Isnin, 30 Julai 2012

3 sebab utama berat semakin naik walaupun dah 10 hari berpuasa

Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita berpuasa! Cepat sungguh!

Banyak-banyak tahun berpuasa, aku rasa tahun ni yang paling cepat antara kebanyakan tahun. Entahlah mungkin sibuk dengan pelbagai urusan ataupun sememangnya bumi berputar semakin cepat (erk) aku pun tak tahu. 10 hari dah Ramadan pergi, tinggal 20 hari lagi. Cepat kan?

Okeh, entry ni aku nak kupas satu masalah yang sentiasa orang kita hadapi - berat badan. Ramai yang beranggapan bila bulan puasa je, berat akan turun. Heh, ingat dulu 10 hari sebelum nak puasa, orang ada tegur kita - banyak sangat ko makan ni, dah dah la tu - dan dengan slumber kita balas - nanti bulan puasa turun lah tu (sambil mulut mengunyah-ngunyah) haaa, ingat?

Jadi, jom kita tengok, kenapakah berat badan tak turun-turun walaupun dah berpuasa sebelum 10 hari malahan BERTAMBAH pulak tu. wah!!


1) Berbuka bagai tak makan 20 jam



Cer imbas balik apa makanan yang kita makan ketika berbuka? Adakah penuh meja ataupun nasi tambah sampai 3 kali? Makan terlalu banyak ketika berbuka ni aku boleh katakan faktor utama kenapa berat semakin naik walaunpun berpuasa. Korang kena ingat, BMR korang masa puasa jadi rendah berbanding korang tak puasa, jadi ketika berbuka memang kan sangat-sangat control jangan terlalu sangat. 

Ada jugak yang memilih untuk berbuka dengan buffet yang mahal-mahal dan end up makan lagi walaupun perut dah 'can not go' Ye lah, nak bagi duit tu tak membazir sampaikan perut menjadi mangsa! Yang tak tahannya, lepas berbuka tu tarawih tak pergi tapi morih tetap ada. alalalaaaa ruginya


2) Tidak bersenam sebab letih



Ada banyak diantara kita (mungkin korang salah seorangnya yang tengah baca ni) yang tidak bersahur atau dah memang jadi amalan bersahur sebelum tidur. End up korang akan tak bertenaga dan tak sampai petang lagi korang dah penat. Tengahari tidur sampai petang dan bila dah petang bertenaga balik untuk ke bazar Ramadan! KEJAP, mana masa korang peruntukkan untuk bersenam?

Puasa atau tidak, bersenam adalah satu kemestian untuk jaga tubuh badan yang ok. Cuma ketika berpuasa ni, tak dicadangkan untuk bersenam berat-berat sebab takut berlaku kekurangan air secara mengejut. Tapi tu tak bermakna korang kena tinggalkan senaman. Senaman adalah perlu! Cuba ambil masa sejam sebelum berbuka keluar rumah dan bersenam selama 20-30 minit. Buat ringan-ringan je, tak perlu berat-berat


3) Terlupa untuk minum air kosong



Masa berbuka, mesti ramai yang makan kurma + air manis terlebih dahulu. Sebut je air apa, tebu, soya, cincau, milo ais atau apa-apa je lah, mesti manis. Dah habis tarawih, minum air teh tarik pulak dan masa bersahur sempat sentuh segelas je air masak. Ramai je kan macam ni?

Puasa ke tak puasa, air kosong ni adalah sangat penting. 2-3 liter dalam sehari adalah mesti. Apa kaitan air dengan berat badan? BANYAK kaitannya. Badan korang takleh nak berfungsi dengan optimum kalau air dalam badan tak cukup. Lagi menderita body korang kalau korang terlalu banyak minum air manis. Air manis tu ada gula, gula yang menjadikan korang semakin besar tanpa korang sedari. haa, semakin beratlah jawapannya!

******

Okeh, tu saja. Puasa ni jom ubah niat nak sihatkan badan sebab Allah. Dia lagi sukakan hambanya yang kuat. Badan yang kuat datang dari pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Jom berubah! Nak dapatkan coach untuk turun berat masa puasa contact2 la ye :)


pss : tak pernah lagi ke bazar ramadan setakat ni. waha!

Ahad, 29 Julai 2012

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55)

Baru-baru ni heboh kat social media mengenai logo yang ntah apa-apa untuk sambutan kemerdekaan kita yang ke55. Tak sempat nak komen tapi komen aku kebanyakan bersama dengan korang yang rasa logo tu tak menggambarkan langsung kemerdekaan yang kita perolehi. Bangun pagi tadi, tengok pulak ada orang share video kat bawah ni. Lagu tema hari merdeka? What???


Masa sekolah dulu-dulu antara rutin sambutan hari kemerdekaan adalah nyanyi lagu hari merdeka. Haaa, nampaknya budak-budak skolah nanti akan hafal lagu ni lah kan? alahai kesiannya

Okeh, taknak komen panjang-panjang, jom hafal lagu kemerdekaan ni dan time merdeka nanti kita nyanyi kuat-kuat. kah kah kah


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

pss : Diakhiri dengan kedai 1Malaysia - terbaiklah!!!

Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis berbuka puasa anjuran Herbalife di Kelantan meriah

Alhamdulillah, baru balik dari majlis berbuka puasa anjuran Herbalife di Kelantan. Penat bukan kepalang lagi tapi tetap bersemangat nak update blog. Entry ni nak share dengan korang pasal event tadi, memang sangat best!

Pagi tadi lebih kurang pukul 10 macam tu dimulakan dengan focus group team Kelantan. Lead by 20k pres team, pak yang. Walaupun tak berapa sihat tapi still turun kat Kelantan ni. memang luar biasa betul. Banyak ilmu baru yang dia share tadi terutamanya mengenai perkembangan Herbalife sekarang ni kat Malaysia



Lepas focus group tu, terus solat jumaat kat masjid muhammadi, jalan kaki je dari hotel tu sebab belakang tu je tempat dia. selesai solat, balik rumah mandi untuk bersiap sedia event buka puasa pulak!

Jam 4 sepatutnya dah start. Tapi sebab ada masalah sikit tadi, basic training terpaksa tangguh dan terus buat Mega HOM. Mega HOM kali ni menampilkan penampilan istimewa new GET Team dari utara, kak suhana yang memang stylo habislah. Suri rumah je tapi still dah jadi GET Team. Perkongsian yang best sangat tadi dari dia. 

Ok, layan gambar dulu beberapa gambar





Habis tadi on time pukul 7. Apa lagi, acara dinantikan - buka puasa!

Tapi serius, orang Herbalife kat Kelantan ni luar biasa betul. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni, ni aku amek gambar masa dieorang berato untuk ambil makanan. tak ramai sangat!



Tapi cuba tengok gambar kaunter shake kat bawah ni - penuh yang amat sampai tak menang tangan yang buat shake tu. haha. memang orang kelantan gilakan shake semuanya ni :)




Herbalife di Kelantan semakin meningkat

Dah setahun lebih aku buat Herbalife kat Kelantan ni, hari ni baru aku rasa 'WAH, RAMAINYA!' Biasalah, bisnes ni nak buat kerja ground tu yang penat, nak adakan hom kecil-kecil tu tak ramai yang boleh maintain tapi Alhamdulillah team di Kelantan kali ni boleh bekerjasama dan hasilnya tengoklah event tadi - SOLD OUT 210 pax!

