Isnin, 23 Mei 2011

Nina belajar naik basikal



Bagi youtubes tegar di Malaysia, mesti kenal dengan budak atas ni, Nina! budak cute ini jangan terkejut sebab ada channel sendiri di youtube yang mana hampir 6 juta pageview dah dilihat. Ohh, sudah pasti bukan dia yang buat, bapak dia lah yang buatkan. Mak nina berasal dari jepun dan ayahnya US kalau tak silap. sebab tu lah dia pun comel pelik je kan. Orang kacukan ni comel-comel je ek?


Macam best la pulak kan, buat channel untuk anak sendiri dan upload untuk simpanan masa tua nanti. Konpem masa nina dah besar nanti, mesti terharu dengan kegigihan ayah dia yang buat video tu semua. Sejak kecik, dari video makan pisang, 4 tahun lepas (serius comel masa nangis bila pisang dah habis) sampailah video terbaru pasal naik basikal, semua comel-comellah

Jom tengok video nina terbaru!





comel je kan? kawaiii

Pasal naik basikal ni, ada 2 benda yang terlibat. Pertama nina dan kedua ayahnya. Kalau korang tengok video ni, boleh tengok nina yang masa ni baru 5 tahun dah nak give up sebab tak pandai pandai nak naik basikal, tapi dengan sikap ayahnya yang cukup positif dia akan berjaya, akhirnya nina berjaya jugak. Dalam soal kehidupan pun sama. Jangan berhenti kita untuk support orang yang kita rasa mampu berjaya. Kadang-kadang orang tak nampak keupayaan sendiri, memang dah tugas kita untuk sedarkan mereka. Walaupun mereka nak give up beberapa kali, kita yang nampak jangan sesekali berhenti memberi semangat positif kepada mereka

Dan kita yang dah besar2 ni, jangan nak mengalah, kalau nina tu bolehlah sebab dia budak kecik, dah besar panjang kalau dah nak jatuh, pandai-pandailah bangun sendiri!


pss : ada maksud mendalam =)

11 ulasan:

  1. ui.. joe.. lame kot ceq x mai sini.. tp hang skang kuruihh beno nampk nye.. ske gak ngan nina ni.. time die talk to people.. pak die hensem woo

    BalasPadam
  2. tak penah tau kewujudan dia..nk g tgk lah

    BalasPadam
  3. err, apa maksud mendalam tu ye? =P

    BalasPadam
  4. ok. motivasi tuk diri sendiri. hehe

    BalasPadam
  5. @yaaser

    ahaa
    ada la
    xde sape leh tahu maksud die
    hehe

    BalasPadam
  6. aku da lame da follow nina nie~
    die mmg peramah...
    tapi senang frust~ ape yg menarik bpk die pnye kata prangsang~
    what can we learnt is how to grow up a child~ (berangan sudaaa~)
    p/s:joe..bile hang nak kawenn??

    BalasPadam
  7. nice blog datang sini melawat....

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.