Rabu, 31 Oktober 2012

Bakpo ambo tok stuju mak yo pindoh

Meme tok pernoh lagi ambo update blog dale bahaso klate. Entry ni special la kironyo sebab update dale bahaso klate ni. Maah banyok la wat tok leh baco entry ni, mukin buleh cari sain2 wat asal dari klate untuk translate. wak asal dari klate, entry ni untuk sek sek kito la. ko guano?

Mat yo pindoh g johor?

Sebelum ambo teruh naip, ambo raso personally taun depe ni musim bola akan jadi koho sedap. koho sedap bakpo sebab klu kito tengok taun ni meme klate sedap dominasi game sapa sek sek kito bleh mene treble taun ni. cabare tu ado tapi tok banyok team wak buleh saing denge kito. Tapi taun depe mukin bruboh. akan ado joho wak mano bunyi kaba dapat pruntukan besa dale bola. teganu pun mano tahe tengok Raja sukan tok leh ko sek dio, sukma mene ko dio, basikal siap ado wakil ko olimpik lg, akat berat, hoki semuo bleh ko dio tapi bola tok leh. berak chetong gitu, meme taun depe akan gomo habih la nok mene

Sebak tu ambo kato taun depe ni bnyok cabare. banyok cabare, game betamboh sedak ngelih, kito penonton koho sedak nengok. ko guano?

Balik pado kes mat yo

Bunyi kaba mat yo nok batal kontrak denge klate untuk pindoh ko joho. tok tau la sebab gapo dio nok pindoh tu, dio jah la tau bakpo, tapi kito ni wak xsain xkena mano denge dio ni, mesti kito ingat dio nok pindoh sebab joho wi pitih lagi banyok. pasal pitih ni bia la, sebak tu hok dio, tapi wat ambo tok stuju bena dio pindoh tu sebab takut akan jejah karier dio

Bakpo kawe kato gitu, kalu tengok dio main meme sedak, sedak pun sebab ado ore lain wi bola sedak. klu set nyere ni, ore wi bola sedak, meme sumbat masuk gol sene la. Buleh g jauh tu. Tapi bakpo la tengoh sedak sedak ni dio nok pindoh plop. doh la kontrak tok habih lagi. srupo tok se bena jah denge klate ni.

Kalu kito tengok player2 yang main sedak pun, pindoh g tepak ore lain, meme tok jadi pahtu. banyok contoh boh, bleh check sdiri. So lagi kito main ni duit keno letok tepi, keno letok hati no 1. klu kijo gapo pun klu demo letok duit no 1 pun xjadi boh. kalu nego lagi la kalu duit no 1, meme tok tehe lamo. main bola pun samo la

Tera kito tengok messi, offer mahal pun stay jah kat barca. sebab tu bleh jadi 3 tahun turut2 best player fifa tu. Main bola ni buke sebab sore, tapo sebab team. Messi main world cup pun xjadi mano. argentina kaloh srupo tulo. tapi main kat barca gak, kemah molek dio.

Kalu mat yo tebaco la bendo ni, pilih molek la. ambo selaku penyokong TRW buke takut kehilange dio kat klate, tapi takut pahni tok jadi langsung. Saye kot dio main doh la kemah, pahni teruh tok jadi lasung. hile sore lagi bakat suke kat malaysia ni

Bereh, satel bobok pagi ni. smogo tuhe wi tujuk jale yang paling molek untok dio. Sek sek kito, gomo lagi season depe kito amek treble plop!

Isnin, 29 Oktober 2012

Malam terakhir di Kelantan bergelar bujang

Amboi tajukkkkkkkkk :)

Malam ni merupakan malam terakhir bergelar bujang kat Kelantan. Esok dengan izin Dia, akan bergerak ke Sungai Petani dengan mak pada awal pagi esok lagi. Eh eh, aku kahwin bukan esok lusa tapi InsyaAllah akad nikahnya pada hari Jumaat ni - 2/11/2012

Mintak doa kalian supaya semua berjalan dengan lancar ya. terima kasih :)

Maghrib tadi aku habiskan masa kat club kat Wakaf Che Yeh, bukan club malam ya, club ajak orang jadi sihat. Tapi malam ni aktiviti pelik sikit, sebabnya kebiasaan duk layan customer tapi aku duk sibuk call kawan-kawan untuk diajak ke majlis aku kat Sungai Petani nanti. Kebanyakan kawan kat Sheffield je lah, kawan skolah banyak dah lost contact

Tak jemput korang ke?

Beriya hari tu kata nak buat khemah untuk kawan twitter, kawan blogger dan kawan facebook bagai kan, last-last jemput pun tak. haha. Jangan risau, perancangan nak buat khemah2 tu akan dibuat masa majlis kat Kelantan nanti. Bertandang rumah orang ni tak bolehlah nak buat rumah sendiri ye tak? Nanti majlis kat Kelantan aku akan ajak korang semua ok.

Lagipun kalau ramai yang datang belah perempuan ni, penat pulak aku melayan korang sampai takde energy di malamnya

Waha, lusyah!

Bulan yang segan2 di Kelantan
Alright, sekali mintak korang doakan semoga perjalanan aku menempuh hari-hari terakhir bujang ni dipermudahkanNya. Doa kalian cukup bermakna buat aku. peaceee. Selamat malammmmmm

Ahad, 28 Oktober 2012

4 perkara yang boleh dilakukan ketika jalan jam

Raya ke3 yang rata-ratanya jalan kat mana pun jam. kan?

