' sikit. hehehehe