Selasa, 31 Mei 2011

Tips perniagaan dari orang cina yang jarang diketahui melayu

Bunyi cina, melayu, nak racist je kan? hehe, bukan-bukan. Memang entah tinggal ceruk mana kat Malaysialah kalau tak tahu hakikat kebanyakan orang cina di Malaysia lebih 'handal' berbisnes dari orang melayu sendiri. Buktinya tengok sajalah ekonomi di Malaysia ni, berapa banyak bangsa cina pegang. Compare dengan Melayu, sangat ciput.

Aku beruntung sebab usia muda lagi aku dah involve dalam bisnes. Eh, bukan muda lah, budak kot. Masa aku berusia 12 tahun aku dah buat bisnes GameBoy. haha, stylo kan? Cikgu yang paling hebat adalah pengalaman kita. kan kan? Seingat aku, umur 21 tahun macam tu sejak aku join Herbalife, barulah aku sempat melihat bagaimana bangsa cina ni buat bisnes dieorang. Memang sangat lain dari orang Melayu

Ohhh, ini bukan entry mengangkat-ngangkat okeh, tapi satu realiti di depan mata

Kita kena sedar yang sememangnya kita jauh terkebelakang dalam soal bisnes ni. Sebab tu ekonomi bukan bangsa melayu yang pegang. Jadi, mesti macam kena electrostatic kat otak tu, kat bahagian medula oblongata, bagaimana orang cina ni menjadi lebih berjaya dari orang Melayu. So, entry ni akan hurai sedikit sebanyak pengalaman aku bergaul dengan bangsa cina ni tentang amalan bisnes mereka

here we go!!!


1) Amalan kerut kening



Sangat tabah aku tangkap gambar dah upload gambar tu untuk dimasukkan dalam entry ni. Heh, amalan kerut kening! Ada macam berkerut kerut kat bahagian tengah antara kening tu namanya kerut kening. Ada kawan cina aku cakap, kat tengah tu macam pintu rezeki dieorang, jadi kalau kita buat kerut macam tu, seolah tutup pintu rezeki sendiri.

Entah ini tahyul ke apa, tapi ada kebenarannya!!

Logik kan, kalau kita jumpa orang tapi selalu buat macam tu je, orang yang memandang menganggap kita macam 'marah' kepada dieorang. Macam mana nak approach kalau dah orang yang kita nak approach tu dah buat 1st impression yang buruk? Alamatnya custemer lari. Satu lagi, buat kerut kening macam tu, keayuan dan kehandoseman akan hilang. hoho. kan? Jadi jangan buat okeh!


2) Tak mandi waktu pagi

Mandi manda

Haaa, yang ni aku dapat dari kawan aku jugak. Dia just spray spray je badan tanpa mandi pun. Berbeza dengan amalan kita orang Melayu, memang kena mandi pagi. nanti busuk. Kata kawan aku tu, dia tak mandi pagi sebab waktu pagi adalah waktu yang sangat bertuah. bila dah mandi, tuah tu akan hilang bersama dengan air mandian

tapi serius aku cakap die tu macam kencing aku je. haha, jangan pakai okeh sebab tak jumpa logiknya!



3) Jangan rasa selesa walaupun dah selesa



Ni satu lagi sikap yang sangat baik. Pernah tak korang jumpa taukey2 (bangsa cina) yang pakai seluar pendek dan baju yang biasa biasa je. Minum air di kedai kopi macam biasa je. Tapi kalau tengok kereta, wow, kalau bukan merc, bmw. haha. Tak macam kebanyakan kita, dah bergelar bisnesman skit, minum tak nak dah kat kedai-kedai mamak ni, no class. nak minum starbuck je. Biarlah bisnes baru ciput pun.

Mereka ni bangsa cina boleh tengok, walaupun dah kaya raya dah, tapi still gigih bekerja macam tak cukup makan je. Lagi kaya, lagi kuat kerja. Sebab tu mereka semakin kaya dan semakin kaya. Tak pernah nak rasa selesa dengan kemewahan yang mereka ada. Fuhh, memang kita kena tiru okeh



4) Tolong menolong sesama bangsa



Dari sekecik-kecik hinggalah sebesar-besar bisnes, mereka memang bersatu padu sesama bangsa mereka. Kalau kat Kelantan ni korang bleh tengok bangunan bukan main besar lagi - sumber dari bisnesman2 cina jugak. Nak tolong supaya bangsa mereka yang masih mentah supaya kaya sama. Tu sikap yang memang patut kita contohi

Terbalik 720 darjah dengan kita, fitnah, menipu, fitnah, menipu. Baru kawan ni nak bangkit, terpaksa lingkup sebab ada kawan lain yang dengki dan fitnah macam-macam. Tak paham betul, mungkin pengaruh drama-drama melayu kot. heh, tu la banyak sangat buat drama macam ni


******

Sebenarnya tips-tips ni ada banyak. Ala, bangsa kita pun banyak je yang berjaya dan masing-masing ada tips sendiri. Yang menjadi masalahnya, banyak tips tapi tak buat. heh, macam mana tu? Kalau korang tanya aku, apa yang aku buat, simple-simple je. Eh eh, sebelum tu kena declare dulu, aku tak kaya pun, tapi tengah bersiap sedia untuk jadi orang kaya. hehe. YOUR SUCCESS ONLY LIMITED BY YOUR OWN IMAGINATION AND YOUR HARDWORK. imaginasi dah tinggi dah, hardwork je kena lebih. Benda yang aku buat

Hehe, simple je kan? Banyak sangat tak buat tak guna jugak kan? So korang yang dah join pape bisnes tu, ada pape tips tak korang buat? share-share lah sikit


pss : tak jadi balik kelantan, ada hal PENTING esok =)

Isnin, 30 Mei 2011

Ada rahsia apa dalam telefon bimbit lelaki

APA agaknya reaksi lelaki apabila isteri tiba-tiba mahu berkongsi telefon bimbit dengan alasan tiada rahsia yang perlu disembunyikan apatah lagi sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Maknanya telefon bimbit anda adalah telefon bimbit isteri anda sebagaimana anda berkongsi gelas, pinggan, selimut, bantal, tuala mahupun bahan perapian badan.