Dari facebook hinggalah twitter, semua duk komplen yang jalan jam. Lebuhraya jam, jalan bandar jam, jalan kampung pun jam. habis segenap jalan pun jam. Aku hari ni sempat jugak menempuh jam tapi takdelah teruk sangat. Abang n kakak aku yang gerak ke KL pagi ni dari rumah, sampai sekarang tak sampai-sampai lagi dan masih terperangkap dalam jam

Sabar-sabarlah ya, biasalah tu jam. tahun depan akan bertambah jam lagi!

Jadi sempena semua duk komplen pasal jam ni, jom kita tengok sedikit sebanyak perkara yang boleh dilakukan ketika jam

1) Senyum kat orang tepi



Memang aku sangat suka dengan cara ni. Lagi suka kalau orang kat tepi tu pompuan. lagi lagi suka kalau pompuan tu lawa. lagi lagi lagi suka kalau senyuman tu berbalas. 

oi joe, dah nak kawin, behave!


2) Update status di twitter/facebook


Benda ni walaupun bahaya, tapi aku rasa ramai yang buat. Dengan semua guna smartphone, memang mudah sangatlah. Kalau kat facebook tu aku just baca je la kat timeline, tapi kalau kat twitter, memang twit sesuatu yang menghiburkan hati je lah

Korang yang follow aku kat twitter, tengok lain semacam je twit tu, paham2 je la.... tengah jam la tuuuu


2) Dengar cd motivasi


Benda ni pon boleh dibuat. Beli cd ceramah-ceramah ke, or cd motivasi untuk dipasang dalam kereta buat peneman dalam kereta. Memang terbaik dan lagi terbaik bila jam tu memakan masa 2-3 jam dan korang terpaksa dengar cd tu berulang-ulang kali. 

Turun je dari kereta terus rasa positif gila!


4) Fikirkan idea-idea baru


Banyak sebenarnya idea-idea yang hebat dapat masa kita dalam kereta. tak tahu korang alami ke tak, tapi aku memang banyak. Fikir tentang masa depan, fikir benda yang baru, combine unsur fizik ni kimia tu, memang banyak la idea baru yang muncul

Tup-tup dah sampai ke destinasi. tup-tup idea yang hebat-hebat tadi pun entah ke mana :(


******

Alright, jom kongsi apa yang korang buat masa jam. nak jugak try idea baru dari korang

Selasa, 23 Oktober 2012

Oppa genggam nasi style

Hidup sebagai orang Melayu kalau tak makan nasi tak rock bunyinya. Seolah melanggar tradisi turun temurun kalau tak makan nasi ni. Hidup di Kelantan lagi rock, pagi nasi, tengahari nasi dan malam pun nasi. 3 kali sehari! Mana tak kencing manisnya kan?

Eh kejap, nasi penyebab kencing manis?

Dalam nasi ada gula. Gula banyak akan menyebabkan kena kencing manis. Jadi rumusnya - Banyak nasi -> banyak gula -> kencing manis. Ha, jangan duk ingat minum air manis je boleh jadi kencing manis, nasi banyak pun penyebabnya jugak!

Pertanyaan biasa ditanya - banyak mana nak makan nasi?

Bagi penggemar nasi - macam aku, ada satu panduan yang boleh korang gunakan dikemudian hari. Panduan ambil nasi ikut genggam tangan. Genggam, bukan gangnam ya

  • Nak tambah berat - ambil nasi lebih besar dari genggam tangan
  • Nak maintain berat - ambil nasi sama dengan genggam tangan
  • Nak turun berat - ambil nasi kurang dari genggam tangan


Lepas ni kat cafe, genggam tangan dulu sebelum taruk nasi dalam pinggan. Huh, buang tebiat ke apa orang kata kan? Selamat mempraktik. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan

pss : untung lah yang tangan besar. haha

Ahad, 21 Oktober 2012

Gara-gara ATM kalah Piala Malaysia

Amboi, semua nak out of service!



Tahniah kepada The Red Warriors, memang lagi Piala Malaysia kita tahun ni. Cukup kita rangkul semua ketiga-tiga piala besar untuk tahun ni. InsyaAllah tahun depan kita gomo lagi sampai 4 pulak - AFC insyaAllah!

Permainan yang hebat, ATM pun hebat, berpeluang tengok dengan lebih kurang 2-3 ribu penyokong kat dataran Stadium Sultan Muhammad ke4, memang suasana yang sangat meriah. Memang je semua bersorak gembira. Ada yang bersorak sebab gembira pasukan kegemaran menang, ada yang gembira sebab lepas ni bleh mendabik dada dengan awek-awek ATM dan ada yang gembira sebab esok cuti. Walau apa pun sebab korang gembira, pemain TRW layak mendapat pujian dari kiteorang penyokong setia. 

Tahniah!!!!! Gomo kelate Gomo!

pss : 120 minit, 5 biji gol, 1 kemenangan

Sabtu, 20 Oktober 2012

Kenapa aku bersetuju dengan pelaksanaan AES

Gambar dulu



5 hari lepas memang sangat jauh aku mengembara dengan prius. Dari KB-Putrajaya. Lepas tu Putrajaya-Sungai Petani, sambung pulak Sungai Petani-Penang dan balik semula Penang-Putrajaya. Kemudian keesokkannya Putrajaya-Kuantan, Kuantan-Kuala Terengganu sebab takut nak balik sengsorang pukul 12 malam ke KB dan akhirnya Kuala Terengganu-KB. Total perjalanan 2366km dalam 5 hari!