Sebenarnya kiteorang nak tempah 250 sebab demand tinggi tapi pihak hotel tak mampu nak sediakan tempat. Sama jugak dengan event yang sama akan dibuat pada 4 Ogos nanti kat Rangnok Restaurant, 150 SOLD OUT jugak! Memang tengah meletup-letup!

Jadi, bagi korang yang nak buat bisnes ni kat Kelantan yang mana pasarannya sangat-sangat luas lagi ni, sangat-sangat aku alukan. Apa lagi, contact la ye 0169640972 :) 

Ada berita baik, nanti kiteorang akan adakan Jamuan Mega Raya Herbalife 25hb nanti, hari raya ke5 kot, so jemput ramai-ramai untuk datang dan sertai keluarga kami yang semakin besar ni. Nanti aku update ya.

pss : terima kasih kepada kawan blog yang datang tadi, dari kawan blog jadi kawan Herbalife :)

Khamis, 26 Julai 2012

Jangan ditipu di bulan puasa

Perasan tak bila masuk je bulan Ramadan, mesti aktiviti ibadah kita meningkat. Bacaan quran kita semakin banyak, sedekah pun orang datang mintak kita boleh bagi dengan ringan je tangan, solat biasa lewat kita perawalkan, bukan tu saja tahajud sebelum bersahur pun kita boleh buat. 



Bukan kita sajalah, cuba tengok kat masjid-masjid bilangan makmum bertambah. Program ceramah, khatam quran boleh dikatakan suasana cerita di masjid berbanding bulan-bulan lain. Ini tidak lain tidak bukan sebabnya masing-masing berlumba untuk mendapatkan pahala yang teramat besar di bulan ini!

Tapi awas, jangan tertipu!

Ibadah yang kita lakukan bukanlah pengukur kepada kejayaan yang kita akan dapat. Ibadah itu hanyalah satu PROSES. OUTPUT sebenar yang menjadi ukuran adalah TAQWA. Jika banyak ibadah kita lakukan tapi ketakwaan kita kepadaNya tidak bertambah, itu ada masalah dengan niat diawalnya. Adakah untuk menunjuk sahaja atau sengaja menjadi trend di bulan puasa - hanya kita dan Dia yang tahu. 

Jangan terlalu kagum dan selesa dengan ibadah yang buat, cuba evaluasi balik adakah hati kita menjadi semakin tenang, adakah kita menjadi semakin takut dengan Dia, atau adakah kita masih orang yang sama?

Sama-sama kita beringat, jangan ditipu di bulan puasa ini!

Selasa, 24 Julai 2012

#SaveMaryam kenapa kita perlu ambil peduli

Maryam adalah gadis biasaaberumur 16 tahun yang tinggal di Indonesia. Memiliki keluarga seperti mana kita juga. Tapi dek desakan kewangan, banyak masalah timbul, masalah antara ibu bapa dia, masalah pelajaran dia, masalah adik-adik dia yang lain, buatkan dia tertekan dengan hidupnya. Kehadiran seorang 'kawan' yang memang selama ini dia nantikan telah sedikit sebanyak mengubat hatinya yang selalu berduka. Kawannya perkenalkan 'cara' untuk dia lari dari masalah yang banyak itu dengan menalefon ke satu nombor dan berkongsi masalahnya, mengajak dia ke konsert-konsert yang aman dan berjumpa dengan cikgu-cikgunya yang jauh lebih ramah dari ibubapanya sendiri. Diri Maryam kini lebih tenang.....

Dalam tenang dia rasa resah, resah sebab dia melihat dirinya semakin jauh dengan agamanya sendiri!



Maryam bukan sekadar nama, ia melambangkan lebih 2 juta setahun penduduk di Indonesia yang meninggalkan Islam dan menganut agama lain terutamanya kristian. lebih 200 orang meninggalkan Islam dalam masa sejam. Angka yang menakutkan! Untuk lebih memahami #SaveMaryam ini, kita tengok video di bawah


1 Ramadan lepas telah dilancarkan kempen #SaveMaryam di seluruh dunia. Kempen yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di seluruh dunia realiti di dunia sekarang dan juga bertujuan untuk memungut derma bagi menjayakan beberapa projek kearah membangunkan Islam. Pendapat peribadi aku, susah untuk kita jalankan program pembangunan Islam ini sebab kita tiada dana yang mencukupi. Sebab tiada dana, sebabnya tak ramai KITA yang take part dalamnya. Masalah utama adalah kedudukan ekonomi kita sendiri pun tak cukup kukuh, bagaimana mahu menderma kan?

#SaveMaryam ini adalah simbol untuk kita bersatu dalam memerangi masalah yang melanda masyarakat Islam di sana. Indonesia yang merupakan penduduk yang paling ramai beragama Islam, lebih 200 juta mungkin lepas ini tidak lagi kalau kita tidak melakukan sesuatu. 

Kongsikan dengan kawan2 korang mengenai masalah ini, blog, tweet mengenainya, letak di facebook dan sebagainya supaya bukan kita sahaja yang tahu mengenai masalah ini. Selamatkan maryam, selamatkan Islam!

Ahad, 22 Julai 2012

Makan nasi sebelum solat maghrib, lepas maghrib atau lepas tarawikh

'Perut melayu kalau tak kena nasi memang tak boleh'

Ini adalah ungkapan yang biasa aku dapat bila suruh makan nasi sekali sehari je. Entah kenapalah melayu dengan nasi cukup sinonim, aku pun tak tahu. Macam kebanyakan makanan lain, nasi ni bukanlah membawa kepada keburukan tetapi kalau terlampau banyak, ia boleh membawa binasa

Buka puasa blogger 2 tahun lepas

Sempena bulan puasa ni, aku nak kongsi waktu manakah yang sesuai untuk kita makan nasi - ketika berbuka


Makan nasi sebelum solat maghrib

Kebanyakan atau mungkin 95% rakyat Malaysia yang berpuasa mesti makan nasi sesudah je azan berkumandang. Ada sesetengah tu azan je terus suap nasi tanpa minum air atau makan kurma terlebih dahulu. Kalau korang memang tak boleh tak makan nasi lepas berbuka, ni ada beberapa tips nak aku kasi. Sebelum makan nasi, minumlah air susu dan kurma dulu!

Air susu ni sangat penting untuk diminum ketika berbuka. Semasa badan kita tak dimasukkan nasi, pH dalam perut sangatlah berasid. Jadi kita kena neutralkan dulu dengan susu. Makan kurma yang memang kaya dengan serat dan asid amino jadikan badan kita recharge semula. lepas tu baru makan nasi

Nak makan nasi pulak, bersederhanalah, Jangan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang, susah nak beribadah!


Makan nasi selepas solat maghrib

Ramai juga orang yang memilih untuk makan makanan berat (contoh nasi) selepas solat maghrib. Kalau korang memilih untuk berbuka di masjid, kebanyakan masjid menyediakan makanan tak berat seperti air dan kurma, kemudian solat dan lepas tu baru makan. Cara ni memang sangat aku tuntut dan suka. Cuma yang tak bestnya, solat maghrib kita tu akan jadi 'cepat' dari biasa - sebab nak cari nasi. kalau boleh control, boleh, yang tak boleh control tu, kenalah pandai-pandai ye. 