Wah, betul-betul satu permintaan yang membuatkan ramai lelaki tergamam. Berkongsi lain tak apa, tapi bukan telefon bimbit.

Kenapa, kerana alasan utama ia boleh menyebabkan hubungan harmoni suami isteri terganggu. Zaman sekarang, telefon bimbit yang mampu menyimpan apa juga maklumat daripada bertulis sehingga foto dan video, adalah segala-galanya.

Oleh kerana begitu sekali peranannya, ia boleh menimbulkan banyak salah faham, prasangka dan kecurigaan. Tak fasal-fasal akibat benda remeh-temeh dalam telefon bimbit, darjah kecemburuan boleh melonjak. Tak fasal-fasal, perkara mudah menjadi sukar. Tak fasal-fasal hidup rukun jadi bermasam muka

Al maklum, wanita mudah hilang pertimbangan jika sudah diselubungi emosi dan kecemburuan. Cemburu selalu membutakan logika dan akal budi (common sense) mereka. Kalau masih tak percaya, cubalah dan lihat hasilnya.

Alasan kedua, dan ini yang perlu dijaga rapi oleh suami ialah tembelangnya boleh pecah. Ada rahsia besar dalam telefon yang mahu disimpan rapat-rapat.

Maklum sahaja, trend sekarang lelaki cenderung curang kepada isteri. Curang itu dikatakan memberikan sensasi tersendiri terutama kepada lelaki separuh baya. Sekali lagi, kalau tak percaya cubalah. Paling tidak tahap kecurangan itu sekadar bermain-main perasaan tanpa ada komitmen yang jelas.

Sebab itu, lelaki selalunya mempunyai pedoman penting (golden rules) mengenai telefon bimbit yang mesti diikuti jika dia mempunyai selingkuhan. Apa pedoman penting itu?

Jangan sesekali masukkan nama kekasih anda itu dalam telefon bimbit. Pastikan anda hafal nombor berkenaan. Jika tidak mampu kerana punya ramai kekasih dan anda pun sudah mulai pikun, cuba gunakan nama lain. Tapi awas, ini muslihat lama yang sudah diketahui ramai wanita.

Hapuskan segala jejak berupa rekod panggilan, SMS atau foto termasuk yang dalam memori. Jadikan tabiat, setiap kali kaki melangkah ke pintu pagar rumah, segala jejak itu telah terhapus.

Pesan kepada kekasih anda agar mematuhi aturan waktu berhubungan. Waktu paling aman ialah semasa jam kerja, Jangan sesekali sewaktu anda sedang bersama isteri dan keluarga. Tetapi jika terperangkap dalam situasi itu, jangan panik. Bersikap biasa dan jangan cepat-cepat beranjak ke tempat lain untuk menjawab telefon, SMS atau e-mel. Ini boleh menimbulkan kecurigaan. Pandai-pandailah temberang. Dan, bagi memastikan suasana lebih aman wujudkan penampan iaitu dengan menggunakan kod. Contohnya, esok tak ada meeting yang maksudnya esok tak jadi dating.

Atau untuk langkah yang lebih selamat, belilah dua kad sim. Satu nombor untuk berhubungan dengan isteri dan keluarga serta satu lagi khusus untuk kekasih anda. Kad sim pada masa ini pun bukanlah mahal sangat. Asasnya, pelaburan kecil boleh menyelamatkan musibah besar.

Pastikan juga jenama telefon anda berbeza dengan milik isteri. Bukan apa, kalau isteri terdetik nak buka pun ia akan mengambil masa. Tapi kalau isteri anda jenis mahir teknologi, pedoman penting ini tidak terpakai.

(Sebenarnya ada beberapa lagi pedoman penting yang biasa diamalkan oleh lelaki curang. Kalau ada manfaatnya, Kucing Jantan boleh dedahkan kemudian).

Tetapi kepada wanita yang bijak, buat apa susah payah mahu memata-matai telefon si suami. Kalau suami mahu selingkuh, apa juga cabaran akan ditempuhnya. Ibarat kata, lautan api sanggup direnangi, gunung-ganang sanggup didaki.

Yang penting, sebagai isteri ialah menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Apa yang selalu berlaku, si suami akhirnya akan pulang jua ke pangkuan keluarga. Kalau tidak pun, dia akan menempuh jalan yang lebih baik iaitu berkahwin lagi. Relakan dan reda sajalah.

Dan dalam bab selingkuh ini, bukan suami sahaja yang ada nafsu untuk berbuat demikian. Banyak juga kes melibatkan isteri. Jadi, kalau mahu hidup bahagia elakkan mengetahui apa isi kandungan telefon bimbit pasangan kita.

*******

WHAT THE FISH AND CHIPS!!!



Mesti korang berkerut dahi baca artikel kat atas ni kan? aku pun sama!! Sebijik aku copy paste dari UTUSAN ONLINE (link) Cmonlah, media ni apa sebenarnya tugas? nak papar artikel-artikel macam ni? sh*t sungguh! 

Kalau publish dalam blog aku yang tak ramai mana baca oklah, ni dalam media arus perdana kot. haiiyaaa. nak ajar berlaku curang? utusan oohhh utusan


pss : esok nak balik dah 

Ahad, 29 Mei 2011

Barcelona vs Manchester United : 3 - 1



Punyalah semangat nak tengok bola semalam sampai bangun dah pukul 5 setengah. haha, cam apa! Tu la orang kata, jangan semangat sangat, nanti tak kemana semangat tu. Bangun je tido, tengok keputusan, yeah Barca menang! Dan kemenangan barca sama dengan ramalan aku di facebook!!





Ramalan aku lebih hebat dari paul the octupus dah. haha. Yeahh, tahniah barca, nak tengok jaringan-jaringan kat youtube je lah. Loser pun loser lah. Tido best sangat. heh!


pss : micheal o johnson kena slow2 cakap dengan alex ferguson lepas ni. kekeke

Kenapa AF dah tak UMPHH

Malam ni teman kakak tengok AF9. Seharian penat kat Hari Belia tadi, malam ni rehat regangkan otot di atas sofa sambil mata tengok AF9. Rancangan yang memang dah lama tinggal tak ikuti perkembangan. Tak sedar dah musim ke 9 dah. Dengar kata ni musim terakhir. ye ke? Kalau ya, memang dengan mutu seperti sekarang ni, aku setuju sangat kalau nak diberhentikan.