Menggunakan kereta dalam perjalanan jarak jauh ni memang mencabar. Dari segi jalannya yang aku rasa sangatlah teruk bagi sesetengah kawasan yang boleh dikatakan laluan utama untuk pengguna jalan raya, dengan keciknya - boleh bayangkan tak ada kawasan yang jalan utama tapi hanya satu lane sahaja - memang sungguh menyedihkan. Tak campur cara pemanduan rakyat kita yang memang lemah - bawak slow kat lane kanan, potong q dan macam-macam lagilah. Tapi alhamdulillah, selamat jugak sampai ke destinasi dan selamat pulang kembali

Sebab tu kalau travel aku lagi suka naik pengankutan awam. tapi kali ni terkecualilah sebab banyak urusan sana-sini

Sistem AES

Sekarang ni isu yang sangat-sangat hangat adalah sistem aes - automated enforcement system yang baru dijalankan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membasmi kemalangan di jalan raya. Oh, kemalangan jalan raya kat Malaysia ni adalah antara yang tertinggi di dunia. Memang sangat kritikal dah kemalangan yang berlaku ni, kemalangan maut pun banyak tu yang sedih tu. Mati di jalan raya. Sangat sadis!

Jadi kenapa ramai yang tak bersetuju dengan AES ni? Sebab utama aku perasan orang tak setuju adalah terlalu drastik. Rakyat kita belum ready lagi untuk sistem ini berjalan, tapi kerajaan dah jalankan. AES ni lebih kurang macam ni dia punya sistem

  • Berlaku kesalahan di jalan raya oleh pemandu (setakat ni hanya detect 2 kesalahan je, lebih had laju dan langgar lampu isyarat merah) camera pun tangkap gambar secara automatik
  • Gambar tadi diproses juga automatik dan terus dihantar kepada pihak kawalan AES bagi kenal pasti 
  • pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Bunyi macam sempurna je kan. Tapi tunggulah bila korang balik dari vacation ke apa memang ada banyak surat saman yang akan datang ke rumah - siap ada gambar korang dalam kereta lagi! Masa tu - melayanglah RM 300. piewwww


Kenapa aku bersetuju AES dijalankan

Bagi aku yang memang kerap gunakan jalan raya sebab utama aku bersetuju adalah kerana ia mampu mendidik rakyat negara kita untuk mematuhi jalan raya. haaaa, tengok dah ramai yang angkat kening tanda tak puas hati. rilek-rilek. entry ni takdenye najib bayar kat aku suruh tulis, hanya pendapat awam sahaja. 

Melihat statistik kemalangan yang sangat teruk ni, memang kena buat sesuatu. Penguatkuasaan secara berkomputer ni sebenarnya dah banyak dijalankan di negara-negara lain, memang ada hasil penurunan walaupun sesetengah negara yang buat tak jadi. Macam kat Malaysia ni, kalau nak adakan pendidikan di awal sekolah sebagai contoh, cikgu mengajar kat sekolah patuh jalan raya, tapi bila balik kampung bapak bawak kereta 160kmh walaupun kat jalan kampung. Agak2nya anak ni akan follow siapa? 

Sebab tu kerajaan dah kena melihat pendidikan ni diberi kesetiap lapisan umur. anak2 tu satu, ni yang membawa kereta mak bapak ni lagi-lagilah kena bagi pendidikan!

CUMA CUMA CUMA....

Kerajaan mesti telus KEMANA DUIT SAMAN ni akan pergi. haaa, yang ni satu lagi orang duk pertikai. Aku baca bulan pertama pelaksanaan pun dah 60k saman dikeluarkan. Bersamaan dengan 18 juta tu kalau semua orang bayar saman. Banyak tuuu. Ramai yang kata duit tu digunakan kerajaan untuk bayar BR1M dan juga digunakan untuk pilihanraya - haaa yang tu lagilah rakyat bengang. Kira bagi duit kepada rakyat guna duit rakyat juga. Kerajaan dapat nama! Walaupun macam-macam orang boleh buat tuduhan, tapi kalau berterusan aku rasa ramai yang akan percaya.

Jadi, apa kata bagitau kemana duit tu pergi, dan aku syorkan masukkan terus dalam bajet next year berapa yang dapat dan kemana duit tu pergi. Kalau naikkan lagi taraf jalanraya kat negara ni - aku lagi-lagilah suka!


Oraite, tu sahaja pendapat aku. pendapat korang mungkin lain tak tahulah. suka atau tak, sistem ni dah dilaksanakan dah :)

Khamis, 18 Oktober 2012

4 kesilapan biasa orang sedang berdiet

Sekarang ni masih lagi gigih untuk menyiapkan ebook pertama aku. Rasa tak best pulak jadi blogger tapi tak buat ebook. boleh macam tu kan? tapi jangan risau, ebook aku ni memang perancangannya untuk bagi free kat korang. Doa-doalah aku diberi kekuatan untuk menyiapkannya eh. Pasal apa - tungguuuu!

