Khamis, 26 Julai 2012

Jangan ditipu di bulan puasa

Perasan tak bila masuk je bulan Ramadan, mesti aktiviti ibadah kita meningkat. Bacaan quran kita semakin banyak, sedekah pun orang datang mintak kita boleh bagi dengan ringan je tangan, solat biasa lewat kita perawalkan, bukan tu saja tahajud sebelum bersahur pun kita boleh buat. 



Bukan kita sajalah, cuba tengok kat masjid-masjid bilangan makmum bertambah. Program ceramah, khatam quran boleh dikatakan suasana cerita di masjid berbanding bulan-bulan lain. Ini tidak lain tidak bukan sebabnya masing-masing berlumba untuk mendapatkan pahala yang teramat besar di bulan ini!

Tapi awas, jangan tertipu!

Ibadah yang kita lakukan bukanlah pengukur kepada kejayaan yang kita akan dapat. Ibadah itu hanyalah satu PROSES. OUTPUT sebenar yang menjadi ukuran adalah TAQWA. Jika banyak ibadah kita lakukan tapi ketakwaan kita kepadaNya tidak bertambah, itu ada masalah dengan niat diawalnya. Adakah untuk menunjuk sahaja atau sengaja menjadi trend di bulan puasa - hanya kita dan Dia yang tahu. 

Jangan terlalu kagum dan selesa dengan ibadah yang buat, cuba evaluasi balik adakah hati kita menjadi semakin tenang, adakah kita menjadi semakin takut dengan Dia, atau adakah kita masih orang yang sama?

Sama-sama kita beringat, jangan ditipu di bulan puasa ini!

5 ulasan:

  1. mendalam juga bila difikirkan. yg penting beramal baik dgn rasa rendah hati. kena rasakan amalan kita tetap sedikit nk bnding dgn segala nikmat yg Allah beri.

    BalasPadam
  2. Setuju.. Ramadan ni bln utk latihan bykkn amal.. Lps abes ramadan, pttnya troskn amalan.. Tp tulah.. Easier said than done

    BalasPadam
  3. betul..kenkadang kita ni mmg menipu tanpa kita sedari..

    BalasPadam
  4. hmmm..(????)..tengah fikir..,alhamdulilah..bagus kerana sebagai seorang mukmin..kita mesti selalu ingat-mengingati..=)..Well Said Joe!!

    BalasPadam
  5. trime kasih...entry ni memberi kesedaran kpd sy... :)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.