Jumaat, 27 Mei 2011

Jenis-jenis perempuan berisi yang nak ramping

Yee haa!!!

Apa kebenda yee ha ni. Heh, seronok, nak buat macam mana, yee haa je lah. Walaupun wordless wednesday pagi2 rabu hari tu cerita pasal frust, kehidupan kita ni hanya kita boleh mencorakkan ye tak? Kalau frust, duk layan frust lama2, memang tak jadi kerja. Jadi, bangkit dari frust cari kegembiraan, jumpalah kegembiraan. Sebab dah jumpa, maka YEEE HAAA lah!!

Okeh, kali ni nak share dengan korang jenis-jenis perempuan berisi yang nak ramping. Apaa??? Ada jenis jugak ke? Mestilah ada. hehe, entry ni ditulis mengikut pengalaman aku, jadi jangan take serious sangat okeh. Sebenarnya nak buat tajuk perempuan gemuk yang nak kurus, tapi fikir hati perempuan ni lembut, maka kita tukar ayat gemuk kepada berisi. lebih sopan gitu

wohoo!!!

Jom kite tengok apakah jenis-jenisnya =)



1) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI makan banyak




Ada cik adik kakak oi, beriya nak ramping tapi makan banyak. Memanglah tak boleh nak ramping kalau dah makan banyak cik adik oiii. Sebabnya setiap kali kita makan, kita sumbat kalori. Bakar 1300-1400 kcal je, tapi sekali makan bedal snack plate KFC dah 1200kcal dah, macam mana nak turunkan? Serius i told u okeh, nak ramping atau berbody kerengga ni, u kena jaga sikit makan, boleh makan, cuma kuantiti jangan banyak. sampai 2-3 pinggan bedal, lauk pulak amek bahagian berlemak, haiyooo, tak jalan tak jalan



2) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI takde duit


Ni lagi satu, pelik betul alasan yang diberi. 'joe, akak nak kurus, tapi takde duitlah sekarang' Pelik tapi benar, macam tulah. Ni mesti terpengaruh dengan rawatan ni rawatan tu, ubat diet ni ubat diet tu, laser ni laser tu. Sebenarnya nak jadi ramping macam kerengga, tak perlukan duit yang banyak. Logiklah, kita ni nak kurus, sepatutnya kurang makanlah, bila dah kurang makan, duit yang digunakan untuk beli makanan sepatutnya dipotong. Duit sepatutnya jadi lebih. logik kan? jadi, jenis yang macam ni sepatutnya sedar, nak ramping tak payah nak keluarkan duit banyak-banyak, abang joe ada cara. hehe



3) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI malas nak exercise


Wah wah, bukan main sedap lagi kan mulut bagitau 'I nak body macam penelope cruz, tak pun macam lisa surihani dah ok' tapi bila ajak pergi bersenam 'sakit perut, tak boleh. hujan, mana boleh bersenam. tido lagi best' dan macam-macam lagi alasan. Hehe. Jenis ni saaaaaangat banyak di pasaran. Helo, u nak jadi ramping, kenalah work out sikit. Tak banyak pun kena buat sikit. At least 3 kali seminggu kena ada senaman yang melibatkan 30-60 minit dibuat. Tak semesti keluar rumah, kat dalam rumah pun boleh. Kalau taknak beli trackmill pun, boleh pasang musik joget2 pun ok. asalkan keluar peluh. 



4) Perempuan berisi yang nak ramping TAPI tak tahu cara


ahaaaaa, jenis ni bukan main banyak lagi okeh. Body agak besar, nak ramping, tapi tak tahu cara. Walaaa, memang dah dijodohkan korang baca entry ni, maka call lah saya untuk buat appointment. hehe. abang joe akan tunjuk cara nak jadi ramping dengan paling senang + efektif + disukai ramai. Darilah anak dara umur 18 tahun hinggalah nenek-nenek 70 tahun, semua boleh. call saja okeh. joegrimjow@gmail.com/0169640972. 

I tunggu panggilan u =)


pss : malam ni ke Putrajaya, esok ada Himpunan Sejuta Belia!!!

32 ulasan:

  1. kesian la kat lelaki2 yang suka pmpuan chubby kalau semua nak kurus..


    "kami suka pmpuan berisi" kata lelaki..

    macam saya... muahahaha
    (alasan diterima)

    BalasPadam
  2. nk ramping tp makan byk + malas exercisez kte la tu ahhahha

    BalasPadam
  3. @~nsar~

    haha, chubby sihat no problem. takut chubby tak sihat.

    BalasPadam
  4. Nak ramping tapi malu ade x? hehehe

    BalasPadam
  5. promot herbalife eh? haha. btw, herbalife ni sejenis teh kee? mahal tak? =/ *berminat ni :D*

    BalasPadam
  6. nak seribu daya, tak nak seribu dalih:DD

    BalasPadam
  7. ahaaaa.tanak ramping.nak gemokkan pinggang bg muat pakai seluar palazzo.hihi :D

    BalasPadam
  8. ADUUUHHH, TERASA SUNGGUH NI!

    BalasPadam
  9. i pon nk ramping...mcm ne nk ilangkan muncit ade x? kekeke

    BalasPadam
  10. wiwitt.. berhimpun kat putrajaya jugak?

    BalasPadam
  11. dengar kata survey, lelaki ramai suka perempuan yg ada isi2. so, chubby tu kira ada isi jgk kan.. aku akan mengekalkan kechubby-an ku ini.. haha

    BalasPadam
  12. mcmana nk kurangkan jisim tulang?? ne diet kalsium ke??

    BalasPadam
  13. @Cik Jari
    erk, watpe nak kurangkan jisim tulang?

    BalasPadam
  14. dari rmping nak berisi?hehe..ssh ah nak nek kan berat,sekeping jek ni -_-

    BalasPadam
  15. pinggang longgar, paha kanan je agak sendat.. tapi i ok jee!(uwaaa..!!)

    BalasPadam
  16. hahahhh .. totally aggree la joe..

    tp maaf sis betulkan sikit ejaan "tarckmill" tu ... yg betoi nyer TREADMILL ... peace ;)

    tringin nk satu taw

    BalasPadam
  17. kesimpulannye, nak tapi xde seribu daya, mmg boleh blah la jawabnye... kalau betul2 nak ramping, kena la usaha tahan mkn,cari camne nk rampingkan diri.. ni tak... camne?

    BalasPadam
  18. jenis perempuan berisi yang nak ramping tapi makan banyak..hehehe

    BalasPadam
  19. <--- jenis perempuan berisi yang nak ramping Type 1,2 and 3 but not 4..!

    ekkekekeke..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.