#tipskurus

Korang ada twitter? Kalau korang ada twitter, boleh follow aku di @joegrimjow atau ikuti #tipskurus untuk dapatkan tips-tips yang mungkin berguna untuk korang amalkan agar dapat kesihatan yang optimum. Kesihatan, siapa yang tak mahukan? Okeh, kali ni aku nak share dengan korang apa kesilapan yang biasa orang lakukan ketika sedang berdiet


Kalori yang tersembunyi



Ramai yang berdiet dengan berhati-hati dengan pengambilan kalori. ya, memang betul dan sememangnya itu adalah sangat dituntut. Jangan makan terlalu banyak kalorinya adalah konsep diet yang betul. Tapi ramai yang mengambil berat pasal kalori makanan utama sahaja. contoh ketika makan tengari atau malam sahaja. tapi masa mulut mengunyah dalam waktu rehat - ramai yang tidak mengira. Minuman pun kalau terlalu tinggi gulanya - bergas sebagai contoh jumlah kalorinya sangat banyak. Berhati-hati dengan kalori yang tersembunyi okeh


Tahan makan terlalu lama



Ada juga yang mengikat perut ketika berdiet. Maklumlah mahu kurangkan jumlah kalori punya pasal, sanggup ikat perut. Sebenarnya kalau korang tanya pendapat aku, aku tak bersetuju untuk berlapar bagi menurunkan berat badan. Sepatutnya perut kita sentiasa kenyang dan kalau lapar pun, jangan terlalu lama. ini kerana kita akan end up makan terlalu banyak lepas tu. takde dah fikir pasal diet, fikir pasal nafsu je masa tu!


Tidur yang tidak mencukupi



Walaupun tidur dan diet ni dua entiti yang berbeza, tapi tidur yang berkualiti sangat penting ketika berdiet. Maksud berkualiti tu bukannya semata-mata lama, tapi lebih kepada cara kita tidur, dimana kita tidur - 7-8 jam sehari dah ok. Bila kita tidur dengan berkualiti, otak akan jadi fresh dan berada dalam kawalan kita. selalu ingatkan tuannya kalau nak makan banyak tu 'hei, ko sedang berdiet masa ni!'


Air yang tak cukup



Diet yang seimbang perlulah diseimbangkan dengan jumlah air yang mencukupi. Bergantung kepada korang, biasanya 8-12 gelas sehari dah cukup. Tapi bagi aku, lagi banyak korang bleh minum, lagi ok. Makan makanan yang berkhasiat tapi air yang tak cukup dalam badan, sama macam korang naik porche tapi ikut jalan yang tak berturap. laju tak? Jadi, sediakan 'jalan' untuk zat-zat ini masuk dalam badan korang dengan minum air yang secukupnya


******

Oraite, tu sahaja kesilapan-kesilapan biasa yang aku boleh detect. Kalau korang ada pengalaman, boleh share-share di bahagian bawah ni. sangat menghargainya :) oh, by the way, aku dah siapkan laman 'personal wellness coach' kat sini, bolehlah usha-usha ya. kot2 nak jurulatih penasihat peribadi, boleh terus tengok-tengok. klik siniiii


pss : gambar semua nak pompuan je. haha

Sabtu, 13 Oktober 2012

#churpout2012 dan Samsung Smart TV

Misi utama untuk ke acara #churpout2012 adalah untuk dapatkan Samsung Smart TV. Semangat pergi tadi walaupun agak lewat sampai gara2 ada event Herbalife (kena utamakan dulu) dan sampai disana dalam pukul 6 macam tu.

terus ke booth celcom utk sertai acara dunk dunk apa ntah tapi....... kena terjun dalam air!!

Agak hampeh disitu sebab aku dengan pakaian kemeja dan berseluar jeans mmg sangat tidak sesuai untuk terjun-terjun ni. Niat hati nak cancel dah.... tapi tapi tapi hadiah utama Smart TV yang jadi idaman masih belum diperolehi memang memanggil2 aku untuk sertai.

haaa, apa lagi, terjun je lahhh

Malangnya tak dapat :( mungkin nasib tak bertuah, tapi boleh kerja kuat kumpul duit beli sendiri. kejap, klu beli sendiri mmg aku beli Apple punyalah, bukan samsung. hahaha

apa2 pun, tahniah kepada penganjur #churpout2012 ni. banyak dapat hadiah dari dieorng. paling best - pengalaman terjun dalam kolam :)


pss : tak sempat nak jumpa hanis zalikha :(

Khamis, 11 Oktober 2012

Alzheimer dan berita baik untuk rakyat Malaysia

Tadi tengok MHI ada segmen khas di mana wartawan menemubual seniman negara kita, Tan Sri Jins Samsudin. Tak sangka usia dia dah cecah 77 tahun dan keadaan fizikalnya masih sihat. Cuma agak mengejutkan bila ahli keluarganya memberitahu bahawa dia sekarang menghidap Alzheimer kelas pertama.

Alzheimer dan warga tua

Alzheimer merupakan satu penyakit yang tiada ubat malahan ia akan bertambah teruk dari hari ke hari apabila seseorang itu menghidapnya dan paling menakutkan ia boleh membawa kematian. Walaupun rata-rata yang kena Alzheimer ini adalah pada usia 65 tahun dan keatas, tapi sekarang ni sangat banyak kes yang sebelum usia 65 tahun pun dah kena dengan penyakit ni

Dijangka pada tahun 2050, 1 daripada 85 rakyat di dunia akan menghidap penyakit ini. huh, scary!

Ada ibu bapa yang berusia 60 tahun dan keatas? Cuba check ada tak dieorang mengalami simtom ini. Antara simtom alzheimer adalah tidak dapat ingat perkara yang baru berlaku, cepat sangat strees, mood yang berubah - dari tak suka bercakap jadi banyak bercakap dan dari mulut selalu membebel jadi pendiam dan mempunyai masalah percakapan. Sekarang ni banyak saintis dan para doktor di dunia memperkenalkan kaedah berjaga-jaga sebelum kena dengan penyakit ini.