Tak seUMPPPHH dulu!

Kalau dulu, sanggup berbaik dengan warden asrama nak tengok AF punya pasal. Suruh cikgu pasang astro lagi kat asrama supaya boleh tengok AF. haha, comel pulak rasanya dulu-dulu. Sebab utama tengok sebab ia adalah hiburan yang menghiburkan. Sekarang ni, hiburan yang.... membosankan?

Dengan kembalinya Aznil sebagai MC - yang mana kekuatan AF ni antara faktornya adalah MCnya, pun sama memang membosankan jugak. Pak nil dah hilang bisa pun aku tak tahu, tapi serius aku type entry ni masa dieorang tengah nyanyi lagi kot. haha. nampak sangat bosankan?

ko joe, dah bosan buat entry jugak!

- senyum je lah joe =) -

Okeh, kali ni aku nak cite sikit kenapa AF dah tak semakin UMPHH


1) Kelahiran program realiti tv yang lain

Mentor


Sekarang ni berlambak-lambak program realiti yang mencari bakat nyanyian di Malaysia. Sebut saja channel mana, semua ada. Dulu ada Malaysian Idol yang mencabar AF ni, lepas tu ada lagi Mentor sekarang yang memang aku rasa kualiti penyanyi lebih baik dari AF ni. Tak cakap lagi yang lain, sebab banyaknya program realiti ni, maka kurang orang tengok. Dah kurang tu, mulalah kualiti dah takde. Ni nak salahkan siapa? entah la labuuuuu


2) Kezutan yang membosankan


Ciku cak


Dulu suka tengok kejutan-kejutan yang dibuat. Macam kita penonton tengok pun memang terhibur habis lah. Aku kalau balik rumah masa sekolah dulu, memang satu family tengok kat tv tu. Tapi sekarang ni, sebab kejutan yang dibuat hambar semacam je, kadang-kadang pelik tengok, macam taraf filem 3 kupang je. Entah siapa yang reka kejutan-kejutan ni, nak buat pun buatlah betul-betul. Barulah yang penonton ni terhibur gitu


3) Peserta yang tidak berkualiti


Sperma tak berkualiti


Orang kata AF ni sama macam tahap karaoke. Haha, takdelah seteruk tu. Up sikit lah (jaga hati) kualiti peserta ni berkait rapat dengan popularnya sesebuah rancangan tu. Mungkin dieorang tengok Faizal juara AF tu entah kemana sekarang, sebab tu tak ramai yang nak join tu. Tak pergi kemana kalau menang pun. Hehe. Memang yang buatkan penonton lekat dengan TV adalah nak dengar kemerduan suara tu, bila dah tak merdu, UMPHHH nya pun akan kurang secara automatik


******

Bagi 3 je?

Hehe, aku bukannya orang pakar sangat, jadi pandangan aku ni berdasarkan pemerhatian penonton normal. Tertarik dengan pengkritik malam ni, Sham Kamikaze yang aku rasa dia punya kritikan tu jelas dan padu. Kakak aku bersetuju siap angguk lagi. Aku cite yang sham kamikaze dah berubah kat die, semangat suruh aku Google sham kamikaze dah kahwin ke belum. kekeke. Kalau korang perasan tadi, masa dia kritik lena, pandangan dia kebawah. Wahh, merendahkan pandangan gitu. 

At least kita belajar sesuatu dari dia. Besar pengaruh orang yang membawa agama ni. Susah macam mana pun, kesannya besar!


pss : Ramai betul orang kat Putrajaya skrg!

Sabtu, 28 Mei 2011

Dimana mahu jumpa lelaki baik - the one and the only

Korang perempuan?

Korang berharta?

Korang dah ready untuk kahwin?

TETAPI!!!!

DIMANAKAN LELAKI BAIK UNTUK DIKAHWINI???

wah wah, dah macam trailer dah. Ni kesan tengok pirates of caribean la ni, sape suruh duyong tu comel sangat? Ok, lari tajuk. Mintak maaf kepada lelaki, memang pembaca kat blog ni lebih ramai perempuan dari lelaki, jadi kena tulis entry menjurus kepada keperempuanan lagi. Barulah lebih ramai pembaca akan baca gitu. heh!!

Ok, macam kisah kat atas, bergaul dengan perempuan matured ni membuat aku pun turut matured. Eh eh, bukan bergaul apa, cuma hari tu ada cetusan hati yang aku rasa memang ikhlas dari kawan perempuan aku mengenai 'lelaki baik yang hilang' dan 'kemana lelaki baik menyorok' Mesti pengaruh dengan cerita mat saleh, memang perempuan yang bekerjaya cenderung untuk lebih 'memilih' lelaki yang 'baik'

Ada 'sesungut' tu korang paham lah kan maksudnya?

The one and the only



Memang aku tak halang dan siap suggest lagi untuk korang perempuan cari lelaki yang sesuai untuk dibuat suami. Apabila dah ready untuk kahwin, seperti perempuan tu dah bekerjaya, gaji sedap 4-5 ribu sebulan, dah pakai kereta, rumah dah ada (walaupun hutang bank) tetapi bila nak kahwin - calonnya takde!!! lelaki baik pupus!

Sebenarnya macam ni

Bukan lelaki baik tu pupus, tapi si perempuan tu yang tak cari. Cuba korang bayangkan engineer petronas yang bekerja 5 hari (kadang2 6 dan jarang2 7) kali seminggu, kemana masa mereka dihabiskan? ya, di tempat kerja. Asyik-asyik duk jumpa pekerja pelantar minyak dan mat despatch, macam mana nak dapat the one and the only. Ok, giliran cikgu pulak. Cikgu perempuan yang nak cari the one and the only, tapi hujung minggu pun duk masuk sekolah sibuk tolong anak murid cantikkan kelas, apa ingat nak kawin dengan anak murid ke? 

Nampak point aku?

Benda ni memang terjadi pun, kebiasaan kepada perempuan yang bekerjaya bagitau susah nak dapat lelaki baik, katanya lelaki baik sudah pupus adalah tidak benar. Salah mereka yang tidak mencari. HAAAAA, sangat tepat korang baca entry ni, sebabnya aku akan senaraikan tempat-tempat yang korang boleh cari lelaki the one and the only - lelaki idaman korang!


