Selasa, 24 Mei 2011

Top 5 Drama Melayu aku suka

EAV_BLOG_VER:35e97fc534ae6c32

Entry ni sangat sukar untuk dibuat! Serius sebab hanya 3 je kalau sebut drama Melayu yang betul-betul aku tengok. Sebab sebelum ni dah buat top 5 drama jepun dan top 5 drama korea, takkan bila sebut pasal drama Melayu, top 3 pulak kan? Jadi dengan bantuan google, jumpa jugak 2 lagi drama Melayu yang best tapi aku tak tengok habis

Bukan nak rendahkan martabat drama Melayu kita, tapi sekarang ni pengarah yang buat cerita tak habis-habis mainkan isu HANTU, BOMOH, ANAK DERHAKA. macam dah takde benda lain untuk diketengahkan. Bosan kot tengok cerita macam tu. Harap sangatlah muncul pengarah-pengarah Melayu yang menaikkan industri drama kita ni kalau tak setaraf dengan antarabangsa pun, at least masa nak tengok tv tu, takdelah separuh masa tv pulak tengok kita. TERTIDO!

okeh, jadi, apakah top 5 drama Melayu tu. Jeng jeng jeng


5) Hani



Pernah ditayangkan di tv3 dulu, memang cerita ni aku tengok jugak permulaannya. Awek cun berlakon mesti tengok punyalah. Tapi macam lama kelamaan takde feel nak tengok, episod last-last tak sempat nak tengok. Haha, nak buat macam mana, dah lambat sangat kan. Tapi kena bagi semangat jugak kat pengarah sebab bawak lari jauh sikit cerita ni yang mana mengetengahkan moral yang begitu banyak. Sebab tu di no 5 tu. wahaa!!



4) Tudung ekspress


Cerita ni rasanya ditontonkan di astro, tak ingat channel berepa. Aku tengok online je, maklumlah, Lisa berlakon mestilah tengok. hehe. Cerita yang mengisahkan 4 perempuan yang semuanya bertudung dalam drama ni dengan pelbagai ragam kehidupan normal seorang perempuan. Ada masalah dengan suami, ada masalah dengan bf, ada masalah dengan bos. Macam-macam lah. Cerita ni pun sama dengan Hani, aku tak tengok habis sirinya, sempat 5-6 episod je kot. Sebab Lisa berlakon, jadi no 4 =)




3) Awan Dania



Taraaa, kita masuk bab serius. Heh, awan Dania ni memang sangat best. Aku ikuti cerita ni kat astro ria. Walaupun aku dah tengok musim ke 2 macam tu, blur sikit perjalanan cerita. tapi bersemangat cari kat internet musim pertama. Sebab utama suka adalah kekeluargaan yang wujud dalam cerita ni. Walaupun bodoh-bodoh gitu, tapi serius comel kalau ada keluarga macam tu. Tambah pulak heroin lawa(scha alyahya??), lagilah melekat nak tengok. Nasib baik ada astro b.yond pvr kat rumah, boleh record cerita ni walaupun tak ada kat depan tv (sempat lagi promote)



2) Nur kasih


Sape tak tahukan pasal drama ni, berjaya mengumpulkan 19 juta penonton, memang kebabowlah. Jalan cerita pun menarik. Aku tengok semua online. ingat lagi masa siri ni ditontonkan di tv, aku bersemangat tengok kat online. Kena tunggu tv3 upload dulu baru boleh. Kat UK masa tu, nak buat macam mana kan. So geram jugaklah kawan kat Malaysia yang update status pasal perjalanan cerita tu, jadi tak suspen. Apa-apa pun, memang drama Nur Kasih ni terbaik, memartabatkan drama Melayu gitu. 



1) Adamaya



Lisa lagi!!! Haha, sorrylah geng, adamaya no 1 okeh. Hehe. Dulu aku pernah buat entry fenomena adamaya kat brunswick street, bukan aku saja yang tengok, kawan2 aku yang lain pun tengok jugak. Syok layan ramai-ramai. Heh, sejak drama nilah aku kenal lisa. ceh, aku je kenal, dia tak kenal pun aku ni. kekeke. Cerita ni walaupun bodoh + geram sebab tak habis-habis dengan Dani dani dani, tapi layan jugak sebab realiti memang ada kat masyarakat kita. Mungkin penampilan budak comel tu dalam drama ni membuatkan Adamaya jadi pilihan pertama aku!!



Okeh, tu je. Korang punya versi? ce citer ce citer

21 ulasan:

  1. drama hani pun best gak , sebab ade sket2 macam cerita korea . hehehehehe

    BalasPadam
  2. haha, sama bro
    1 adamaya
    2 nur kasih
    3,4,5 tu susah sikit nak rank

    tp drama terbaru skang cam best jugak
    boleh isi tempat 3 dan 4 kot
    juvana
    nora ellena

    BalasPadam
  3. JUVANA dengan Nora Elena best gak. tapi rasanya Gemilang best gak. pendek citer, drama yg ada kaitan dgn Khabir Bathia mmg best!

    BalasPadam
  4. @Dawa

    gemilang xmasuk list sebab kecewa last2 jadi xbest
    huhu

    BalasPadam
  5. org kata Nur Kasih tu best. nak kene tgk gak nih...

    BalasPadam
  6. kalau isma nur kasih will be da first... hahahhaha

    BalasPadam
  7. tgk citer Nora Elena pula lepas ni ye Joe..lgi best n mantap..hehe

    BalasPadam
  8. antara 5 tu cuma suka nur kasih dengan adamaya jer... joe tertingal syurga cinta satu.. yg tu pun best jugak... byk pengajaran..oh ade lagi satu, yg jue aziz berlakon tu.. x ingat tajuk apa... :)

    BalasPadam
  9. cerita yg dilayan hanyalah nur kasih dan awan dania..

    sejak jadi penghuni asrama,nk jmpa tv pn payah sbb mls nk menapak kt bilik tv..

    cerita yg dilyn skrg ialah "Mantera Anjasmoro"

    BalasPadam
  10. nombor 1 dan 2 tu sangat best..

    BalasPadam
  11. nora elena is a mustt !!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  12. ada member kata, cite hani tu mcm 1 litre of tears. betul ke? fara x tgk 1 litre of tears.so xtau.hehe.

    p/s:sekarang tgh minat nora elena. :)

    BalasPadam
  13. x tgk da la tv sekarang... xtau cter pe yang best... tp pernah suka giler2 cter mohd nor kadir... cinderella... hehe... manjalara dulu pun best gak... yang baru2 ni cam cliche je...

    BalasPadam
  14. aku pernah tgk ADA MAYA jer..=)

    sbb lisa..=)

    BalasPadam
  15. haha, sama bro 1 adamaya 2 nur kasih 3,4,5 tu susah sikit nak rank tp drama terbaru skang cam best jugak boleh isi tempat 3 dan 4 kot juvana nora ellena

    BalasPadam
  16. saya smpai la ni tk minat2 tgk citer mlyu..kecuali hr tu saya sbnrnya isteri dia...sbb minat bc novel tmbh izzue yg mmg minat die dlm 14....bukan tk nk tolong mrtbtkn citer mlayu...tp hati ttp mnolak...skrang pun msih mndh mt tengok HEIRS dan SUSPICIOUS HOUSEKEEPER....maaf bnyk2 pmnt drama mlyu...

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.