Ahad, 21 Oktober 2012

Gara-gara ATM kalah Piala Malaysia

Amboi, semua nak out of service!



Tahniah kepada The Red Warriors, memang lagi Piala Malaysia kita tahun ni. Cukup kita rangkul semua ketiga-tiga piala besar untuk tahun ni. InsyaAllah tahun depan kita gomo lagi sampai 4 pulak - AFC insyaAllah!

Permainan yang hebat, ATM pun hebat, berpeluang tengok dengan lebih kurang 2-3 ribu penyokong kat dataran Stadium Sultan Muhammad ke4, memang suasana yang sangat meriah. Memang je semua bersorak gembira. Ada yang bersorak sebab gembira pasukan kegemaran menang, ada yang gembira sebab lepas ni bleh mendabik dada dengan awek-awek ATM dan ada yang gembira sebab esok cuti. Walau apa pun sebab korang gembira, pemain TRW layak mendapat pujian dari kiteorang penyokong setia. 

Tahniah!!!!! Gomo kelate Gomo!

pss : 120 minit, 5 biji gol, 1 kemenangan

7 ulasan:


  1. Alhamdulillah, semua tamat. Tahniah TRW sebab menang
    dan tahniah buat ATM kerana buat match malam tadi hebat (:

    Post:
    Kelantan juara rangkul Piala Malaysia 2012
    Dia sudah lama jaga rasa yang selalu buat dia kecewa.

    BalasPadam
  2. tahniah kelate.

    komen klise - ATM pun hebat cuma kurang bernasib baik. heheh!

    BalasPadam
  3. semoga mutu permainan bola sepak negara akan terus bertambah baik

    BalasPadam
  4. makin lama makin hebat Piala Malaysia kita...

    *Apa kaitan team ATM dengan mesin ATM?? hehehe

    BalasPadam
  5. semakin hot aja ni blog nya.. thanks ya

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.