Makan nasi lepas terawikh

Aku rasa tak ramai pilih cara ni. Makan nasi lepas terawikh! Walaupun tiada kajian kes ataupun fakta sains yang mengesahkan waktu mana yang paling baik, bagi aku makan nasi lepas terawikhlah yang paling baik. Kenapa? 


Pertama perut kita tak begitu terkejut ketika berbuka. Pilih makanan berkhasiat (contoh kurma, air susu, sup sayur, Herbalife Formula 1) Solat maghrib pun boleh lama sikit, mengaji quran boleh lama sikit dan kemudian bersiap sedia untuk solat isya dan terawikh. Lepas terawikh, baru makan nasi dan pengalaman aku, memang pengambilan nasi tu dah tak banyak lepas terawikh. Cubalah buat, korang boleh rasa sendiri


Oraite, itu sahaja pendapat aku, selamat berbuka dan selamat menunaikan kewajipan sebagai muslim :)

Sabtu, 21 Julai 2012

Berpuasa kerana Allah

Dah tengok video terbaru dari matlutfi? Haaa, terbaik!


Actually nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kat korang. Semoga puasa kali ni, ramadan kali ni jauh jauh jauh jauhhhhh lagi elok dari Ramadan ramadan sebelum ini. Mana tau ni Ramadan terakhir kita, rugi sangat-sangat kan?

Perbaharui niat



Buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Perbaiki niat kita berpuasa ni kerana Dia. Bila kita niat puasa ni kerana Dia, mesti sebelum sahur kita buat Qiyam dulu sebagaimana yang Dia suka, sahur kita lewatkan untuk dapat pahala lebih, buka puasa kita tak pilih makanan yang terlalu berat untuk mudah bagi kita berterawikh di malam hari dan tidak membazir duit untuk ke bazar ramadan dan beli terlampau banyak sehingga membazir untuk menjamu nafsu dalam diri

Jadilah muslim berkualiti. Selamat berpuasa :)

Jumaat, 20 Julai 2012

Pendapat aku mengenai pelajar bawa handphone ke sekolah

Semalam dan hari sebelum semalam aku sibuk menghadiri latihan khas untuk jadi jutawan. wah, sangat best sebab rasa diri begitu bersemangat untuk bekerja. Yang lagi best latihan ni adalah free. ya. free. 2 hari satu malam, penginapan di Hotel Istana, makan minum, ada party lagi malam tu semua free. Memang bestlah. Nanti aku update pasal tu nanti. Masa aku training, duk baca jugaklah tweet kawan kat twitter pasal budak2 sekolah dibenarkan untuk bawa hp ke sekolah mula sesi 2013. Apa lagi, geram je nak update blog, tapi sebab laptop ada tapi charger tak bawa, terpaksa tangguh sehinggalah sekarang

Sejarah aku dengan handphone

Sebab aku dulu pengawas (ketua pengawas lagi tepat) memang aku antara yang begitu skima dengan peraturan sekolah. Aku tak pernah ada handphone sehingga umur aku 18 tahun aku pakai duit sendiri beli handphone P990i Sony Ericcson. Harga RM 1000 lebih ok. Guna duit sendiri ok, bukan mak bapak. Tengok, kecik2 lagi aku dah bertanggungjawab, haha, anak sapa la ni!

Aku tak faham kenapa orang kata dengan handphone kita lebih senang untuk berkomunikasi dengan mak bapak. Macam aku di asrama, tak pernah ada masalah komunikasi pun semasa aku berada di sekolah dengan rumah aku dulu. Jauh tu, kuantan dengan kota bharu. 2-3 kali seminggu call mak ayah pakai public phone, tak cukup dengan tu, dieorang datang ke sekolah untuk tengok-tengok aku.

Semasa waktu kecemasan pun, masa ayah aku masuk ward masa aku form 4 pun mak aku call sekolah dan berita tu sampai elok je ke pengetahuan aku

Pendapat aku, tak bersetuju

Mungkin korang tengok aku ni agak kolot dengan tak bersetuju murid2 dibenarkan bawa hp ke sekolah ni, tapi aku melihat kepada konsep yang lebih luas lagi - fokus budak2 ni akan terganggu. Di sekolah tempat untuk belajar, nanti akan jadi tempat untuk tengok hp siapa yang lagi canggih!



Dah laksanakan ni, kita telan ajelah sambil perbaiki apa yang patut

Memang zaman aku dengan budak2 yang berada di sekolah ni lain dan pendekatan pun mestilah kita gunakan dengan kaedah berlainan. Tapi bagi aku, melihat dengan mentaliti masyarakat dewasa kita sekarang - sebab banyak bergaul dengan golongan ini - masih berada di kelas ketiga, aku runsing anak mereka pun akan sama dan bila meningkat dewasa akan menjadi lebih teruk. Bagi korang yang baca entry ni - entah macam mana boleh sesat kan - sama-samalah kita perbaiki diri dan ajar anak-anak kita untuk manfaatkan kemudahan yang diberikan

Jangan sampai kemudahan ini menjadi kanser yang akhirnya menjahanamkan diri

Selasa, 17 Julai 2012

4 sebab kenapa perlu menyertai pertandingan menurunkan berat badan

Berada di dalam industri kesihatan ni buatkan aku banyak bergaul dengan orang yang mahukan kesihatan. Alhamdulillah, kerajaan jugak tak lokek dalam menyediakan peruntukan untuk menjadikan rakyat kita semakin sihat. Tahun lepas aku antara penerima dana belia 1 Malaysia untuk KELANTAN WEIGHT LOSS CHALLENGE sebanyak RM 35 ribu dan tahun ni insyaAllah akan dapat lagi peruntukan daripada mereka.

Jika diberi wang sebanyak tu dan tugasan korang adalah untuk menurunkan berat badan, apa agaknya yang korang akan buat? Ya, adakan satu pertandingan! Pertandingan menurunkan berat badan! Biggest losser is the winner! 

Jadi entry ni, aku nak share dengan korang yang tengah mencari solution untuk turun berat badan untuk ketahui keajaiban WLC (Weight Loss Challenge) ini


1) Mempunyai coach yang berdedikasi

Coach2 WLC kat Sheffield

Coach adalah orang yang terpenting untuk menurunkan berat badan. Aku tak nafikan ada sesetengah orang selesa tidak mempunyai coach, tapi dengan mempunyai coach, korang akan lebih dapatkan result. Coach adalah orang yang berpengalaman dalam soal berat badan ni, sama ada coach ni memang belajar tentangnya ataupun memang dieorang pun pernah berat dulu. Masuk pertandingan WLC, korang akan dapat coach yang akan membimbing korang dapatkan berat badan ideal


2) Suasana yang menjurus kepada penurunkan berat badan

Group Support yang best

Manusia ni tak dapat lari dari berhubung antara satu sama lain. Nak cari kawan, orang kata carilah kawan yang boleh mengajak kita kearah kebaikan. Masuk pertandingan WLC ni, secara automatiknya korang akan dapat kawan yang begitu teruja untuk sama-sama menurunkan berat badan. Suasana beginilah yang korang perlukan tatkala motivasi nak turun berat tu semakin pudar, ataupun nafsu makan kembali bergelojak, merekalah yang akan sama-sama memberi motivasi untuk meneruskan misi penurunan berat badan ini


3) Lebih fokus untuk menurunkan berat badan

Adik ni juara WLC Kelantan musim ke4


WLC ni peraturannya bergantung pada pihak penganjur. Ada pihak yang meletakkan sejumlah duit sebagai syarat penyertaan, ada pihak yang mengenakan syarat untuk membeli pakej mereka dan pelbagai lagi. Apabila kita meletakkan sesuatu bernilai untuk pertandingan ini - tiada lain yang akan kita buat selain cubanya sehabis baik! 