Dr Gary Small dan Alzheimer

Dr Gary Small merupakan seorang professor yang mendedikasikan hidupnya dalam mencegah alzheimer. Banyak hasil kajiannya diguna pakai oleh para penyelidik yang lain sehingga dia dinamakan oleh salah sebuah majalah saintifk US sebagai 'World's leading innovators in science and technology' Juga sudah menerbitkan banyak buku best-sell di serata dunia dan terkenal dengan lawak dan cara pengajarannya yang berkesan semasa berhadapan dengan audience

Boleh baca di websitenya disini dan juga boleh tengok 10 soalan popular mengenai Dr Gary Small pasal Alzheimer

Berita baiknya dia akan datang ke MALAYSIA!! waha!!



Awal tahun lepas Dr Gary Small telah menyertai Herbalife. Ini merupakan satu promosi yang hebat kepada Herbalife kerana nama Dr Gary Small cukup popular mengenai kesihatan otak. Untungnya kepada pengedar Herbalife kat Malaysia, untuk mendengar Dr Gary Small punya talk di luar sana beratus jugak kena spend tapi sebab dia dah bekerja dalam Herbalife, memang sikit je lah kena belanja

Jadi, kepada sesiapa yang ingin sertai latihan solid 2 jam bersama dengannya - terutamanya ada ahli keluarga yang sudah kena Alzheimer dan ingin tahu bagaimana pencegahannya dari Dr yang memang terkenal dengan Alzheimer ini, ini adalah masanya! Kepada yang nak tambah ilmu - macam aku - pun boleh datang. 



Event ini bertiket, setakat ni dah lebih 2000 tiket terjual dan kalau korang nak dapatkan tiket lagi, contact aku laju-laju sebab tiket yang aku beli secara bulk hari tu tinggal beberapa keping je lagi. 0169640972. Jom kita tambah ilmu pengetahuan kita mengenai otak dengan Dr Gary Small!!


pss : bleh baca sini seterusnya

Ahad, 7 Oktober 2012

4 sebab kenapa berat badan macam yo-yo

'joeeeeeeeeee, berat aku naik pulak dah'

seminggu lepas tu

'wehh, dah turun 2kg dalam seminggu wooo. hebat tak??'

2 minggu lepas tu

'mak aku la ni masak sedap sangat, naik 3kg pulak sekarang

sebulan lepas tu

'nak kawin punya pasal, now berat aku 48, yahuuu!!!'

3 bulan lepas tu

'rindu suami aku. bila aku rindu aku makan. bila aku tak rindu pon aku makan'

5 bulan lepas tu

'suami aku beli trade mile pun badan still naik tak berenti ni, macam mana ni???'

6 bulan lepas tu

'oklah, dah turun 1kg. alhamdulillah, syukur sangat!


***** 

Perempuan ni makhluk yang unik. Sangat unik. Sepanjang aku coach orang untuk turun berat badan, mestilah ada masalah kalau coach gadis-gadis ni. Sama ada dieorang senyap tak update apa-apa dengan kita ataupun sangat bising sampaikan malam-malam pukul 1 pagi msg 'joe, nak makan maggie masa ni boleh gemuk tak?'

Tapi sebab benda tu salah satu bidang kerja, kenalah layan semuanya :)

Oraite, kali ni aku nak share dengan korang, tak kiralah korang ni customer aku ke or pembaca blog ni mengenai kenapa berat badan tu macam yo yo. kadang-kadang naik, kadang-kadang turun, kejap 50 lebih, kejap 60 lebih, kejap 50 balik, lepas tu 70 tak turun-turun! Pernah hadapi situasi macam ni, kalau pernah jom kita baca kenapa berat badan macam yo yo!


Tekad yang macam yo-yo


Pengalaman aku coach orang, memang semasa nak mulakan program tu punyalah tekad kata nak turun 10kg sebulan. Ada yang nak kawin lah, ada yang nak konvo lah, macam-macam. Bagus, benda tu akan force kita untuk follow program. Tapi masalahnya, tekad tu tak kekal lama. dah habis konvo, badan naik sebab makan tak ingat dunia. lepas tu nak kawin pulak berjaya turunkan berat 3-4kg, lepas kawin naik pulak. Haa, memang kalau jenis tekad yo yo ni, berat badan pon akan jadi yo yo jugak


Persekitaran yang berubah-rubah 


Persekitaran ni satu lagi benda yang mempengaruhi berat badan. Suasana belajar tu mungkinlah takde banyak duit sangat jadi berat kekal cantik bergaya lah - lelaki terutamanya. Bila dah masuk alam kerja, pergh badan lagi mantap, Takde six pack sekarang ni ada six pack dah sebab kawan office ajak masuk gym. Tapi bila dah kahwin, duduk makan masakan isteri je hari-hari, 3 bulan lepas tu terus perut sebesar ibu mengandung 6 bulan!


Terlalu bergantung kepada senaman


Yang ni satu lagi, jenis nak turun berat tapi bergantung sangat pada senaman. Ya senaman tu bagus, tapi nak dapatkan berat ideal, senaman tu 30% je. 70% lagi kena jaga bab makanan. Selalu sangat aku jumpa dengan orang yang nak turunkan berat, masuk gym 4-5 kali seminggu. turun tu memanglah turun tapi bila stop ke gym, badan mencanak naik. lepas tu masuk gym balik. berhenti badan naik balik. Ni disebabkan bila kita bersenam terlalu kuat, badan kita perlukan makanan dengan banyaknya. Bila kita stop, badan kita still nak makanan dengan banyak masuk perut. Sebab tu ramai yang gagal untuk turun berat di gym, sebab tak boleh nak control makan!