1) Tempat-tempat beribadah


Heh, bunyi macam psyko je kan? Yaa, tempat beribadah (bagi kita masjidlah) adalah tempat terbaik untuk korang cari lelaki idaman korang. Kalau ada ceramah-ceramah tu, rajin-rajinlah pergi. Kot-kot kereta korang parking tu kena block dek lelaki the one and the only tadi, maka berputiklah cinta di situ. Haha, tapi janganlah pergi masjid sebab nak cari jodoh pulak, sampai hilang niat asal untuk beribadah =)



2) Program motivasi


Sekarang ni banyakkan talk-talk diadakan untuk memotivasikan diri yang dijalankan tak kira melalui badan kerajaan ataupun syarikat2 swasta. Alah, yang berbayar pun banyak je kan? Aku suggest korang pergi ke tempat-tempat macam ni, manalah tahu tempat duduk korang tu berada di tepi lelaki the one and the only. boleh bertukar no phone dan cinta pun berputik disitu. oohh, sangat tidak romantik! Tak romantik pun, lelaki yang mencari motivasi ni, memang berkualiti, so, give a try okeh



3) University


Yeaahh, university adalah tempat yang paling elok untuk mencari jodoh. heh, aku rasa setiap U kena tubuhkan badan pencari jodoh la, baru lebih ramai orang bertemu jodoh ketika di U. hehe. Tapi, saranan aku, walaupun di U, cari yang suka bergiat aktif dalam persatuan. Nak cari yang bergiat aktif dalam persatuan, korang kenalah bergiat aktif jugak.

Eh kejap, kalau perempuan bekerjaya, takkan masuk U? Alaa, lecturer kan ada. hehe


Okeh, itu antara tempat-tempat yang korang boleh pertimbangkan untuk mengusha lelaki-lelaki baik. Aku ada beberapa kawan yang baik, nak? haha, bagi email. ceh, dah jadi macam agen pencari jodoh dah =)

Jumaat, 27 Mei 2011

Jenis-jenis perempuan berisi yang nak ramping

Yee haa!!!

Apa kebenda yee ha ni. Heh, seronok, nak buat macam mana, yee haa je lah. Walaupun wordless wednesday pagi2 rabu hari tu cerita pasal frust, kehidupan kita ni hanya kita boleh mencorakkan ye tak? Kalau frust, duk layan frust lama2, memang tak jadi kerja. Jadi, bangkit dari frust cari kegembiraan, jumpalah kegembiraan. Sebab dah jumpa, maka YEEE HAAA lah!!

Okeh, kali ni nak share dengan korang jenis-jenis perempuan berisi yang nak ramping. Apaa??? Ada jenis jugak ke? Mestilah ada. hehe, entry ni ditulis mengikut pengalaman aku, jadi jangan take serious sangat okeh. Sebenarnya nak buat tajuk perempuan gemuk yang nak kurus, tapi fikir hati perempuan ni lembut, maka kita tukar ayat gemuk kepada berisi. lebih sopan gitu

wohoo!!!

Jom kite tengok apakah jenis-jenisnya =)



1) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI makan banyak




Ada cik adik kakak oi, beriya nak ramping tapi makan banyak. Memanglah tak boleh nak ramping kalau dah makan banyak cik adik oiii. Sebabnya setiap kali kita makan, kita sumbat kalori. Bakar 1300-1400 kcal je, tapi sekali makan bedal snack plate KFC dah 1200kcal dah, macam mana nak turunkan? Serius i told u okeh, nak ramping atau berbody kerengga ni, u kena jaga sikit makan, boleh makan, cuma kuantiti jangan banyak. sampai 2-3 pinggan bedal, lauk pulak amek bahagian berlemak, haiyooo, tak jalan tak jalan



2) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI takde duit


Ni lagi satu, pelik betul alasan yang diberi. 'joe, akak nak kurus, tapi takde duitlah sekarang' Pelik tapi benar, macam tulah. Ni mesti terpengaruh dengan rawatan ni rawatan tu, ubat diet ni ubat diet tu, laser ni laser tu. Sebenarnya nak jadi ramping macam kerengga, tak perlukan duit yang banyak. Logiklah, kita ni nak kurus, sepatutnya kurang makanlah, bila dah kurang makan, duit yang digunakan untuk beli makanan sepatutnya dipotong. Duit sepatutnya jadi lebih. logik kan? jadi, jenis yang macam ni sepatutnya sedar, nak ramping tak payah nak keluarkan duit banyak-banyak, abang joe ada cara. hehe



3) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI malas nak exercise


Wah wah, bukan main sedap lagi kan mulut bagitau 'I nak body macam penelope cruz, tak pun macam lisa surihani dah ok' tapi bila ajak pergi bersenam 'sakit perut, tak boleh. hujan, mana boleh bersenam. tido lagi best' dan macam-macam lagi alasan. Hehe. Jenis ni saaaaaangat banyak di pasaran. Helo, u nak jadi ramping, kenalah work out sikit. Tak banyak pun kena buat sikit. At least 3 kali seminggu kena ada senaman yang melibatkan 30-60 minit dibuat. Tak semesti keluar rumah, kat dalam rumah pun boleh. Kalau taknak beli trackmill pun, boleh pasang musik joget2 pun ok. asalkan keluar peluh. 



4) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI tak tahu cara


ahaaaaa, jenis ni bukan main banyak lagi okeh. Body agak besar, nak ramping, tapi tak tahu cara. Walaaa, memang dah dijodohkan korang baca entry ni, maka call lah saya untuk buat appointment. hehe. abang joe akan tunjuk cara nak jadi ramping dengan paling senang + efektif + disukai ramai. Darilah anak dara umur 18 tahun hinggalah nenek-nenek 70 tahun, semua boleh. call saja okeh. joegrimjow@gmail.com/0169640972. 

I tunggu panggilan u =)


pss : malam ni ke Putrajaya, esok ada Himpunan Sejuta Belia!!!