4) Ganjaran dan ganjaran

Terus dapat cash!

Pengalaman aku, yang menang pertandingan ini adalah orang yang mahukan ganjaran! Sesetengah penganjur meletakkan ganjaran yang cukup tinggi, contohnya aku letakkan ganjaran pemenang utama tahun lepas sebanyak RM 1000, memang suka sangatlah orang kalau dapat menangnya kan. siapa tak suka dengan ganjaran, ce bagitau. heh. Pertandingan lain pun, jika korang tanya sebab utama yang pemenang no 1 tu menang pun dieorang cakap mahukan ganjaran. 

Lagipun, tak menang duit korang akan dapat ganjaran penurunkan kesihatan, bukankah itu yang lebih bernilai :)


********

Selain aku sendiri yang adakan pertandingan sebegini, banyak lagi penganjur luar yang lakukan benda yang sama. Terbaru adalah di area bangi. Kat Hentian Kajang. sesiapa berminat, boleh datang untuk tengok dengan lebih lanjut. Malam ni, 17hb. Akan adakan penyampaian hadiah dan pendaftaran untuk musim seterusnya. jom datang beramai-ramai! Nak masuk hubungi joe -0169640972


Selain di Bangi ni, banyak lagi tempat-tempat lain yang adakan pertandingan yang sama. Kalau korang nak tahu update kot-kot kena dengan tempat yang korang tinggal, boleh tinggalkan detail dibawah. Ada je pertandingan tengah berlangsung, terus aku bagitau. 



Oraite, itu sahaja. semoga korang terus ceria


pss : hari ni ada pertandingan yang sama di Putrajaya, wah, siapa agaknya yang menang ya?

Ahad, 15 Julai 2012

Kucing paling happy di dunia

Ada satu page di facebook yang sangat aku suka. Peliharaan Kucing. Boleh klik untuk tengok. Himpunan gambar kucing yang serius entah dari mana dieorang ambik - tapi semua comel! Tengok gelagat kucing ni, boleh buat diri rasa tenang. wah wah, sentimental kau joe!

Ni aku amek beberapa keping dari page dieorang






Korang boleh klik like page dieorang untuk tengok kucing2 menarik setiap hari 

Kucing paling happy?

Terbaca cerita menarik kat yahoo berkenaan dengan satu video yang menjadi viral di Internet sekarang ni - kucing yang paling happy di dunia barangkali. ce tengok video kat bawah ni


Actually kalau korang tengok video kat atas ni, xde lah cute mana pun. Tak tahu kenapa boleh jadi viral. Mungkin sebab cerita disebaliknya kot. Kucing kat atas ni namanya Lil Bub. Kucing ni cacat, perma-kitten, maknanya Lil Bub ni takkan jadi kucing dewasa. Macam kita manusia ni manusia kecik lah. lebih kurang. Tapi yang bestnya pasal Lil Bub ni, walaupun dia cacat, tapi dia memilih untuk happy. hebat kuasa Dia ni kan. 

Bagi kita yang sempurna anggota ni, janganlah selalu bermuram durja, buat malu kat kucing je :)

Sesiapa yang ada instagram, boleh follow lil bub nak tengok gambar-gambar menarik dia. huh, aku follow terus!



Okeh, tu sahaja update ringkas. macam nak bela kucing la pulak sekarang ni. hohohoho!

Jumaat, 13 Julai 2012

Shake party dan shake durian

Shake Party adalah salah satu DMO dalam Herbalife. Aku paling suka buat shake party sebab kita boleh adakan terus apa yang diakatakan 'Tell Show Try Do' kepada bisnes partner kita dan kebanyakan shake party kita boleh close volume yang besar.

Petang tadi aku dan geng geng buat shake party di Pasir Mas!

Memang agak jauh dari rumah aku ni, jadi ambil keputusan untuk bertolak awal. Pagi tu dah bukak booth kat RTC, lepas Jumaat terus gerak kesana. Takut sesat wooo. Yang bestnya, sampai je disana, terus aku dan geng2 dijamu dengan durian. ya, durian yang sungguh banyak!



Aku dah mula runsing dah bukan apa, takut nak buat presentation nanti mulut akan berbau durian. haha. dah la makan Ya Allah bukan main banyak lagi. 3 orang lelaki makan, nak tengok apa yang kiteorng makan?







Pengsan!

Alhamdulillah, lebih kuranh 8 biji durian selamat masuk perut. wahaha. Nasib baik tetamu yang dijemput untuk shake party ni datang lewat sikit, so bolehlah perut ni rasa selesa sikit dengan jumlah durian yang dimakan begitu banyak tu.

Jom tengok gambar sekitar shake party



Cik eka tuan rumah ni baru supervisor, semangat dia bukan main nak pergi Macau bulan 9 ni, mintak doa ya dia supaya lepas jadi world team bulan ni. tak paham takpe, doakan je :)

Shake party di rumah anda?

Sebelum puasa ni, bagi korang yang berada di area Kelantan, nak buat shake party bolehlah jemput kiteorang. InsyaAllah dengan satu shake party tuan rumah boleh untung RM 300-1000 dengan satu shake party. Kami tak jual produk, tapi boleh untung. haaa, ni lah yang best Herbalife ni. Cepat-cepat, siapa nak buat kat rumah dieorang, call aku dengan sepantas kilat ok - 0169640972. Masuk bulan puasa, kita tak buat shake party, kita buat morih party. wahahaha


Khamis, 12 Julai 2012

Gambar Presiden PAS mengimani pemimpin Ikhwan

Tahun lepas aku ada berkesempatan melawat rumah presiden PAS - Tuan Guru Haji Hadi kat Terengganu (boleh baca sini) Rasanya waktu sebelum puasa jugak macam tu. Tahun ni tak bersempatan lagi, just lalu je tempoh hari semasa nak ke Kuantan. InsyaAllah ada masa nak sangat jumpa dengan ulama hebat ni. Hebat dari segi ilmunya gitu.

Tadi ada orang share kat facebook, dia jadi Imam untuk para pemimpin Ikhwan disana!


Boleh baca sini untuk story penuh

Orang arab ni, kalau dia suruh kita jadi Imam, memang dia sangat menghormati kita. Ternyata pemimpin di Malaysia ni dihormati oleh pemimpin Islam disana. Mesir yang kita ketahui pilihanraya baru-baru ini dimenangi oleh parti Islam sememangnya auranya sampai ke Malaysia. Sebab PAS dan Ikhwan ni adalah sama dari segi ideologinya, mestilah mereka saling hormat menghormati

Apa-apa pun, aku sebagai rakyat Malaysia, berbangga ada rakyat di negara kita yang disegani dan dihormati di negara orang sampai jadi imam untuk solat para pemimpin disana lagi. terbaik!


pss : bila agaknya PRU ni eh?

Selasa, 10 Julai 2012

Design Wedding Card dah siap!

Ceh, design je pun, bukan kad betul!