Badan lebih lemak berbanding otot


Haaa, yang ni paling utama kenapa berat macam yo yo. Kebanyakan orang sekarang ni kalau tengok komposisi badan, lebih banyak lemak berbanding dengan otot. Apabila dieorang cuba nak turunkan berat, tak kiralah dengan senaman ke atau ambik slimming product, berat memang turun tapi yang turun banyaknya adalah otot. Bukan lemak! Sebaliknya jika amalkan pemakanan yang sihat, kita turun berat tapi yang turunnya adalah lemak! Tak turun banyak berat pon takpe, yang penting biar peratusan lemak tu yang turun banyak

Macam mana nak turunkan lemak? ambil makanan yang tinggi nilai protein dengan sekerap yang mungkin. jangan lupa air yang cukup. campur pulak bersenam 2-3 kali seminggu, memang korang akan tengok berat korang akan maintain je cantik. Masalahnya sekarang ni, susah nak cari makanan kat luar tu yang tinggi protein compare to lemak, sebab tu yang yo yo jadi semuanya tu!


*****

Okeh, tu saja! ada lagi korang rasa antara penyebabnya? jom share! Nak turun berat badan ni sebenarnya bermula di dapur. korang bijak memilih makanan yang betul, korang akan dapatlah turun berat dan kekal sihat sehingga korang tua pun. Ilmu tentang makanan tu kena jugak tahu, kalau perlukan coach untuk bantu korang, jangan lupa contact aku. boleh menolong korang dapatkan berat ideal yang korang mahukan. 0169640972 or joegrimjow@gmail.com

Jom sertai #ChurpOut2012

Jom jom!!!

Memang dah lama tak sertai event social media ni. Maklumlah, dengan lokasi aku yang kebanyakannya berada di Kelantan dan diri sendiri pun sibuk dengan urusan lain, serius rindu nak jumpa kenalan di dunia maya ni. rindu ke joe? haha. 

Okeh, ni ada satu event yang best dalam waktu terdekat ni - #ChurpOut2012!


Churp churp ni dulu aku suka sebab dapat duit. Aku pernah cash out duit dari churp churp ni dua kali. Baca sini. sekarang ni aku suka lepak kat website dieorang sebab banyak cerita yang ala-ala 9gag kat sana. Masa mula-mula dulu memang dieorng ni copy paste je apa yang ada kat 9gag, tapi sekarang ni dah ada improve dah. heh. 


okeh, sesiapa yang nak join event ni, jom lah. start pagi lagi tapi aku mungkin sampai pukul 6-7 macam tu sebab ada event dengan Dr Gary Small kat Palace of the Golden Horses pada waktu paginya. Aku akan stay sana sampai habis event. Aku tak pergi bukak booth ke apa pun, cuma pergi nak jumpa kenalan-kenalan alam maya je. Korang boleh terus ke website #ChurpOut2012 di kat sini untuk baca lebih lanjut. opsss, hanis zalikha pon ada. wahaha

jadi, jumpa disana ya :)


pss : siapa yang pergi angkat tangan!!

Jumaat, 5 Oktober 2012

Terapi jatuh cinta

Dulu-dulu, angkasa lepas merupakan satu bidang yang menjadi perlumbaan antara kuasa dunia untuk menjadi negara pertama menghantar rakyatnya melepasi atmosfera bumi ini. US, Rusia, China dan banyak lagi negara kuasa dunia masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama. 

Akhirnya Rusia menang

Kapal angkasa yang dicipta oleh orang Rusia memang besar, tapi hanya memuatkan seorang sahaja angkasawan. Orang Rusia itu jadi orang pertama yang terbang ke angkasa lepas menggunakan kapal angkasa. US kecewa kerana dipotong Rusia!

Ketika naik ke angkasa lepas, angkasawan Rusia itu pertama kalinya melihat bumi dari atas. Juga pertama kali dalam sejarah penerokaan angkasa. Semakin dia terbang jauh dari bumi, semakin kecil bumi ini kelihatan di matanya.



25 hari

Ya, itulah masa dia di ruangan kecil mengelilingi orbit bumi. Beberapa hari kemudian, berlaku masalah di dalam kapal angkasanya. Bermula dengan sedikit 'error' kerosakan di kapal angkasanya semakin merebak. Dia rasakan mungkin hari itu adalah hari terakhir untuknya. Tidak mahu mengalah, dia cuba perbaiki dan akhirnya dia berjaya

Masalah timbul, entah dari mana muncul satu bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik dari kapal angkasanya dan bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik itu sungguh mengacau fikirannya. Kapal sudah diperbaiki, tapi bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik pula yang datang. Puas dia mencari dari mana bunyi itu datang, tapi usahanya gagal

tik - tik - tik - tik - tik - tik

hari berikutnya masih berbunyi

tik - tik - tik - tik - tik - tik

bunyi itu terus mengacau fikirannya

tik - tik - tik - tik - tik - tik

dia hampir menjadi gila dengan bunyi itu

tik - tik - tik - tik - tik - tik

tik - tik - tik - tik - tik - tik

tik - tik - tik - tik - tik - tik

tik - tik - tik - tik - tik - tik

Pada hari ketujuh, masih berbaki beberapa belas hari lagi untuk dia turun semula ke bumi, dia pejamkan matanya, dia mengukir sebuah senyuman, dia cuba JATUH CINTA dengan bunyi itu. tik - tik - tik - tik - tik - tik dia cuba menghayati bunyi satu nada itu tik - tik - tik - tik - tik - tik tat kala dia bukakan matanya, bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik itu hilang. 

Yang dia dengari hanyalah satu alunan muzik yang indah. sangat indah!