Khamis, 26 Mei 2011

Empire Avenue Tips : Cara naikkan Share Price

Share Price adalah antara elemen terpenting dalam menguasai Empire Avenue. Tinggi share price korang, lagi 'pengaruh' korang dalam dunia social network. Ada beberapa tips yang aku akan kongsi disini untuk naikkan Share Price dalam waktu yang singkat. 


Sekarang ni dah 66.30

Nilai 53.37 tu dipanggil Share Price. Bahagian warna hijau daily gain/lose (+1.833) tu, Current Dividend Yield (1.09%), Net Wealth nanti aku akan terangkan camne nak naik. Kali ni hanya Share Price sahaja camne nak naikkan. Khas bagi yang tak berapa nak glamer macam aku. Belum register? cepat register kat sini


1) Dapatkan lebih ramai shareholder

Shareholder adalah orang yang membeli saham korang. Tak kira banyak atau sikit, ada je pembelian, orang tu dikira shareholder untuk saham korang. Setiap pembelian, korang akan dapat 50% darinya dan jumlah ni akan berkurangan apabila semakin ramai shareholder. Jadi, promote-promotelah orang lain supaya beli saham korang


2) Naikkan interaksi social media lebih banyak

Empire Avenue berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di social media lain seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Youtube dan Flicker. Kalau korang tak connect lagi dengan kesemua ni, baik connect sekarang. Selepas korang connect, pastikan ada aktiviti yang dibuat sebabnya semakin banyak aktiviti korang buat (likes di facebook, RT di twiter, Thumb up di youtube dan banyak lagi) share price korang akan turut meningkat


3) Dapatkan pengaruh di Empire Avenue

Setelah invite kawan-kawan korang join EA ni, adalah penting untuk mereka kekal dalam tu. Maksud kekal tu, bila dah join, ada benda yang boleh dibuat. Takdelah join, sunyi sepi dan terus menghilang lepas tu. Cara nak kekalkan dalam EA ni adalah bina relationship dengan post shout out dan join community yang banyak. Aku suka lepak kat Kuala Lumpur ni, sangat aktif dieorang disana. Join jangan tak join


4) Endorse blog 

Tak seperti social media lain, blog perlu di endorse secara manual oleh orang lain. Jadi, bila dah connect blog korang, pastikan ajak kawan-kawan untuk endorse blog korang tu. Selain share price akan naik, duit pun dapat, semakin kayalah! Oh satu lagi,  isi dalam blog tu biarlah berkualiti, setiap view, komen dan orang lain share blog korang tu, Share price korang akan naik!


Okeh, itu sahaja. Semua ni ada kat bahagian tips di EA. Rajin-rajinlah mencuba ya. Bagi yang belum register lagi EA, aku suggest register. Nak register, klik sini

pss : Esok hari Belia, jom jom ke Putrajaya!!

Wordless Wednesday : Frust


Wordless wednesday : On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Selasa, 24 Mei 2011

Top 5 Drama Melayu aku suka

EAV_BLOG_VER:35e97fc534ae6c32

Entry ni sangat sukar untuk dibuat! Serius sebab hanya 3 je kalau sebut drama Melayu yang betul-betul aku tengok. Sebab sebelum ni dah buat top 5 drama jepun dan top 5 drama korea, takkan bila sebut pasal drama Melayu, top 3 pulak kan? Jadi dengan bantuan google, jumpa jugak 2 lagi drama Melayu yang best tapi aku tak tengok habis

Bukan nak rendahkan martabat drama Melayu kita, tapi sekarang ni pengarah yang buat cerita tak habis-habis mainkan isu HANTU, BOMOH, ANAK DERHAKA. macam dah takde benda lain untuk diketengahkan. Bosan kot tengok cerita macam tu. Harap sangatlah muncul pengarah-pengarah Melayu yang menaikkan industri drama kita ni kalau tak setaraf dengan antarabangsa pun, at least masa nak tengok tv tu, takdelah separuh masa tv pulak tengok kita. TERTIDO!

okeh, jadi, apakah top 5 drama Melayu tu. Jeng jeng jeng


5) Hani



Pernah ditayangkan di tv3 dulu, memang cerita ni aku tengok jugak permulaannya. Awek cun berlakon mesti tengok punyalah. Tapi macam lama kelamaan takde feel nak tengok, episod last-last tak sempat nak tengok. Haha, nak buat macam mana, dah lambat sangat kan. Tapi kena bagi semangat jugak kat pengarah sebab bawak lari jauh sikit cerita ni yang mana mengetengahkan moral yang begitu banyak. Sebab tu di no 5 tu. wahaa!!



4) Tudung ekspress


Cerita ni rasanya ditontonkan di astro, tak ingat channel berepa. Aku tengok online je, maklumlah, Lisa berlakon mestilah tengok. hehe. Cerita yang mengisahkan 4 perempuan yang semuanya bertudung dalam drama ni dengan pelbagai ragam kehidupan normal seorang perempuan. Ada masalah dengan suami, ada masalah dengan bf, ada masalah dengan bos. Macam-macam lah. Cerita ni pun sama dengan Hani, aku tak tengok habis sirinya, sempat 5-6 episod je kot. Sebab Lisa berlakon, jadi no 4 =)




3) Awan Dania



Taraaa, kita masuk bab serius. Heh, awan Dania ni memang sangat best. Aku ikuti cerita ni kat astro ria. Walaupun aku dah tengok musim ke 2 macam tu, blur sikit perjalanan cerita. tapi bersemangat cari kat internet musim pertama. Sebab utama suka adalah kekeluargaan yang wujud dalam cerita ni. Walaupun bodoh-bodoh gitu, tapi serius comel kalau ada keluarga macam tu. Tambah pulak heroin lawa(scha alyahya??), lagilah melekat nak tengok. Nasib baik ada astro b.yond pvr kat rumah, boleh record cerita ni walaupun tak ada kat depan tv (sempat lagi promote)



2) Nur kasih


Sape tak tahukan pasal drama ni, berjaya mengumpulkan 19 juta penonton, memang kebabowlah. Jalan cerita pun menarik. Aku tengok semua online. ingat lagi masa siri ni ditontonkan di tv, aku bersemangat tengok kat online. Kena tunggu tv3 upload dulu baru boleh. Kat UK masa tu, nak buat macam mana kan. So geram jugaklah kawan kat Malaysia yang update status pasal perjalanan cerita tu, jadi tak suspen. Apa-apa pun, memang drama Nur Kasih ni terbaik, memartabatkan drama Melayu gitu. 