Haha, inilah bila bersemangat, semua nak update ye tak? Rasanya 2 minggu lepas aku pergi dengan cik tunang satelkan hal kad kahwin ni. Buat kat tempat kat area KL, apa ntah nama tempat tu dah lupa tapi yang paling aku ingat kata cik tunang

'u kan minat lisa, lisa pun buat kat situ jugak kad kawin dieorang'

prappp, bijak betul cik tunang sorang ni pasang perangkap!

Tapi tempat tu aku rasa sangat ok. Pilihan banyak Harga pun berpatutanlah. Nantilah kalau dieorang bagi diskaun lebih aku buat review pasal company tu. haha. Sebelum aku pilih kedai tu, dah cari beberapa tempat kat Kelantan ni tapi yang biasa punya je lah ada. Cik Tunang pulak demand nak yang hard cover  apa ntah je, memang pilihan tu takde banyak sangat kat sini. Tup tup, pilih yang kedai tu je lah


Ini design je ni, maps tu kena betulkan dan ada beberapa perkara lagi aku kena betulkan dengan dieorang. 2 minggu nak siapkan design, hurm, agak lambat ye tak? Dah la deposit bagi separuh dah, macam ni punya lambat buat kerja. kalau tau lambat aku bagi RM 50 je deposit. wahaha. Apa-apa pun, syukurlah adik tu masih terima tempahan kami. Yang penting dah janji sebelum raya akan siap. ye lah, nak bagi kad masa rayalah paling senang ye tak?


Okeh, tu saja update ringkas dari aku. Nak tanya korang, biasa kad kawin ni bajet yang ok-ok berapa? walaupun dah buat dah, saja nak tanya pendapat pembaca blog ni yang super hebat :)

Isnin, 9 Julai 2012

Orang Tua Berkualiti

Alahai sweetnya.....


Nampak Tun share gambar ni di laman facebook tadi. Ya Allah, sweet betul keduanya. Walaupun tak nampak siapa kat belakang, tapi dari caption gambar 'still loving' aku rasa kat belakang yang buat tanda peace tu adalah isterinya. 10 July nanti genap usia Tun Mahathir 87 tahun. Semoga dia diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dan semoga hidupnya dirahmati Allah


Kursus Orang Tua Berkualiti!

Jangan jeles ya orang Herbalife, minggu lepas aku hadiri kursus selama 2 jam di Hotel Grand River View bersama the only 20k Pres Team Herbalife (No 1 kat Malaysia sekarang) yang bertajuk Orang Tua Berkualiti. Kursus yang paling best dan rasa begitu banyak input yang dapat walaupun 2 jam saja. 



Dia kata

'Sekarang ni pak yang tengok dalam Herbalife ramai sangat orang muda yang join dan sangat berjaya. Amalina, Rudi, Firdaus, Yana, Maryam, average yang dapat bulan2 lebih 20-30 kali ganda dari masa pak yang dapat muda dulu. Nak cakap jeles memang jeles sebab masa pak yang muda dulu makan gaji 2 ribu lebih je.
Entah apa yang akan jadi pada dieorang bila umur dah cecah 30, 40 atau 50 nanti
Masa muda tak boleh nak patah dah, jadi pak yang fikir-fikir, tak boleh nak jadi muda, jadi pak yang nak ajak kawan-kawan pak yang seusia dengan pak yang ni, 5 series terutamanya untuk jadi Orang Tua yang berkualiti'

Mukaddimah baru tu. waha!

Okeh, sebab aku tak boleh ingat satu persatu apa yang dia cakap, ni ringkasan dia. 3 benda yang perlu ada masa ketika tua nanti untuk jadi orang tua berkualiti

1) Kesihatan

Kalau kita tengok rata-rata orang yang dah cecah 50 sekarang penuh package penyakitnya. Dari kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang, macam-macamlah. Kalau korang pergi hospital, ayat biasa ditanya antara mereka 'kencing manis berapa?' seolah kencing manis tu memang wajib akan dapat

Ramai orang banting 4 kerat tulang kerja siang malam diusia muda dengan abaikan kesihatan, dah tua guna duit tu balik untuk dapatkan kesihatan mereka balik. alangkah ruginya kan?

2) Masa dan duit

Bagi mereka yang tidak punyai masalah kesihatan, ada lagi masalah lain yang dapat - masa dan duit. Bila dah cecah separuh abad ni, memang belanjawan tu dah berkurang sebab anak semua dah besar. tapi ia tak jadi berkualiti bila nak spend masa dengan cucu contohnya nak beli mainan ke, nak pergi melancong ke, cukup-cukup je boleh bagi. 

Bukan tak nak bagi, tapi sebab duit tak cukup. Bila dah tak cukup, masa yang diluangi bersama terus jadi hambar.

3) Ilmu

Inilah benda yang paling penting untuk jadi orang tua berkualiti. ada kesihatan, ada duit, ada masa tapi kurang ilmu pun tak boleh. jenis yang kurang ilmu ni, terutamanya ilmu agama semakin tua semakin aktif berdangdut, perempuan simpanan bersepah dan macam-macam lagilah. Kalau lelaki, duit banyak, isteri dah menopause, dia masih kuat, memang cari anak daralah ye tak. Ada ilmu, memang tak jadinye

Pak yang bagitau lagi, masa tua nanti dia kalau boleh nak share ilmu yang dia ada bagi inspirasi kat anak muda tentang ilmu kejayaan dalam bisnes dan juga pasal nutrisi. Barulah hidupnya nanti diberkati!

Kepada anak anak muda yang lain, jom kita siapkan diri kita untuk menjadi orang tua yang berkualiti di kemudian hari :)

pss : baru balik dari zero2hero, terbaik!

Khamis, 5 Julai 2012

Wedding of the year, apakah cirinya?

Sampai sekarang di facebook aku masih traffic jam dengan perkongsian gambar dan video perkahwinan Irma Hasmie dan juga Redza Syah. Korang tak tahu? Ish, tak patut betul. Tu maknanya kat facebook korang tak berkawan dengan orang yang semangat nak kawin-kawin ni. hehe

Pendapat peribadi aku perkahwinan ni, sangat sweet!



Dengan pasangannya sama handsome sama cantik
Perjalanan majlis yang nampak sempurna
Gambar-gambar yang - oohhhh, sungguh mempesona

Tak salah kalau aku bagi pendapat, perkahwinan dieorang ni memang BEST!

jom tengok video pre wedding untuk ketahui ceritanya


Apa yang best pasal perkahwinan ni, jalan cerita pertemuan pasangan ni yang seolah tak mungkin wujud gitu. Si gadis yang baru berhijrah, jumpa di tanah suci dengan jejakan idaman, balik Malaysia tak tunggu lama terus bertunang then kawin. Aku yang berada jauh hanya lihat gambar dan video ni pun boleh rasa aura dieorang ni, tak tahulah macam mana pasangan ni hadapinya. Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan zuriat dilahirkan memeriahkan dunia Islam dikemudian hari. wah, ucapan ikhlas aku gitu


Wedding of the year

Dulu aku rasa ramai celebrity2 ni duk kejar gelaran 'wedding of the year' mula2 dulu seingat aku dato k dan siti nurhaliza yang perkahwinan mereka menelan belanja beratus ribu jugak, lepas tu syed muzaphar kot yang angkasawan tu then norman hakim dengan siapa entah yang menelan belanja sampai 12juta. 