Bunyi yang mengganggu fikirannya itu kini menjadi satu alunan muzik yang sungguh merdu menemani dirinya untuk beberapa hari mendatang. Dia terselamat dari menjadi gila! Lebih lagi, dia temui cintanya!

*****

Apa yang berlaku di dunia sekarang ini hanyalah sekecil otak fikiran kita. Masalah kita hadapi akan jadi masalah bila kita fikirkan ia masalah. Masalah yang kita hadapi akan jadi peluang bila kita fikirkan ia peluang. Malahan perkataan masalah mungkin tidak wujud dalam fikiran kita jika kita tidak pernah memikirkannya langsung

Dan, fikiran yang bermain di fikiran kita tiada siapa yang mampu mengubahnya selain dari kita!


pss : selamat hari Jumaat

Khamis, 4 Oktober 2012

Facebook dan 1 Billion pengguna

Wah, pengguna facebook dah menjangkau 1 Billion!



Memang satu perasaan yang menakjubkan bila korang buat satu produk dan produk korang tu digunakan oleh 1 Billion orang. Kejayaan facebook ni memang sesuatu yang kita kena pelajari bagaimana mereka boleh berjaya sehingga tahap seperti ni. 


Facebook dan kehidupan

Aku rasa bukan aku saja yang sekarang terkesan dengan facebook, ramai lagi yang diluar sana aku rasakan dapat merasai sedemikian. Bukan aku nak memuja facebook tapi kalau facebook tiada aku rasakan ia satu kehilangan yang cukup besar dan banyak masalah akan timbul

Banyak juga kawan yang lama-lama seperti kawan di sekolah rendah dapat jumpa di facebook

Banyak berita yang berlaku dikalangan ahli keluarga dapat diketahui dalam facebook

Banyak sumber pendapatan datang dari facebook

Dan banyak lagilah!


Tapi perlu diingatkan, facebook ini juga boleh datangkan keburukan kepada kita. Asalkan tidak melekat terlalu lama dan tidak menjadi terlalu taksub dengan facebook sudah. Gunakan ia dengan betul dan manfaatkan penggunaannya dengan seelok-eloknya. Jangan jadi hamba kepada facebook sudah!

pss : apa kesan facebook dalam kehidupan korang?

Rabu, 3 Oktober 2012

Dilema nak tinggal mana selepas kahwin

Tak sampai 30 hari lagi bakal menamatkan zaman bujang. Serius rasa masa sekarang ni cepat sangat berlalu. Macam satu jam tu macam satu minit. Gara-gara banyak lagi perkara tak satel ni, sebab tu sekarang ni agak kelam kabut!

Satu lagi masalah adalah nak tinggal mana selepas kahwin nanti

Aku sebenarnya tiada masalah nak tinggal kat mana dari segi kerja memandangkan bidang tugas aku ni boleh je buat kat mana-mana pun. Katakan terpaksa pindah ke Vietnam aku slumber badak je buat bisnes kat sana. Yang menjadi masalah ada cik tunang. Dia sekarang ni kerja kat KL, jadi memang kena kerja kat sana lah. Tak boleh ubah-ubah

Kelantan ke KL?

Kalau pindah ke KL, yang paling utama aku risaukan adalah emak aku. Sekarang ni yang ada kat Kelantan cuma aku, kakak aku dan 2 orang anaknya yang kecik lagi dan mak. Kakak aku tu pun anytime je akan dihantar pindah ke tempat lain, bila jadi macam tu, aku seorang je lah yang menjadi harapan terakhir. 

Dengan umur mak aku meningkat ke 64 ni, memang pergerakan dia agak terbatas. Nak pergi mana-mana memang akulah yang jadi drivernya. Kalau aku takde nanti, risau jugak dia sorang-sorang kat sini. 

Kekal kat Kelantan?

Tinggal kat Kelantan maknanya akan jadi husband and wife hujung minggu je lah? ahhh, apa nikmat kahwin kalau tinggal berjauhan ye tak? Nak jugak pujuk cik tunang berhenti je kerja n kerja dengan aku kat sini, tapi tengok dia sayang sangat dengan kerja dia sekarang ni, tak sampai hatilah pulak. Actually banyak kelebihan kat Kelantan ni, selain rumah family kat sini, aku pun dah beli satu apartment kat sini. Masalah tempat tinggal dah satel dah. Kalau kat KL, mencari rumah sewa satu kerja pulak

Itulah dia dilema sekarang ni. Kalau koranglah berada di tempat aku, apa yang korang akan buat?

pss : tanya pendapat skit

Keputusan Extreme Healthy Diet

18 Oktober lepas, aku ada post satu entry sempena program diet yang aku nak buat sebab berat badan yang mendadak naik dek holiday. Boleh rujuk ke entry lepas. Sebagaimana dijanjikan pada 1 Oktober aku akan umumkan keputusannya - berjaya atau tidak!

Keputusannya - tidak berjaya!



Walaupun tak berjaya, cuma 0.7kg sahaja yang miss. Bajet nak turun sehingga 75 tapi tadi hanya 75.7Kg - penurunan 4.4kg dalam masa 15 hari. Ada berapa sebab kenapa tak jadi, ni antara sebabnya

-Hari pertama program dah bantai pizza raikan customer turun berat :(
-Sepanjang program pergi 2x ke KFC :(
-Kurangnya bersenam yang konsisten :(
-Tiada catatan harian

4 sebab ni kenapa miss 0.7kg! Basically program yang aku buat ni sangat mudah - 6x makan dalam sehari! Sangat banyak kan? Ya memang sangat banyak. 6x makan sehari tapi still boleh turun 4.4kg dalam masa 15hari. Nak buktikan kepada korang yang memang betul teori - berlapar dalam menurunkan berat badan adalah cara yang salah! Setiap hari semasa program tak pernah lapar - mana nak laparnya dah 6x aku makan sehari!