1) Adamaya



Lisa lagi!!! Haha, sorrylah geng, adamaya no 1 okeh. Hehe. Dulu aku pernah buat entry fenomena adamaya kat brunswick street, bukan aku saja yang tengok, kawan2 aku yang lain pun tengok jugak. Syok layan ramai-ramai. Heh, sejak drama nilah aku kenal lisa. ceh, aku je kenal, dia tak kenal pun aku ni. kekeke. Cerita ni walaupun bodoh + geram sebab tak habis-habis dengan Dani dani dani, tapi layan jugak sebab realiti memang ada kat masyarakat kita. Mungkin penampilan budak comel tu dalam drama ni membuatkan Adamaya jadi pilihan pertama aku!!



Okeh, tu je. Korang punya versi? ce citer ce citer

Isnin, 23 Mei 2011

Nina belajar naik basikal



Bagi youtubes tegar di Malaysia, mesti kenal dengan budak atas ni, Nina! budak cute ini jangan terkejut sebab ada channel sendiri di youtube yang mana hampir 6 juta pageview dah dilihat. Ohh, sudah pasti bukan dia yang buat, bapak dia lah yang buatkan. Mak nina berasal dari jepun dan ayahnya US kalau tak silap. sebab tu lah dia pun comel pelik je kan. Orang kacukan ni comel-comel je ek?


Macam best la pulak kan, buat channel untuk anak sendiri dan upload untuk simpanan masa tua nanti. Konpem masa nina dah besar nanti, mesti terharu dengan kegigihan ayah dia yang buat video tu semua. Sejak kecik, dari video makan pisang, 4 tahun lepas (serius comel masa nangis bila pisang dah habis) sampailah video terbaru pasal naik basikal, semua comel-comellah

Jom tengok video nina terbaru!





comel je kan? kawaiii

Pasal naik basikal ni, ada 2 benda yang terlibat. Pertama nina dan kedua ayahnya. Kalau korang tengok video ni, boleh tengok nina yang masa ni baru 5 tahun dah nak give up sebab tak pandai pandai nak naik basikal, tapi dengan sikap ayahnya yang cukup positif dia akan berjaya, akhirnya nina berjaya jugak. Dalam soal kehidupan pun sama. Jangan berhenti kita untuk support orang yang kita rasa mampu berjaya. Kadang-kadang orang tak nampak keupayaan sendiri, memang dah tugas kita untuk sedarkan mereka. Walaupun mereka nak give up beberapa kali, kita yang nampak jangan sesekali berhenti memberi semangat positif kepada mereka

Dan kita yang dah besar2 ni, jangan nak mengalah, kalau nina tu bolehlah sebab dia budak kecik, dah besar panjang kalau dah nak jatuh, pandai-pandailah bangun sendiri!


pss : ada maksud mendalam =)

Gambar dan Video : US diserang tornado lagi!

Baru je hari tu kena ribut taufan, kali ni kena lagi! Baru saja 3 jam lepas berlaku, kejadian terbaru ini sudah meragut seorang nyawa dan berpuluh lagi tercedera dan berpuluh buah rumah mengalami kerosakan teruk. Video amatur dah ada di Youtube




Negara kita memang takde lagi kena tornado macam ni, nasib baik. Kalau tengok video tu, boleh nampak begitu besar radiusnya dan memang boleh merosakkan apa sahaja barang yang menjadi laluan tornado tu. Sebab tu banyak pokok tumbang, rumah musnah dan berpuluh tercedera. Angka kematian ni mungkin akan bertambah, tunggu saja berita kat tv nanti








Untuk follow berita, boleh baca disini

pss : Bencana bencana bencana

Top 5 Drama Korea aku suka

Bila korang buat entry macam ni, memang sangat bahaya! Sebab bahaya kat ruangan komen banyak yang bagi suggestion cerita itu dan cerita ini. Hasilnya? haha, tertengok cerita baru semalam. Nasib baik 'kelembapan' internet ni potong stim, takdelah teruja sangat nak tengok. Nak cari cd, huh, tunggu orang bagi pinjam je la =)

Okeh, kali ni nak share pasal drama korea yang aku suka. Mungkin list yang aku bagi ni bukanlah paling update sebabnya kebelakangan ni memang jarang tengok drama dah, maklumlah, masuk zaman bekerja ni masa jadi kurang. Tak kerja duit takde woo! Tapi walau apa pun, aku rasa list yang aku akan senaraikan ni memang akan kena dengan korang jugak.

Cuma janganlah marah kalau drama best korang tak tersenarai. kekeke. Jom tengok!


5) The 1st Shop of Coffee Prince



Okeh, cerita ni memang best sebab penuh dengan lawak jenaka. babak jiwang pun ada. hehe. Cerita pasal sorang pompuan yang menyamar jadi lelaki sebabnya nak kerja kat coffee shop milik lelaki ni yang mana hanya lelaki sahaja boleh kerja kat situ. Wah, panjang tanpa full stop penerangan aku. Suka sangat bila tengok ke cute an pompuan tu, sape ntah pelakon, yang penting, dia cute!


4) Winter sonata



Eh, apsal macam pelik je gambar kat atas ni kan? haha. Ni gambar masa aku kat korea 2 tahun lepas. Bulan 9 ni nak pergi lagi. wohoo!!! Cerita ni aku tengok kat tv, xingat dah tahun bila, tapi memang lama dah la. Layan pulak dengan kakak-kakak aku, memang menangis je kerjanya. Masa tu aku kecik lagi, so tengok pun blur-blur. Lagu dia best, sebab tu masuk ranking no 4 tu. Jalan cerita aku rasa tak payah nak cerita kot, semua tengok kan? haha


3) Boys Before Flower



Korea ni aku sangat suka tengok culture dieorang. Kita boleh belajar tengok suasana kat korea dengan tengok drama mereka. kan kan? drama kita? kalau ada org nak tengok sebab nak belajar culture kita, aku tak promotelah. sebabnya penuh dengan hantu hantu, bomoh bomoh dan derhaka pada mak semuanya. heh, tu bukan culture kita kan? okeh, berbalik pada kisah BBF ni, selain hero-hero yang gantang semuanya, suka tengok family si perempuan tu. lawak dan penuh kebenaran. Camne heroin boleh buat si hero terpikat pun satu perjalanan cerita yang sangat cute. haha, semua nak cute je!


