Tak sampai 30 hari lagi bakal menamatkan zaman bujang. Serius rasa masa sekarang ni cepat sangat berlalu. Macam satu jam tu macam satu minit. Gara-gara banyak lagi perkara tak satel ni, sebab tu sekarang ni agak kelam kabut!
Satu lagi masalah adalah nak tinggal mana selepas kahwin nanti
Aku sebenarnya tiada masalah nak tinggal kat mana dari segi kerja memandangkan bidang tugas aku ni boleh je buat kat mana-mana pun. Katakan terpaksa pindah ke Vietnam aku slumber badak je buat bisnes kat sana. Yang menjadi masalah ada cik tunang. Dia sekarang ni kerja kat KL, jadi memang kena kerja kat sana lah. Tak boleh ubah-ubah
Kelantan ke KL? |
Kalau pindah ke KL, yang paling utama aku risaukan adalah emak aku. Sekarang ni yang ada kat Kelantan cuma aku, kakak aku dan 2 orang anaknya yang kecik lagi dan mak. Kakak aku tu pun anytime je akan dihantar pindah ke tempat lain, bila jadi macam tu, aku seorang je lah yang menjadi harapan terakhir.
Dengan umur mak aku meningkat ke 64 ni, memang pergerakan dia agak terbatas. Nak pergi mana-mana memang akulah yang jadi drivernya. Kalau aku takde nanti, risau jugak dia sorang-sorang kat sini.
Kekal kat Kelantan?
Tinggal kat Kelantan maknanya akan jadi husband and wife hujung minggu je lah? ahhh, apa nikmat kahwin kalau tinggal berjauhan ye tak? Nak jugak pujuk cik tunang berhenti je kerja n kerja dengan aku kat sini, tapi tengok dia sayang sangat dengan kerja dia sekarang ni, tak sampai hatilah pulak. Actually banyak kelebihan kat Kelantan ni, selain rumah family kat sini, aku pun dah beli satu apartment kat sini. Masalah tempat tinggal dah satel dah. Kalau kat KL, mencari rumah sewa satu kerja pulak
Itulah dia dilema sekarang ni. Kalau koranglah berada di tempat aku, apa yang korang akan buat?
pss : tanya pendapat skit
pss : tanya pendapat skit
Makbed dh penah try hidup jadi isteri mingguan. Suami xpenah minta berhenti keje. Dari mengandung sampai ke bersalin sensorang aje kat kl. Last skali, aku brenti sniri je sebab tatahan. Tak berbaloi nak dok kl sbb blanja mahal. Dan x nikmat lansung idup berumahtangga cemtu. Ikut suami lebih bagus walaupun dia x mintak kuat2. Tapi rezeki melimpah plak lepas brenti keje tuuu. even makbed syg keje tu, tp syg lagi kat suami ku. Hiihhiihiii.
BalasPadamSo nasihat makbed, cuba dulu. kadang2 hidup berjauhan ni sesuai dgn seseorang dan ada yg x sesuai living like that. yg penting,dlm perkahwinan ni kena le pepandai ekjas dan bertolak ansur. Sekian ceramah makbed. bess nye nak kawin!
@Makbed
BalasPadamooo memang taknak option jumpa hujung minggu tu. xmo xmo. huhu
jarang jumpe lagi lah bertambah rindu. bila rindu bertambah, sayang pun laaaaagiiiii tambah3! ^.^
BalasPadamBla syg betmbah, anak pn betmbah2.. Ok ok lawak 18sx..
BalasPadamCabuttt wakaka
ajak mak tinggal kl.. dlm masa yg sama pujuk /cari keja area kelantan utk bakal isteri..
BalasPadamrasa mcm setuju dgn pendapat pengomen d atas ni. tapi yg pasti, lepas kawen nanti sure nmpk la lorong dia tu... insya allah :)
BalasPadamKos hidup di kelantan lebih rendah.... Pujuk la tuning cari keje kat sana..hehe
BalasPadam@Fazlinil Irmasetuju..
BalasPadamsekarang mmg sy tgai jauh2 ngn asben.hjg mgu ja jumpa.asben kt sana,sy kt cni.tgh tgu asben yg dpt tukaq mai cni.kalau leh sy nk ja ajak asben balik ke kampung kami kt kedah nun(kalau pkiaq bab kos hidup la kan)..tp pkiaq lak kesian lak kat asben nnt.so,la ni,camnila kami..hjg mggu jumpa..tp sbnqnya mmg rasa syg,rindu cinta tu makin kuat la.smoga perasaan ni kekal hgga akhir ahyat dan ke syurga.erkkk...agk2 membantu dak cerita sy ni..cm melalut dah.sori.
BalasPadamtempat anak lelaki dgn ibunya
BalasPadamtempat isteri dgn suaminya
that's all
bincang baek2 dgn mak, n dgn tunang..
BalasPadamp/s:parent ak penah ckp, klau xmo bertolak ansur psal kerja isteri, jgn pilih calon isteri yg dh bersusah payah disekolah kn oleh parent nye.. ;)
@~cAhAyA kEmUL!aAn~ good thinking la parent awk..
BalasPadamterimakasih ya mas bro ..
BalasPadamAssalamualaikum....,Saya berpendapat,bincang elok2 Dgn cik tunang Dan ibu,itu lebih baik....,semoga berjaya Dan tahniah...:-)
BalasPadam''tempat anak lelaki dgn ibunya
BalasPadamtempat isteri dgn suaminya
that's all''
Ini. Nice!
p/s:Saya cadangkan, buat istikharah dulu,bro.
sekarang mmg sy tgai jauh2 ngn asben.hjg mgu ja jumpa.asben kt sana,sy kt cni.tgh tgu asben yg dpt tukaq mai cni.kalau leh sy nk ja ajak asben balik ke kampung kami kt kedah nun(kalau pkiaq bab kos hidup la kan)..tp pkiaq lak kesian lak kat asben nnt.so,la ni,camnila kami..hjg mggu jumpa..tp sbnqnya mmg rasa syg,rindu cinta tu makin kuat la.smoga perasaan ni kekal hgga akhir ahyat dan ke syurga.erkkk...agk2 membantu dak cerita sy ni..cm melalut dah.sori.
BalasPadam