Tup tup semua mengharapkan lisa dengan yusry akan buat lagi meriah hebat terhebat sangat sangat gitu tapi perkahwinan mereka simple je but sangat nice. heh. lisa lisa. semakin montel dia sekarang kan?

Bagi akulah, sesebuah perkahwinan tu untuk kita katakan 'sempurna' tak perlu berhabis duit sampai banyak sangat, cukup majlis tu kita dapat kenang ke akhir hayat kita. Yang berada tu, nak buat meriah go ahead cuma jangan sampai membazir. Jangan kejar wedding of the year sampaikan hidup lepas berumah tangga hutang keliling pinggang. 

Al -rite, tu saja perkongsian pendek dari salah seorang yang #teamkawin2012 ni. wahaha, entah kenapa sekarang ni tengok video kawin orang, aku yang excited lebih. wahaha

Rabu, 4 Julai 2012

4 sebab umur 25 tapi pendapatan masih dibawah RM 5000

Assalamualaikum.

Amacam malam tadi? seronok bernisfu syaban? Alhamdulillah, Allah masih beri kita tenaga untuk tempuhi hari yang mendatang. Kuasa Dia boleh je tarik nikmat kesihatan, nikmat masa yang kita ada tapi still Dia masih bagi kita semuanya walaupun kita ni tak selalu ingatkan dia. kan? tak kata oranglah, aku sendiri!

Ok, dapat idea nak tulis entry ni bila aku baca blogpost johnchow, kenalan di twitter yang bertajuk '4 Reasons Why Your Blog Doesn’t Make At Least $1,000 Monthly'  Jadi, aku ubah sikit tajuk sesuai dengan pengalaman aku yang agak banyak bergaul dengan manusia ni

Bagi yang lahir pada tahun 1988 keatas, WAJIB BACA!

Berapa ramai kat sini yang berumur 25 tahun dan keatas dan korang masih belum dapat income RM 5000 dan keatas? Angkat tangan!! ok.... wah, banyak! Jadi insyaAllah, dengan sedikit perkongsian dari aku, korang mungkin akan tergerak untuk berubah. Aku doakan diakhir entry ni, kita buat sedikit perubahan untuk diri kita. 

Aku doakan tu!

Kenapa RM 5000 joe, 25 tahun joe, banyak sangat tu!

Ada sebab kenapa aku pilih dua angka tu. Pertama kenapa RM 5000, aku rasa nak hidup 'selesa sikit' kat Malaysia ni tu adalah angka yang munasabah. Nak bayar itu ini, oklah tu dengan RM 5000. Kurang sikit, memang aku rasa agak singkat nafas ni. Kenapa 25? Sebab sekarang ni umur aku 24 dan tahun depan dah masuk 25, jadi entry ni pun nak bagi kesedaran kat diri sendiri jugaklah. Lagi pun macam best je kan 25 - 5000 - 25 - 5000. masuk gitu!

Jom kita tengok, 4 sebab umur 25 tapi gaji masih dibawah RM 5000


1) Tiada impian yang realistik



Pernah tak mak bapak korang ajar korang mengenai buat goal dalam hidup? masa korang habis SPM, dia ajar korang nanti kena amek course ni sebab kena ni, nanti kena kerja ni sebab dapat ini dah umur 25 30 nanti kena ada ni kena ada tu. pernah? Sorry, mak bapak aku tak pernah. Walaupun tak pernah, jangan salahkan mereka, sebabnya nenek atuk kita tak ajar kat dieorang. jangan salahkan nenek atuk sebab moyang moyang kita tak ajar kat dieorang. Syukur jelah mereka dah besarkan kita dan bagi kita yang dah ada ilmu mengenai ini, kitalah yang akan mulakan untuk ajar anak kita nanti


Masa korang 1st year belajar degree mahupun diploma? apa goal korang? kebanyakan impian hanyalah nak habiskan cepat-cepat belajar dan pergi kerja. kerja dapat duit. kawin. 

Tapi jarang antara kita yang spesifik goal kita - nak habis belajar dengan dean list sekurang2nya, nak kerja dengan company yang hebat, nak kawin umur 24 dengan tak mahu ganggu duit mak. Inilah yang aku kata tiada goal yang realistik. 


2) Terlalu selesa dengan keadaan yang tidak selesa

Ramai diantara kita ni selesa dengan keadaan yang tidak selesa. Hey, aku bagitau korang, dengan gaji RM 3000 korang cukup ke hidup di bandar-bandar besar seperti KL? Duit minyak kereta, duit kereta, duit sewa rumah, duit telephone - serius tak cukup! Tapi kenapa ramai yang tak nak keluar dari zon selesa? dah tahu tak selesa kenapa masih OK?



Jawapannya taknak berada di keadaan yang selesa. Yelah, rumusnya mudah, nak dapat lebih, kenalah kerja lebih. Bila sebut kerja lebih, semua pakat duk buat tak tahu tak nak cuba. Ramai yang nak jadi sekaya Syed Bukhari tapi tak ramai yang nak tempuhi kesusahan dia sebelum ni. Setuju?


Bagi yang makan gaji terutamanya

Sanggup korang keluar malam untuk buat part time meniaga ke, jual barang ke dan korang akan dapat extra RM 500-1000? Dengar dapat extra RM 1000 memang berduyun yang nak kan? Tapi bila korang dah start meniaga, jual barang - PERGHH SUSAHNYA, terus korang give up dan rasa benda ni PAYAH. Tu lah yang aku kata, langsung taknak keluar dari zon selesa. selesa dengan keadaan yang ridak selesa


3) Tak tahu sumber - gunakan tenaga dan masa berbanding strategi



Aku ada kawan, dia kerja akauntan. Gaji RM 2100 sebulan. Tahu tak cukup, dia meniaga burger pada waktu malam kat wakaf che yeh ni. Dapat extra RM 500 lepas tolak sewa tapak modal semua. Tak cukup dengan tu, dia jugak ada buat bisnes kecil-kecilan, jual top up, jual kain batik. Dapatlah extra RM 400-800. Tak menentu, kalau ada ramai yang beli, dapatlah untung lebih.

Dia kerja lebih dari 14 jam sehari dan total yang dia dapat RM 3000 lebih macam tu. Umur dia sekarang 26


Aku ada kawan, nama dia Basir. Baru habis belajar diploma kat masterskill amek jurusan fisioterapi. Mak dia consumer Herbalife dengan aku dan sebab aku asyik cerita benda positif je kat mak dia, mak dia suruh dia pun join Herbalife. Baru bulan 11 tahun lepas jadi supervisor last month dapat RM 51++

Aku bukan nak promote korang buat Herbalife, tapi korang boleh tengok sendiri. Cuba cermin sendiri adakah korang berada di golongan yang pertama tu atau tidak? Kerja bagai nak rak tapi berapa yang korang dapat? Ramai sangat yang aku tengok kerja lebih masa tapi tak dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Kenapa? Sebab tak tahu terokai sumber!


4) Takut untuk mencuba 

Tuhan jadikan kita ni sama. Sangat bersyukur sebab kita ada tangan, kaki, mata, hidung - semua sama antara satu sama lain. Tapi kenapa kawan kita tu umur sebaya tapi income dah lebih 3 ke 4 kali ganda lebih banyak dari kita? Kenapa kita tak dapat apa yang dia dapat?