2) Full House



Woho, full house!!!! Memang penangan full house ni bukan aku saja yang kena, kat negara kita sampai ada restoran nama Full House ye tak? tak pernah pergi lagi, ada sesapa nak tunjukkan? aku belanja. wahaa!! cite ni aku minat sebab heroin die terlalu cute. Banyak-banyak heroin dia paling cute. cute sampai aku tak tau nama dia sape (malas nak cari) rasanya ada full house 2 kan? tak beranilah nak tengok, nanti tak buat kerja jadinya. hoho.


1) Love story in Harvard



Yeee haaaa!!! Cerita ni aku dah tengok 3 kali. haha. kagum tak? Rasanya 1st time aku tengok dengan spupu aku kat rumah dia, masa tu baru habis spm rasanya, nak tunggu tak tau buat apa, pergilah lepak rumah dia. ada pulak cerita ni, memang layanlah. Wahhh, memang tangkap jiwang habislah. Sampai sekarang masih ingat ayat 'touchdown' kekeke. yang tengok tahulah kan? cerita ni jugaklah mendorong aku untuk belajar bersungguh-sungguh, nak pergi oversea kononnya. Sebab tu lepas SPM tak dapat sambung oversea macam frust gegila tu. sebab tak boleh buat 'love story' sendiri. Nasib baik lepas matrix xputus asa, tengok kali kedua, siap pinjam cd lagi, taraaaa, boleh jugak fly.

tapi sayang tak sempat nak buat love story sendiri, walaupun awek mat saleh kat sana ramai.....

Okeh, tu top 5 drama korea yang aku suka? korang punya? haha, jangan duk suggest macam-macam okeh, kang aku tengok sampai tak ingat dunia kang =)


pss : tak sabar nak pergi ke korea!!

Ahad, 22 Mei 2011

Tanah runtuh di rumah anak yatim, 24 orang tertimbus

Berlaku 2.30 petang tadi, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ini menimbuskan separuh kawasan kediaman dan 24 orang terperangkap hidup-hidup di dalamnya. Setakat pukul 7 petang tadi, 3 orang meninggal dunia, masing-masing 11 dan 14 tahun dan 6 orang lagi berjaya diselamatkan



Maknanya, sehingga sekarang, masih ramai lagi yang masih terperangkap. Nasib mereka, hanya Allah yang tahu. sama-sama kita doakan supaya yang masih terperangkap berjaya diselamatkan. Sekarang ni kegiatan menyelamat semakin sukar, petang tadi pasukan penyelamat mengalami tanah bergerak dan juga hujan, sekarang ni, dah gelap, lagilah sukar.

Sama-samalah doa supaya mereka semua yang masih tertimbun terselamat




Ketika kejadian, masing-masing tengah sibuk untuk menjalankan rehearsal dengan finas. Malangnya, kejadian ni dah berlaku, sebab tu mereka semua macam tak sempat nak berlari keluar. Mesti sangat genting dan kecoh waktu tu. Dah la semua kecik-kecik lagi, tak dapat bayang bagaimana reaksi mereka. Apa-apa pun, kita yang jauh ni, sama-sama doa supaya semua selamat
Baca selanjutnya disini

update :
jumlah dah meninggal : 16 orang
Berjaya diselamatkan : 8


pss : tak dapat bayang kalau aku yang tengah terperangkap sekarang....

Sabtu, 21 Mei 2011

Top 5 Drama Jepun aku suka

Sebut pasal drama Jepun ni, aku perasan ada beberapa perkara yang menarik yang membuatkan kita 'terlekat' mahu tengok dan tengok lagi. Paling 'obvios' sangat adalah 'lawak bodoh' yang cuba ditonjolkan, memang terbahak-bahak ketawa kalau duk sorang-sorang. Pernah masa kat mtrx dulu, aku pasang earphone, tak perasan ketawa kuat sangat sampai orang bilik sebelah boleh didengari

Selain pelakon yang berjaya memainkan watak, pujian harus diberi kepada penulis skrip. Mereka memang sempoi habis lah! Okeh, kali ni aku nak kongsi dengan korang drama Jepun yang pernah aku tengok (agak banyak) dan pilih 3 drama yang terbaik dari ladang jepun!!


5) Kurosagi


Ni cerita ala-ala laverage gitu. Kerja si hero adalah menipu si penipu. Heh, kita balas balik apa yang si penipu buat dengan menipu balik. Sebab boleh lekat tengok cerita ni sebabnya cara si hero menipu balik tu sungguh stylo. Erk, jangan cuba tiru taktik menipu dalam cite ni sudah, tengok boleh!



4) Pride



Memang aku rasa aku ni minat kalau takuya kimura berlakon. Heh, sebab tu sangkut jugak tengok cerita ni. Mengisahkan seorang pemain ice hokey terkenal yang sakan bercinta dengan kekasih hatinya, seorang office lady biasa. Yang best pasal office lady ni (selain comel, xingat sape pelakonnya) adalah setianya menunggu kekasih hatinya yang bekerja di oversea. Tu je aku ingat, tapi yang best pasal cerita ni, setiap ending mesti ada kezutan!


3) Great Teacher Onizuka


GTO ni selain ada dramanya sendiri, komik dan filem pun dah ada. Hasil adaptasi dari komik shounan love gang ni memang sangat best untuk ditonton. Kisah bagaimana seorang cikgu yang menyelesaikan banyak masalah murid di sekolah di Jepun. Dengan bantuan cikgu ni memang seorang kaki pukul, membuatkan kita yang menonton memang nak tengok nak tengok dan nak tengok lagi.


2) Gokusen



Gokusen ni sama macam GTO, cuma cikgu yang menjadi watak utama adalah perempuan. Yankumi!!! Memang cerita ni ada series 1 sampai 3, habis aku tengok semuanya. haha, sebab best, kenalah tengok. Cuma siri 2 tu kurang ngam sikit. Kalau siri 1 tu, fuhh, memang terbabow la dengan lawak dan jalan cerita dia. Yang aku tak boleh nak lupa, pengajaran yang terselit perbualan yankumi dengan datuknya, ketua yakuza dalam setiap cerita. mesti ada pengajaranlah!


