Dulu-dulu, angkasa lepas merupakan satu bidang yang menjadi perlumbaan antara kuasa dunia untuk menjadi negara pertama menghantar rakyatnya melepasi atmosfera bumi ini. US, Rusia, China dan banyak lagi negara kuasa dunia masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama.
Akhirnya Rusia menang
Kapal angkasa yang dicipta oleh orang Rusia memang besar, tapi hanya memuatkan seorang sahaja angkasawan. Orang Rusia itu jadi orang pertama yang terbang ke angkasa lepas menggunakan kapal angkasa. US kecewa kerana dipotong Rusia!
Ketika naik ke angkasa lepas, angkasawan Rusia itu pertama kalinya melihat bumi dari atas. Juga pertama kali dalam sejarah penerokaan angkasa. Semakin dia terbang jauh dari bumi, semakin kecil bumi ini kelihatan di matanya.
25 hari
Ya, itulah masa dia di ruangan kecil mengelilingi orbit bumi. Beberapa hari kemudian, berlaku masalah di dalam kapal angkasanya. Bermula dengan sedikit 'error' kerosakan di kapal angkasanya semakin merebak. Dia rasakan mungkin hari itu adalah hari terakhir untuknya. Tidak mahu mengalah, dia cuba perbaiki dan akhirnya dia berjaya
Masalah timbul, entah dari mana muncul satu bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik dari kapal angkasanya dan bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik itu sungguh mengacau fikirannya. Kapal sudah diperbaiki, tapi bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik pula yang datang. Puas dia mencari dari mana bunyi itu datang, tapi usahanya gagal
tik - tik - tik - tik - tik - tik
hari berikutnya masih berbunyi
tik - tik - tik - tik - tik - tik
bunyi itu terus mengacau fikirannya
tik - tik - tik - tik - tik - tik
dia hampir menjadi gila dengan bunyi itu
tik - tik - tik - tik - tik - tik
tik - tik - tik - tik - tik - tik
tik - tik - tik - tik - tik - tik
tik - tik - tik - tik - tik - tik
Pada hari ketujuh, masih berbaki beberapa belas hari lagi untuk dia turun semula ke bumi, dia pejamkan matanya, dia mengukir sebuah senyuman, dia cuba JATUH CINTA dengan bunyi itu. tik - tik - tik - tik - tik - tik dia cuba menghayati bunyi satu nada itu tik - tik - tik - tik - tik - tik tat kala dia bukakan matanya, bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik itu hilang.
Yang dia dengari hanyalah satu alunan muzik yang indah. sangat indah!
Bunyi yang mengganggu fikirannya itu kini menjadi satu alunan muzik yang sungguh merdu menemani dirinya untuk beberapa hari mendatang. Dia terselamat dari menjadi gila! Lebih lagi, dia temui cintanya!
*****
Apa yang berlaku di dunia sekarang ini hanyalah sekecil otak fikiran kita. Masalah kita hadapi akan jadi masalah bila kita fikirkan ia masalah. Masalah yang kita hadapi akan jadi peluang bila kita fikirkan ia peluang. Malahan perkataan masalah mungkin tidak wujud dalam fikiran kita jika kita tidak pernah memikirkannya langsung
Dan, fikiran yang bermain di fikiran kita tiada siapa yang mampu mengubahnya selain dari kita!
pss : selamat hari Jumaat
subhanallah.
BalasPadamYa, fikiran kita yg menentukan siapa kita.
Lagu inspirasi
Jika kau fikirkan kau boleh.
@sha my heartmendalam nih.. tapi mmg cool!
BalasPadam