Kita tak sedar yang dalam badan kita ni sebenarnya ada satu kemampuan yang kita sendiri pun tak tahu. Terlalu TAKUT untuk ambil RISIKO walhal dalam diri ni meronta-ronta mahu lakukannya. Bermain dengan perasaan takut - jawapannya takkan kemana.


Contoh kawan ajak kita buat bisnes jual selipar dan tali pinggan yang diimport dari China - modal kena ada RM 20 000. Kita awal-awal lagi dah tolak mentah-mentah sebab takut rugi. Masa kita tolak - dah 100% kita akan gagal. Berbanding kawan kita tu, dia proceed jugak buat tanpa kita. peratusan kejayaan? 50% gagal 50% berjaya. Last-last tahun depan kita dengar kawan kita tu dah boleh buat kilang sendiri produce barangan ke China pulak. Yang bestnya, gagal atau tidak tu kita yang tentukan!


Penyelesaian?
  • Cuba atasi kesemua 4 sebab ni. Plan umur 30 nanti bagaimana gaya hidup korang!
  • Banyakkan membaca buku motivasi, hadiri kursus motivasi - berbayar kalau boleh sebab free ni tak berapa nak UMPHH
  • Berkawan dengan orang yang dah berjaya. Bergaul dengan mereka kalau boleh tiap2 hari!
  • Buat bisnes. bisnes apa-apa jelah. nak buat bisnes Herbalife - contact aku - for serious people only 0169640972. Bisnes lain tanya orang yang pakar dalam bidang tu lah
semoga bermanfaat. sharelah dengan insan tersayang

Selasa, 3 Julai 2012

Budak 19 tahun, RM 10 000 dan Zero2Hero

Umur aku sekarang 24. Kalau jumpa dengan orang yang berumur 19 tahun, memang taraf adik bagi aku. Ketika aku tengah berlawan dengan SPM, dia baru UPSR. Itu jarak usia. Pagi hening ni aku nak cerita pasal seorang 'budak' umur 19 tahun, yang memang sungguh memberi inspirasi kepada aku yang dah tua ni. Nama dia Omar Isa

STS Pullman

1st time aku notice budak ni masa STS Pullman tempoh hari. Bikin gempak satu dewan bila dia share testimoni income, last month RM 10 k lebih! Ok, mungkin biasalah RM 10 k tu, tapi jadi luar biasa bila umur dia baru 19 tahun. weiii, aku panas. korang tak panas?

Dengan t shirt warna putih 'have you had your shake today' kat bahagian belakang ada saletep lagi, memang susah aku nak percaya yang income dia dah cecah banyak tu. Actually aku tak sentap lagi pasal income, tapi aku sentap bila dia dah 1st cut GET bulan ni. haaaa, itu memang bikin sentap beb. 

Lagi sentap bila dia share

'Baru 8 bulan jadi supervisor, sekarang organisasi ada 16 supervisor, 2 World Team dan 1 Active World team. Zero2Hero bawak 40 orang'

ahhhh ahhh ahhh

Zero2Hero bawak 40 orang??????

Ni yang aku suka datang event besar ni. Kita tak tahu siapa yang boleh membuka hati kita. Yang lepas, budak umur 19 tahun yang memberi inspirasi kepada aku untuk terus kerja keras. Mungkin apa yang dia buat ni cepat, tapi cepat yang dia dapat sebab usaha yang dia buat 8 bulan lepas. Berbaloi? SANGAT! 

Cuba bayangkan budak2 sebaya dengan dia buat apa sekarang. Tak payah bayangkan lah, imbas balik kita yang dah 20 lebih ni masa umur 19 tahun apa yang kita buat? Aku agak mesti duk mintak duit dengan mak bapak lagi kan? Hujung minggu mesti duk berfoya main bowling + tengok wayang. Berlainan dengan dia ni, umur 19 dah jana 5 angka pendapatan dah. 

By the way, dia masih student, buat Herbalife as a part time job sahaja

Curi statement Herbalife kat blog dia. see, RM 10 K lebih!





BELAJAR DAN BELAJAR DAN BELAJAR

Bagi korang yang masih lagi mencari-cari arah tuju hidup, plan nak buat apa, tak tahu kemana agaknya kita berada 5 tahun akan datang, aku nak ajak korang untuk bersama ahli keluarga Herbalife lain BELAJAR untuk BERMIMPI agar korang boleh BUAT KEPUTUSAN yang terbaik dalam hidup korang. Kat mana? 


Kat ZERO2HERO!



Bagi korang yang dah ada coach, korang boleh refer dengan coach korang untuk tiket ni. HANYA untuk yang baru, aku bagitau event ni memang korang tak boleh miss untuk belajar. 2 hari 1 malam. nak tiket, contact aku terus 0169640972. Harga semua tu nanti aku bagi detail.

Yang bestnya Zero2Hero kali ni



Speakernya semua president team!! wah wah! Kita ada top royalti earner 2011 - capt saiful n puan rahimah, kita ada top royalti earner 2010 - mr gavin wong, kita ada 2 diamond pres team - mr lee kim oo, kita ada the one and only president team medical doctors - dr khadijah n other 2 yang pres team yang paling cepat naik organisasinya tahun ni - puan kamilah n hj allen. 

korang nak tunggu sape lagi yang nak ajar korang baru korang nak pergi? haha. Kali ni barisan speaker yang paling best semenjak zero2hero diadakan!

dan untuk memantapkan lagi bestnya - SPEACIAL GUEST SPEAKER


GENERAL MANAGER KITA!!!

GM Herbalife ni dari India, dialah antara orang yang menjadikan India 100% growth for 3 consecutive years! Seorang pemimpin yang hebat dan korang nak tahu hala tuju COMPANY kita tiada orang yang tepat selain dari General Manager kita sendiri. wah, aku cukup excited nak pergi ni!

Perjalanan program korang boleh tengok sini



Okeh, itu sahaja info dari aku. JUMPA DI ZERO 2 HERO!!! nak tiket call 0169640972 (yang baru saja tau, yang dah ada coach jangan gatal call. haha)


Beberapa link yang korang kena baca

pss : hari ni dan esok bukak booth di Hopital Kota Bharu, nak dapatkan wellness evaluation bleh la datang ke sana ya

Isnin, 2 Julai 2012

Bagaimana mahu buat bisnes Herbalife secara Part Time?

Aku ada baca sebuah buku yang mana katanya menjelang tahun 2015, purata seorang rakyat US disana akan memiliki 5-10 jenis pekerjaan dalam suatu masa. Kekangan kewangan adalah faktor utama kenapa jadi kes seperti ini. Di Malaysia, aku rasa tak mustahil turut akan berlaku yang mana kita tahu, gaji setakat RM 3000 adalah berada di bawah paras kemiskinan. Dengan tekanan hidup yang semuanya perlukan duit, mungkin suatu hari nanti purata rakyat Malaysia akan mempunyai 5-10 jenis pekerjaan suatu masa!

Jadi cikgu, dalam masa yang sama amek tender kantin(1) atau buat kuih jual kat kantin sekolah(2), waktu rehat jual kain batik(3) dan kain songket(4), balik petang jadi referee bola kat kampung(5) malam sambung jual burger(6). fuhhh, baru 6 tu! Kalau 10 tak tahulah macam mana. Tujuan utama – untuk kumpul duit!


