Ahad, 17 Oktober 2010

Malam Terakhir di Sheffield

Malam ni sayup-sayup kedengaran bunyi titisan air hujan. Pukul 1 pagi. 1 pagi terakhir aku di bumi Sheffield bertuah ini. Tak sangka pengalaman 2 tahun lebih di Sheffield ini akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati sanubari. Segala pahit manis, kenangan ini akan ku coret dalam diari hatiku. Cet, feeling lebih la pulak!


Esok BALIK!!!!


Ye, esok akan balik ke Malaysia. Tak sabar sebenarnya nak balik ni memandangkan begitu banyak kerja di Malaysia nanti. Tapi nak tinggalkan bumi UK ni, sedih jugak. hihi. Ok, esok akan bertolak ke Manchester pukul 1.30 dan akan sampai lebih kurang pukul 3 disana. Flight Manchester ke London pula pukul 5 dan akan sampai pada pukul 6 petang. Flight terakhir adalah dari London ke Kuala Lumpur pada pukul 10 malam. Penerbangan selama 13 jam!




Tak banyak sebenarnya nak tulis malam ni memandangkan masih sibuk nak packing barang. Heh, biasalah lelaki ni, malam nak pergi baru sibuk nak menyimpan. Bini takde lagi, tu yang susah tu =) Ok, untuk entry yang super pendek ini, aku akan tinggalkan beberapa link untuk sesiapa yang berblogwalking di hujung minggu ni untuk baca. Semua kisah mengenai Sheffield. Selamat membaca dan selamat malam... malam terakhir di Sheffield


pss : Bulan 7 datang balik. hihik. datang berdua? =)

35 ulasan:

  1. joe,
    safe journey and all the best..thanks joe!!!! sheffield mesti boring x de kau~

    -eica n qllote-

    BalasPadam
  2. abg faridzul da hbs blaja tros ke?

    BalasPadam
  3. best of luck joe...
    datang berdua????hahaha...dengan umi kanu kan sempena convocation....takpe, ade rezki nnt sambung lah blaja kat sane lagi...

    BalasPadam
  4. bro, u dh hbis study ke?? btw, have a great journey ya...:)) pengalaman klu dibawa ke negeri asal sgt2lah bgus!! good luckkk and take care.

    BalasPadam
  5. Jaga diri baik2 ya Joe?

    :)

    dan selamat pulang ke Malaysia~

    :)

    BalasPadam
  6. selamat pulang .. berhati2 di jalan udara

    ALL IN ONE

    BalasPadam
  7. tahniah bro..btw, slamat pulang ke M'sia

    BalasPadam
  8. Safe journey! be back safe & sound! :D

    BalasPadam
  9. selamat habis belajar dan bergelar graduan.. graduan oversea lagi tu

    BalasPadam
  10. dh grad rupanya..congrats yer..tp ceapt eh..bkn 3 or 4 years ke for undergrad study

    BalasPadam
  11. eyh..dah nak habis dah ke?
    wah..bestnya!

    BalasPadam
  12. waa..dh habis ye!
    sy bru nak gi..huhu

    BalasPadam
  13. la... bru nak melawat joe kat sana,.. ngehngeh....

    BalasPadam
  14. Salam,
    Sila kembali dengan selamat bersama...ijazah dan AZIZAH ;)

    BalasPadam
  15. Balik lagi..? bukan hari tu baru balik kerr..? macam dekattt je Mesia UK yekk... bagus betulll.

    Azizah..? oOoooOo... balik merisik la ni..? tahniahh.. he he he

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.