'Perut melayu kalau tak kena nasi memang tak boleh'
Ini adalah ungkapan yang biasa aku dapat bila suruh makan nasi sekali sehari je. Entah kenapalah melayu dengan nasi cukup sinonim, aku pun tak tahu. Macam kebanyakan makanan lain, nasi ni bukanlah membawa kepada keburukan tetapi kalau terlampau banyak, ia boleh membawa binasa
Buka puasa blogger 2 tahun lepas |
Sempena bulan puasa ni, aku nak kongsi waktu manakah yang sesuai untuk kita makan nasi - ketika berbuka
Makan nasi sebelum solat maghrib
Kebanyakan atau mungkin 95% rakyat Malaysia yang berpuasa mesti makan nasi sesudah je azan berkumandang. Ada sesetengah tu azan je terus suap nasi tanpa minum air atau makan kurma terlebih dahulu. Kalau korang memang tak boleh tak makan nasi lepas berbuka, ni ada beberapa tips nak aku kasi. Sebelum makan nasi, minumlah air susu dan kurma dulu!
Air susu ni sangat penting untuk diminum ketika berbuka. Semasa badan kita tak dimasukkan nasi, pH dalam perut sangatlah berasid. Jadi kita kena neutralkan dulu dengan susu. Makan kurma yang memang kaya dengan serat dan asid amino jadikan badan kita recharge semula. lepas tu baru makan nasi
Nak makan nasi pulak, bersederhanalah, Jangan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang, susah nak beribadah!
Makan nasi selepas solat maghrib
Ramai juga orang yang memilih untuk makan makanan berat (contoh nasi) selepas solat maghrib. Kalau korang memilih untuk berbuka di masjid, kebanyakan masjid menyediakan makanan tak berat seperti air dan kurma, kemudian solat dan lepas tu baru makan. Cara ni memang sangat aku tuntut dan suka. Cuma yang tak bestnya, solat maghrib kita tu akan jadi 'cepat' dari biasa - sebab nak cari nasi. kalau boleh control, boleh, yang tak boleh control tu, kenalah pandai-pandai ye.
Makan nasi lepas terawikh
Aku rasa tak ramai pilih cara ni. Makan nasi lepas terawikh! Walaupun tiada kajian kes ataupun fakta sains yang mengesahkan waktu mana yang paling baik, bagi aku makan nasi lepas terawikhlah yang paling baik. Kenapa?
Pertama perut kita tak begitu terkejut ketika berbuka. Pilih makanan berkhasiat (contoh kurma, air susu, sup sayur, Herbalife Formula 1) Solat maghrib pun boleh lama sikit, mengaji quran boleh lama sikit dan kemudian bersiap sedia untuk solat isya dan terawikh. Lepas terawikh, baru makan nasi dan pengalaman aku, memang pengambilan nasi tu dah tak banyak lepas terawikh. Cubalah buat, korang boleh rasa sendiri
Oraite, itu sahaja pendapat aku, selamat berbuka dan selamat menunaikan kewajipan sebagai muslim :)
yg ketiga tu rasanya mcm kurang elok sbb dh dekat sgt dgn waktu tidur. cuba tanya dietician. aku rasa at least kena stop makan berat2 2 3 jam sblm tidur.
BalasPadambetul tu, paling elok makan 6 jam sebelum tidur dan elakkan makan karbohidrat dalam 6 jam ni (kalau bukan bulan puasa la)
BalasPadam@Anonymous
BalasPadamhari ni makan nasi lepas tarawih. ok sebab xamek banyak sbb perut kenyang. psycho. tp bantai banyak mmg xelok waktu mana pun kan
@Anonymous
BalasPadamokeh
kalau aku time bukak puase tu dah makan nasi...
BalasPadamlepas tu baru terawikh...
lepas terawikh selalu minum air jeee...
;)