Bagi korang yang sedang mencari part time job – teruskan baca entry ni!!

Pengalaman aku sendiri dalam Herbalife takdelah begitu BODOH untuk lakukan Herbalife secara Full Time dengan mengenepikan Ijazah dalam Electrical Engineering dari University of Sheffield yang aku ada tanpa berfikir panjang. Berani aku buat keputusan untuk lakukan Herbalife Full Time adalah semasa aku belajar dulu, buat secara Part Time pun boleh dapat RM 1000 - 2000 sebulan. 80% guna Internet. Masa rajin, pernah cecah RM 4000. Itu Part Time ok. Dan student! Sebab tu aku berani nak buat Herbalife Full Time, sebab dah ada pengalaman buat secara Part Time


Bagaimana mahu lakukan Herbalife secara Part Time?

Eksklusif di blog ini saja, aku akan ceritakan bagaimana korang yang nak buat Part Time boleh jana income sehingga RM 2000-3000 sebulan tanpa meninggalkan pekerjaan yang korang lakukan sekarang. Jangan risau, ini bukan skim cepat kaya ke apa, ini cuma skill yang jarang orang tahu!


Pertama : Jadi Pengedar


Menjadi pengedar dalam Herbalife adalah tersangatlah murah. Hanya RM 98 (SEKARANG HANYA RM 94) korang layak dapat potongan harga sehingga 25%. Banyak tu. Lagipun korang boleh meniaga sehingga ke 80 buah negara (setakat sekarang) yang ada jual Herbalife. Bukan maksud korang pergi ke 80 buah negara tu, gunalah internet. Macam aku, ada pengedar di UK, USA, New Zealand, India dan terbaru di Australia. Yang pandai guna Internet, bolehlah cuba. See, pelaburan yang sangat rendah, tak macam kebanyakan company lain yang jadi pengedar tapi syaratnya kena beli ini kena beli tu. Dalam Herbalife – tiada!

Cara daftar pengedar Herbalife secara online (klik-klik)


Kedua : Bercerita dengan orang



Nombor adalah paling penting dalam Herbalife. Semakin banyak korang berkongsi cerita Herbalife, semakin tinggi peluang korang untuk mendapat customer. Oh, siapa customer Herbalife? SEMUA UMAT MANUSIA. Selagi orang tu ada perut, mulut, semuanya layak untuk consume Herbalife. Ibu mengandung, kanak-kanak, orang dewasa, pesakit kanser, atlet sukan, sesiapa saja boleh consume. Korang just cerita je pasal Herbalife (cerita apa, kita skip dulu dan sambung kat bawah)

Penting : Memahami rahsia nombor

Kalau sehari korang berkongsi dengan 3 orang cerita mengenai Herbalife, sbulan korang akan dapat 90 orang. Memang dah jadi kebiasaan, bukan 90 yang akan ambil produk. Biasanya hanya 10% - 10 orang hanya 1 yang akan ambil. So, 9 orang akan ambil. 9 orang ni pulak akan ada 3 kategori, pertama yang akan ambil retail price. Kedua yang akan daftar ahli dan ambil produk, ketiga yang akan ambil pakej banyak terus – pakej 5 bulan atau 10 bulan (sebab nak turun banyak atau nak jimat duit) Aku tak boleh bagi berapa korang untung untuk setiap kategori, bagi yang nak tahu, kena email aku kat joegrimjow@gmail.com dan aku akan bagi kat korang detailnya.


Ketiga : Use Wear and Talk



Ini adalah cara yang digunakan sejak 33 tahun dulu lagi. Korang gunakan product, dapat result (result bukan sahaja korang dapat turunkan berat, aku ada downline yg dapat jual Herbalife sebab sejak guna Herbalife dia dah tak tido dalam kelas, classmate notice dan semua pakat nak try Herbalife!) Korang pakai butang, orang tengok dan korang cakap mengenainya. Sangat mudah! Sebab tu part timer sangat sesuai untuk buat, pergi beli susu kat anak pun korang boleh dapat customer tau. Sebab apa, sebab ramaiiiiiiii yang tak sihat kat Malaysia ni!


only 3 steps? yeah, sangat senang ye tak?

not that easy-lah


*******

CAKAP CERITA

ok, sebut pasal cerita ni, ini adalah rahsia kejayaan korang. Tadi rahsia nombor tadi, aku ambik average. Mungkin dalam 10 orang korang bercakap, akan ada 3-4 orang yang beli. Mungkin jugak 10 orang tu, tiada siapa pun berminat. Oh, malangnya. Ini berkaitan dengan cerita. Ya, dalam Herbalife, sangat penting untuk korang kumpul cerita. Kat mana nak kumpul? Semasa EVENT!

Event terdekat dan terbesar




21 - 22hb September 2013 ni akan diadakan event Herbalife yang besar. Dipanggil Zero To Hero. Dari kosong, kepada yang luar biasa. Ingat, Herbalife ni bukanlah company magic, korang join, korang akan berjaya. Tak, koranglah yang menjadikan Herbalife tu magic! Aku dah hadiri 10 Zero to Hero. tahun lepas, memang sangat best. Event 2 hari 1 malam ni memang dari A sampai Z korang boleh belajar. Dari produknya sehinggalah cara nak menjualnya. Kat sana jugak korang boleh kumpul cerita, jumpa dengan pelbagai orang positif dalam hidup dan tangkaplah gambar banyak-banyak – kumpul cerita korang sendiri!

Tiket termasuk

  • 2 hari training secara detail (8 jam sehari)
  • 3x makan sehari
  • Gala dinner
  • Penginapan 2 hari 1 malam (kongsi 1 bilik 2 orang)

Francis and Marissa Taye

Guest Speaker kali ni adalah orang no 1 Herbalife di Singapore! Juga merupakan up up line aku. hehe. Tapi walaupun up up line, dieorang tak dapat apa-apa dari aku. Kan biasa kalau MLM ni korang dengar, duk atas makan yang duk bawak. Tak dalam Herbalife. Aku nak explain pun panjang pulak nanti, kita explain kat sana nanti ya.

Apa yang hebat mengenai 2 pasangan ini, mereka jadi Millionaire Team (Min RM 40K per month) hanya dalam masa 5 bulan! Ya, 5 bulan! Dan jadi president team (Min RM 80K above) hanya masa 36 bulan

Super cepat!

Yes, Herbalife offer you macam-macam. Nak cepat, nak lambat, nak sikit, nak banyak. Just attend and learn! Bagi korang yang betul-betul terdesak - terutama dari segi kewangan - aku percaya kisah Francis dan Marissa ni akan menyentuh hati korang sebab mereka berdua pun latar belakang orang yang susah. Sebab tu dieorang boleh laju dalam Herbalife, sebab punyai WHY yang GIANT!

Yang nak pergi, KENA BELI TIKET. Cut off date untuk beli tiket adalah pada 3 SEPTEMBER 201. Nak, call/msg aku di 0169640972. Hanya untuk yang serius nak ubah kehidupannya sahaja.

2013 ni harapnya korang dapat tunaikan impian korang dan bagi yang punyai masalah kewangan, punya usaha yang tak takut untuk kerja lebih masa, Herbalife adalah untuk korang. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dapat kerja dalam company ni, FUN + SIMPLE!

ISI FORM NI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HERBALIFE

pss : yang berumur bawah 30 tahun, kena baca entry ni pulak