1) 1 liter of tears



Waha!! Cerita ni bukan sahaja berjaya membuatkan aku menangis, tapi sampai tersedu-sedu. haha. over lah pulak kan. Dah la masa tu kawan perempuan yang comel suruh tengok, memang bersemangat habislah aku tengok. Masa aku tengok cerita ni kat Sheffield, pakai mysoju lah, apa lagi kan, episod 1 sampai 7 aku tengok sekali harung je. Hoh, memang kuat penangannya. Berhenti pun sebab nak bukak puasa. haha. sangat over disitu. Tapi memang cerita ni terbaik, yang belum tengok aku suggest korang tengoklah, tak rugi!


Okeh, itu sahaja, korang punya apa pulak? share share lah sikit

pss : dah join empire avenue? jom join jom. klik sini

Pengalaman Sham Kamikaze mendapat Hidayah



Sham Kamikaze. pernah tengok dia buat persembahan live kat mana ntah dulu. Memang pemain gitar yang hebat. Dulu teruja juga nak belajar gitar sampai siap download buku belajar main gitar. Nampak macam sempoi je orang main gitar ni, sebab tu teruja nak belajar. Tapi, sebab susah sangat, hajat nak main gitar tadi akhirnya hanya tahu main lagu

'bapaku pulang dari kota'
'bapaku beli kan kereta'
'kereta kecil warna merah'
'boleh ku bawa ke sekolah'

code senang je. Beginner macam aku senang. Tapi part 'pong pong pong pong pong, pong, pong, pong pongggg' tu susah, terus pembelajaran tamat kat situ je. Heh, respek kat orang yang handal main gitar ni, tengoklah, nanti bila dah tua-tua nanti takde kerja nak buat, nak belajar main gitar lagi!


ohh, sebut pasal tajuk, baru tengok video ni. serius kena tengok semua okeh!


Amacam?

Hidayah ni hanya Allah yang boleh bagi. Kita yang tak berapa nak tebal lagi iman ni, kena doa banyak-banyak supaya terpilih untuk mendapat hidayah dari Dia. Artis kat luar sana yang berjebak tu, kalau pakai pakaian terdedah, jangan duk kutuk-kutuk, sama-sama doa supaya berubah kepada lebih baik. Sebab bila mereka berubah, dapat pengaruh orang awam lagi hebat

Ohh, ku doa lisa surihani menjadi wanita solehah suatu hari nanti


pss : facebook sham kamikaze

Jumaat, 20 Mei 2011

Kelantan bakal dapat stadium baru!

Taniah Kelantan yang berjaya tundukkan Felda dengan 2-0. Heh, dah agak dah menang, maka dengan kekalahan selangor di petang tadi, kelantan meneraju balik Liga Super sekarang. Mantap kebaboww!!! Tahniah!!! Gomo kelate gomo!!


Felda United vs Kelantan
1 - 3

Harimau Muda vs Terengganu
1 - 2

Negeri Sembilan vs Johor FC
2 - 1

Pahang vs Kuala Lumpur
0 - 2

PBDKTT-Team vs Selangor
2 - 1

Perak vs Sabah
1 - 1

Kelantan dapat stadium baru?

Tadi, usha page TheRedWarrior di facebook, terjumpa info menarik mengenai stadium yang bakal dibina. Wah, stadium yang mampu memuatkan 40 000 ini bukan sahaja jadi stadium, tapi merupakan kompleks sukan yang pelbagai acara sukan lagi boleh dijalankan disana. Hebat hebat!!

Kat bawah ni kerja copy paste dari page sana

*******

Lakaran awal


Al-Hamdulillah, akhirnya..
stadium berkapasiti 40000 penonton, dilengkapi ruang solat yang lebih banyak dan selesa,.. insya Allah dapat memenuhi kehendak peminat sukan tanpa mengenepikan perintah Allah..

terima kasih kerajaanku..
-dipetik dari status Ustaz Ahmad Baihaki


Kenyataan Media YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya
peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

********

Paling tertarik tempat untuk sembahyag akan berada di mana-mana. wahh, inilah baru betul. Harap dengan kemudahan seperti ini, industri sukan di Kelantan akan bertambah maju. Tak sabar nak tunggu stadium ni siap =)

pss : best bersukan ni

Khamis, 19 Mei 2011

3 Sebab Menjadi kaya dengan invest Empire Avenue Joegrimjow


Empire Avenue ni dulu aku ingat game perang-perang online. Sebab tu macam tak berminat sampaikan klik pun tak. Tapi baca entry dari DenaiHati minggu lepas, baru tergerak hati untuk tengok apa itu EA ni. Wah, rupa-rupanya satu permainan online yang sangat best. Kalau nak suruh aku definisikan dalam bahasa singkat, ia merupakan tools terbaik untuk melihat sejauh mana pengaruh kita dalam social network. Kalau klout hanya untuk twitter dan facebook, EA ni jauh lebih hebat sebab menggabungkan sekali dengan linkedin dan youtube sekali. Lagi luas social network yang boleh di lihat

Okeh, taknak melalut panjang, ni ada beberapa petua untuk korang jadi kaya dengan invest saham aku. Beli kat sini okeh

  • Baru 7 hari register dan harga saham dah cecah 53.37 sekarang!!
  • ROI aku tinggi (dividend yield bahagi harga saham) jadi mesti korang cepat kaya punyalah
  • Aku tengah ketagih benda ni, jangka dalam 7 hari lepas ni nilai akan naik ke 100. wohoo!!

Beli sampai 200 okeh, baru kaya tu maksimum! 


Bagi yang blur-blur tak tahu pasal EA ni, boleh register kat sini dulu. Connect facebook je. Nanti bila saham dah capai 100, aku buat tutorial yang panjang lebar. Sekarang ni obe baru daftar, saham dia masih murah, jadi jom pakat ramai-ramai beli saham dia kat sini kalau nak cepat kaya. kekeke

Jom pakat main saham semua!!


pss : kenapa perempuan yang berasal dari Kelantan semua comel-comel ek? perasan tak?