Untuk food log semua, sebab aku update pakai phone agak terbatas nak copy paste semua. Lagipun tak semua berminat ye tak? So sesiapa nak cuba program aku ni - terutamanya yang nak kawin waktu terdekat ni nak nampak tegap gitu atas pelamin, boleh emailkan kepada aku di joegrimjow@gmail.com. Aku akan emailkan kepada korang step yang aku buat dan kalau korang boleh tinggal 4 benda kat atas tu, result korang pasti lagi mantap gitu

Oraite - jangan lupa email ya. Next target nak kempiskan perut ni sebelum bulan 11. Heh, doakan ya. Sama-sama kita amalkan gaya hidup yang sihat :)

Selasa, 2 Oktober 2012

3 gadis dan 1 teruna

Semalam memang aku banyak habiskan masa di rumah. EOM - End Of Month memang hari yang kritikal untuk semua orang Herbalife. Hari terakhir untuk order barang semua dalam bulan tu. Bulan ni ada promotion 5 get 5 lagi lah masing-masing berlumba untuk lengkapkan pembelian masing-masing

Sebab dah satel agak awal, memang tak tertekan sangatlah. Sebab tu banyak kat rumah follow up semua custmr untuk order barang cukupkan volume masing-masing. Tengahari tu pergi pos barang kat alamanda dan masukkan duit ke atm kat petronas presint 16, terus balik dan banyak buat kerja kat rumah kat putrajaya ni

Finish strong!!

Rumah kakak aku ni ada 3 orang gadis. 2 kakak aku dan sorang sepupu aku. Tapi kalau berada kat dalam rumah ni, memang sangat jarang jumpe dieorng. Pagi kerja, malam baru balik. Macam gambar kat bawah ni aku tangkap pukul 8 malam - masih kosong! keseorangan aku :(

2 alat timbang kelihatan disitu

  • kakak sulong aku balik pukul 9 - kerja kerajaan kat JPA. ada urusan kat airport sambut siapa entah
  • kakak sorang lagi kat dominos kajang. katanya pukul 8 balik tapi sampai skrg tak nampak batang hidung. Hari ni balik pukul 2 pagi sebab closing stall!
  • sepupu aku kerja kat KL, dia naik erl dan tukar-tukar train ni jadikan sampai sekarang tak sampai rumah lagi

Kerja dan Masa

Aku rasa syukur sangat aku terjebak dalam Herbalife ni. Boleh pilih waktu mana yang kita nak buat kerja. Aku tak kata buat Herbalife ni duduk rumah goyang kaki je tak, tapi kita boleh pilih cara mana yang sesuai dengan kita. Macam aku kebanyakan dari internet, memang masa di internet tu lebih sikit. Masa diluar tu kita boleh adjust sendiri

Macam hari ni, banyak kat luar pulak sebab banyak nak kena follow up sebab esok balik Kelantan dah, pagi tadi ke kajang, terus ke seremban service kereta jap, jumpa custmr sana dan nak balik singgah ke KUIS Bangi sebab ada appointment dngn org baru then terus balik rumah.

pukul 8.34 malam masa aku tulis entry ni semua 3 gadis tu takde lagi dalam rumah tak balik :(

Freedom of time

Sometimes benda ni aku share dengan dieorg pasal kelebihan masa buat Herbalife dieorg tak interested. Lagi suka pergi kerja awal pagi balik malam 5 hari seminggu (kadang2 6 hari seminggu) Aku berada kat tempat dieorang tu pergh xtau la berapa lama aku boleh tahan. Tapi orang kata kan, lain orang lain pendapatnya, yang penting dieorang happy, kita happy je lah

So, kesimpulan entry ni - korang nak kerja macam kebanyakan orang ke atau nak kerja macam aku, korang pilih. Nak kerja macam aku, haaa, apa lagi contact jangan tak contact :)

pss : Pagi esok flight pukul 8 balik Kelantan, work work work!

Isnin, 1 Oktober 2012

Selamat datang Oktober!


Hari ni 1 Oktober. Semalam rasanya baru masuk 2012, dah Oktober 2012 dah! Cepat betul masa berlalu! Aku sorang je ke yang perasan benda ni atau memang korang pun perasan benda yang sama?

Banyak sangat aktiviti bulan Oktober ni, serius sangat banyak. Tadi tengah adjust schedule untuk bulan ni, serius macam tak sempat je nak buat semua. Kalaulah badan aku ni boleh dipotong 10 dan hantar masing-masing untuk buat tugasan yang pelbagai tu kan bagus! Tapi memang dah tak boleh buat, kena lah pandai2 agih tugas



Tengah bulan nanti ada vacation dari Herbalife. Perghh, vacation lagi! Tu yang best tu. Yang lagi best pasal vacation kali ni, all paid for gitu. Bersenang lenanglah aku nanti. Walaupun kerja sangat banyak, vacation harus diutamakan

Dannnnnn bulan 10 ni juga merupakan bulan terakhir sebagai orang bujang :)

excited!

Ok lah, harap-harap korang menempuhi bulan Oktober ini dengan senang lenang tanpa banyak sangat masalah. Doakan aku pun sama! Jom sama-sama kita wish kat Oktober - Selamat datang Oktober!!


pss : berada kat putrajaya 2 3 hari ni. jom jogging2 jom!